Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

KELEBIHAN AHLI HADITH dari buku Minhaj al-Huffaz

dari Buku: Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith

Dapatkan dengan harga RM35.90, sms 012-5123014.    BIMB  08086020005552 atas nama Pengarah : ABDULLAH B MOHD NOOR. Maklumkan pembayaran dalam FB kami : Hareez Faqiir atau annuriyy@yahoo.com atau sms.
KELEBIHAN AHLI HADITH MENURUT ULAMA SALAF
DI DUNIA
1.Ahli Hadith Lebih Utama dari Seorang Abid
‘Umar ibn al-Khattab r.a. berkata, “Matinya seribu orang abid yang sentiasa solat malam dan berpuasa siang lebih ringan berbanding matinya seorang ‘aqil (faqih) yang basir tentang halal dan haram dalam agama Allah.” Beliau mencium hajar aswad dan berkata, “Sekiranya saya tidak melihat Rasulullah saw mencium kamu, nescaya saya tidak mencium kamu.”
Al-Hafiz Abu Dawud meriwayatkan dengan sanadnya, ‘Ali ibn Abi Talib r.a. berkata,
لَوْ كَانَ الدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ
“Sekiranya agama itu dengan akal semata-mata), nescaya bawah khuff lebih utama disapu dari bahagian atasnya.”
Ibn ‘Abbas berkata, “Sesiapa yang mentafsirkan al-Quran dengan akalnya semata-mata, maka siapkanlah tempat tinggalnya dalam Api Neraka.”
Al-Hasan al-Basri berkata, “Sesiapa yang mencari dan mempelajari hadith kerana mencari wajah Allah, maka itu lebih baik dari dunia dan seisinya.” Qatadah berkata, “Satu bab dari ilmu yang dipelajari dan dihafaz untuk membaiki diri dan umat lebih baik ibadah setahun penuh.” Ja’far ibn Muhammad berkata, “Meriwayatkan hadith dan menyebarkannya kepada manusia lebih baik dari ibadat seribu orang abid.”
Al-Mu’afa ibn ‘Imran berkata, “Menulis satu hadith lebih baik dan lebih saya sukai dari solat sepanjang malam.” ‘Abdullah ibn ‘Awn ibn Artaban berkata, “3 perkara yang saya cintai untuk diri saya dan saudara-saudara saya. Mentadabbur al-Quran dan bertafakkur tentang isi kandungannya, mencari sunnah dan bertanya tentangnya; serta meninggalkan manusia melainkan dalam perkara-perkara kebajikan.” Ibn ‘Abdil Barr, Jami’ Bayan al-‘Ilm, athar 1271.
Sebaik-baik kematian ialah mati ketika menuntut ilmu al-Quran dan hadith. Muzakarah ilmu hadith seperti solat malam. Bertafakkur tentang maknanya seumpama puasa. Ahli hadith dimintakan keampunan untuknya oleh setiap makhluk di langit dan di bumi hinggakan ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara.

2.Ahli hadith adalah ahli sunnah.
Al-Imam al-Awza’ei berkata, “5 perkara yang sentiasa dilakukan oleh salaf iaitu; melazimi jamaah, mengikuti sunnah, memakmurkan masjid, membaca al-Quran dan berjihad di jalan Allah.” Zun Nun al-Misri berkata, “Tiga dari dasar-dasar sunnah, iaitu; menyapu khuff, melazimi solat jamaah dan mencintai salaf.”

3.Ahli hadith mempunyai hujah yang kuat, ilmu, berpendirian teguh dan wara’. Mereka adalah hizbullah.
قَالَ الْمُزَنِيُّ سَمِعْتُ الشَّافِعِيَّ يَقُولُ (( مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ عَظُمَتْ قِيمَتُهُ، وَمَنْ نَظَرَ فِي الْفِقْهِ نَبلَ مِقْدَارُهُ، وَمَنْ كَتَبَ الْحَدِيْثَ قَوِيَتْ حُجَّتُهُ )).
Al-Muzani berkata, saya mendengar Al-Imam al-Shafi’ei r.a. berkata, “Sesiapa yang mempelajari (menghafaz) al-Quran besarlah nilainya, sesiapa yang mendalami fiqh unggullah kadarnya, dan sesiapa yang menulis hadith, kuatlah hujahnya.” Ahli hadith termasuk sebaik-baik mufassir.

4.Ahli hadith adalah wali Allah. Al-Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata, Ahli al-Quran dan ahli hadith adalah wali-wali abdal (wali-wali Allah). (Sharaf Ashab al-Hadith, ms 20).
قَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ (( إِنْ لَمْ يَكُنْ أَصْحَابُ الْحَدِيثِ هُمُ الْأَبْدَالَ فَمَنْ يَكُونُ))
Ahmad ibn Hanbal berkata, “Sekiranya ahli ahli hadith bukan wali-wali abdal, siapa lagi wali-wali abdal?”
قَالَ صَالِحُ بْنُ مُحَمَّدٍ الرَّازِيُّ (( إِذَا لَمْ يَكُنْ أَصْحَابُ الْحَدِيثِ هُمُ الْأَبْدَالَ فَلَا أَدْرِيْ مَنْ الْأَبْدَالُ))
Salih ibn Muhammad al-Razi berkata, “Sekiranya ahli ahli hadith bukan wali-wali abdal, saya tidak tahu siapakah abdal.”
5.Ahli hadith ialah faqih mujtahid. Yazid ibn Harun bertanya, “Adakah ahli hadith disebut dalam al-Quran?” Hammad ibn Zayd berkata, “Ya, dalam ayat, ((…maka mengapa tidak bertolak dari setiap firqah dari mereka, segolongan untuk bertafaqquh dalam agama…)).” (Surah al-Tawbah: ayat 122). Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala’. Seorang mujtahid dan mujaddid adalah berasal dari ahli hadith seperti ‘Umar ‘Abd al-‘Aziz dan al-Imam al-Shafi’ei. Manakala ahli hadith yang hanya menghafaz hadith, tidak menumpukan fiqh, istinbat dan ijtihad, maka ia bukan mujtahid tetapi muhaddith yang mulia.

6.Ahli hadith seperti seorang sahabat Nabi dan ia adalah pewaris Nabi. Al-Imam ash-Shafi’ei r.a. berkata,
إِذَا رَأَيْتُ رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ فَكَأَنِّيْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ حَيًّا ، أَوْ فَكَأَنِّيْ رَأَيْتُ رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ
“Apabila saya melihat seorang ahli hadith, seolah-olah saya melihat Nabi s.a.w ketika hidup.” Dalam satu riwayat,…”seolah-olah saya melihat seorang sahabat Nabi saw.” Pahala mereka berpanjangan hingga Hari Qiyamat seperti sungai yang mengalir.

7.Kewujudan ahli hadith sebab bala ditolak.
قَالَ إِبْرَاهِيْمُ بْنُ أَدْهَمَ (( إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَدْفَعُ الْبَلَاءَ عَنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ بِرِحْلَةِ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ ))
Ibrahim ibn Adham berkata, “Sesungguhnya Allah menolak bala dari umat ini dengan perjalanan (dan pengembaraan) ahli-ahli hadith (untuk mencari hadith).”

Ahli hadith selamat dan berjaya melintasi titian sirat. Al-Hafiz Abu Nasr al-Wa’ili meriwayatkan dalam kitab al-Ibanah dengan sanadnya, dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda, “Ajarkanlah sunnah (hadith) kepada manusia, walau mereka membenci perkara itu. Sekiranya kamu mahu agar tidak ditahan di atas titian sirat walau sekelip mata lalu kamu masuk syurga, jangan kamu mencipta perkara baru (bid’ah) dalam agama Allah dengan akal fikiranmu sendiri.” (dari Tazkirah al-Qurtubi, ms 366).

8.Ilmu hadith adalah karamah, hidayah dan jalan mendapat cinta Allah. Al-Imam Sufyan al-Thawri berkata, “Mendengar hadith adalah kemuliaan bagi yang mengkehendaki dunia dengannya, dan hidayah petunjuk bagi sesiapa yang menginginkan Akhirat dengannya.”
قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ دَاوُدَ (( الْحَدِيثُ عِزٌّ، مَنْ أَرَادَ بِهِ الدُّنْيَا دُنْيَا، وَمَنْ أَرَادَ بِهِ الْآخِرَةَ آخِرَةٌ ))
Abdullah ibn Dawud berkata, “Hadith satu kemuliaan. Sesiapa yang menghendaki dunia dengannya, ia mendapat dunia. Sesiapa yang menghendaki Akhirat dengannya ia mendapat Akhirat.”
قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ دَاوُدَ (( يَنْبَغِيْ لِلرَّجُلِ أَنْ يُكْرِهَ وَلَدَهُ عَلَى طَلَبِ الْحَدِيثِ ))
Abdullah ibn Dawud berkata, “Menjadi kewajipan bagi seorang bapa memaksa anaknya untuk mendengar hadith.”

قَالَ إِبْرَاهِيمُ بنُ أَدْهَمَ ، قَالَ لِي أَبِيْ(( يَا بُنَيَّ ، اطْلُبِ الْحَدِيْثَ ، فَكُلَّمَا سَمِعْتَ حَدِيْثًا وَحَفِظْتَهُ ، فَلَكَ دِرْهَمٌ؛ فَطَلَبْتُ الْحَدِيثَ عَلَى هَذَا ))
Ibrahim ibn Adham berkata, Ayah saya berkata kepada saya, “Wahai anakku, carilah hadith. Setiap kali kamu mendengar hadith dan menghafaznya maka untuk kau satu dirham.” Lalu saya mempelajari ilmu hadith dengan cara ini. Sharaf Ashab al-Hadith.

9.Ahli hadith dapat merasai kemanisan iman.
عَنْ بَقِيَّةَ قَالَ: قَالَ لِي الْأَوْزَاعِيُّ: يَا أَبَا يُحمِد، مَا تَقُولُ فِي قَوْمٍ يُبْغِضُونَ حَدِيثَ نَبِيِّهِمْ؟ قُلْتُ: قَوْمُ سُوءٍ، قَالَ(( لَيْسَ مِنْ صَاحِبِ بِدْعَةٍ تُحَدِّثُهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ بِخِلَافِ بِدْعَتِهِ بِحَدِيثٍ إِلَّا أَبْغَضَ الْحَدِيثَ ((
Baqiyyah berkata, al-Awza’ei berkata kepada saya, Wahai Abu Yuhmid, apa pendapat kamu terhadap kaum yang membenci hadith Nabi mereka? Saya berkata, mereka adalah kaum yang jahat. Al-Awza’ei berkata, Tidak seorang pun ahli bid’ah yang kamu sebutkan hadith Rasulullah yang bersalahan dengan bid’ahnya melainkan ia membenci hadith.
قَالَ أَحْمَدُ بْنُ سِنَان الْقَطَّانُ (( لَيْسَ فِي الدُّنْيَا مُبْتَدِعٌ إِلَّا وَهُوَ يُبْغِضُ أَهْلَ الْحَدِيثِ، فَإِذَا ابْتَدَعَ الرَّجُلُ نُزِعَ حَلَاوَةُ الْحَدِيثِ مِنْ قَلْبِهِ )).
Al-Khatib mentakhrij dari Abu Nu’aym al-Asfahani, Ahmad ibn Sinan al-Qattan berkata, “Tiada di dunia seorang mubtadi’ (ahli bid’ah) melainkan ia membenci ahli hadith. Apabila ia melakukan bid’ah dicabut kemanisan hadith dari hatinya.”

قَالَ أَبُوْ نَصْرٍ بْنُ سَلامٍ الَفَقِيهُ (( لَيْسَ شَيْءٌ أَثْقَلَ عَلَى أَهْلِ الْإِلْحَادِ وَلَا أَبْغَضَ إِلَيْهِمْ مِنْ سَمَاعِ الحَدِيثِ وَروايَتِهِ بِإِسْنَادِهِ ))
Abu Nasr ibn Salam al-Faqih berkata, “Tiada sesuatu pun yang lebih berat ke atas ahli ilhad (sesat) dan lebih dibenci oleh mereka dari mendengar hadith dan meriwayatkanya dengan isnadnya.”
Al-Hafiz Abu Sa’d al-Samman berkata, “Sesiapa yang tidak menulis hadith, ia tidak akan merasai kemanisan Islam.”

10.Ahli hadith adalah abid yang paling utama. Ilmu hadith adalah ibadah yang paling besar.
قَالَ وَكِيعُ بْنُ الْجَرَّاحِ (( مَا عُبِدَ اللهُ بِشَيْءٍ أَفْضَلَ مِنَ الْحَدِيثِ ))
Waki’ ibn al-Jarrah berkata, “Tidak disembah Allah dengan suatu ibadah yang lebih utama dari hadith.” Satu bab ilmu hadith lebih baik dari ibadah setahun.

قَالَ بِشْرُ بْنُ الْحَارِثِ (( لَا أَعْلَمُ عَلَى وَجْهِ الْأرْضِ عَمَلًا أَفْضَلَ مِنْ طَلَبِ الْعِلْمِ وَالْحَدِيْثِ لِمَنِ اتَّقَى اللهَ وَحَسُنَتْ نِيَّتُهُ فِيْهِ. وَأَمَّا أَنَا فَأَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنْ كُلِّ خُطْوَةٍ خَطَوْتُ فِيهِ ))
Al-Khatib al-Baghdadi mengisnadkan, Bishr ibn al-Harith berkata, “Saya tidak tahu di muka bumi satu amalan yang lebih utama dari menuntut ilmu dan hadith bagi sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dan baik niatnya.”
11.Ahli hadith adalah ahli hikmah.
“Dan sebutkanlah apa yang dibacakan di rumah-rumah kamu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (hadith)…” Surah al-Azab: ayat 34, juz 22.

12.Wajah ahli hadith bercahaya. Sufyan Ibn ‘Uyainah berkata, Tiada seorang pun yang menuntut ilmu hadith melainkan di wajahnya ada nadrah (cahaya) kerana sabdaan Nabi s.a.w, “Semoga Allah memberi cahaya kepada wajah seseorang yang mendengar hadith dari kami lalu menghafaznya dan menyampaikannya…”. Hadith sahih.

13.Ahli hadith kepercayaan Allah di muka bumi. Mereka adalah pembela Islam. Al-Imam Sufyan ath-Thawri berkata, “Ahli-ahli hadith adalah penjaga bumi sebagaimana malaikat adalah penjaga langit.” (al Khatib, Sharaf Ashab al-Hadith).

14.Ahli Hadith adalah firqah najiyah (golongan yang selamat). Mereka adalah al-jamaah, wasiat Rasul, ta’ifah mansurah, pemegang-pemegang amanah para rasul, dan pewaris Nabi.

15.Turun sakinah, rahmat, dihadiri malaikat dan dipuji Allah. Sufyan ibn ‘Uyainah berkata, “Ketika disebut orang-orang salih, turunlah rahmat Allah.” Rasulullah saw adalah pemimpin semua orang salih. Setiap yang hadir mendapat keampunan.

16.Ahli hadith adalah seperti mujahid di jalan Allah. Al-Hafiz Abu ‘Isa at-Tirmizi meriwayatkan dari Anas r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu (hadith, Quran, fiqh) seolah-olah ia berjihad di jalan Allah.”

17.Ahli hadith Mati Syahid.
Al-Hafiz Ibnu ‘Abdil Barr mentakhrij dari Abu Zarr dan Abu Hurairah r. ‘anhuma, Nabi s.a.w. bersabda, “Apabila datang kematian kepada penuntut ilmu hadith ketika ia sedang menuntut ilmu (membaca hadith), ia mati sebagai syahid.” Ahli hadith yang memperkatakan kebenaran sunnah dan berpegang teguh kepadanya, memerangi syirik dan bid’ah itu akan mendapat pahala syahid insha Allah. Mempertahankan sunnah amat sukar seperti menggenggam bara api. Orang yang memperkatakan tentang kitab dan sunnah di akhir zaman seperti muhajirin dan ansar, atau mendapat pahala seperti pahala 50 orang sahabat Nabi.
bersambung….

Dari buku: Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith, oleh Ust Abid b Muhammad Noor, Malaysia: al-Rabbani Publisher, 2011.   Dapatkan dengan harga RM35.90, sms 012-5123014.    BIMB  08086020005552 atas nama Pengarah : ABDULLAH B MOHD NOOR. Maklumkan pembayaran dalam FB kami : Hareez Faqiir atau annuriyy@yahoo.com atau sms.

Saiz besar B5, satu jilid sahaja, 230 muka surat, softcover.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: