Amalan Dalam Bulan Sha’ban: Sunnah dan Bid’ah
By: Abid b Muhammad Nur b Shakur
Termasuk bukti kemuliaan bulan Sha’ban ialah: Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan ini atau banyak berpuasa di dalamnya.
Nabi saw puasa secara tatabu’ dan wisal, menyambung puasa Sha’ban dan Ramadhah sedangkan dunia di tgn baginda. Dalam Musnad Ibn Rahuyah dari Ummu Salamah Hind bint Hudhayfah r.nha berkata,
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ : أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَمْ يَكُنْ يَصُومُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ إِلا شَعْبَانَ ، فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُهُ وَيَصِلُهُ بِرَمَضَانَ
“Bahawa RAsulullah saw tidak bepauasa 2 blan berterusan melainkan bulan Sha’ban dan menyambungnya dengan puasa bulan Ramadhan.” hadith no 1731.
Antara amalan yang paling utama dalam bulan Sha’ban ialah :-
1.Mengqadha’ puasa Ramadhan tahun lalu serta berpuasa sunat Sya’ban
2.Membanyakkan istighfar, meminta maaf atas segala kezaliman, menyambung silaturrahim, ukhuwwah dan mahabbah.
3.Menumpukan al-Quran, bacaan, hafaz dan tafsir.
4.Mengelakkan dari beramal dengan hadith2 palsu dan terlampau da’if atau meriwayatkannya khasnya tentang malam Nisfu Sha’ban.
Antara hadith da’if : tentang fadilat Malam Nisfu Sha’ban
عَنْ عَائِشَةَ ، عَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ ، نَزَلَ الرَّبُّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا ، فَيَغْفِرُ مِنَ الذُّنُوبِ عَدَدَ شَعَرِ غَنَمِ الْكَلْبِ
Musnad Ishaq ibn Rahuyah, no. 1519.
Di dalamnya ada Abu Malik maqbul, dan Hajjaj Artaah, da’if, mudtarib al-hadith. Selain itu, matan hadith ini bersalahan dengan hadith2 ahih yg menyatakan bahawa Allah TURUN ke langit dunia setiap malam. Jadi hadith sangat da’if dan munkar. Tiada masalah bersolat malam pd malam itu, membaca al-Quran dan beristighfar tanpa menisbahkannya kpd Nabi saw.
Antara HadiTH PalsU TTg Bulan Sha’ban
Kununnya Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yg solat pd malam nisfu Sha’ban 12 rakaat, membaca dalam stp rakaat Qul HuwaALlahu Ahad 30 kali, ia tidak keluar dari dunia sehingga ia melihat tempatnya di syurga.” Berkata al-Imam al-Suyuti mawdhu (palsu). al-La’ali’ al-Masnu’ah fi al-Ahadith al-Mawdu’ah, no 1347.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا : ” مَنْ صَلَّى النِّصْفَ مِنْ شَعْبَانَ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً ، يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ثَلاثِينَ مَرَّةً ، لَمْ يَخْرُجْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ ” . مَوْضُوع فِيهِ مجاهيل ، وفيه ليث وبقية ، فالبلاء منهم
5.Mengkhatamkan bacaan hadith spt Sahih al-Bukhari, Muslim, al-Tirmdhi, Abu Dawud, al-Nasaei dan Ibn Majah atau lain2 kitab hadith.