Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “July, 2012”

KELEBIHAN BUKU Jalan Ke Syurga Menurut Ahli Hadith

Kelebihan buku ini

Keistimewaan Buku Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith (Minhaj al-Huffaz).
• Mengandungi lbh kurang 400 hadith sahih dan hasan, kebanyakan hadith diberikan ulasan ringkas.
• Banyak hadith2 riqaq iaitu hadith2 penenang dan pelembut hati, serta hadith2 aqidah ahlussunnah.
• Diberikan kata aluan oleh tokoh ulama hadith Syria al-Muhaddith Shaykh ‘Abd al-Hadi Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi.
• Boleh belajar bahasa Arab terus dari hadith2 Nabi. Sangat sesuai untuk menjadi teks majlis talaqqi ilmu hadith secara beramai-ramai di masjid, surau dan rumah kediaman.
Buku ini membicarakan tentang:
1. Kelebihan-kelebihan Ahli Hadith menurut al-Quran, al-Hadith dan ulama’ salaf.
2. Cara-cara mendapat kelepasan dari azab kubur, (tasawwuf).
3. Cara-cara mendapat keringanan sakit mati (ini tidak terdapat dalam buku2 lain)
4. Fadilat-fadilat besar solat jamaah dan aqidah ahlussunnah.
5. Cara-cara mendapat mati syahid walau tidak pergi berperang (ini tidak terdapat dalam buku2 lain)
6. Cara-cara dan amalan-amalan untuk mendapat kekayaan
7. Fadilat jihad. Cara-cara mendapat naungan Arsy Allah ketika panas terik melampau di Bumi Mahsyar
8. Cara-cara berjaya melintasi titian sirat menuju ke syurga Allah , Cara-cara berjaya masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab, (ini tidak terdapat dalam buku-buku lain)
9. Doa untuk menghafaz al-Quran (ms 157), Zikir pagi, petang dan malam, syarat2 menjadi ‘alim.
10. Sifat-sifat nifaq (ms 179-180), Kelebihan-kelebihan uzlah dan Sifat-sifat wali Allah.
Al-Hafiz Isma’il ibn ‘Ali al-Samman al-Razi (370-443H) berkata, “Sesiapa yang tidak mempelajari, membaca dan menulis hadith, ia tidak akan merasai kemanisan islam.” Sahih, al-Hafiz Abu Sa’d al-Samman. Al-Imam Hasan al-Banna (1906-1949M) berkata, “Banyakkanlah membaca hadith Rasulullah saw dan sebaiknya hafazlah matan 40 Imam Nawawi.”
Ahli hadith akan selamat dari azab kubur, berjaya melintasi titian sirat dan memasuiki syurga tanpa hisab.

Cara menggunakan buku ini
Cara memanfaatkan buku ini ialah dengan melihat kpd TUJUAN PENULISAN, antaranya ialah :-
1.jadikan buku ini sbg teks kuliah2 hadith di msjid2 dan surau2 dan rumah2 kediaman, kemudian diberikan ijazah bg setiap pendengar yang mendengarnya sehingga khatam
2.jadikan buku ini sbg teks majlis bacaan hadith tanpa syarah selepas subuh dan asar di masjid dan di rumah
3.jadikan bacaan untuk anak2 sebelum tidur
4.jadikan buku ini sbg bacaan umum dan peribadi
5.jadikan buku ini sebagai teks usrah

TESTIMONIAL PEMBACA
Dr Abd Rahim Mohd Naam (KPM), “Rajin, lulus PhD.”
Dr Aderi (UKM), “Rajin.”
Ust Aizuddin, “Orang alim.”
Tengku Azia Farahin, “akm wbt, Alhamdulillah, saya mmmg cari buku Jalan Ke Syurga Menurut Ahli Hadith, buku ni sangat bermanfaat dan saya suka bacanya,…”.
Ust Jamaluddin Ahmad, “Rajin.”
Sahabat, “Saya nak buku tu sbb buku tu best.”
Ust Huzairi Husein, “Tuan guru” .
Mohd Rashidi, “Boleh jadi silibus tasawwuf sunni.”
Suzanna Ibrahim, “Terima kasih ustaz, saya suka dan suami saya pun suka buku tu nampaknya.” Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat dalam buku ust, airmata spt taknak berhenti, …”
Siti Norasiyah, “Terima kasih ust, ayah saya pun suka.”
Mujahidah Ghuraba’, “Buku Ust best.”

UNTUK PESANAN
Dapatkan dengan harga RM40.0, (+poslaju RM4.50, jumlah RM44.50), sms 012-5123014.
1. Bank in dlm Maybank 158118254115, atau BIMB 08086020005552 atau BSN 05100-29-87439082-1. atas nama Penerbit : ……………………………………. serta maklumkan nama bank.
2. Maklumkan pembayaran dalam sms 012-5123014, atau FB kami : Hareez Faqiir atau Abid Faqeer atau annuriyy@yahoo.com atau sms 012-5123014.
Harga RM40.00, + poslaju RM4.50. Jumlah RM44.50 shj (Sem Malaysia), Sabah Sarawak pos RM7.50 jumlah: RM47.50.
Brunei dan Singapura kos pos laju + RM44.00, jumlah RM84, (pos biasa +RM20.00 sampai selepas seminggu, jumlah RM60).
Saiz besar B5, satu jilid sahaja, 230 muka surat, softcover.
3. Untuk pesanan, silalah tuan puan berikan: email, no tel (wajib), nama, alamat (wajib), jumlah yang ingin dibeli. Paste kan resit kpd inbox/email/sms (wajib) selepas pembayaran dengan segera, dgn memaklumkan nama bank mana dimasukkan bayaran tersebut.
4. Sekiranya pembayaran yg dibuat pada waktu pagi (sebelum jam 1ptg), buku akan dipos pd hari yg samaa. Pembayaran slps jam 1 ptg, buku akan dipos keesokannya.
5. Setelah buku sampai, MESTI lah memaklumkannya dlm sms atau dlm FB, begitu juga tidak sampai selepas 3 hari, MESTILAH dimaklumkan juga.
SETIAP PEMBELIAN buku JALAN KE SYURGA akan dihadiahkan dengan ebook ‘Aqidah Salaf Ashab al-Hadith al-Imam al-Sabuni, terjemahan dan ulasan ringkas oleh Abid (sekiranya ebook masih baik dan ada dalam simpanan).
Semoga Berjaya dan diberkati. Selamat membaca, sekian wassalam.

Keharusan dan kesahihan penggunaan kalimah SALAFI

KESAHIHAN PENGGUNAAN KALIMAH SALAFI
By: FB Abid Faqeer
Menisbahkan diri kepada salaf adalah satu kemuliaan, ia tidak akan berlaku melainkan benar. Bahkan wajib setiap muslimah dan muslimah mengikut salaf yang salih, salafi zahir dan batin kerana golongan salaf (sahabat Nabi dan tabi’in) adalah golongan yang benar, diredhai Allah dan dijanjikan syurga.
Wajib seorang hafiz atau ahli hadith itu menjadi wara’ dan salafi. al-Imam al-Zahabi menulis dlm Siyar A’lam al-Nubala’ berkenaan ciri2 seorang al-Hafiz [13/380]:
فَالَّذِي يحتَاج إِلَيْهِ الحَافِظُ أَن يَكُون تقياً ذكياً، نَحْوِيّاً لُغَوِيّاً زكياً، حَيِيّاً، سَلَفياً
Maksudnya: “adapun yang diperlukan oleh seorang al-Hafiz hendaklah dia seorang yang bertaqwa, cerdik, alim nahw dan bahasa Arab, bersih jiwa, pemalu dan SALAFI”.
Asal penamaan Salaf dan penisbahan diri kepada manhaj Salaf adalah sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Fatimah radiyallahu ‘anha :
فَإِنَّهُ نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَكِ
“Kerana sesungguhnya sebaik-baik salaf bagi kamu adalah saya”. Dikeluarkan oleh al-Bukhari no.5928 dan Muslim no.2450.
Berkata al-Hafiz al-Sam’ani dalam Al-Ansab, jilid 3 hal 273 : “Salafi dengan difathah (huruf sin) adalah nisbah kepada Salaf dan mengikuti mazhab mereka”.
Berkata al-Zahabi,
السلفي بفتحتين من كان على مذهب السلف ) السير {21/5 و6
“al-Salafiyy dengan dua fathah ialah, sesiapa yang mengikuti mazhab salaf.” al-Siyar, jld 5, ms 21.
Dan berkata al-Hafiz As-Suyuti dalam Lubbul Lubab, jilid 2 hal.22 : “Salafi dengan difathah (huruf sin dan lam) adalah penyandaran diri kepada mazhab Salaf”.

1. Berkata al-Imam al-Zahabi dalam Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 13, hal.183 setelah menyebutkan hikayat bahawa Ya’qub bin Sufyan Al-Fasawi rahimahullah menghina ‘Uthman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu : “Kisah ini terputus, wallahu A’lam.
ما علمت يعقوب الفسوي إلا سلفيا
Dan saya tidak mengetahui Ya’qub Al-Fasawi kecuali beliau itu adalah seorang Salafi, dan beliau telah mengarang sebuah kitab kecil tentang As-Sunnah”.

2. Dan dalam biografi ‘Uthman bin Jarzad, al-Zahabi berkata : “Untuk menjadi seorang Muhaddith (ahli hadith), perlu lima perkara, sekiranya satu perkara tidak dipenuhi maka itu adalah suatu kekurangan. Dia memerlukan : Aqal yang baik, agama yang baik, dhabt (hafalan yang kuat), kecerdikan dalam bidang hadith serta dikenal darinya sifat amanah”.
3. Dan al-Zahabi berkata tentang al-Imam Ad-Daraqutni :
لم يدخل الرجل أبدا في علم الكلام ولا الجدال، ولا خاض في ذلك، بل كان سلفيا
“Beliau adalah orang yang tidak pernah ikut serta mempelajari ilmu kalam (ilmu mantik) dan tidak pula ilmu jidal (ilmu debat) dan beliau tidak pernah mendalami ilmu tersebut, bahkan beliau adalah seorang salafi”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 16, hal. 457.

4. Dan dalam Tadzkirah Al-Huffaz jilid 4 hal.1431 dalam biografi Ibnu al-Solah, berkata Imam Adz-Dzahaby :
كان سلفيا حسن الاعتقاد) التذكرة {4/1431}
“Dan beliau adalah seorang Salafi yang baik aqidahnya”. Dan lihat : Tabaqat al-Huffaz, jilid 2, hal. 503 dan Siyar A’lam An-Nubala` jilid 23, hal. 142.

5. Dalam biografi Imam Abul ‘Abbas Ahmad bin ‘Isa bin ‘Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah Al-Maqdisi, Imam Az-Zahabi berkata : “Beliau adalah seorang yang thiqah, thabt (kuat hafalannya), pandai, seorang salafiyy…”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 23, hal.18.

6. Dan dalam Biografi Abul Muzaffar Ibnu Hubairah, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dia adalah seorang yang mengetahui madzhab dan bahasa arab dan ilmu ‘arudh, seorang salafi, athari”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 20, hal.426.

7. Berkata Imam Adz-Dzahaby dalam biografi Imam Az-Zabidi : “Dia adalah seorang Hanafi, Salafi”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 20, hal 316.

8. Dan dalam Biografi Musa bin Ibrahim Al-Ba’labaki, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dan demikian pula beliau seorang merendah hati, seorang Salafi”. Lihat : Mu’jamul Muhaddithin, hal.283.

9. Dan dalam biografi Muhammad bin Muhammad Al-Bahrani, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dia seorang yang beragama, orang yang sangat baik, seorang Salafy”. Lihat : Mu’jam Al-Shuyukh, jilid 2, hal 280 (dinukil dari Al-Ajwibah Al-Mufidah hal.18).

10. Berkata Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Lisanul Mizan, Jilid 5, hal.348 dalam biografi Muhammad bin Qasim bin Sufyan Abu Ishaq al-Maliki al-Misri:
( محمد بن القاسم بن سفيان أبو إسحاق المصري المالكي الفقيه كان سلفي المذهب)
“Dan Ia adalah seorang yang bermazhab salafi”.
Bahkan sebenarnya setiap muslim tiada pilihan melainkan wajib menisbahkan diri kepada salaf dan wajib menjadi muslim salafiyy.

Shaykhuna al-Shaykh ‘Abd al-Hadi, jazakumullahu khayra

Kata Aluan oleh al-Muhaddith al-Hafiz Shaykh ‘Abd al-Hadi Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات ، اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله الأطهار وأصحابه الأخيار وأتباعه الأبرار وعلينا معهم برحمتك يا أرحم الراحمين ، يا عزيز يا غفار ، أما بعد،
Sesungguhnya al-Ustaz Abid Muhammad Nur (semoga Allah memeliharanya dan menambahkan taufiq untuknya) telah menunjukkan kepada saya buku beliau Minhaj Huffaz al-Muhaddithin ila Jannati Rabb al-‘Alimin, lalu saya menyelaknya dan membacanya, lalu saya dapati ia sebuah kitab yang kemas dan mantap, dikarang oleh penulisnya di mana beliau mengumpul didalamnya hadith-hadith Nabi yang ia pilih dari Kitab-kitab Sihah dan Masanid, ia mensyarahkannya dengan keterangan ringkas lagi bermanfaat untuk masyarakat awam, InSha Allah Ta’ala.
Buku ini sebagaimana yang dinamakan oleh penulisnya Minhaj al-Huffaz al-Muhaddithin ila Jannati Rabbil ‘Alamin akan menyampaikan orang yang beramal dengannya dan mengikhlaskan amal untuk Allah Ta’ala semata-mata, kepada syurga Tuhan sekalian alam yang maha agung kebesaranNya dan maha luas kurniaanNya. Telah sabit dari doa Rasulullah saw, “Ya Allah, sesungguhnya saya memohon kepadaMu syurga dan yang mendekatkan kepadanya dari perkataan dan amalan.”
Di dalam buku ini terdapat perkataan-perkataan dan amalan yang mendekatkan kepada syurga dan keredhaan Allah dan ia mewajibkan rahmat kasihsayang Allah dan punca keampunan. Dalam hadith dari Nabi saw, “Ya Allah, sesungguhnya saya meminta dariMu perkara yang mewajibkan rahmatMu, keampunanMu, keuntungan dari setiap kebaikan, keselamatan dari segala dosa, kejayaan meraih syurga dan keselamatan dari Api Neraka Jahannam.”
Saya berharap dari Allah Ta’ala agar menambahkan saudara kita penulis dengan taufiq dan bantuan serta membuka di tangan beliau manfaat yang meluas untuk umat Islam dan menjadikan muslimin mengambil manfaat dari tulisannya ini, menjadikannya diterima di kalangan hamba-hambaNya yang solih, memberinya balasan pahala sebagaimana beliau menunjukkan kepada kebaikan dan mengajak kepada hidayah. Amiin. Selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas pemimpin kita Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, saudara-saudara dan pewaris baginda.

Oleh, ‘Abd al-Hadi Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi,
Semoga Allah mengampuninya, kedua ibubapanya dan sekalian muslimin.
Ahad, 30 Sha’ban 1432H.
<img src="https://arabiyy.files.wordpress.com/2012/07/cover-buku-abang-copy2.jpg?w=1024" alt="" title="cover buku abang copy(2)" width="1024" height="662" class="aligncenter size-large wp-image-1579″ />

4 PUNCA REZEKI

4 Perkara yang mendatangkan rezeki dan ketenangan, redha Allah serta mati Islam.
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَنْ جَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَ ضَامِنًا عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَمَنْ عَادَ مَرِيضًا كَانَ ضَامِنًا عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَمَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ كَانَ ضَامِنًا عَلَى اللَّهِ ، وَمَنْ جَلَسَ فِي بَيْتِهِ وَلَمْ يَغْتَبْ أَحَدًا بِسُوءٍ كَانَ ضَامِنًا عَلَى اللَّهِ ” ، فَيُرِيدُ عَدُوُّ اللَّهِ أَنْ يُخْرِجَنِي مِنْ بَيْتِي إِلَى الْمَجْلِسِ .
Dari Mu’az berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Jihad, menziarahi orang sakit, pergi ke masjid pagi atau petang, duduk dalam rumah mengelakkan diri dari mengumpat. Al-Imam al-Tabarani (360H), al-Kabir, hadith no. 16519.

Post Navigation