Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Khutbah 5 Ramadhan 1432H

Khutbah Jumaat 5 Ramadan 1432H

Khatib : Ust Hareez

Tajuk : FADILAT2 RAMADHAN DAN BAHAYA MENSIAKANNYA

Tarikh: 5 Ramadhan 1432H/5 Ogos 2011.

KHUTBAH 1

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كُتِبَ عَلَى الذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ . أَيَّاماً مَعْدُودَات …. } : البقرة – 183- 184

Amma ba’d, muslimin yg dirahmati Allah, swt,

Telah datangg bulan Ramadhan, diwajibkan berpuasa pada waktu siang dan disunatkan bangun malam bersolat tarawih dan witir. sesiapa yang berpuasa bersolat malam dengan iman dan ihtisab mengharap paghala di Akhirat, ia keluar dari segala dosanya, sepertimana ia keluar dari perut ibunya. Sesiapa yang meninggalkannya dan mengikarinya maka ia telah kafir kpd Allah, hala darahnya, tidak diterima segala amalnya yang fardhu mahupun yang sunat. Sesiapa yang tidak  puasa walau sehari tanpa sebarang uzur, maka ia tidak dapat menggantikannya, walau dengan berpuasa 3000 hari atau berpuasa sepanjang hayat.

Sesiapa yang mendekatkan diri kpd Allah dengan satu amal salih pada bulan ini, maka seumpama melakukan 70 amalan salih, sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan satu amal sunat, maka seumpama, melakukan satu amal fardhu. Dalam bulan ini, Nabi saw menanjurkan agar memperbanyakkan 4 perkara, iaitu; membanyakkan kalimah tauhid La ilaha illallah, Muhammadur Rasululah saw, dan beristighfar memohon ampun kpd Allah, berdoa memohon syurga dan keselamatan dari Api Neraka Jahannam.

Disebutkan bhw, Sesiapa yang menjamu orng berbuka, dari rezki yang halal,  walau dengan sebiji tamar, maka seolah2 malaikat Jibril berjabat tangan dengannya, sehingga hatinya menjadi lembut dan banyak mennagis. Sesiapa yang emeberi minum kepada orng berbuka, dengan iman dan ikhlas serta mengikti sunnah, maka akan diberi minum oleh Nabi saw dari Telaga baginda saw.

Antara fadilat ramadhan ialah, dibuka pintu2 syurga, ditutp semua pintu Nearka, dan dirantai syaitan-syaitan. Nilai puasa sangat besar, lebih besar dari dunia dan seisinya, dimana kita disuruh suaya meninggalkn cacian, pergaduhan dan perkelahian duniawi yang remeh temeh lagi hina, dengan berkata, “Inni sa’im, inni sa’im; saya berpuasa, saya berpuasa.”

Orang2 yg berpuasa dengan ikhlas, kerana Allah dan Akhirat, adalah golongan abrar yang solihin, sebagaimana sabda Nabi saw , “aftara indakum as-sa’imun, wa akala ta’amakumul abraar,..”, mendapat doa dan selawat dari Allah dan para mala’ikat, mendapat keampunanNya kecuali 2 orang yang begaduh dan benci membenci kerana dunia,

Puasa Ramadhan yang disertai puasa 3 hari stp bulan, membersihkan hati dr kotoran penipuan, waswas, hasad dengki dan dendam. Orang yang ikhlas berpuasa, doanya dimakbulkan (khasnya ketika berbuka). Puasa adalah sunnah para nabi, di dalamnya ada keberkatan, mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari minyak wangi, amalan digandakan seribu kali ganda, bahkan lbh baik dr 1000 bulan yakni 83 thn lbh, pd malam Qadar.

Puasa adalah satu rahbaniyyah dan satu kezuhudan bagi umat Nabi saw. Orang berpuasa akan gembira ketika berbuka, selamat dan gembira ketika bertemu Allah azza wa jall. Ia adalah perisai dari maksiat2, godaan syaitan, penyejuk kubur, penybab naungan di mahsyar di bawah ‘Arasyh Allah, dan perisai dari Api Neraka Jahnnam, sptmana yang sabit dalam hadith Nabi saw, dari Jabir dan ‘Uthman ibn Abi al-‘Aas al-Thaqafi, riwayat al-Imam Ahmad, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Kabir dan Ibn ‘ABdil Barr al-Qurtubi dlm al-Tamhid;

إِنَّمَا الصِّيَامُ جُنَّةٌ , يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ

Pada setiap malam, Allah membebaskan sejuta manusia dr neraka, dan mati dlm ramadhan adalah mati husnul khatimah. Dalam hadith sahih, riwayat al-Hafiz al-Bazzar dari Huzaifah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda,

مَنْ خُتِمَ لَهُ بِصِيَامِ يَوْمٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Sesiapa yang mati ketika berpuasa, atau selepas berbuka, maka ia dijamin masuk syurga.”

Org2 yang berpuasa ramadhan, rajin berpuasa sunat 3 hari stp bulan, akan memasuki syurga dari pintu bernama Rayyan, tidak dimasuki oleh selain mereka, ketika itu, menyesallah orang2 yang tidak rajin berpuasa.

(inzar dari sia2kan puasa dan solat)

Tetapi ada juga yg menyambut ramadhan dengan lagha, nifaq, syirk, dan maksiat, sehingga menghntarkannya ke Neraka, wal’iyazubillah. Spt berfahaman jahiliyyah, mengajak kepada jahiliyyah dunia, berhukum kepada taghut, dan undang2 jahiliyyah para taghut, meninggalkan kitabullah dan sunnnah nabi saw, melakukan bid’ah, mengadu domba, membenci ahli ilmu, pemimpin yang salih, mengejar jawatan, walau tidak memilki kelayakan, mengajak kepada munkar, menentang yang ma’ruf, dan tidak menderma dalam kebajikan.

Melakukan dosa2 besar, membatalkan semua pahala puasa (dan menurut al-Imam al-Awza’ei) membatalkan puasa, seperti menipu, mengumpat, namimah (yakni menghasut dan mengadu-domba), melihat kepada perempuan ajnabiyyah dengan syahwat, sumpah palsu dan mendedahkan aurat. Berkata lagha, keji dan lucah, membalas kejahilan dgn kejahilan, bergaduh, berzina, qazf, caci, sehingga membatalkan pahal puasa dan amalan 2 tahun yang lalu. Nabi saw menyatakan bhw sesiapa yang tidak mdpt keampunan pd bulan keampunan ini, maka ia dijauhkan dr Allah, dihinakan dan dimasukkan ke dalam Neraka.!!

Muslimin yang dirahmati Allah,

Antara Sunnah yang diabaikan ketika berpuasa ialah, niat puasa setiap mlm sblm subuh, berSiwak pg dan ptg, bersahur dgn tamar, dan berbuka dengan tamar atau air kosong, iktikaf, membanyakkan tilawah dan zikir, Adapun sunnah ‘umrah ketika Ramadhan (bg yng mampu), seumpama haji yang mabrur, baslasannya syurga. Semua ini adalah sunnah yg thabit dlm hadith2 Sahih.

بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم ، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم، وتقبل من ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم، أقول قولي هذا ، وأستغفر الله العظيم لي ولكم ، ولسائر المسلمين والمسلمات، فاستغفروه ، إنه هو الغفور الرحيم

Rukhas Ramdahan

KHUTBAH 2

Nabi saw bersabda, Allah SWT berfirman,

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصَّوْمَ ، فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ

Setiap amalan anak Adam, adalah untuk diinya sendiri, kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu, dan Aulah yang akan memba;sna. Ini menunjukkan balsan yang beasr terhingga bagi malan puasa. Sehingga Allah mengkhusukannya utk diriNya sendiri, dan membalsa dgn balsan yang tidak dapat digambarkan, menandakan puasa lbh baik dr dunia dan sesisinya. Mengisyaratkan Dunia ini terlalu, kecil, hina, habis dan hancur, dan akan ditinggalkan, pauasa adalah bekal mati yg sgt besar dan amat berguna, utk menemui Allah azza wa jall. Ya Allah, bantulah kami untuk berpuasa dngan juur, ikhlas dan atas dasar iman dan ihtisab menharap pahal di Akhirat. Jadikalh puasa kami bersih dr maksiat yg merosakkannya sehingga dpt dosa2, azab kubur, azab Mahsyar dan azab Api Nearaka Jahnnam yg tidak akan padam.

Matikanlah kami dalam bulan ramadhan, sekiranya mati itu lbh baik untuk kami.

إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما ، اللهم اجعل صلواتك ورحمتك وبركاتك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ، كما جعلتها على إبراهيم ، إنك حميد مجيد
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي ، وعلى آله وصحبه وسلم تسليما، عدد…اللهم صل عى سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، اللهم أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة ،

اللهم اغفر لنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا، ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، برحمتك يا أرحم الراحمين ، اللهم أصلح سلطاننا وسادتنا وكبرائنا وولاة أمورنا ، ووفقهم لما تحب وترضى ، اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرنا، وأصلح لنا دنيانا التي …

عباد الله ، إن الله يأمر بالعدل إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (النحل:90)

فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، وسلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ! والله يعلم ما تصنعون ، وأقيموا الصلاة

KHUTBAH PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Muslimin yang dirahmati ALLAH,

Hampir2 tidak disedari, masa amat pantas berlalu dibulan ramadhan ini. Hari ini kita sudah memasuki fasa 10 malam yg terakhir yg mana pada 10 malam terakhir ini ada terjadinya malam lailatul qadar yg lebih baik dari 1000 bulan. ALLAH SWT berfirman dlm surah al-qadr…

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ {1} وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ {2} لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ {3} تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ {4} سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ {5}

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur`an) pada malam qadar (mlm kemuliaan).
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Bilakah malam lailatul qadr?
Banyak hadith dan athar yg menerangkan waktu-waktu malam yg mungkin terjadi padanya Lailatul Qadr ( Al Hafizh Ibnu Hajar di kitabnya Fathul Bari (4/262-266) membawakan lebih dari 45 pendapat ulama yg berkaitan dengan keterangan kemungkinan waktu-waktu terjadinya Lailatul Qadr ). Di sini kita ambil suatu hadits yg umum ttg malam lailatul qadr ini tanpa memilih malam-malam yg tertentu dalam 10 malam terakhir supaya kita sentiasa istiqamah konsisten beramal soleh dan mencarinya

Abu Sa’id Al Khudri r.a. beliau berkata….

اِعْتَكَفَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ الأَوَّلِ مِنْ رَمَضَانَ, وَاعْتَكَفْنَا مَعَهُ, فَأَتَاهُ جِبْرِيْلُ, فَقَالَ: (إِنَّ الَّذِيْ تَطْلُبُ أَمَامَكَ), فَاعْتَكَفَ العَشْرَ الأَوْسَطَ فَاعْتَكَفْنَا مَعَهُ, فَأَتَاهُ جِبْرِيْلُ, فَقَالَ: (إِنَّ الَّذِيْ تَطْلُبُ أَمَامَكَ), قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطِيْباً صَبِيْحَةَ عِشْرِيْنَ مِنْ رَمَضَانَ, فَقَالَ: ((مَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلْيَرْجِعْ, فَإِنِّيْ أُرِيْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ, وَإِنِّيْ نُسِّيْتُهَا, وَإِنَّهَا فِيْ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ فِيْ وِتْرٍ, وَإِنِّيْ رَأَيْتُ كَأَنِّيْ أَسْجُدُ فِيْ طِيْنٍ وَمَاءٍ)), وَكَانَ سَقْفُ الْمَسْجِدِ جَرِيْدَ النَّخْلِ, وَمَا نَرَى فِيْ السَّمَاءِ شَيْئاً فَجَاءَتْ قَزَعَةٌ فَأُمْطِرْنَا, فَصَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى رَأَيْتُ أَثَرَ الطِّيْنِ وَالْمَاءِ عَلَى جَبْهَةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَرْنَبَتِهِ تَصْدِيْقَ رُؤْيَاهُ.

“Rasulullah i’tikaf pada sepuluh hari pertama di bulan Ramadhan dan kami pun beri’tikaf bersamanya.Lalu Jibril datang dan berkata “Sesungguhnya apa yg kamu minta (ada) di depanmu” lalu Rasulullah berkhutbah pada pagi hari yang ke dua puluh (20) di bulan Ramadhan dan bersabda “Sesiapa yg i’tikaf bersama Nabi,pulanglah. Kerana sesungguhnya aku telah diperlihatkan Lailatul Qadr dan aku sudah lupa.Lailatul Qadr akan terjadi pada SEPULUH MALAM terakhir pada (malam) ganjilnya dan aku sudah bermimpi bahawa aku bersujud di atas tanah dan air”.Saat itu atap masjid (terbuat dari) pelepah daun pohon kurma dan kami tidak melihat sesuatupun di langit.Lalu tiba-tiba muncul awan dan kami pun dihujani.Lalu Rasulullah solat bersama kami hingga aku melihat bekas tanah dan air yg melekat di dahi dan ujung hidung Baginda sebagai buktian kebebenaran mimpinya” ( HR al-Shafiei, Al Bukhari (1/280 no.780, 2/709 & 710 no.1912 & 1914, 2/716 no.1931) dan Muslim (2/826 no. 1167) dan lain-lain.

Imam syafi’i berkata “Hadits ini adalah riwayat paling shahih” (Lihat Tafsir Al Quran Al Azhim (8/447)

Tujuan terbesar pada 10 malam terakhir ramadhan ialah Memburu laylatul qadar iaitu pahala yang sangat besar dan keampunan dosa, kelepasan Neraka dan kejayaan memasuki syurga.

Berpuasa dan meninggalkan kata dusta, ghibah dan namimah, dan kejahilan (pergaduhan,)
Berdoa, YA ALLAH, sesunggauhnya ENGKAU maha pemaaf, maka maafkan aku (3x)
Solat malam tarawih, wtir tahajjud walau dgn 2 rakaat dan satu witir
Taubat dan istighfar bersedkah dan kaffarh spt memberi makan kpd 60 miskin
memberi
Ya ALLAH, sunguhny ENGKAU sgt mengtahui bhw kami amat lemah bermaal, dosa2 kami bergung tnggi, tetapi Engkau tidak pernah lemah untuk mengampunkan dosa2 kami. Ampunkan saudara2 kami yang mati di Ghazzah dan yg mati megjut terhempas. Sesungguhna mereka mati dalam keadaan dizalimi, dibunuh oleh musuh2MU. hancurkanlah mereka.
bantulah saudara2 kami di Paelstin, Iraq, Syah, Turkistan dan semua mus,imin yang dizalimi oleh kuffar.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: