Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Amalan 29 Ramadhan 1433H dan ‘Idulfitri dan 2 Shawwal

1.Membayar Zakat Fitrah terus kepada faqir miskin
Setiap muslim dan muslimah dianjurkan agar segera membayar zakat fitrah, kpd faqir dan miskin satu cupak beras, tamar atau secupak gandum, sebagai ibadah wajib ke atas stp muslim, kecil atau dewasa, lelaki atau perempuan, merdeka atau hamba, kaya atau miskin. Hinggakan janin dalam kandungan juga disunatkan zakat untuknya, tetapi tidak diwajibkan. Nabi saw bersabda,
أَغْنُوهُمْ عَنِ الطَّوَافِ فِي هَذَا الْيَوْمِ
“Cukupkanlah makan mereka, janganlah biarkan mereka yang miskin dari meminta2 pada hari ini.” Dari Ibn ‘Umar r.anhuma berkata, Sesungguhnya Rasulullah saw menyuruh kami agar mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat raya.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah selepas solat raya, maka ia telah berdosa, dan zakat fitrahnya dikira sebagai sedekah biasa.
Sekiranya orang kaya berzakat, maka zakat itu membersihkan hartanya dan puasanya, apabila seorang faqir berzakat, maka Allah akan menggantikan dengan yang lebih banyak.
Dari Jarir ibn ‘Abdillah radhiyaLLAHu ‘anhuma berkata, Rasulullah saw bersabda,
إِنَّ شَهْرَ رَمَضَانَ مُعَلَّقٌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لا يُرْفَعُ إِلا بِزَكَاةِ الْفِطْرِ
“Segala ibadat bulan ramadhan tergantung antara langit dan bumi, ya’ni tidak diangkat ke langit di sisiNya (untuk diberikan keampunan), melainkan dengan membayar zakat fitrah.” HR al-Hafiz Ibn Shahin. Berkata Ibn ‘Abd al-Barr dlm al-Istizkar, jayyidul isnad.

2. Tidak Memungut Duit Orang ramai secara batil (cukai) Kununnya utk Jamuan Raya
Perkaitan antara sahur, iktikaf, puasa dan memakan yang haram sangat rapat, krn disebut dalam al-Quran secara berturut2 dalam ayat 187 dan 188 surah al-Baqarah.
وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ 188
Buatlah jamuan raya, tetapi bukan dengan menungut wang orang ramai secara jahil, paksaan atau spt ugutan, kerana ini termasuk memakan harta orang ramai secara batil. Hanya Allah dan RAsul yang berhak memungut harta manusia,…dgn tujuan kegunaan fi sabilillah, biarlah jamuan raya ikhlas, walaupun kecil, tanpa mengambil harta manusia.
Ketahuilah, memungut duit org ramai tanpa darurat disamakan dengan memakan riba yang diharamkan. Di akhirat, mereka yang berbuat demikian akan diazab dengan azab yang amat pedih. Surah al-Nisa’ ayat 161.
وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 161
Perbuatan itu juga adalah spt perbuatan para paderi yahudi dan rahib nasrani yang mengambil harta manusia secara batil, menghalng agama Allah dan menimbun2kn harta., maka gembirakanlah mrk dgn azab yang amat pedih.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِـزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Oleh kerana telah berpaling jauh dr ilmu, krn sombong atau malu, maka memakan haram telah tidak terasa lagi. Kununnya atas nama taman, kelab dan pemerintah,..!. ingatlah, dalam hadith sahih disebutkan bhw pemungut cukai darahnya wajib ditumpahkan, ia adalah penghuni APi Neraka Jahnaanm..! Nabi saw juga menyatakan bhw, Berapa ramai orang yang menguruskan harta dan Rasulnya, mengikut keinginan nafsunya, tiada bagi nya di AKhirat melainkan Api Neraka.
Bertaubat berdoa dan menangisi Ramadhan dan umur yang semakin pendek.
Adalah golongan salaf berdoa dan menangis2 kpd Allah selama 6 bulan, memohon dari agar Allah menerima ibadah solat, puasa dan sedekah mereka pada bulan ramadhan. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan dan kekurangan, temukanlah kami dengan ramadhan pada tahun yang akan datngg…, janganlah kami mati dan bertemu dgnMu dengan kecewa dan membawa dosa-dosa…amin ya rabbal ‘aalamin.

Selepas Maghrib, bertakbir hingga subuh sehingga sebelum solat raya ‘Eidulfitri

1 SHAWWAL : SOLAT EID
Solat Raya ini dianjurkan hatta kepada anak-anak dara dan perempuan2 yg haid agar sama2 mendengar khutbah dan berdoa bersama jamaah muslimin. Sunnah ini banyak dilalaikan oleh golongan muslimat.
Antara lain ialah: mandi raya, memakai wangian (untuk lelaki), memakai pakaian yang cantik, makan tamar sebelum solat raya, berjalan kaki ke masjid, pergi dan pulang masjid dengan jalan yang berlainan.

2 SHAWWAL. Mula puasa Shawwal 6 hari, kemudian puasa qadha’.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: