Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Khutbah Jumaat 13 Jan 2012. Sunnah Ringkas dan Padat

TANDA CINTA ALLAH KEPADA HAMBANYA. 13 Jan 2012.


Khutbah 1
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (البقرة:165)
Dan di antara manusia ada yang mengambil selain Allah sebagai sembahan2 yang setanding dengan Allah, mereka mencintai tuhan2 palsu itu seperti mencintai Allah, sedangkan org2 beriman lebih dahsyat dalam mencintai Allah…(surah al-Baqarah 165).
Muslimin yang dirahmati Allah,
Bagaimanakah kita mahu mengetahui kita diredhai dan dicintai Allah?

1. AQIDAH YANG SAHIH AQIDAH SALAF

Allah mencintai hambaNya dengan melapangkan dadanya untuk menerima Islam dan beramal dengannya, iaitu islam yg sahih, iman yg haqiqi, mengikuti sunnah Nabi saw., mencintaiNya dengan mengutamakan perintahNya dari perintah2 makhluk semuanya, mentauhidkanNya., menegakkan solat, memberikan zakat dan sedekah, bersih dari I’tiqad dan amalan bid’ah.
Firman Allah ‘azza wa jall,
فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Sesiapa yang Allah ingin dan cintai, untuk memberi hidayah kepadanya, Dia melapang dadanya untuk Islam, …(Surah al-An’am, ayat 125).
Islam yang sahih ialah iman benar dan sempurna, aqidah yg sahih, aqidah salaf dan ahli hadith iaitu aqidah Nabi, sahabat dan tabi’in, mensifatkan Allah sepertimana mensifatkan diriNya, dan sebagaimana Rasul saw mensifatkanNya, bukan spt aliran ahli ta’wil yg menta’wil sifat2 dengan ta’wilan yang batil mengikuti jejak langkah batiniyyah, mu’tazilah dan jahmiyyah yg mengingkari sifat2 Allah yang maha Tinggi. Ini kerana ta’wil terhadap sifat2 Allah ialah suatu bentuk ilhad, keingkaran, tahrif iaitu penyelewengan makna, tashbih, dan ta’til (pengosongan dari makna yang dikehendaki). Beriman bahawa semua sifat2Nya adalah haqiqi sebagaimana yang layak dengan keagunganNya dan kebesaranNya, bukan majaz, kiasan, metafora dan khayal.
Sekiranya ayat2 aqidah dita’wil secara bid’ah dgn akal, maka benarlah golongan syiah dan batiniyyah yg menta’wil semua ayat2 al-Quran secara batin dan sesat.! Golongan tersebut adalah sesat spt sesatnya golongan yang ingin menta’wil haqiqat zat Allah dan kayfiyyah sifat2Nya.
فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الأَلْبَابِ (آل عمران: 7)
Berpegang Teguhlah dengan aqidah sunnah, nescaya kita mati dalam keadaan mdpt pahala seperti pahala 50 orang sahabat Nabi saw. Ini kerana islam itu sunnah dan sunnah itu Islam.
2.BERAMAL DENGAN SYARIAH DAN AKHLAQ SUNNIYYAH.
Termasuk tanda seseorang muslim dicintai Allah ialah ia bersifat dengan sifat2 mulia dalam al-Quran dan al-Sunnah spt Merendah diri kepada sesame muslim, bersikap tegas terhadap org kafir, Berjihad di jalanNya, mencintai Allah dan Rasul mengatasi segala kecintaan, mengangkat org beriman dari kalangan ahli ilmu sebagai pemimpin,
Antara lain ialah bersifat Sabar, taqwa, adil ihsan, wara’ lidah, Banyak mengingatiNya, mencintai masjid, memelihara solat, beraqidah dengan aqidah ahl sunnah, iaitu aqidah salaf dan aqidah ahli hadith., sselamat dan bersih ‘aqidah2 sesat. Redha dengan hukum2Nya dan taqdirNya yg pahit. Menjauhi zina dan pintu2nya, memelihara amanah dan janji. Bertaubat kepada Allah dari segala dosa dan mengembalikan hak-hak manusia.
3.MATI DALAM ISLAM DAN SUNNAH
Akhirnya, Allah mematikannya dalam Islam dan sunnah., dengan kalimah La ilaha illallah., mati dalam iman, jiwa yang tenang mutma’innah, itulah tanda Allah cinta dan redha kepadanya, itulah tanda Allah cinta dan redha kepadanya, itulah tanda Allah cinta dan redha kepadanya,lalu mengampunkan segala dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang penuh kenikmatan lagi kekal abadi selama-lamanya.
بارك الله لي ولكم بالقرآن والسنة، ونفعني وإياكم بما فيهما من الآيات والحكمة، وتقبل مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم ،، أقول قولي هذا ، وأستغفر الله العظيم لي ولكم ، ولسائر المسلمين والمسلمات ، فاستغفروه ، إنه هو الغفور الرحيم

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: