Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Pandangan Terhadap Hadith Fadilat Surah Yaasiin

FADILAT SURAH YASIN
1.Fadilat Surah Yasin, (Yasin jantung al-Quran) dalam Musnad al-Bazzar, semua perawinya jiyaad, kecuali Harun Abu Muhammad termasuk perawi Tirmidhi, beliau majhul yakni tidak meriwayatkan hadith darinya melainkan seorang iaitu al-Hasan ibn Salih al-Thawri (thiqah), al-Tirmdhi mengatakan gharib: darajat hadith da’if yu’tabar bih. Allahu A’lam.
Berkata al-Hafiz al-Bazzar;
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، نَا قُتَيْبَةُ ، نَا حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنِ الْحَسَنِ بْنِ صَالِحٍ ، عَنْ هَارُونَ ، عَنْ مُقَاتِلِ بْنِ حَيَّانَ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ أَنَسٍ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبٌ وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس .
Kaedah menjelaskan: al-muthbit muqaddam ‘ala an-nafyi, al-Tirmidhi jelas menuliskan Muqatil ibn Hayyan,jadi hadith ini da’if, bukan mawdhu’
2. Riwayat al-Hafiz al-Tirmidhi maklum: beliau berkata,
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ ، وَسُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الرُّؤَاسِيُّ ، عَنِ الْحَسَنِ بْنِ صَالِحٍ ، عَنْ هَارُونَ أَبِي مُحَمَّدٍ ، عَنْ مُقَاتِلِ بْنِ حَيَّانَ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ” إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس ، وَمَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ ” ” ، قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، وَبِالْبَصْرَةِ لَا يَعْرِفُونَ مِنْ حَدِيثِ قَتَادَةَ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ ، وَهَارُونُ أَبُو مُحَمَّدٍ شَيْخٌ مَجْهُولٌ
Majhul dalam Istilah Ahli Hadith bukanlah bermakna tidak dikenali tetapi perawi yang tidak diriwayatkan hadith dari beliau kecuali seorang atau dua orang.
Walau ada Ahli Hadith mengatakan bahawa hadith ini ialah riwayat Muqatil ibn Suayman bukan Muqatil ibn Hayyan, al-Tirmidhi mengithbatkan bahawa ia adalah Ibn Hayyan. Kaedah menjelaskan: al-muthbit muqaddam ‘ala an-nafyi, al-Tirmidhi jelas menuliskan Muqatil ibn Hayyan. Jadi hadith ini da’if, bukan mawdhu’.
3. Dalam Tafsir Ibn Kathir ada hadith yang jayyid iaitu hadith riwayat al-Hafiz Abu Ya’la :
وقال الحافظ أبو يعلى:
حدثنا إسحاق بن أبي إسرائيل، حدثنا حجاج بن محمد، عن هشام بن زياد، عن الحسن قال: سمعت أبا هريرة يقول : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من قرأ يس في ليلة أصبح مغفورًا له. ومن قرأ: “حم” التي فيها الدخان أصبح مغفورًا له”. إسناد جيد
Cuma beberapa ulama’ mempertikaikan pertemuan al-Hasan dgn Abu Hurairah r.a. Lafaz di atas mensabitkan pertemuan dengan lafaz sami’tu. Wassalam.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: