Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 18, 2012”

Sanad Abu ‘Azzam Abid bersambung kepada Sunan al-Imam Abu Dawud al-Sijistani hingga Rasulullah saw

1. Hati gembira , tenang dan puas mendengar bacaan hadith-hadith Sahih Sunan Abu Dawud al-Sijistani oleh al-Imam Shaykh ‘Abd al-Hadi Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi semoga memelihara beliau.
2. Majlis qira’ah dan sama’ dalam ilmu hadith patut dihidupkan kembali.
3. Ahli Hadith pembela Islam dan Sunnah di muka bumi sepertimana malaikat menjaga langit.
4.Setelah hampir sebulan menghadiri majlis bacaan hadith (secara sama’ dan qira’ah) pagi petang, siang dan malam, kami dikurniakan Ijazah Sunan Abi Dawud r.a. Alhamdulillah allazi bi ni’matiHi tatimmu al-salihat.

Sanad mempunyai kepentingan dan kelebihan besar, walau sanad bukan kemestian (walau sesetengah golongan dangkal memperlekehkan sanad pada zaman ini), antaranya ialah:-

1.ijazah sanad menunjukkan dan membuktikan seseorang itu bertalaqqi dengan guru (bukan bermakna mendewakan guru), mendidik akhlak tawadhu’ membuang takkabur dan ujub.

2.menunjukkan tuan guru redha dan kasih kepadanya, sekaligus membuktikan murid itu seorang yang ahli dan beradab mulia (kerana murid yang bodoh atau biadab tidak akan diberi ijazah dan sanad). Ini kerana ilmu mesti disertai adab

3.tradisi talaqqi, berguru, sanad dan ijazah merupakan sunnah Nabi, sahabat dan tabi’in. tradisi dan manhaj salaf

4.pengajian secara talaqqi menunjukkan kesungguhan dalam menuntut ilmu, bukan sekadar membaca sendiri (‘ujub), lalu menabalkan diri sebagai alim faqih? (suhufi mushafi)

5.tradisi talaqqi, berguru, sanad dan ijazah memberikan kesan mendalam, kenangan manis dan mempunyai barakah tersendiri.

6.dalam majlis talaqqi ada majlis muzakarah, bacaan guru, bacaan murid, dan soal jawab fiqh dan sharh hadith serta lain-lain kelebihan yang tidak dinafikan melainkan oleh orang yang hasad, bodoh, ujub dan takabbur.

7.tradisi talaqqi, berguru, sanad dan ijazah adalah majlis mahabbah dan kasih sayang kepada Rasulullah saw dan ulama’.

8.mewujudkan pertalian ilmu yang bersambung dari murid hingga Rasulullah saw. Ini tidak diperolehi melainkan oleh orang2 yg sabar dan mempunyai keuntungan besar di sisi Allah.
Oleh: Abid Muhammad Nur Shakur al-Harith Annuriyy

Ijazah Sahih al-Bukhari Sama’ dan Qira’ah

1. Ijazah Sahih al-Bukhari oleh al-Imam ‘Abd al-Hadi ibn Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi – hafizahullah- , jazahullahu khayra, seorang tokoh ulama’ hadith terkemuka Syria kepada Abu ‘Azzam Abid b Muhammad Noor b Shakur Hareez Faqiir.
Semoga bermanfaat dan diberkati Allah.

2. Kata Aluan oleh Shaykh ‘Abd Hadi Muhammad al-Kharsa al-Dimashqi hfz terhadap buku penulis Minhaj al-Huffaz : Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith. Semoga Allah memberikan beliau sebaik-baik balasan.

ٍ

الشيخ الإمام عبد الهادي محمد الخرسة الدمشقي حفظه الله تعالى

al-Muhaddith Shaykh ‘Abd al-Hadi al-Dimashqi

3. Ijazah Sahih al-Bukhari Abu ‘Azzam Abid b Muhammad Noor ibn Shakur, oleh Shaykh ‘Abd al-Hamid Hashim (Deoband), jazahullahu khayra.

4. Ijazah Sunan9 dan Musalsalat dari Dr Waleed Idris al-Mineesi al-Sakandari

4. IJAZAH SAHIH MUSLIM oleh al-Muhaddith Shaykh Muhammad ‘Awad al-Manqoush

Post Navigation