Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “May 1, 2012”

al-Mujaddid al-Imam Hasan al-Banna r.a.

Belajar tawadhu’ dari al-Imam Hasan al-Banna r.a., mujaddid, mujahid, imam mujtahid.
يا أخي، إني لست بعالم، ولكني رجل مدرس مدني أحفظ بعض الآيات، وبعض الأحاديث النبوية الشريفة وبعض الأحكام الدينية من المطالعة في الكتب، وأتطوع بتدريسها للناس. فإذا خرجت بي عن هذا النطاق فقد أحرجتني، ومن قال لا أدري فقد أفتى، فإذا أعجبك ما أقول، ورأيت فيه خيرا، فاسمع مشكورا، وإذا أردت التوسع في المعرفة، فسل غير من العلماء والفضلاء المختصين، فهم يستطيعون إفتاءك فيما تريد، وأما أنا فهذا مبلغ علمي، ولا يكلف الله نفسا إلا وسعها

“Wahai saudaraku, saya bukanlah alim. Saya hanyalah seorang guru umum yang hafaz beberapa ayat al Qur’an, beberapa hadith serta beberapa hukum agama melalui mutalaah terhadap beberapa buku. Dengan senang hati dan suka rela saya ajarkan hal-hal tersebut kepada orang ramai.

Jika kamu paksa saya untuk keluar dari skop di atas maka engkau telah menyusahkan saya.

Siapa yang mengatakan ‘saya tidak tahu’ maka sesungguhnya dia telah berfatwa.

Jika kamu menyukai ceramah yang saya sampaikan dan kamu lihat ada kebaikan padanya maka aku berterima kasih atas kesediaan kamu untuk mendengarkan ceramahku.

Jika engkau mendapatkan pengetahuan agama yang luas maka bertanyalah kepada selainku iaitu para ulama dan orang yang memang spesialis dalam bidang ilmu. Merekalah orang yang mampu memberikan fatwa kepada kamu mengenai masalah apa saja yang kamu inginkan. Adapun, maka sampai di sinilah keilmuanku dan Allah tidaklah membebani seseorang lebih dari kemampuannya” [Mudzakkirat ad Dakwah wa al-Dai’yah, hal 85.
Tambahan: Jawapan ini sangat mantap, halus dan cerdik, bagi mengelakkan pergaduhan dan takfir oleh golongan2 fanatik dan gila.
Lihat kalimah2 tawadhu’ beliau,
1. “…saya bukanlah alim…” sedangkan beliau seorang imam, mujaddid dan faqih,
2. “…hafaz beberapa ayat al-Quran…” sedangkan beliau seorang hafiz al-Quran yang tegar, !
3. “sesiapa yang berkata tidak tahu…” sedangkan beliau ‘allamah mujtahid.

Wajib Menentang Semua Kezaliman

Munkar wajib ditentang, kezaliman wajib dilawan walau darimana pun ia datang dan dari siapapun ia datang, tanpa bias. Walau ibu ayah, adik beradik atau anak sendiri, zalim tetaplah zalim.
Mu’min Menentang Kezaliman”
Sil buka dan baca, tekan
modules.php?name=News&file=print&sid=9686

Post Navigation