Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Sanad Abu ‘Azzam Abid bersambung kepada Sunan al-Imam Abu Dawud al-Sijistani hingga Rasulullah saw

1. Hati gembira , tenang dan puas mendengar bacaan hadith-hadith Sahih Sunan Abu Dawud al-Sijistani oleh al-Imam Shaykh ‘Abd al-Hadi Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi semoga memelihara beliau.
2. Majlis qira’ah dan sama’ dalam ilmu hadith patut dihidupkan kembali.
3. Ahli Hadith pembela Islam dan Sunnah di muka bumi sepertimana malaikat menjaga langit.
4.Setelah hampir sebulan menghadiri majlis bacaan hadith (secara sama’ dan qira’ah) pagi petang, siang dan malam, kami dikurniakan Ijazah Sunan Abi Dawud r.a. Alhamdulillah allazi bi ni’matiHi tatimmu al-salihat.

Sanad mempunyai kepentingan dan kelebihan besar, walau sanad bukan kemestian (walau sesetengah golongan dangkal memperlekehkan sanad pada zaman ini), antaranya ialah:-

1.ijazah sanad menunjukkan dan membuktikan seseorang itu bertalaqqi dengan guru (bukan bermakna mendewakan guru), mendidik akhlak tawadhu’ membuang takkabur dan ujub.

2.menunjukkan tuan guru redha dan kasih kepadanya, sekaligus membuktikan murid itu seorang yang ahli dan beradab mulia (kerana murid yang bodoh atau biadab tidak akan diberi ijazah dan sanad). Ini kerana ilmu mesti disertai adab

3.tradisi talaqqi, berguru, sanad dan ijazah merupakan sunnah Nabi, sahabat dan tabi’in. tradisi dan manhaj salaf

4.pengajian secara talaqqi menunjukkan kesungguhan dalam menuntut ilmu, bukan sekadar membaca sendiri (‘ujub), lalu menabalkan diri sebagai alim faqih? (suhufi mushafi)

5.tradisi talaqqi, berguru, sanad dan ijazah memberikan kesan mendalam, kenangan manis dan mempunyai barakah tersendiri.

6.dalam majlis talaqqi ada majlis muzakarah, bacaan guru, bacaan murid, dan soal jawab fiqh dan sharh hadith serta lain-lain kelebihan yang tidak dinafikan melainkan oleh orang yang hasad, bodoh, ujub dan takabbur.

7.tradisi talaqqi, berguru, sanad dan ijazah adalah majlis mahabbah dan kasih sayang kepada Rasulullah saw dan ulama’.

8.mewujudkan pertalian ilmu yang bersambung dari murid hingga Rasulullah saw. Ini tidak diperolehi melainkan oleh orang2 yg sabar dan mempunyai keuntungan besar di sisi Allah.
Oleh: Abid Muhammad Nur Shakur al-Harith Annuriyy

Single Post Navigation

2 thoughts on “Sanad Abu ‘Azzam Abid bersambung kepada Sunan al-Imam Abu Dawud al-Sijistani hingga Rasulullah saw

  1. saifol iskandar on said:

    nak juga ijazah sanad sunan Abu dawud🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: