Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Manaqib al-Imam Hasan al-Banna r.a.

Fadail dan Manaqib Hasan al Banna
Dalam diri imam besar ini, terhimpun kelebihan2 yang sangat banyak, yg tidak terhimpun pada diri insan lain, walau ada ramai alim yg mempunyai beberapa kelebihan yg tidak dapat dinafikan.
1.Aqidah Sahih.
Aqidah beliau adalah aqidah Salaf, aqidah ahl sunnah, beliau sangat berani menzahirkan aqidah salaf di tengah masyarakat sufiyyah dan Negara Sufi Mesir. tafwidh beliau hanyalah lafzi (teknikal), sekiranya tidak, Imam Ahmad, al-Zahabi juga tafwidh secara zahirnya. Cuma salafiyyah mentafsirkn bhw tafwidh itu hanya kayfiyyah bukan tafwidh ma’na dan kayfiyyah. Ini hanya khilaf lafzi dan mudah, kecuali kepada golongan takfir dan pelampau yang hati mereka rosak lagi sesat, mengkafirkan kerana semata-mata shubuhat dan perbezaan fikrah.
2.Wara’. Beliau akan mengamalkan terlebih dahulu sblm mengajak org lain beramal dengan sesuatu amal. Beliau melazimi solat tahajjud, dan menyembunyikannya, memelihara solat jama’ah,melazmimi puasa2 sunat sehingga beliau kurus kering di akhir hayatnya. Beliau solat jamaah di mana shj, di tepi jalan atau kedai bersama kawan2nya. Beliau tidak pernah bertolak ansur dengan kezaliman dan tidak pernah memuji orang zalim, tidak seperti para murjiah, mufti2 dan ulama lantikan taghut.
3.Zahid, beliau hidup sederhana dan sabar dalam kefaqiran dan kesusahan. Beliau seorang imam rabbani dan mujahid. Sufi yang beliau terima ialah sufi yang berkaitan zuhd, wara’, iffah, sidq, amanah, memenuhi janji dll. Sesiapa yang faqih, boleh melihat apakah yang dimaksudkan oleh al-Imam Hasan al-Banna r.a. dengan haqiqat sufiyyah:
حقيقة صوفية، يعتقدون أن أساس الخير طهارة النفس، ونقاء القلب، وسلامة الصدر، والمواظبة على العمل، والإعراض عن الخلق، والحب في الله، والأخوة فيه
Bahkan beliau dengan beraninya banyak mengkritik amalan2 sufiyyah pada zamannya.
4.Mujahid, panglima perang, memerangi Yahudi di Palestin bersama sahabat beliau. Beliau tidak duduk2 shj spt gol nifaq, dayus dan murji’ah, memberi fatwa2 sambil menunggu gaji dari pemerintah yg tunduk kpd Yahudi dan Amerika.
5.Brilliant, berbincang dengan Rashid Ridha, ulama’ al-Azhar dan Shaykh al-Azhar.
6.Pemalu. Beliau sangat dan pendiam, memelihara kata2 dari perkataan keras, kasar dan keji menyakitkan hati. Pemalu adalah akhlak mulia dan di dalamnya tersimpan jutaan kebaikan.
7.Abid. ketika kesunyian malam, beliau memastikan sahabat2 beliau tidur terlebih dahulu agar beliau dapat bermunajat kpd Allah tanpa dilihat oleh manusia dan tidak diketahui oleh mereka.
8.Hafiz al-Quran. Beliau menghafaz al-Quran saling tasmi’ hafazannya bersama sahabat baiknya Ahmad al-Sukkari. Adakalanya kedua2nya membaca al-Quran dan menangis2 mengingati kematian. Beliau juga dapat menghafaz buku2 yang dibacanya walau baru membacanya sekali sahaja. Hafazannya amat tajam dan sangat mengkagumkan.! Beliau sentiasa membaca al-Quran hampir disemua tempat ketika ada peluang, sentiasa menggalakkan orang lain menghafaz al-Quran. Beliau seorang mufassir yang hebat dan ulung seolah2 al-Tabari dan al-Qurtubi. setiap klai mentafsirkan al-Quran, dirasakan seolah2 al-Quran sedang turun, seolah2 bersama Rasul dan sahabat. Lihat Nazarat Fi Kitabillah, Hadith al-Thulatha’ dan Hadith al-Jumu’ah. Lihat tulisan2 beliau dalam akhabr2 dan majalah2 terbtan beliau.
9.Muhaddith. Hasan al-Banna juga seorang ahli hadith, sunni salafi. Ayahnya lepasan al-Azhar, seorang muhaddith besar pengarang al-Fath al-Rabbani Fi Tartib Musnad al-Shaybani, Tartib wa Sharh Musnad al-Imam al-Shafi’ei r.a.,
10.Faqih al-Nafs (berjiwa faqih). Ketika org ramai berkelahi ttg bilangan rakaat tarawih, beliau menasihatikan mrk agar solat mengikut dalil, minat dan kecenderungan masing, tetapi mrk enggan, lalu beliau mengarahkan masjid diutup utk mengelakkan pergaduahn dan perpecahan masyarakat.
11.Pendakwah, khatib dan wa’iz yang fasih. Salah satu tanda alim rabbani ialah dakwah di jalan Allah Taala. Dakwah ialah malakah dan mawhibah. Ceramah beliau sangat menarik, mengkagumkan, meniupkan semangat dan berita2 gembira, dihadiri beratus2 ribu manusia dengan penuh minat, kagum dan cinta di Kaherah. Sejak remaja beliau berdakwah ke serata tempat memasuki lebih 1000 buah kampung dan beratus2 bandar. Tanpa menerima upah, lalu dakwah beliau tersebar ke seluruh dunia dengan izin Allah. Membaca tulisan2 beliau, hati terasa tenang, terang benderang keindahan dan kemudahan islam. Terasa betapa hebat dan cantiknya Islam. Membaca khutbah2 beliau menyebabkan air mata berlinangan dan bercucuran serta mengingatkan kepada Allah dan Akhirat. Sejak kecil beliau mengetuk pintu2 rumah di kampungnya mengajak mrk solat subuh berjamaah. Bukan shj hari2 biasa, bahkan setiap cuti dn perayaan beliau keluar untuk berdakwah meneruskan kerja2 kenabian kerana hidupnya telah dinazarkan utk dakwah. Beliau pendakwah ulul ‘azmi. Beliau penulis dan sasterawan.
12.Bakat memimpin sejak kecil. Pemberani, tegas dan kuat.
13.Mujaddid. beliau muncul ketika keruntuhan khilafah islamiyyah. Beliau mendidik umat agar bertauhid dan beribadah kpd Allah dgn penuh hikmah, lemah lembut dan kasih sayang. Beliau mengutus surat kpd para pemimpin arab mengajak mereka kepada Islam dan jihad.
14.Tawadhu’.
Belajar tawadhu’ dari al-Imam Hasan al-Banna r.a., mujaddid, imam mujtahid
يا أخي، إني لست بعالم، ولكني رجل مدرس مدني أحفظ بعض الآيات، وبعض الأحاديث النبوية الشريفة وبعض الأحكام الدينية من المطالعة في الكتب، وأتطوع بتدريسها للناس. فإذا خرجت بي عن هذا النطاق فقد أحرجتني، ومن قال لا أدري فقد أفتى، فإذا أعجبك ما أقول، ورأيت فيه خيرا، فاسمع مشكورا، وإذا أردت التوسع في المعرفة، فسل غير من العلماء والفضلاء المختصين، فهم يستطيعون إفتاءك فيما تريد، وأما أنا فهذا مبلغ علمي، ولا يكلف الله نفسا إلا وسعها
“Wahai saudaraku, saya bukanlah alim. Saya hanyalah seorang guru umum yang hafaz beberapa ayat al Qur’an, beberapa hadith serta beberapa hukum agama melalui mutalaah terhadap beberapa buku. Dengan senang hati dan suka rela saya ajarkan hal-hal tersebut kepada orang ramai.

Jika kamu paksa saya untuk keluar dari skop di atas maka engkau telah menyusahkan saya.

Siapa yang mengatakan ‘saya tidak tahu’ maka sesungguhnya dia telah berfatwa.

Jika kamu menyukai ceramah yang saya sampaikan dan kamu lihat ada kebaikan padanya maka aku berterima kasih atas kesediaan kamu untuk mendengarkan ceramahku.

Jika engkau mendapatkan pengetahuan agama yang luas maka bertanyalah kepada selainku iaitu para ulama dan orang yang memang spesialis dalam bidang ilmu. Merekalah orang yang mampu memberikan fatwa kepada kamu mengenai masalah apa saja yang kamu inginkan. Adapun, maka sampai di sinilah keilmuanku dan Allah tidaklah membebani seseorang lebih dari kemampuannya” [Mudzakkirat ad Dakwah wa al-Dai’yah, hal 85.
Tambahan: Jawapan ini sangat mantap, halus dan cerdik, bagi mengelakkan pergaduhan dan takfir oleh golongan2 fanatik dan gila.
Lihat kalimah2 tawadhu’ beliau, “…saya bukanlah alim…” sedangkan beliau seorang imam, mujaddid dan faqih, “…hafaz beberapa ayat al-Quran…” sedangkan beliau seorang hafiz al-Quran yang tegar, !
15.Dimusuhi Yahudi dan Amerika. Beliau digeruni musuh2 Islam sleuruh dunia, di Timur dan di Barat.
Pujian para tokoh. Sangat ramai yang mentazkiyah beliau antaranya ialah Raja Faisal, Al-Nadawi, Muhammad al-Ghazali, Sayyid Qutb, al-Qaradawi, Muhammad al-Hamid, al-Albani, Ibn Baz, Ibn Jibrin, dan jutaan lagi.
Terhimpun dalam diri al-Imam sifat2 kenabian, sifat2 sahabat dan imam2 mujtahid dan mujaddid, ketika ulama’ lain hanya mempunyai beberapa sifat kemuliaan tersebut.
Sirah al-Imam tidak boleh diambil dari blog2 salahpi arab dan indon: pengikut para yahudi yg dipenuhi hasad, bias, bodoh, dangkal, nifaq, cacian dan penghinaan, berniat jahat, busuk hati, dan bebal.
Ketika di Saudi, kita lihat salahpi membaca quran terhegeh2, bolehkah agama diambil dari mereka?

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: