Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Khutbah ‘Idulfitri 1432H

KHUTBAH KHAS IDULFITRI 1432H

PERSEFAHAMAN DAN KESATUAN PELENGKAP IDULFITRI.

Ust Abid b Muhammad Noor bin Shakur Annuriyy

Masjid al-Siddiq Perak, Malaysia

1 Shawwal 1432H / 30 Ogos 2011M

الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد، الله أكبر كبيرا ، والحمد لله كثيرا، وسبحان الله بكرة وأصيلا، لآ إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين، ولو كره الكافرون، … لآ إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده، لآ إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد،

أشهد أن لآ إله إلا الله وحده لآ شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله، اللهم صل وسلم على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد، أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه والتابعين لهم بإحسانٍ إلى يوم الدين ، أما بعد، فيا عباد الله، اتقوا الله حق تقاته

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تعملون

Khutbah 1

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya, sebaik-baik bicara ialah kitabullah, sebaik2 petunjuk ialah petunjuk Nabi Muhammad saw, seteguh2 ikatan ialah ialah ikatan taqwa, seburuk2 perkara ialah ajaran2 baru yg tiada asasnya dalam agama, setiap yang baru dan bid’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan di dalam Api Neraka Jahannam.

Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar2 taqwa, dan jangan sesekali kamu sekalian mati melainkan dalam keadaan islam., bertaqwalah kpd Tuhan dengan mentauhidkanNya, yang tiada Tuhan dan Pencipta selain Dia, yg telah menciptakan kamu sekalian dari satu jiwa (iaitu bapa kamu Adam as), dan menciptakan darinya pasangannya (iaitu ibu kamu Hawwa’), kemudian membiakkan dari kedua2nya lelaki-lelaki dan perempuan2 yang banyak, bertaqwalah kpd Allah yang kamu meminta kepadanya menggunakan NamaNya, akan segala sesuatu,  dan peliharalah silaturrahim dari terputus, krn kita semua berasal dari keluarga yg satu, dari ibu dan ayah yang satu. Sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan segala keadaan kamu dan amalan kamu.

Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah, berkatalah dengan kata2 yang benar, nescaya Dia membaiki segala amalan kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu. Sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya secara mutlaq, maka sesungguhnya ia telah berjaya dengan kejayaan yang amat besar.

Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri mempersiapkan bekalan untuk hari esok, bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui segala yang kamu lakukan dan akan membalasnya.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Hari ini kita menyambut hari yg penuh kebesaran dalam Islam, iaitu ‘Idul fitri, hariraya paling besar dalam islam selain ‘iduladha, dan ramadhan telah pun berlalu pergi, meninggalkan kita,  tanpa kembali. sesiapa yang menyembah ramadhan, maka sesungguhnya ramadhan telah pun berlalu, sesiapa yang menyembah Allah, maka Allah tidak akan hilang, maha hidup selama-lamanya dan tidak akan mati selama-lamanya.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ، ولله الحمد،

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Menyambut ‘idulfitri bermakna kembali kpd fitrah, berbaik2, bermaaf-maafan, sambil makan dan minum, berkasih sayangg, menyambung silaturrahim, mengekalkan persahabatan, meneruskan taqwa dan taat kepada Allah.

Ingatlah, bahawa fitrah itu ialah agama Allah yang benar iaitu Islam, dan ingatlah bahawa Islam itu bermakna ketaatan mutlaq, ketundukan sepenuhnya kepada Allah dan syariatNya, menerima syariatNya dan undangNya secara mutlaq. Islam ialah merujuk kepada Allah dan RasulNya dalam setiap urusan dan masalah, menerimannya segala HukumNya dengan tenang, pasrah dan redha. Inilah yang dikatakan sebgaai iman.

Ingatlah, menyambut idulfitri bukan sekadar adat kebiasaan, bahkan ia adalah ibadat yang besar kepada Allah Ta’ala, hingga diharamkan berpuasa pada hari ini, diwajibkan menunaikan solat eid, mendengar khutbah, hatta ke atas perempuan muda dan haid, digalakkan makan dan minum, berbakti kepada ibubapa, berbaik sesama suami isteri, keluarga, sanak saudara, dan jiran tetangga, menyebarkan salam kepada sahabat2 dengan penuh jujur, serta bergaul dengan pergaulan yang baik. Sesungguhnya nbi saw apabila pulang dari solat eid, baginda melalui jalan yang berlainan dengan pergi baginda. Oleh itu, jangan sesekali ibadat ini dirosakkan dengan dosa2 seperti mengumpat, namimah, mengadu domba, menipu, mendedahkan aurat, berjudi, meminum arak, menimbulkan fitnah dan api permusuhan, meninggalkan solat, dan berzikir kepada Allah.

Fitrah bermakna membebaskan diri dari segala perbuatan kufur, nifaq dan bid’ah serta bertaubat dari semua itu. Juga bermakna kembali kepada sifat mulia dan terpuji seperti memuliakan ahli ilmu, pemimpin yang adil, muslim yang telah tua, mengasihi yang lebih muda., menggembirakan para janda, orang2 miskin dan anak-anak yatim.

Jangan seseklai mengikuti jejak langkah Abu Jahl, Abu Lahab, Umayyah ibn Khalaf, Namrud, Firaun, Haman dan Qarun, yg takabbur, kufur, sentiasa menolak keebnaran, memerangi islam dan para nabi, tamak, menimbulkan fitnah dan permusuhan semata2 krn mengejar kemegahan dunia yang hina.

Musimin muslimat yg dirahmati Allah,

Kesatuan dan perpaduan tidak akan dapat dicapai melainkan dengan mentaati Allah, mentaati Rasul secara mutlaq, dan pemimpin muslim secara tidak mutlaq, merujuk kepada Allah dan Rasul ya’ni al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap pertikaian atau perselisihan, sekiranya benar2  beriman kpd Allah dan Hari Akhirat.

Jangan sesekali kita mjd spt golongan munafiq, yng kununnya beriman kpd al-Quran dan al-Hadith, ttp suka mengadu domba, memecahbelahkan masyarakat, mengajak kepada perkauman jahiliyyah dan bangkai ‘asabiyyah, ragu, menolak serta berpaling dari ajaran al-Quran dan al-Hadith, bahkan menentang dan menghalangnya.

Allah SWT berfirman,

ولا يزالون مختلفين (118) إلا من رحم ربك…ولذك خلقهم ،119

“Manusia sentiasa berpecah dan berselisih melainkan orang-orang yang dikasihi Tuhanmu…”, Surah Hud: ayat 118. Ini bermaksud untuk mencapai peraduan dan kesatuan, mesti terlebih dahulu mendapatkan kasih sayang Allah.

Orang-orang yang berjaya bersatupadu hanyalah orang2 yang dikasihi oleh Allah swt, iaitu lelaki2 dan wanita2 yg beriman, yang taat kepada pemimpin mereka yang beriman, saling membela dan kasih akan saudara2 mereka, menyuruh kepada ma’ruf (Islam), mencegah munkar, menegakkan solat (solat 5 waktu dan solat Jumaat), memberikan zakat, taat kepada Allah dan RasulNya secara mutlaq, mereka itulah org2 yg dikasihi Allah dan berjaya bersatupadu, bahkan mrk dijanjikan dengan syurga2 yang mengalir dibawahnya sungai2, mereka kekal didalamnya selama-lamanya, dengan rumah2 yg sgt indah, juga taman2 dan kebun2 yang kekal, serta keredhaan Allah yang teragung, yg semua tu adalah kejayaan sebenar yang sgt besar, sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah at-Tawbah: ayat 71.

والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض، يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة ويطيعون الله ورسوله ، أؤلئك سيرحمهم الله ، إن الله عزيز حكيم

Adapun orang2 yang tidak bersifat dengan sifat2 ini, atau bersifat dengan sifat2 yang bertentangan dengann sifat2 mulia tersebut, maka itu adalah nifaq, dan tidak syak lagi mengundang perpecahan. Tidak mungkin berlaku kesatuan dan perpaduan, sekiranya satu kelompok mengajak kepada islam, dan kelompok lain mengajak kepada perkauman jahiliyyah, undang-undang jahiliyyah dan ideologi sekular, atau satu golongan mengajak kepada ma’ruf dan taat, manakala golongan lain mengajak kepada munkar dan maksiat! Satu golongan mengajak kepada solat dan golongan lain mengajak kelalaian, agar meninggalkan solat dan mengabaikannya.!!

Antara lain untuk bersatupadu ialah berjuang dan melakukan segala amal solih dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan kejayaan di Akhirat, bukan kerana kepentingan dunia, atau mengejar jawatan. Sahabat2 Nabi saw yang telah menang dalam perang Uhud, mengalami kekalahan dalam pusingan kedua, setelah ada segelintir dari mereka menghendaki dunia apabila terlihat harta dan emas perak yang ditinggalkan musyrikin di bawah gunung Uhud. Lalu Allah SWT menegur mereka dengan berfirman,

مِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الْآخِرَةَ…

“Dari kalangan kamu ada yang inginkan dunia, dan dari kalangan kamu ada yang inginkan Akhirat…,” Surah Ali Imran ayat 152. ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiyallahu anhu berkata, Saya tidak menyangka ada di kalangan sahabat yang menghendaki dunia dalam perang Uhud, melainkan setelah turunnya ayat ini.

Selain itu, untuk bersatu padu, wajib keatas umat Islam menerima Islam sepenuhnya, bukan memilih-milih mengikut selera nafsu, kerana meninggalkan satu perkara sahaja dalam Islam, atau menolak walau satu hukumnya, menyebabkan perpecahan dan permusuhan., sebagaimana reality umat hari ini. Masih ramai orang Islam yang memahami islam dengan kefahaman yang salah, cetek, sempit dan songsang. Akhirnya mereka berpecah dan bermusuhan seperti golongan Yahudi dan Nasrani sebelum itu, spt dlm surah al-Ma’idah ayat 14.

فنسوا حظا مما ذكروا به، فأغرينا بينهم العداوة والبغضاءَ إلى يوم القيامة، وسوف ينبئهم الله بما كانوا يصنعون

Disebutkan dalam kitab Jundullah, Sekiranya kita hendak kepada perpaduan, maka hendaklah kita mencintai al-Quran, berusaha memahami isi kandungannya dengan kefahaman yang sahih, mengamalkannya, dan sentiasa membacanya.

وان هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله، ذلكم وصاكم به لعلكم تتقون

بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم ، وتقبل مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم ،  أقول قولي هذا ، وأستغفر الله العظيم لي ولكم ، ولسائر المسلمين والمسلمات ، فاستغفروه ، إنه هو الغفور الرحيم الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ، ولله الحمد،

Khutbah 2

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ، ولله الحمد،

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات ، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، اللهم اجعل صلواتك ورحمتك وبركاتك على سيدنا وعلى آل سيدنا محمد ، كما جعلتها على سيدنا إبراهيك إنك حميد مجيد، أما بعد، فيا عباد الله ، اتقوا الله ، أوصيكم وإياي بتقوى الله ، فقد فاز المتقون، قال الله تعالى، يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته تموتن إلا وأنتم مسلمون ‏.‏

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah,

Tiada kemerdekaan, kemuliaan, kebebasan dan hidayah melainkan dengan tahrir, tanwir, nazariyyat al-ma’rifah. Selagi manusia tidak tahrir (membebaskan diri) dr segala ajaran ciptaan manusia, dr segala fahaman, isme, ideologi, perlembagaan dan undang2 sesat, pemikiran bid’ah, selagi belum membuang segala bentuk jahiliyyah dan ‘asabiyyah, selagi itulah mereka terkongkong dan diperhambakan, tidak merdeka dan tidak mndpt hidayah. setelah mengosongkan hati, fikiran dan jiwa dari segala penghambaan kpd ideologi jahiliyyah ciptaan manusia, barulah manusia itu mjd bahagia dan merdeka secara hakiki, lalu memberikan wala’ ketaatan serta kasihnya kpd Allah, RasulNya, dan orang beriman yang menegakkan solat dan memberikan zakat, dan mentaati Allah secara mutlaq lagi penuh. Inilah kemerdekaan sebenar yang disebut tahrir,  atau tahrir al-wala’. Ini pertama. Kedua, wajib disusuli dgn tanwir iaitu pencerahan dan cahaya, iaitu dengan mendengar ilmu2 syariah ya’ni al-Quran, dan hadith Nabi saw. Ketiga, nazariyyatul ma’rifah, (epistemology) menaakulnya, memahaminya dan mengamalkannya setelah mengenal Allah dan mengenal dunia dn akhirat. Hanya dgn 3 syarat ini, umat ini akan mjd terbaik, merdeka dan mulia.

Firman Allah,

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً

Dan begitulah, kami jadikan kamu sebagai umat terbaik dan adil, agar kamu menjadi saksi kpada manusia seluruhnya, dan agar Rasul saw menjdi saksi akan kebenran perbutan kamu…”(Surah al-Baqarah: 143).

Muslimin muslimat yg dirahmati,

Di Hari raya yang diberkati ini, Ingatlah juga saudara2 kita yang ditimpa kebuluran, kelaparan, kesejukan, kefaqiran, penyakit dan perang di seluruh dunia. Kita berdoa agar Allah membebaskan mereka dari penindasan dan kezaliman, penghinaan dan pembunuhan., serta menggolongkan mereka dr kalangan siddiqin, syuhada’ dan solihin.

من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه، فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا (23)ليجزي اللهُ الصادقين بصدقهم ، ويعذبَ المنافقين إن شاء أو يتوب عليهم إن الله كان غفورا رحيما(24) الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد

إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما ، اللهم اجعل صلواتك ورحمتك وبركاتك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ، كما جعلتها على إبراهيم ، إنك حميد مجيد : اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي ، وعلى آله وصحبه وسلم تسليما، عدد…اللهم صل عى سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، اللهم أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة ،

اللهم اغفر لنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا، ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، برحمتك يا أرحم الراحمين ، اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا ، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلامِ ، وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهْرَ مِنْهَا وَمَا بَطْنَ ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَأَزْوَاجِنَا ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ ، مُثْنِينَ بِهَا عَلَيْكَ ، قَابِلِينَ بِهَا ، فَأَتمَّهَا عَلَيْنَا ، اللهم أصلح سلطاننا وسادتنا وكبرائنا وولاة أمورنا ، ووفقهم لما تحب وترضى ، اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرنا، وأصلح لنا دنيانا التي …ربنا ظلمنا أنفسنا ،وإن لم ، …لا إله إلا أنت، سبحانك إنا كنا من الظالمين …عباد الله ، إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (النحل:90)

فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، وسلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ! والله يعلم ما تصنعون ، تقبل الله منا ومنكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: