Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Siapakah Ahli Hadith

مِنْهَاجُ الْحُفَّاظِ الْمُحَدِّثِينَ إِلَى جَنَّةِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
JALAN KE SYURGA MENURUT AHLI HADITH.


بسم الله الرحمن الرحيم
TAKRIF AHLI HADITH
1. Ahli hadith ialah ulama hadith yang memberikan seluruh perhatiannya kepada ilmu hadith dari segi riwayah, hafazan, sanad dan matan, jarh dan ta’dil, tashih dan tad’if, juga dari segi dirayah iaitu mendalami maknanya, mengamalkannya, taassub kepadanya, mengajak kepadanya, mengamalkan suruhan-suruhannya dan meninggalkan larangan-larangannya serta mengajarkannya. Menurut al-Imam Ahmad ibn Hanbal, ahli hadith ialah,
كُلُّ مَنْ يَسْتَعْمِلُ الْحَدِيْثَ
Setiap orang yang beramal dengan hadith dari segi aqidah, ibadah syariah dan akhlaq, zahir dan batin.
Menurut beliau, seorang ahli hadith mestilah

i.beramal dengan hadith seperti memelihara solat jamaah dan mempunyai wirid qiyamullail. Sekiranya seseorang itu menghafaz banyak hadith tetapi tidak beramal dan berhujah dengannya, lebih mengutamakan akal ke atas hadith, maka dia bukanlah ahli hadith, tetapi ahli al-ra’yi yakni ahli bid’ah kerana hakikatnya ia menentang hadith.

ii.Menurut manhaj ulama’ salaf, seorang ahli hadith mestilah menghafaz al-Quran terlebih dahulu, mempelajari tafsirnya, menguasai bahasa Arab dan ilmu fiqh serta memelihara solat di masjid.

iii. Ia juga mestilah beraqidah dengan aqidah salaf, ashab al-hadith iaitu aqidah ahl sunnah, mengimani nama-nama Allah tanpa ilhad dan meyakini sifat-sifat Allah tanpa tahrif (ta’wil), ta’til, takyif dan tanpa tamthil.
2.Al-Muhaddith ialah yang dapat menguasai banyak matan hadith, mendengar pelbagai kitab hadith, mengetahui sanad-sanad, ‘ilal, asma’ al-rijal dan menumpukan hidup dengan perkara-perkara itu. Yang masyhur al-muhaddith ialah ahli hadith yang menguasai 10,000 hadith ke atas.
3.Al-Hafiz ialah yang luas hafazannya terhadap hadith-hadith, menghafaz al-rijal tabaqat demi tabaqat, di mana ia mengetahui sejarah hidup mereka, pengenalan mereka, dan negeri-negeri mereka lebih dari yang ia tidak ketahui.
Yang masyhur al-hafiz ialah yang menguasai 100,000 hadith atau lebih.
Sebahagian ahli hadith mensyaratkan rihlah (merantau) dalam mencari ilmu hadith dan fiqh kemudian pulang dan mengajarkannya seperti dalam ayat 122 surah al-Tawbah.
Dari buku: Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith, oleh Ust Abid b Muhammad Noor, Malaysia: al-Rabbani Publisher, 2011.   Dapatkan dengan harga RM35.90, sms 012-5123014 atau 012-5113014.    BIMB  08086020005552 atas nama Pengarah : ABDULLAH B MOHD NOOR. Maklumkan pembayaran dalam FB kami : Hareez Faqiir atau annuriyy@yahoo.com

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: