Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 20, 2012”

Mengimani Tangan Allah yang Haqiqi Lagi Agung

‘AQIDAH SALAF ASHABUL HADITH
I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dan Imam yang Empat
لآ إله إلا الله ، محمد رسول الله

Oleh: Shaykhul Islam al-Imam al-Hafiz
Abu ‘Uthman Isma’il ibn ‘Abd al-Rahman Ash-Shabuni al-Shafi’ei.

(Terjemahan: Ust Abu ‘Azzam Abid b Muhammad Noor : Hareez Faqiir)

Kitab ini ditulis oleh Syaikhul Islam Abu Isma’il Ash-Shabuni r.a. (373H – 449 H). Beliau tokoh
ulama’ yang gigih menuntut ilmu, pada umur 10 tahun sudah menjadi wa’iz (juru nasihat dan penda’wah). Imam
Al-Baihaqi berkata :” Beliau adalah syaikhul Islam sejati, dan imam kaum muslimin sebenar-benarnya”. Abu ‘Abdillah al-Maliki berkata, “
Al-Hafiz ‘Abd al-Ghafir berkata, “Seorang ulama’ yang unggul di zamannya, mengajarkan agama selama 70 tahun, solat di masjid selama 20 tahun, seorang hafiz hadith,..”

Yang ada dihadapan pembaca ini merupakan ringkasan, pembahasan yang hampir mirip tidak diulang-ulang serta tidak disebutkan para perawinya. Takhrij hadith yang ada sebahagian besar merujuk kitab yang ditahqiq oleh Badr bin ‘Abdullah al-Badr.

KEYAKINAN ASHABUL HADITH TENTANG SIFAT-SIFAT ALLAH
[al-Shaykh al-Imam Abu ‘Uthman berkata]:
Semoga Allah melimpahkan taufik. Sesungguhnya
Ashhabul Hadith (Ahl Sunnah yang berpegang teguh kepada Al-Kitab dan As-Sunnah)-semoga Allah menjaga mereka yang masih hidup dan merahmati mereka yang telah wafat-adalah
orang-orang yang menyaksikan wahdaniyyah keesaan Allah Ta’ala, dan bersaksi atas kerasulan dan kenabian Muhammad shallallahu `alaihi wa sallam.
Mereka mengenal Allah subhanahu wa ta’ala dengan sifat-sifatnya yang Allah utarakan
melalui wahyu dan kitab-Nya, atau melalui persaksian Rasul-Nya sallallahu’alaihi wa
sallam dalam hadith-hadith sahih yang dinukil dan disampaikan oleh para perawi
yang sangat dipercayai.
Mereka menetapkan dari sifat-sifat tersebut seperti yang Allah tetapkan sendiri dalam
KitabNya atau melalui perantaraan lisan Rasulullah shallallahu’alaihi wa
sallamshallallahu `alaihi wa sallam. Mereka tidak meyerupakan sifat-sifat tersebut
dengan sifat-sifat makhluk.
TANGAN ALLAH
Mereka menyatakan bahawa Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam dengan TanganNya, sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur’an:
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ
“Allah berfirman:”Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah
Ku-ciptakan dengan Dua TanganKu. (Saad: 75).

Mereka tidak menyimpangkan atau menyewengkan Kalamullah dari maksudnya-maksudnya yang sebenar, dengan mentafsirkan dua tangan Allah sebagai dua kenikmatan atau dua kekuatan, seperti yang dilakukan oleh Mu’tazilah dan Jahmiyyah-semoga Allah membinasakan mereka-. (Tafsiran sesat dan batil ini diikuti oleh segelintir Asha’irah dan Maturidiyyah).
Mereka juga tidak mereka-reka bentuknya atau menyerupakan dengan tangan-tangan makhluk, seperti yang dilakukan oleh kaum al-Musyabbihah -semoga Allah menghinakan mereka. Allah subhanahu wa ta’ala telah memelihara Ahlus Sunnah dari menyimpangkan,
mereka-reka atau menyerupakan sifat-sifat Allah dengan makhluknya. Allah telah
memberi karunia atas diri mereka pemahaman dan pengertian, sehingga mereka
mampu meniti jalan mentauhidkan dan mensucikan Allah azza wa jalla.
Mereka meninggalkan ucapan-ucapan yang bernada meniadakan, menyerupakan dengan
makhluk.
Mereka benar-benar mengikuti firman Allah azza wa jalla:
“…tidak ada sesuatupun yang
serupa dengan-Nya, dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Asy-Syuraa:11).
Al-Qur’an juga menyebutkan tentang “Dua tanganNya” dalam firman-Nya: “…yang telah
Ku-ciptakan dengan Dua Tangan-Ku… ” (Shaad: 75)
Dan juga firman-Nya:
بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ
“(Tidak demikian), tetapi kedua-dua Tangan Allah terbuka, Dia
menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki” (Al-Maidah:64) Yakni tanganNya yang haqiqi tidak seperti tangan makhluk, bukan majaz (metafora sahaja), atau kuasa atau nikmat. (Adapun mu’tazilah dan jamhmiyyah mereka menolak Tangan Allah atau menta’wilkannya sebagai nikmat Allah atau qudrat Allah. Ta’wilan ‘aqliyy ini tiada sandarannya, tidak mempunyai dari Kitabullah , sunnah Rasul atau Ulama’ Salaf. Bahkan sahabat dan tabiin ijma’ bahawa wajib menerimanya sebagaimana adanya tanpa ta’wil. editor).

Dan diriwayatkan dalam banyak hadith-hadith shahih dari Rasulullah shallallahu’alaihi
wa sallamshallallahu `alaihi wa sallam yang menyebutkan tangan Allah, seperti kisah
perdebatan Musa dengan Adam ‘alaihimassalam, tatkala Musa berkata:
خلقك الله بيده وأسجد لك ملائكته
“Allah telah mencipta dirimu dengan TanganNya dan membuat para malaikat bersujud kepadamu”
(HR. Muslim, Ahmad, dalam al-Sunnah, Ibn Khuzaimah dalam al-Tauhid dan al-Darimi dalam al-Radd ‘ala al-Jahmiyyah).
Firman Allah, “Maha suci Allah lagi banyak kurniaanNya yang di Tangannya kerajaan (langit dan bumi dunia dan Akhirat)…” (al-Mulk:1)
Firman Allah, “Tidakkah mereka melihat bahawa Kami ciptakan untuk mereka dari yang dibuat oleh Tangan Kami dari binatang2 ternakan lalu mereka memilikinya…” (Yasin ayat 71).

Khutbah Jumaat 13 Jan 2012. Sunnah Ringkas dan Padat

TANDA CINTA ALLAH KEPADA HAMBANYA. 13 Jan 2012.


Khutbah 1
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (البقرة:165)
Dan di antara manusia ada yang mengambil selain Allah sebagai sembahan2 yang setanding dengan Allah, mereka mencintai tuhan2 palsu itu seperti mencintai Allah, sedangkan org2 beriman lebih dahsyat dalam mencintai Allah…(surah al-Baqarah 165).
Muslimin yang dirahmati Allah,
Bagaimanakah kita mahu mengetahui kita diredhai dan dicintai Allah?

1. AQIDAH YANG SAHIH AQIDAH SALAF

Allah mencintai hambaNya dengan melapangkan dadanya untuk menerima Islam dan beramal dengannya, iaitu islam yg sahih, iman yg haqiqi, mengikuti sunnah Nabi saw., mencintaiNya dengan mengutamakan perintahNya dari perintah2 makhluk semuanya, mentauhidkanNya., menegakkan solat, memberikan zakat dan sedekah, bersih dari I’tiqad dan amalan bid’ah.
Firman Allah ‘azza wa jall,
فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Sesiapa yang Allah ingin dan cintai, untuk memberi hidayah kepadanya, Dia melapang dadanya untuk Islam, …(Surah al-An’am, ayat 125).
Islam yang sahih ialah iman benar dan sempurna, aqidah yg sahih, aqidah salaf dan ahli hadith iaitu aqidah Nabi, sahabat dan tabi’in, mensifatkan Allah sepertimana mensifatkan diriNya, dan sebagaimana Rasul saw mensifatkanNya, bukan spt aliran ahli ta’wil yg menta’wil sifat2 dengan ta’wilan yang batil mengikuti jejak langkah batiniyyah, mu’tazilah dan jahmiyyah yg mengingkari sifat2 Allah yang maha Tinggi. Ini kerana ta’wil terhadap sifat2 Allah ialah suatu bentuk ilhad, keingkaran, tahrif iaitu penyelewengan makna, tashbih, dan ta’til (pengosongan dari makna yang dikehendaki). Beriman bahawa semua sifat2Nya adalah haqiqi sebagaimana yang layak dengan keagunganNya dan kebesaranNya, bukan majaz, kiasan, metafora dan khayal.
Sekiranya ayat2 aqidah dita’wil secara bid’ah dgn akal, maka benarlah golongan syiah dan batiniyyah yg menta’wil semua ayat2 al-Quran secara batin dan sesat.! Golongan tersebut adalah sesat spt sesatnya golongan yang ingin menta’wil haqiqat zat Allah dan kayfiyyah sifat2Nya.
فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الأَلْبَابِ (آل عمران: 7)
Berpegang Teguhlah dengan aqidah sunnah, nescaya kita mati dalam keadaan mdpt pahala seperti pahala 50 orang sahabat Nabi saw. Ini kerana islam itu sunnah dan sunnah itu Islam.
2.BERAMAL DENGAN SYARIAH DAN AKHLAQ SUNNIYYAH.
Termasuk tanda seseorang muslim dicintai Allah ialah ia bersifat dengan sifat2 mulia dalam al-Quran dan al-Sunnah spt Merendah diri kepada sesame muslim, bersikap tegas terhadap org kafir, Berjihad di jalanNya, mencintai Allah dan Rasul mengatasi segala kecintaan, mengangkat org beriman dari kalangan ahli ilmu sebagai pemimpin,
Antara lain ialah bersifat Sabar, taqwa, adil ihsan, wara’ lidah, Banyak mengingatiNya, mencintai masjid, memelihara solat, beraqidah dengan aqidah ahl sunnah, iaitu aqidah salaf dan aqidah ahli hadith., sselamat dan bersih ‘aqidah2 sesat. Redha dengan hukum2Nya dan taqdirNya yg pahit. Menjauhi zina dan pintu2nya, memelihara amanah dan janji. Bertaubat kepada Allah dari segala dosa dan mengembalikan hak-hak manusia.
3.MATI DALAM ISLAM DAN SUNNAH
Akhirnya, Allah mematikannya dalam Islam dan sunnah., dengan kalimah La ilaha illallah., mati dalam iman, jiwa yang tenang mutma’innah, itulah tanda Allah cinta dan redha kepadanya, itulah tanda Allah cinta dan redha kepadanya, itulah tanda Allah cinta dan redha kepadanya,lalu mengampunkan segala dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang penuh kenikmatan lagi kekal abadi selama-lamanya.
بارك الله لي ولكم بالقرآن والسنة، ونفعني وإياكم بما فيهما من الآيات والحكمة، وتقبل مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم ،، أقول قولي هذا ، وأستغفر الله العظيم لي ولكم ، ولسائر المسلمين والمسلمات ، فاستغفروه ، إنه هو الغفور الرحيم

Post Navigation