Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Antara Sebab Kelahiran dan Perutusan Nabi saw

Ust Abu ‘Azzam Abid b Muhammad Noor (Master of Shari’ah)

مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا , نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ

Nabi saw bersabda, “Antara umatku yang paling mencintaiku ialah orang2 yang datang selepasku, mereka sangat ingin melihatku walau terpaksa mengorbankan seluruh keluarganya dan hartanya…”HR Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah.

Walau sekadar dalam mimpi.
مِنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ ، فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ أَوْ فَكَأَنَّمَا رَآنِي فِي الْيَقَظَةِ ، لَا يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي

Shaykh Muhammad al-Khudari menukilkan dalam Nur al-Yaqin dari Mahmud al-Falaki bahawa Nabi saw dilahirkan pada 9 Rabiul Awwal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571M.

Ini pendapat yang paling kuat dan pendapat yang paling masyhur ialah 12 Rabiul Awwal.

Terdapat isyarat yang halus tentang Memuliakan Kelahiran Nabi saw, HR al-Bayhaqi dalam al-SUnan al-Kubra, Kitab al-Jumu’ah, hadith 7759, dari ABu Qatadah Rib’ei ibn Harith al-Ansari r.a.,

‘فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّه فَمَا تَقُولُ فِي صَوْمِ يَوْمِ الاثْنَيْنِ , فَقَالَ : ذَلِكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَأُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ

‘Umar bertanya ttg puasa hari Isnin, Baginda bersabda, “Itu hari saya dilahirkan, dan diturun kepada saya al-Quran.”  HR Muslim, Kitab al-Siyam, Ahmad dalam Musnad ‘Asharah. Ta’zim kelahiran Rasululah bersamaan dengan ta’zim nuzul al-Quran iaitu dengan berpuasa, bukan dengan perkara2 bid’ah.

Mengingati bainda dengan kasih dan rindu terutama ketika mendegar hadith2 baginda dan membaca sirah baginda. al-Imam Malik berkata, Saya membacakan hadith2 kepada Ayyub al-Sakhtiyani, apabila disebut nama Nabi, beliau menangis-menangis sehingga saya berasa kasihan kepadanya. Begitulah keadaan generasi salafussalih dalam merindui Nabi saw.

Antara sebab utama perutusan Baginda Nabi saw sebagai Rasul ialah:-

1.Mengajak manusia dan jin agar mengkhususkan ibadah dan ‘ubudiyyah kepada Allah Yang Satu, mengenal rububiyyahNya, uluhiyyahNya, Nama-namaNya Maha Baik dan Sifat2Nya Yang Maha Tinggi (iman, tawhid dan ma’rifat Allah) berdasarkan basirah (wahyu dan ilmu yang jelas).

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan semata2 untuk mereka menyembah AKu.” (beriman, mentauhidkan AKu dan mengenaliKu) al-Zariyat:56

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

“…Bukankah Aku Tuhan kamu…?” (al-A’raf: ayat 172). Mengikhlaskan ‘ubudiyyah kpd Allah, menegakkan solat, memberikan zakat beragama dgn din al-qayyimah iaitu agama yang lurus, haji, umrah, nazar, sembelihan hanya untuk ALlah, hidup dan mati hanya untuk ALlah., mencintaiNya dengan kecintaan yang paling tinggi dan merinduiNya.
2.Memberi berita gembira dan peringatan agar manusia faham sebab penciptaan mereka di muka bumi, lantas tiada hujah lagi pada Hari Hisab dan Azab.
3.Mengajak meninggalkan taghut (sembahan2 palsu dari kalangan jin, syaitan, manusia dan benda2; bomoh2 dukun2)., menjauhkan taghut itu serta kufur kepada taghut.

4.Menegakkan khilafah di muka bumi iaitu iqamatuddin wa siyasat ad-dunya bih (menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama).

5.Bersiap sedia menghadapi Akhirat; Pertemuan dengan Allah, selamat dari azab Api Neraka Jahannam.

6.Membaca dan mengajarkan ayat2 Allah, mentazkiyah manusia, mengajarkan al-Kitab dan as-Sunnah demi menyelamatkan manusia dari kesesatan (syirik, bid’ah dan maksiat).

7.Rahmat iaitu kasih sayang untuk seluruh alam, manusia, jin, bintang dan benda2 mati,  hatta jihad yang diajarkan baginda penuh dengan rahmat. al-Anbiya’ 107.

IMAN YANG SAHIH

1.Mengambil Allah, Rasul, dan orang2 beriman sebagai wali (pemimpin)., tidak mengambil orang2 kafir dan munafiq sebagai pemimpin dan kekasih. al-Ma’idah ayat 55-56, dan 81.

2.Menegakkan kitabullah (hukum syariah Allah), mendidik umat menegakkan solat dan menjauhi maksiat., atau tahkim (mengambil syariat al-Quran dan al-Hadith sebagai dustur (imam, perlembagaan, law; constitutions) dan qanun. Merujuk kpd al-Quran dan al-Hadith (hudud Allah) dalam stp urusan dan masalah. Inilah iman dan tauhid yang sahih lagi sempurna.

3.Tidak bercinta berkasih-kasihan dengan musuh2 Allah dan Rasul (Yahudi, Salibiyyun dan kuffar harbiyyun serta munafiqun) al-Mujadilah ayat 22.juz 28.

CARA2 MENCINTAI NABI SAW

1.Mencintai Allah dan Hari Akhirat (harap dan takut).

2.Berzikir mengingati Allah sebanyak2nya pg dan ptg, siang dan malam, dgn solat 5 waktu dan Jumaat, ketika senang dan susah, sihat dan sakit, di daratan dan di lautan.

3.Berselawat ke atas baginda saw, sekurang2nya 10 kali pagi dan 10 kali petang.

4.Mengikuti aqidah baginda saw (ahl sunnah bukan aqidah mu’tazilah jahmiyyah, murji’ah atau syiah), membaca hadith2 baginda dan sirah baginda saw.

5.Ittiba’  sunnah baginda ; iaitu beramal dengan sunnah baginda dan syariah yang dibawa meliputi aqidah ibadah mumalah dan akhlak.

6.Berdakwah kepada agama Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Besar, mengajak manusia menjauhi syirik besar dan kecil.

7. Menjadikan baginda manusia yang paling dicintai melebihi kasih kpd ibuayah, anak-anak, keluarga dan manusia seluruhnya, melebihi harta, perniagaan, dan  rumah2 kediaman. Mengutamakan sunnah baginda mengatasi semua sunnah dan ajaran manusia.
8.menziarahi baginda di Madinah

DI AKHIRAT; NABI MEMBERI SYAFAAT.
Baginda saw:
1.Menghilangkan kesusahan huruhara di Bumi Mahsyar, mempercepatkan hisab dengan izin ALlah,

2.Membantu memberatkan Mizan seseorang muslim

3.Memberi syafaat dengan Telaga baginda

4.Memasukkan ahli syurga ke dalam syurga

5.Syafaat utk muslim masuk syurga tanpa hisab

6.Menyelamatkan muslim yang wajib terjun ke dalam Neraka Jahannam.

FB : Hareez Faqiir Abid Faqeer


Terdapat cerita pelik yang masyhur yang menggisahkan bhawa Nabi dilahirkan dalam keadaan mernagkak dan telah berkahataan. Ada yang mengatakan Nabi dikhatan leh Jibrail dan ini juga tidak sahih. Yang paling dekat kepada realiti dan kebenaran ialah baginda dikhatankan oleh datuk baginda pada hari ketujuh.
Tidak seorang pun generasi salaf dalam Tiga kurun terawal yang menymabut mawlid rasul. oleh itu, malwid adalah muhdath iaitu perkara baru tidak disayriatkan. Inilah hukum asal dan lebih kuat serta disokong kuat oleh al-Shatibi, al-Harrani, al-Fakihani, Ibn al-Hajj al-Maliki dan ramai lagi. Terdapat ulama ahl al-sunnah yang memandang baik majlis mawlid rasul untuk menzahirkan kegembiraan,
yang diisi dengan bacaan al-QUran, sirah dan akhlak baginda, bacaan kitab Shama’il, qasidah2 dan madih tanapa melampau dan itraa’, tanpa2 tambahan2 bid’ah selain iaitu sehingga melanggar syariah dan mengabaikan kewajipan2. antaranya ialah al-Imam Ibn al-Jawzi, Ibn al-Jazari, Abu Shamah, al-Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Suyuti, al-Sakhawi, Ibn ‘Abidin, al-Qastallani, ‘Abd Rahim al’Iraqi,
Muhammad al-tahir ibn ‘Ashuur memeandang mawlid sbg memenuhi perintah tazkir bi ayyamillah (mengingati sejarah2 besar) spt dlm surah Ibrahim ayat 5.
antara pesanan terakhir baginda ialah agar emelihar solat, berbaik2 kepada steri dan hamba sahaya. HR al-Nasa’ei, Ibn Majah dan al-Bayhaqi.
Tanggal 13 rabiul Awwal, tahun 11 Hijrah, bersamaan 8 Jun 632M baginda wafat berdampngan dengan Aishah al-Siddiqah r.a., dalam mengangkat tangan baginda ke langit seraya mengatakan “Ya Allah, ampunlah aku, kasihanilah aku, “kepada teman yang tertinggi.”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: