Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “August 31, 2012”

Hukum Menyiram Kubur

SOALAN
Terdapat hadis dari Ja’far bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah menyiram air ke atas kubur anaknya Ibrahim”.

(HR Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini sebahagian ulama’ –termasuk Imam Syafi’ie dan Imam Abu Hanifah berpandangan; disunatkan menyiram air ke atas kubur setelah mengkebumikan jenazah. Namun menurut ulama’-ulama’ hadis; hadis di atas adalah dhaif dan juga mursal. Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Adapun hadis kubur Ibrahim (anak Nabi s.a.w.) dan siraman air ke atasnya (oleh Nabi s.a.w.), hadis itu diriwayatkan oleh Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi dengan isnad (yakni jalan periwayatan) yang dhaif” (al-Majmu’, 5/258).
Berdasarkan riwayat ini maka adakah dibolehkan menyiram air (bkn air mawar, Yasin dll) ke atas kubur ? apa komen Ust Abid Faqeer?
…………………..,

JAWAPAN
AL-Hafiz al-Tabarani meriwayatkan dlm al-Awsat hadith 6313, dgn sanad hasan muttasil dari Aishah r’anha, maka ianya harus dan sunnah, Allahu a’alm.
Ini sanad dan matannya,
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ زُهَيْرٍ الأُبُلِّيُّ ، قال : نا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الضَّبِّيُّ ، قال : نا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ الدَّرَاوَرْدِيُّ ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ
، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” رَشَّ عَلَى قَبْرِ ابْنِهِ إِبْرَاهِيمَ ” . لَمْ يَرْوِ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ إِلا الدَّرَاوَرْدِيُّ ، تَفَرَّدَ بِهِ : أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ
Berkata kd kami Muhammad ibn Zuhayr al-Ubulli, berkata kpd kami Ahmad ibn ‘Abdah al-Dabbi, berkata kpd kami al-Darawardi, dari Hisham dari ‘Urwah, dari ayahnya, dari Aishah r.anha berkata, “bahawa Nabi saw merenjis air ke atas kubur anaknya Ibrahim a.s.”
Begitu juga dengan al-Hafiz Ibn Shabah dalam Tarikh al-Madinah hadith 289 dgn sanad jayyid, para perawinya semuanya thiqat kecuali ‘Abdullah Muhammad al-Hashimi maqbul.

Amalan Malam Jumaat dan Hari Jumaat

1. Membaca surah al-Kahf (110 ayat), Surah2 penting spt Taha, al-An’am, Yasin, al-Dukhan, al-Sajdah dan al-Mulk.
2. Subuh Jumaat, solat jamaah, membaca surah al-Sajdah dan al-Insan. Dalam riwayat al-Bazzar disebutkan, sesiapa yang mendatanginya diampunkan dosa2nya.
3. Membaca surah al-Kahfi, atau mendengar bacaannya spt bacaan al-Minshawi

4.Hadir awal ke masjid untuk membaca al-Quran dalam solat sebanyak2nya dan mendengar khutbah.
Mandi, memakai wangian, memakai pakaian putih yang sesuai lagi baik dan cantik (bukan selekeh spt t-shirt lusuh atau pagoda). Allah SWT berkata,
(يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِد)) [الأعراف:31].
Wahai anak-anak Adam ambillah perhsan kamu ketika pergi ke setiap masjid…” Surah al-A’raf ayat 31. Ayat bukan semata2 menyuruh menutup aurat tetapi lebih dari itu iaitu bercantik2 ke masjid berhias2 di hadapan Allah Ta’ala.
5. Berdoa meminta keperluan dunia dan Akhirat.
6.Membanyakkan selawat setiap masa.
7.Bersedekah kepada org2 miskin
8.Berpuasa dengan digabungkan dgn hari Khamis atau Sabtu.

Post Navigation