Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Kewajipan ‘Alim Rabbani

al-Imam ‘Ali ibn Abi Talib r.a. berkata,
النَّاسُ ثَلَاثَةٌ : فَعَالِمٌ رَبَّانِيٌّ ، وَمُتَعَلِّمٌ عَلَى سَبِيلِ النَّجَاةِ ، وَهَمَجٌ رِعَاعٌ أَتْبَاعُ كُلِّ نَاعِقٍ يَمِيلُونَ مَعَ كُلِّ رِيحٍ لَمْ يَسْتَضِيئُوا بِنُورِ الْعِلْمِ ، وَلَمْ يَلْجَئُوا إِلَى رُكْنٍ وَثِيقٍ ،
“Manusia itu 3 golongan, alim rabbani, penuntut ilmu yang mencari keselamatan, dan golongan hampas yang tidak berpendirian tidak beragama…” Amali Khamisiyyah al-Shajari, no 241.
Abu Ja’far al-Tabari berkata (ms 342),
و”الربانيون ” جمع ” رباني ” ، وهم العلماء الحكماء البصراء بسياسة الناس ، وتدبير أمورهم ، والقيام بمصالحهم
Rabbaniyyun ialah jama’ kpd rabbaniyy dan mrk ialah ulama’, hukama’, yang pakar mengurus manusia dan mentadbir serta memenuhi keperluan2 mrk. Tafsir al-Tabari.
Antara sahabat yang masyhur digelar rabbani (selain khulafa’ dan kibar sahabah) ialah Zayd ibn Thabit dan Ibn ‘Abbas r.a. Ketika Zayd mati, Abu Hurairah berkata,
الْيَوْمَ مَاتَ رَبَّانِيُّ هَذِهِ الأُمَّةِ وَلَعَلَّ اللَّهَ يَجْعَلُ فِي ابْنِ عَبَّاسٍ مِنْهُ خَلَفًا
“Hari ini telah rabbani umat ini, semoga Allah menjadikan Ibn ‘Abbas sebagai penggantinya.” Lihat Ibn Abi ‘Asim, al-Ahad wa al-Mathani, 1817.
Antara kewajipan ‘alim rabbani ialah:

1. berakhlaq dengan akhlak para nabi iaitu lemah lembut (bukan lembek dan dayus atau bacul), penyayang, tidak kasar, tidak keras hati, agar manusia tidak lari darinya. Banyak memaafkan, memohon keampunan untuk umat, bermesyuarat dengan ulama’ dan mereka yg takutkan Allah, berazam dan bertawakkal kpd Allah.

2. amat mengambil berat ttg umat Islam, amat mengharap hidayah untuk umat, sangat susah hati apabila umat ditimpa bencana

3.berdakwah kpd Allah, bersyukur apabila manusia menerimanya dan bersabar apabila manusia berpaling dari dakwahnya

4.sentiasa mengkaji kitabullah dan sunnah dan sentiasa mengajarkannya. Allah Ta’ala berkata,
وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ (79)
“…jadilah kamu rabbaniyyin kerana sebab kamu mengajarkan al-kitab dan disebabkan kamu sentiasa mempelajarinya (yakni tafsirnya dan menghafaz lafaz2nya).” yakni jadilah ulama, fuqaha’, hulama’, ahli ibadah dan taqwa. (bukan mjd tuhan). Berkata al-Dahhak,
حق على من تعلم القرآن أن يكون فقيها
semestinya org yang mempelajari al-Quran itu mjd seorang yang faqih.
5.berjihad (perang) apabila tiba waktu wajib berperang, tidak wahan, tidak lemah dan tidak menyerah kalah, sabar , sentiasa mengakui dosa2, sentiasa memohon pertolongan Allah. (Surah Ali ‘Imran 146)
وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما أصابهم في سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصابرين ( 146 )
6.mencegah pemerintah dan umat dari kalimah2 dosa, kalimah2 kufur dan syirik, menasihati pemerintah dengan kalimah yang benar, dan makanan2 haram yakni rasuah dalam hukum dan pemerintahan (Surah al-Ma’idah: ayat 63). Tidak menyembunyikan kebenaran

لولا ينهاهم الربانيون والأحبار عن قولهم الإثم وأكلهم السحت لبئس ما كانوا يصنعون ( 63
“…mengapa tidak ulama’ rabbaniyyun itu mencegah mereka dari kata-kata dosa mereka dan makanan mereka yang haram?? demi sesungguhnya amat2 buruk sekali apa yang mereka lakukan.” al-Ma’idah ayat 63.
7.menegakkan undang2 kitab Allah spt para nabi (al-Ma’idah: ayat ) lihat Tafsir al-tabari ttg kejujuran 2 anak Asriya dr ulama yahudi kpd Nabi saw. seorg darinya rabbani dan seorg lagi habr.
والربانيون والأحبار بما استحفظوا من كتاب الله وكانوا عليه شهداء
8.Tidak takut celaan dalam mengakkan agama Allah…alangkah sukarnya…! Lihat Akhlaq Jundullah dan Hizbullah dalam al-Ma’idah 44-46.
Dakwah, Ta’lim dan Terang2an dalam menyatakan kebenaran termasuk perintah Allah yang wajib khasnya ke atas ahli ilmu. Surah Ali ‘Imran: ayat 187.
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ
أحب الصالحين ولست منهم

لعلي أن أنال بهم شفاعة

وأكره من تجارتهاالمعاصي

ولو كنا سواء في البضاعة

Wassalam.

Hadith Pilihan

Al-Hafiz al-Bazzar dan al-Tabarani meriwayatkan dengan sanad sahih dari Abu Darda’ r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda, “Masjid adalah rumah setiap orang bertaqwa, Allah menjamin bagi orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan rawh (kerehatan), rahmat dan kejayaan melintasi titian sirat menuju ridha Allah ke syurga.”

Sumber : Buku Minhaj al-Huffaz | Jalan Ke Syurga Menurut Ahli Hadith | Ust Abid Bin Muhammad Noor, al-Rabbani Publisher Malaysia, Perak, 2011, ms 23. Harga RM35.90.

 

 

 

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: