Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “February, 2012”

3 Mata Tidak Dibakar Dalam Neraka Jahannam

By: Ust Abu ‘Azzam Abid ibn Muhammad Nuur (Master of Shari’ah)

Ulama’ salaf mengatakan, “3 mata tidak akan menangis ketika kedahsyatan Qiyamat dan tidak akan dibakar dalam Api Neraka Jahannam iaitu: – Mata yang menangis kerana Allah (takut kepada Allah), mata yang berjaga malam dalam jihad di jalan Allah dan mata yang berjaga malam kerana membaca dan mengkaji kitabullah.” Dalam al-Fawa’id al-Hisan oleh ‘Ali al-Khal’ei (w492H), dari Mu’awiyah ibn Haydah r.a., “…dan mata yang menundukkan pandangannya dari perkara2 yg diharamkan Allah.”

Mati itu Lebih Baik Dari Hidup.
al-Imam Ibn Jarir al-Tabari, meriwayatkan dgn sanadnya bhw Abu Darda’ r.a. berkata,

ما من مؤمن إلا والموت خير له، وما من كافر إلا والموت خير له، ومن لم يصدقني فإن الله يقول: ( وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلأبْرَارِ ) ويقول:  وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لأَنْفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ 

“Tiada seorg mu’min pun melainkan mati lebih baik baginya. Firman Allah; … dan apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi org2 yg baik (beriman dan bertaqwa) iaitu syurga serta sungai2 yg kekal abadi. Ali ‘Imran ayat 198. Tiada seorg kafir pun melainkan mati itu lebih baik baginya Allah swt berfirman, Dan janganlah sesekali org2 kafir menyangka bhw sesungguhnya Kami tangguhkan bgi mereka itu suatu yg baik baginya, krn sesungguhnya KAMI memanjngkn umur mrk supaya bertambah dosa dan bagi mrk azab yg menghinakan.Ali ‘Imran 178.

Juga kerana mati itu adalah taqdir Allah, maka semua taqdir Allah adalah lbh baik bg stp hamba. Dalam hadith, “Tidaklah ALlah mentaqdirkan utk seseorg hamba suatu taqdir melainkan itu adalah lebih baik baginya.” HR Ahmad.

Dalam mentafsir ayat 157 Ali ‘Imran, al-Hafiz Ibn Kathir berkata,

Kesesatan dan Bahaya Agama Syi’ah

Agama Syiah.
1. Walau ada segelintir Syiah sederhana yang sangat rapat dengan Ahl al-Sunnah spt Syi’ah Zaydiyyah, tetapi kebanyakan Syiah menyeleweng dari Islam secara total. Mereka berfahaman mu’tazilah jahmiyyah dalam sifat2 Allah, menolak sifat istiwa’ Allah di atas ‘Arasy, mengatakan Allah wujud tanpa bertempat seperti aqidah jahmiyyah yang sesat. Ada syiah yang berfahaman mujassimah iaitu mengatakan Allah berjisim seperti makhluk, Allah bersifat al-bada’ iaitu ilmu Allah itu didahului kejahilan, bahkan di kalangan mereka ada yang berfahaman batiniyyah qaramitah nusayriyyah isma’iliyyah sehingga menjadi agama yang lain, yang bukan Islam, terkeluar dari Islam, ya’ni menjadi agama baru. Sehingga ada di kalangan mereka yang menggangap Ali sebagai Tuhan.

2.Mereka adalah khawarij membunuh umat Islam, bersekongkol dengan kuffar dan musyrikin spt Yahudi dan Nasrani serta musyrikin (Mongol dan Tatar). Mereka bersekongkol dengan pasukan salib Amerika dan Zionis yahudi memerangi Kerajaan Islam Afghanistan, palestin dan gerakan2 Jihad.
Mereka adalah nawasib krn menentang Nabi saw, keluarga baginda dan mengkafirkan sahabat baginda, bermuka2 mencintai Ali dan ketrunannya. Bahkan Nabi sebenar di sisi pelampau mereka ialah Sayyiduna ‘Ali ibn Abi Talib, bukan Nabi Muhammad saw.

3. Menurut agama Syiah, Al-Quran yang ada kini tidak betul dan tidak tulen, bahkan telah ditukar ganti. Selain itu mereka mentafsirkan al-Quran hawanafsu mrk yg jahat, maka layaklah mereka mjd penghuni Neraka Jahannam. al-Imam al-Shafiei r.a. menamakan mrk sbg akzabun nas iaitu golongan yang paling kuat menipu. Sepanjang sejarah mrk didapati mencipta sgt byk hadith2 palsu.
4. Syiah juga mempunyai sikap melampau2 terhadap imam, di mana imam mereka di anggap mengetahui yang ghaib, mempunyai kedudukan lebih tinggi dari nabi-nabi, para imam bersama Allah mengurus alam ini, apabila mereka ditimpa kesusahan mereka berdoa meminta pertolongan dari imam2 mereka.
5.Menurut agama syiah, semua manusia terutama ahl al-sunnah adalah anak zina yang halaal darah mereka. Ahl sunnah adalah kafir, bahkan lebih kafir dari yahudi dan Nasrani, sbb itulah mrk membantu kuffar setiap kali ahl sunnah diperangi oleh org2 kafir. Menolak mut’ah adalah kafir. Mereka bersolat menyembah kubur para imam. para pemerintah selain imam 12 adalah taghut (jd khumeini? taghut). Yang lebih membahayakan, sesetengah umat Islam dan pelampau2 sufi tariqat seolah2 menyokong syiah, atau memandang enteng akan kesesatan syiah.

6.Kezaliman Kebinatangan Penganut Agama Syiah Khawarij.
Di Syria, Iran, Iraq, Bahrain, mrk membunuh kanak-kanak dan wanita, kanak2 disiksa dengan dicabut kuku-kuku jari tangan dan kuku kaki mereka, dipancung, digantung di tali2 gantung, merogol wanita2 Islam Ahl SUnnah, membunuh pemuda2 dengan bermacam2 jenis penyiksaan, dibakar, ditikam, dipukul, diliwat dan ditembak sesuka hati.! (Sila dengar dari youtube: http://www.youtube.com/watch?v=uQ-hNSyzIkg
7.Syiah menolak hadith2 Nabi yang sahih, suka bertaqiyyah menipu umat, menghalalkan zina dan pelacuran dengan nama nikah mut’ah.!
8.Kesimpulan, wajib keatas umat Islam memelihara aqidah dengan bersungguh2 mempelajari aqidah ahl sunnah, memelihara diri, keluarga dan sahabat serta jiran2 dari penyakit kesesatan khawarij dan racun Syiah yg mengajak ke pintu2 Jahannam, sentiasa bersama ulama’ ahl sunnah dan jamaah muslimin serta membaca hadith2 Nabi saw yang sahih.

Harga RM35.90, + poslaju RM4.50. Jumlah RM40.00 shj (Sem Malaysia). Sabah Sarawak pos ialah RM6.

Brunei dan Singapura kos pos laju RM44.00, (pos biasa RM20.00 sampai selepas seminggu).

Ingatlah semua kelompok dlm Neraka Jahannam kecuali ahl al-sunnah yg tulen, ahli hadith, sunnah aqidah dan manhaj, sunnah zahir dan batin, sunnah pd aqidah, amal, lafaz dan akhlak. Mrklah satu2nya calon ahli syurga sebagaimana yg dijamin oleh Nabi saw.

Kelebihan Ahl Sunnah Ahli Hadith

Antara petikan khutbah 24 Feb 2012
“…Sudah ditetapkan dalam agama ini, di dalam hadith2 Nabi saw, bahawa ahl sunnah adalah satu2nya golongan yang benar, selamat dari bid’ah dan kesesatan, selamat dari Neraka, satu2nya gol yg memasuki syurga. Selain ahl sunnah, semuanya ahli neraka. Antara kata2 ulama’ salaf yg masyhur ialah,
1.al-Imam Ibn Shihab az-Zuhri berkata, “Berpegang teguh dengan Sunnah (zahir dan batin serta beramal dengannya) adalah keselamatan.”

2.Al-Imam Malik ibn Anas berkata, “Sesungguhnya sunnah seperti bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya maka ia selamat, sesiapa yang tertinggal dari menaikinya, ia tenggelam.”

3.Al-Imam al-Awza’ei berkata, “Hendaklah kamu berpegangteguh dengan hadith, walau orang ramai meninggalkan kamu, tinggalkanlah bid’ah walau zahirnya cantik dan hebat.”
4.al-Imam ash-Shafiei r.a. berkata, “Hendaklah kamu mengikuti ahli2 hadith kerana mereka adalah org2 yg paling banyak kebenarannya.”

Tajuk: Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith,

Penulis: Abid b Muhammad Noor, Malaysia:

Penerbit:   AL-RABBANI Publisher, 2011.

Dapatkan dengan harga RM35.90, (+poslaju RM5.00, jumlah RM40.00), sms 012-5123014.    BIMB  08086020005552 atas nama Pengarah :

Maklumkan pembayaran dalam FB kami : Hareez Faqiir atau FB Abid Faqeer, annuriyy@yahoo.com atau sms 12-5123014.

Harga RM35.90, + poslaju RM4.50. Jumlah RM40.00 shj (Malaysia).

Brunei dan Singapura kos pos laju + RM44.00, jumlah RM 79, (pos biasa +RM20.00 sampai selepas seminggu, jumlah RM55).

Saiz besar B5, satu jilid sahaja, 230 muka surat, softcover.

Keistimewaan Buku Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith (Minhaj al-Huffaz).
• Mengandungi lbh kurang 400 hadith sahih dan hasan, kebanyakan hadith diberikan ulasan ringkas.
• Banyak hadith2 riqaq iaitu hadith2 penenang dan pelembut hati, serta hadith2 aqidah ahlussunnah.
• Diberikan kata aluan oleh tokoh ulama hadith Syria al-Muhaddith Shaykh ‘Abd al-Hadi Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi.
• Boleh belajar bahasa Arab terus dari hadith2 Nabi. Sangat sesuai untuk menjadi teks majlis talaqqi ilmu hadith secara beramai-ramai di masjid, surau dan rumah kediaman.
Buku ini membicarakan tentang:
1. Kelebihan-kelebihan Ahli Hadith menurut al-Quran, al-Hadith dan ulama’ salaf.
2. Cara-cara mendapat kelepasan dari azab kubur, (tasawwuf).
3. Cara-cara mendapat keringanan sakit mati (ini tidak terdapat dalam buku2 lain)
4. Fadilat-fadilat besar solat jamaah dan aqidah ahlussunnah.
5. Cara-cara mendapat mati syahid walau tidak pergi berperang (ini tidak terdapat dalam buku2 lain)
6. Cara-cara dan amalan-amalan untuk mendapat kekayaan
7. Fadilat jihad. Cara-cara mendapat naungan Arsy Allah ketika panas terik melampau di Bumi Mahsyar
8. Cara-cara berjaya melintasi titian sirat menuju ke syurga Allah , Cara-cara berjaya masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab, (ini tidak terdapat dalam buku-buku lain)
9. Doa untuk menghafaz al-Quran (ms 157), Zikir pagi, petang dan malam, syarat2 menjadi ‘alim.
10. Sifat-sifat nifaq (ms 179-180), Kelebihan-kelebihan uzlah dan Sifat-sifat wali Allah.

Al-Hafiz Isma’il ibn ‘Ali al-Samman al-Razi (370-443H) berkata, “Sesiapa yang tidak mempelajari, membaca dan menulis hadith, ia tidak akan merasai kemanisan islam.” Sahih, al-Hafiz Abu Sa’d al-Samman. Al-Imam Hasan al-Banna (1906-1949M) berkata, “Banyakkanlah membaca hadith Rasulullah saw dan sebaiknya hafazlah matan 40 Imam Nawawi.”
Ahli hadith akan selamat dari azab kubur, berjaya melintasi titian sirat dan memasuiki syurga tanpa hisab.

TESTIMONIAL PEMBACA.
1.Suzana Ibrahim. Rasa tak tertahan airmata. Terima kasih ust, saya suka dan suami saya juga suka buku ini.
2.Ku Zara. Terima kasih. Saya suka bacanya.
3.Assalamu ‘alaykum ya Ustaz, sampai halaman 68 kitab Minhajul Huffaz, ana trasa nak menangis, barakallahu feek, moga Allah berkati usahamu mengumpulkan akhbar (hadith-hadith) ini. Abu Humayd Sufri Mahmud, Sarawak.
4.

Kata Aluan : Shaykh al-Kharsah terhadap Buku Minhaj al-Huffaz
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات ، اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله الأطهار وأصحابه الأخيار وأتباعه الأبرار وعلينا معهم برحمتك يا أرحم الراحمين ، يا عزيز يا غفار ، أما بعد،
1. Sesungguhnya al-Ustaz Abid Muhammad Nur (semoga Allah memeliharanya dan menambahkan taufiq untuknya) telah menunjukkan kepada saya buku beliau Minhaj Huffaz al-Muhaddithin ila Jannati Rabb al-‘Alimin, lalu saya menyelaknya dan membacanya, lalu saya dapati ia sebuah kitab yang kemas dan mantap, dikarang oleh penulisnya di mana beliau mengumpul didalamnya hadith-hadith Nabi yang ia pilih dari Kitab-kitab Sihah dan Masanid, ia mensyarahkannya dengan keterangan ringkas lagi bermanfaat untuk masyarakat awam, InSha Allah Ta’ala.
2. Buku ini sebagaimana yang dinamakan oleh penulisnya Minhaj al-Huffaz al-Muhaddithin ila Jannati Rabbil ‘Alamin akan menyampaikan orang yang beramal dengannya dan mengikhlaskan amal untuk Allah Ta’ala semata-mata, kepada syurga Tuhan sekalian alam yang maha agung kebesaranNya dan maha luas kurniaanNya. Telah sabit dari doa Rasulullah saw, “Ya Allah, sesungguhnya saya memohon kepadaMu syurga dan yang mendekatkan kepadanya dari perkataan dan amalan.”
3. Di dalam buku ini terdapat perkataan-perkataan dan amalan yang mendekatkan kepada syurga dan keredhaan Allah dan ia mewajibkan rahmat kasihsayang Allah dan punca keampunan. Dalam hadith dari Nabi saw, “Ya Allah, sesungguhnya saya meminta dariMu perkara yang mewajibkan rahmatMu, keampunanMu, keuntungan dari setiap kebaikan, keselamatan dari segala dosa, kejayaan meraih syurga dan keselamatan dari Api Neraka Jahannam.”
4. Saya berharap dari Allah Ta’ala agar menambahkan saudara kita penulis dengan taufiq dan bantuan serta membuka di tangan beliau manfaat yang meluas untuk umat Islam dan menjadikan muslimin mengambil manfaat dari tulisannya ini, menjadikannya diterima di kalangan hamba-hambaNya yang solih, memberinya balasan pahala sebagaimana beliau menunjukkan kepada kebaikan dan mengajak kepada hidayah. Amiin. Selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas pemimpin kita Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, saudara-saudara dan pewaris baginda.

Oleh, ‘Abd al-Hadi Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi,
Semoga Allah mengampuninya, kedua ibubapanya dan sekalian muslimin.
Ahad, 30 Sha’ban 1432H.

Hukum Menyentuh al-Qur’an Tanpa Wudhu’

HUKUM MENYENTUH ATAU MEMEGANG AL-QUR’AN BAGI ORANG JUNUB, WANITA HAID DAN NIFAS.
Menurut tuan guru kami, pakar tafsir Prof Dr Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi (Jordan), harus menyentuh al-Quran tanpa wudhu’, bagi wanita haid atau nifas dan orang berjunub, Cuma lebih afdal sekiranya berwudhu’. Ini bermaksud menyentuh al-Quran tanpa wudhu’ tidaklah haram. Antara yang berpendapat demikian ialah segolongan ulama tabi’in al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, al-Imam Dawud al-Zahiri, al-Bukhari, Ibn Hazm, Al-Shawkani dan Ibn al-Wazir.
1.Tidak ada satupun dalil yang melarang menyentuh atau memegang al-Qur’an bagi orang junub, perempuan haid dan nifas. Allahumma, kecuali mereka yang melarang atau mengharamkan berdalil dengan firman Allah Azza wa Jalla.
“Tidak ada yang menyentuh (Al-Qur’an) kecuali mereka yang telah disucikan” [Al-Waqi’ah : 79]
Yang sahih, yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah : Tidak ada yang dapat menyentuh Al-Qur’an yang ada di Lawh Mahfuz sebagaimana ditegaskan oleh ayat yang sebelumnya (ayat 78) kecuali para Malaikat yang telah disucikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Demikian tafsir dari Ibnu ‘Abbas dan lain-lain sebagaimana telah diterangkan oleh al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya. Bukanlah yang dimaksud bahawa tidak boleh menyentuh atau memegang Al-Qur’an kecuali orang yang bersih dari hadath besar dan hadath kecil. Kalau betul demikian maksudnya tentang firman Allah di atas ertinya menjadi : Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali mereka yang suci/bersih, yakni dengan bentuk faa’il (subjek/pelaku) bukan maf’ul (objek). Kenyataannya Allah berfirman : Tidak ada yang menyentuhnya (Al-Qur’an) kecuali mereka yang telah disucikan yakni dengan bentuk maf’ul (objek) bukan sebagai faa’il (subjek).
2.Mereka yang melarang menyentuh al-Quran tanpa wudhu’ berdalil dengan hadith,
(( لا يمس القرآن إلا طاهر ))
“Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali orang yang suci.”
Hadith Sahih riwayat al-Daraqutni dari jalan ‘Amr bin Hazm. Dan dari jalan Hakim bin Hizaam diriwayatkan oleh al-Daraquthni, al-Hakim, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat dan lain-lain. Dan dari jalan Ibnu ‘Umar diriwayatkan oleh al-Daraqutni dan lain-lain. Dan dari jalan ‘Uthman ibn Abil ‘Aash diriwayatkan oleh al-Tabarani dlm al-Mu’jam al-Kabir dan lain-lain. [1]
Yang sahih, maksud hadith di atas ialah : Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali orang mu’min yang suci, kerana orang mu’min itu suci tidak najis sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis”. Berkata al-Albani dalam Tamam al-Minnah (ms 107), yang dimaksudkan ialah jangan membiarkan musyrik menyentuhnya.
Sahih, hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain dari jalan Abu Hurairah, ia berkata : “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjumpaiku di salah satu jalan dari jalan-jalan yang ada di Madinah, sedangkan aku dalam keadaan junub, lalu aku menyingkir pergi dan segera aku mandi kemudian aku datang (menemui baginda), lalu baginda bersabda, “Kemana engkau tadi wahai Abu Hurairah?” Jawabku, “Aku tadi dalam keadaan junub, maka aku tidak suka duduk bersamamu dalam keadaan tidak bersih (suci)”. Maka Baginda saw bersabda, “Subhanallah! Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis.” (Dalam riwayat yang lain beliau bersabda, “Sesungguhnya orang muslim itu tidak najis”).
Bukanlah yang dimaksudkan dengan orang yang suci ialah suci dari hadath besar dan hadath kecil, kerana lafaz taahir dalam hadith di atas ialah satu lafaz yang mempunyai beberapa makna (musytarak) iaitu : Suci dari hadath besar, suci dari hadath kecil dan suci yang bererti orang mu’min. untuk menentukan salah satu dari tiga macam arti thaahir diatas harus ada qarinah (tanda dan alamat) yang membawa dan menentukan salah satunya. Apakah erti thaahir di atas maksudnya bersih dan hadats besar atau bersih dari hadath kecil atau mu’min?.

Untuk yang pertama dan kedua iaitu bersih dari hadath besar dan hadath kecil tidak ada satupun qarinah yang menetapkannya. [2]. Sedangkan untuk yang ketiga iaitu orang mu’min telah datang qarinah dari hadith sahih di atas iaitu sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis”, Yakni orang mu’min itu suci, kerana najis lawan dari suci, ketika Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menafikan (meniadakan) kenajisan bagi orang-orang yang beriman (mu’minun), maka mafhumnya ialah orang-orang yang beriman itu suci. Istimewa apabila kita melihat kepada sebab-sebab Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam (sabab wurudil hadith) bahawa orang mu’min itu tidak najis, iaitu kejadian pada diri Abu Hurairah yang sedang janabah dan tidak mahu duduk bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan anggapan bahawa dia sedang tidak suci!? Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menyalahkan anggapan tersebut dengan sabdanya : “Subhaanallah, sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis.”
[Dari buku Tiga Hukum Bagi Perempuan Haid Dan Junub (Menyentuh/Memegang Al-Quran; Membacanya Dan Tinggal Atau Diam Di Masjid, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam]
Kesimpulan
Harus memegang al-Quran tanpa wudhu’, tidak haram, tetapi berwudhu’ lebih utama.
_________
Footnotes
[1]. Irwaa-ul Ghalil no. 122 oleh Shaykh Al-Albani. Beliau telah mentakhrij hadith di atas dan menyatakannya sahih. [2]. Kerana tidak datang satupun dalil yang melarang menyentuh atau memegang Al-Qur’an bagi orang yang junub, perempuan haid dan nifas.
Oleh
Al-Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat (diedit oleh Hareez Faqiir Ust Abu ‘Azzam)

Post Navigation