Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

KHUTBAH JUMAAT 15 JUL 2011

Khutbah Jumaat 15 Julai 2011.
Perpaduan Dalam Islam
الحمد لله رب العالمين ، الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره الكافرون ، أشهد أن لا إله
أيها الناس ، اتقوا الله ، أوصيكم وإياي بتقوى الله ، فقد فاز المتقون، قال الله تعالى، يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون ‏.‏
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian. Persoalan perpaduan telah dijelaskan oleh al-Quran kerana al-Quran itu telah menjelaskan segala sesuatu.
ونزلنا عليك القرآن تبيانا لكل شيء
Dan telah kami turunkan ke atasmu al-kitab (ya’ni al-Quran), yang menjelaskan segala sesuatu…!”, Surah an-Nahl: ayat 89
Firman Allah Swt,
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلا تَفَرَّقُوا
Dan berpegangteguhlah dengan tali Allah (agama Allah kitabNya dan sunnah NAbiNya), dan janganlah kamu berpecah belah (dengan mengikuti hawanafsu atau akal yang dangkal dan meninggalkan kitabullah). Surah Ali ‘Imran; ayat 103.
Firman Allah SWT, “…tegakkanlah agama dan jangan kamu berpecahbelah di dalamnya (dengan mencipta ajaran-ajaran dan pemikiran-pemikiran baru dalam Islam).”
Firman Allah, “Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus (iaitu Islam), maka ikutilah ia, dan jangan kamu sekalian mengikuti jalan-jalan lain (iaitu jalan-jalan syaitan), akibatnya kamu sekalian berpecah belah dari jalanNya. Itulah yang Allah wasiatkan dan wajibkan agar kamu bertaqwa.” Surah al-An’am; ayat 153. Allah berfirman, “Manusia sentiasa berpecah dan berselisih melainkan orang-orang yang dikasihi Tuhanmu…”, Surah Hud: ayat 116. Ini bermaksud untuk mencapai peraduan dan kesatuan, mesti terlebih dahulul mendapatkan kasih sayang Allah.
Orang-orang yang berjaya bersatupadu hanyalah orang2 yang dikasihi oleh Allah swt, iaitu orang-orang lelaki dan wanita2 yg beriman, yang taat kepada pemimpin mereka yang beriman, dan kasih akan saudara2 mereka, menyuruh kepada ma’ruf (Islam), mencegah munkar, menegakkan solat (solat 5 waktu dan solat Jumaat), memberikan zakat , taat kepada Allah dan RasulNya secara mutlaq, mereka itulah org2 yg dikasihi Allah dan berjaya bersatupadu, sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah at-Tawbah: ayat 71.
Adapun orang2 yang tidak bersifat dengan sifat2 ini, atau bersifat dengan sifat2 yang bertentangan dengann sifat2 mulia tersebut, maka itu adalah nifaq dan tidak syak lagi mengundang perpecahan. Tidak mungkin berlaku kesatuan dan perpaduan, sekiranya satu kelompok mengajak kepada islam, dan kelompok lain mengajak kepada perkauman jahiliyyah, atau satu golongan mengajak kepada ma’ruf dan taat, manakala golongan lain mengajak kepada munkar dan maksiat! Satu golongan mengajak kepada solat dan golongan lain mengajak agar meninggalkan solat dan mengabaikannya.!!
Antara lain ialah berjuang dan melakukan segala amal solih dengan niat yang ikhls kerana Allah dan kejyaan di Akhirat, buan keraan kepentingan dunia, atau mengejar jawatan. Sahabat2 Nabi saw yang menang dalam perang Uhud, telah mengalami kekalahan dalam pusingan kedua setelah ada segelintir dari mereka menghendaki dunia apabila terlihat harta dan emas perak yang ditinggalkan musyrikin di bawah gunung Uhud. Lalu Allah SWT menegur mereka dengan berfirman,
مِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الْآخِرَةَ…
“Dari kalangan kamu ada yang inginkan dunia, dan dari kalangan kamu ada yang inginkan Akhirat…,” Surah Ali Imran ayat 152. ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiyallahu anhu berkata, Saya tidak menyangka ada di kalbgan sahabt yang menghendaki dunia dalam perang Uhud melainkan setelah turunnya ayat ini.
Selain itu, untuk bersatu padu, wajib keatas umat Islam menerima Islam sepenuhnya, bukan memilih-milih mengikut selera nafsu, kerana meninggalkan satu perkara sahaj dalam Islam, atau menolak satu hukumnya, menyebabkan perpecahan dan permusuhan., sebagaimana reality umat hari ini. Masih ramai orang Islam yang memahami islam dengan kefahaman yang salah, cetek, sempit dan songsang. Akhirnya mereka berpecah dan bermusuhan seperti golongan Yahudi dan Nasrani sebelum itu, spt dlm surah al-Ma’idah ayat 14.
Shaykah Sa’id Hawwa menyatakan dalam kitab Jundullah, Sekiranya kita hendak kepada perpaduan, maka hendakah kita mencintai al-Quran, berusaha memahami isi kandungannya, mengamalkannya, dan sentiasa membacanya.
وان هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله، ذلكم وصاكم به لعلكم تتقون
بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم ، وتقبل مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم ، أقول قولي هذا ، وأستغفر الله العظيم لي ولكم ، ولسائر المسلمين والمسلمات ، فاستغفروه ، إنه هو الغفور الرحيم

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: