Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Aqidah Ahli Hadith Ahl Sunnah Imam 4

1. Al-Imam Abu Hanifah rahimahullah (150H) berkata:
فما ذكره الله تعالى في القرآن من ذكر الوجه واليد والنفس فهو له صفات بلا كيف، ولا يقال: إن يده قدرته أو نعمته لان فيه إبطال الصفة وهو قول أهل القدر والاعتزال ولكن يده صفته بلا كيف وغضبه ورضاه صفتان من صفاته تعالى بلا كيف.
Maksudnya: “Maka apa yang disebut oleh Allah Ta’ala dalam Al-Quran daripada sebutan Wajah, Tangan dan DiriNYA, maka ia adalah sifat-sifat bagiNya tanpa (digambarkan) kaifiyyat (bentuk rupa). Tidak boleh dikatakan bahawa TanganNya (bermaksud) kuasa atau ni’matNya kerana padanya berlaku pembatalan (penafian) sifat, sedangkan yang ia adalah pendapat puak Al-Qadariyyah dan Al-Mu’tazilah. Akan tetapi TanganNya adalah sifatNya tanpa (digambarkan) kaifiyyat, manakala MarahNya dan RedhaNya juga adalah dua sifat daripada sifat-sifatNya tanpa (digambarkan) kaifiyyat.

Muhammad ibn Hasan Asy-Shaybani rahimahullah (189H) pula berkata: “Telah bersepakat para fuqaha’ dari Timur hingga ke Barat seluruhnya atas (kewajipan) beriman dengan Al-Quran dan Al-Hadith yang diriwayatkan oleh para perawi thiqah (yang paling dipercayai) daripada Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan sifat Rabb (Allah) Azza Wa Jalla tanpa mengubah, menggambar dan menyerupakan. Sesiapa yang menafsirkan sesuatu daripada yang demikian itu pada hari ini, maka sesungguhnya dia telah terkeluar daripada pegangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan juga telah berpecah daripada Al-Jamaah (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Ini kerana mereka (Ahli Sunnah Wal Jamaah) sesungguhnya tidak menggambar dan tidak menafsirkan, tetapi menfatwakan dengan apa yang ada dalam Al-Kitab dan As-Sunnah, kemudian mereka mendiamkannya (tanpa ta’wil)”.
2. Seorang perawi hadith bernama Al-Walid ibn Muslim rahimahullah (194H) berkata:
سألت الأوزاعي ومالك وسفيان الثوري والليث بن سعد عن هذه الأحاديث فقالوا: أمِرُّوها كما جاءت بلا كيف.
Maksudnya; “Aku telah bertanya Al-Awza’ie (157H), Malik (179H), Sufyan Ath-Thawri (161H) dan Al-Layth ibn Sa’d (174H) berkenaan hadith-hadith (sifat) ini, lalu mereka menjawab: “Perjalankanlah (terimalah) ia sebagaimana ia datang tanpa (digambarkan) kaifiyyat (rupa bentuk).
3. Al-Imam Ash-Shafi’ie rahimahullah (204H) pula berkata dalam Muqaddimah al-Risalah:
ولا يبلغ الواصفون كنه عظمته الذي هو كما وصف نفسه وفوق ما يصفه به خلقه.
Maksudnya: “Dan para penyifat tidak mampu menyifatkan hakikat keagunganNya yang Dia adalah sebagaimana Dia sifatkan diriNya (dalam Al-Quran) dan melebihi apa yang disifatkan oleh makhlukNya bagiNya.”
Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Yunus Ibn ‘Abd Al-A’la, katanya:
سمعت الشافعي يقول: لله أسماء وصفات لا يسع أحدا ردها ومن خالف بعد ثبوت الحجة عليه فقد كفر، وأما قبل قيام الحجة فإنه يعذر بالجهل لأن علم ذلك لا يدرك بالعقل ولا الرؤية ولا الفكر، فنثبت هذه الصفات وننفي عنه التشبيه كما نفى عن نفسه.
Maksudnya: “Aku dengar Ash-Shafi’ie berkata: “Allah mempunyai Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang tidak boleh sesiapa pun menolaknya, dan sesiapa yang menyalahinya setelah nyata hujah ke atasnya, maka sesungguhnya dia telah kafir. Adapun sebelum tertegaknya hujah, maka sesungguhnya dia dimaafkan di atas kejahilan itu kerana ilmu yang demikian tidak boleh dicapai melalui akal, mimpi atau fikiran. Maka kita menetapkan Sifat-Sifat ini dan kita juga menafikan tasybih dariNya sebagaimana Dia menafikannya dari diriNya”.
4. Ketika al-Imam Ahmad ibn Hanbal ditanya oleh muridnya Musaddad Ibn Musarhad (228H) berkenaan hadith-hadith sifat, Ahmad bin Hanbal rahimahullah (241H) menjawab:
…أَمِرَّ كما جاءت ويُؤمن بها ولا يرد منها شيء إذا كانت بأسانيد صحاح.
Maksudnya: “Hendaklah dia terima sebagaimana ia datang (diriwayatkan), dia beriman dengannya dan janganlah dia tolak daripadanya sedikitpun jika ia dengan sanad yang sahih

Mengimani Sifat al-‘Uluww (Tinggi) Dan al-Fawqiyyah (Di Atas).

Di dalam kitab Maqalat al-Islamiyin wa Ikhtilaf al-Musollin, al-Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari telah berkata, “Sesungguhnya Allah Istiwa’ (MahaTinggi) di atas ArasyNya sebagaimana firmanNya: “ar-Rahman (Allah Yang Maha Pemurah)  Istiwa’  di atas Arasy.”  Hal ini beliau ulangi lagi di dalam kitab beliau yang lain bertajuk al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah, “(Ahli Sunnah)  Percaya bahawa Allah Istiwa di atas ArasyNya sepertimana firman Allah di dalam al-Qur’an: “al-Rahman (Allah) yang Istiwa’ di atas Arasy.”

Dua sifat Allah yang termasuk sifat zatiyyah adalah ketinggianNya di atas
makhluk dan Dia di atas mereka. Antara dalilnya ialah Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman:
1. “Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Al-Baqarah: 255)

2.”Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.” (Al-A’la: 1)

3.”Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di atas langit.” (Al-Mulk: 16)

Maksudnya “Zat yang ada di atas langit” apabila yang dimaksudkan dengan
sama’ (dalam ayat tersebut) adalah langit, atau “Zat yang di atas”
jika yang dimaksud dengan sama’ adalah sesuatu yang ada di atas.
Sebagaimana Dia menggambarkan tentang diangkatnya apa-apa kepadaNya:
“… sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kematian dan
mengangkat kamu kepadaKu …” (Ali Imran: 55) “Tetapi (yang
sebenarnya), Allah telah mengangkat `Isa kepadaNya.” (An-Nisa’: 158)

Dan tentang su’ud (naik)nya sesuatu kepadaNya: “… KepadaNyalah
naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang salih dinaikkanNya.”
(Fathir: 10)
Dan tentang ‘uruj (naik)nya sesuatu kepadaNya: “Malaikat-malaikat dan
Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan …” (Al-Ma’arij: 4)

‘Uruj dan su’ud adalah naik. Dalil-dalil  ini menunjukkan
kepada ‘uluww (ketinggian) Allah di atas makhlukNya. Begitu juga sifat
fawqiyyah-Nya ditetapkan oleh berbagai dalil, antaranya adalah
firman Allah Subhannahu wa Ta’ala :
i. “Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hambaNya …” (Al-An’am: 18). Bermakna DIA berkuasa ke atas segala makhlukNYA dan ZatNYA berada di atas segala makhluqNYA.

ii. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka.” (An-Nahl: 50)

Perbezaan antara ‘uluww dan istiwa’ adalah bahwasanya ‘uluww adalah
sifat zat, sedangkan istiwa’ adalah sifat fi’l (ya’ni perbuatanNYA). ‘Uluww mempunyai tiga makna iaitu:
– ‘Uluww az-Zat (ZatNya di atas segala makhluk)
– ‘Uluww al-Qahr (kekuatanNya di atas segala makhluk)
– ‘Uluww al-Qadr (kekuasaanNya atau keagunganNYA di atas segala makhluk). atau ‘uluww az-Zat dan ‘uluww al-Sifat.
Kesemuanya itu adalah sifat yang benar untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Zat Allah di atas langit ke 7, di atas Arasy. Manakala ilmuNya, pendengaranNya, penglihatanNya dan qudratNya di mana-mana di setiap tempat. Wassalamu ‘alaykum wbt.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: