Kenduri Arwah Batil
Kenduri arwah ialah kenduri makan-makan setelah pengkebumian mayat. Ianya munkar, maksiat dan termasuk dosa besar bahkan salah satu bentuk kufur asghar. Kenduri arwah tidak sunnah bahkan dilarang mengadakannya dan menghadirinya. Perbuatan bid’ah ini termasuk ghuluww dalam agama. Pengharamannya sabit dengan
i) hadith,
ii) ijma’ Sahabat Nabi,
iii) ijma’ 4 mazhab dan
iv) akal yang waras. Akal tidak dapat menerima pesta makan ketika kematian.
Dari ‘Abdullah ibn Ja’far r.a. berkata: Ketika Ja’far ibn Abi Talib terbunuh syahid di Mu’tah, Nabi saw mengalirkan airmata baginda yang mulia lalu bersabda: (( Isna’uu li Aali Ja’far ta’ama…))
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ ، قَالَ : لَمَّا جَاءَ نَعْي جَعْفَرٍ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا ، فَقَدْ أَتَاهُمْ مَا شَغَلَهُمْ ” ، أَوْ ” أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ
((Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far, kerana mereka telah ditimpa perkara yang menyedihkan mereka…)) SAHIH. HR Ahmad, al-Humaydi, Ibn Abi Shaybah, Abu Dawud, Ibn Majah, Abu Ya’la al-Mawsili dan lain-lain dari Ibn ‘Umar, ‘Abdullah ibn Ja’far dan Asma’ binti Umays.
PENGAJARAN.
1.Ahli Qaryah, AJK masjid, kaum kerabat dan jiran-jiranlah yang sepatutnya membuat makanan, mendesak keluarga si mati agar makan, sehari semalam. Bukan keluarga si mati yg bersusah payah memasak, membuat kenduri, kononnya untuk bersedekah utk si mati,..(pahalanya untuk si mati).
Amalan masyarakat Melayu kini adalah bid’ah, membazir, batil, sia-sia, menyalahi sunnah, makruh kerana sebenarnya kenduri-kendara hanya ketika kesyukuran dan kegembiraan. al-Imam Ahmad berkata, kenduri arwah termasuk amalan jahiliyyah. Kemudian beliau membaca hadith Jabir;
كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعة الطعام بعد دفنه من النياحة
“Kami menganggap bahawa berkumpul bersama keluarga mayat dan membuat makanan selepas pengkebumiannya termasuk niyahah (ratapan jahiliyyah).” HR Ibn Majah, al-Sunan, Kitab al-Jana’iz, 1601. Sanadnya sahih.
2. Kenduri arwah termasuk niyahah (ratapan) yang diharamkan, termasuk amalan jahiliyyah,..yang balasannya menjadi anjing menggonggong di tengah-tengah Neraka, dipakaikan baju tar api neraka..! Ahli bid’ah itu ditakuti amal ibadah mereka tidak diangkat ke langit…
وقال النووي في شرح المهذب : وأما الجلوس للتعزية فنص الشافعي والمصنف وسائر الأصحاب على كراهته ونقله أبو حامد في التعليق وآخرون عن نص الشافعي قالوا : يعني بالجلوس لها أن يجتمع أهل الميت في بيت فيقصدهم من أراد التعزية قالوا : بل ينبغي أن ينصرفوا في حوائجهم فمن صادفهم عزاهم اهـ .
Berkata al-Imam al-Nawawi tokoh besar mazhab Shafiei, “Adapun duduk-duduk menta’ziyah, maka al-Imam al-Shafiei menasskan begitu juga musannif (Abu Ishaq al-Shirazi) dan lain-lain ulama Shafi’iyyah bahawa ia makruh. Yakni ta’ziyah patut dilakukan apabila bertemu kebetulan.” Dalam banyak keadaan, makruh di sisi salaf maknanya haram.
al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam al-Mughni, jld 3, ms 496-497 (tahqiq ‘Abdullah ibn ‘Abd al-Muhsin al-Turki) menyatakan,
فَأَمَّا صُنْعُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِلنَّاسِ فَمَكْرُوْهٌ، لِأَنَّ فِيْهِ زِيَادَةً عَلَى مُصِيْبَتِهِمْ وَشُغْلًا لَهُمْ إِلَى شُغْلِهِمْ، وَتَشَبُّهًا بِصَنِيْعِ أَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ. وَرُوِيَ أَنَّ جِرِيْرًا وَفَدَ عَلَى عُمَرَ فَقَالَ: هَلْ يُنَاحُ عَلَى مَيِّتِكُمْ؟ قَالَ: لَا. قَالَ: فَهَلْ يَجْتَمِعُوْنَ عِنْدَ أَهْلِ الْمَيِّتِ وَيَجْعَلُوْنَ الطَّعَامَ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: ذَاكَ النَّوْحُ.
“Adapun ahli keluarga si mati membuatkan makanan untuk orang ramai maka itu satu hal yang dibenci (haram) kerana akan menambah (kesusahan) di atas musibah mereka dan menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka dan menyerupai perbuatan jahiliyyah. Dan telah diriwayatkan bahawa Jarir pernah bertemu kepada ‘Umar. Lalu ‘Umar bertanya, “Apakah mayat kamu diratapi?” Jawab Jarir: “Tidak!” ‘Umar bertanya lagi: “Apakah mereka berkumpul di rumah si mati dan mereka membuat makanan?” Jawab Jarir: “Ya!” Berkata ‘Umar: “Itulah ratapan!.”
al-Imam al-Shafi’ei rahimahullah, imam mujtahid dan ikutan majoriti umat Islam di negara ini berfatwa di dalam kitabnya, al-Umm, jilid 1, ms 318 mengenai perbuatan mengadakan majlis kenduri arwah di mana beliau berkata:
وَاَكْرَهُ الْمَأْتَمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ، فَإِنَّ ذَلِكَ يُجَدِّدُ الْحُزْنَ.
“Saya membenci al-ma’tam iaitu berkumpul-kumpul di rumah ahli (keluarga) mayat (si mati) walaupun tiada tangisan kerana sesungguhnya yang demikian itu memperbaharui kesedihan.”
al-Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab, jld 5, ms 305-306,
وَيُكْرَهُ الْجُلُوْسُ لِلتَّعْزِيَةِ لِأَنَّ ذَلِكَ مُحْدَثٌ، وَالْمُحْدَثُ بِدْعَةٌ.
“Tidak disukai (dibenci) duduk-duduk (di tempat si mati) untuk ta’ziyah kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah muhdath (perkara baru dalam agama) sedangkan muhdath adalah bid’ah.”
3.Tujuan makanan adalah untuk ta’ziyah (menghiburkan) keluarga si mati. Kenduri arwah pula seperti pesta riang ria dan ceria! Kononnya untuk memberi pahala kepada si mati! Cara TA’ZIYAH IALAH:
لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى ، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ
Milik Allah apa yang DIA ambil, miliknya juga apa yang DIA berikan. Setiap sesuatu di sisiNYA mempunyai tempoh tertentu. Maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala.
4.Sekiranya disyariatkan kenduri arwah, pasti Nabi saw, sahabat dan tabi’in telah melakukannya. Ini bukan fahaman salafi (atau Wahhabi), tetapi masalah sunnah atau bid’ah! Selain itu, kaum perempuan keluarga si mati perlu berkabung (al-ihdad) selama 3 hari, meninggalkan perbuatan berhibur-hibur dan berhias-hias dalam tempoh tersebut.
Bid’ah yang berleluasa juga ialah menyimen kubur….meninggikan kubur lebih dari sejengkal…
KENDURI2 YANG DISYARIATKAN
1.al-Qira ; makanan untuk tetamu
2.al-Tuhfah; makanan untuk pelawat
3.al-khars ; makanan kerana wiladah
4.al-ma’dubah; makanan jemputan kesyukuran
5. al-‘urs ; makanan kenduri kahwin
6.al-‘aqiqah: jamuan untuk anak lahir hari ke-7
7.al-ghadirah; jamuan kerana khitan
8.al-wadhimah; jamuan untuk keluarga si mati untuk menenangkan mereka disediakan oleh jiran-jirannya dan kerabatnya.
9.al-naqi’ah; jamuan kerana pulang dari musafir (haji atau umrah)
10. al-wakirah; jamuan setelah selesai membina rumah. Cukup dengan kenduri-kenduri sunnah ini dan pahalanya dihadiahkan kepada si mati.
5. Terdapat perbezaan antara
i. bersedekah untuk mayat dengan
ii. berkumpul meratapi mayat (kenduri arwah: niyahah dan ma’tam). Pertama disepakati dan digalakkan, yang kedua batil lagi bid’ah, sangat dikeji oleh salaf. Jangan keliru.
روى الإمام أحمد وأصحاب السنن عن سعد بن عبادة رضي الله عنه قال: قلت: يا رسول الله إن أمي ماتت أفأتصدق عنها؟ قال: نعم، قلت: فأي الصدقة أفضل؟ قال: سقي الماء.
al-Imam Ahmad dan Ashab al-Sunan meriwayatkan dari Sa’d ibn ‘Ubadah r.a. berkata, Saya bertanya “Wahai Rasulallah, ibu saya telah meninggal dunia, bolehkan saya bersedekah untuknya?” Rasulullah saw bersabda, “Ya.” Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah saw bersabda, “Memberi air.” Jelas, sekadar memberi atau mengagihkan air, bukan dalam bentuk kenduri.
Adapun riwayat al-Bukhari yang menyatakan Rasulullah saw menyembelih kambing dan menghadiahkannya kepada kawan-kawan Khadijah, maka itu adalah dalil sadaqah ‘an al-mayyit, bukan dalil keharusan kenduri arwah (niyahah dan ma’tam). al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, 3557.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” مَا غِرْتُ عَلَى امْرَأَةٍ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيجَةَ هَلَكَتْ قَبْلَ أَنْ يَتَزَوَّجَنِي لِمَا كُنْتُ أَسْمَعُهُ يَذْكُرُهَا وَأَمَرَهُ اللَّهُ أَنْ يُبَشِّرَهَا بِبَيْتٍ مِنْ قَصَبٍ ، وَإِنْ كَانَ لَيَذْبَحُ الشَّاةَ فَيُهْدِي فِي خَلَائِلِهَا مِنْهَا مَا يَسَعُهُنَّ ” .
Saya tidak pernah cemburu kepada mana-mana isteri Nabi seperti cemburu saya kepada Khadijah yang meninggal sebelum Baginda menghawini saya. baginda selalu menyebut-nyebutnya dan ALLAH memerintahkan baginda menggembiarakannya dengan sebuah rumah dalam syurga. baginda menyembelih kambing lalu menghadihaknnya kepada kawan-kawan baik Khadijah.
Wajib dibezakan antara sadaqah ‘an al-mayyit dengan al-ijtima’ ila al-mayyit (berkenduri dan berkumpul bersama keluarga si mati). Yang dilakukan oleh Rasulullah SAW jelas bukan dalam bentuk kenduri.
PENGAJARAN: Tidak cukup mempelajari hadith sekiranya tidak sekali dengan ilmu dalalat al-alfaaz dan ilmu qawa’id istinbat al-ahkam. Tidak cukup membaca hadith (talaqqi) tetapi perlu mendalami ilmu-ilmu syariah di universiti sekiranya hendak menjadi faqih. Tidak cukup menjadi muhaddith tetapi hendaklah juga menjadi faqih usuli. wa ma ubarri’u nafsi.
4 Mazhab Menolak Kenduri Arwah.
Kenduri arwah munkar dan tidak disyariatkan.
Pendapat Ulama’ Shafi’iyyah
al-Imam An-Nawawi al-Shafi’i berkata :
وإما إصلاح أهل الميت طعاما ويجمع الناس عليه فلم ينقل فيه شيء غير مستحبة وهو بدعة.
“Adapun hidangan makanan oleh keluarga mayat dan mengumpul orang ramai dalam acara tersebut tiada dinukilkan dalil sahih, dan hal tersebut merupakan perbuatan yang tidak disukai. Perbuatan itu adalah bid’ah.” (al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab 5/186 Daarul-Fikr, Beirut, 1417).
al-Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi’i berkata :
وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه بدعة منكرة مكروهة لما صح عن جرير بن عبد الله
“Dan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dari penghidangan makanan oleh keluarga mayat dengan tujuan untuk mengundang masyarakat, hukumnya bid’ah munkarah (dilarang) lagi dibenci, berdasarkan hadith sahih dari Jarir bin ‘Abdillah.” (Tuhfatul-Muhtaj 1/577, Dar al-Fikr, tanpa tahun).
Shaykh An-Nawawi al-Bantani berkata :
أما الطعام الذي ويتجمع عليه الناس ليلة دفن الميت – المسمى بالوحشة – فهو مكروه ما لم يكن من مال الأيتام وإلا فيحرم.
“Adapun menghidangkan makanan yang ditujukan bagi orang-orang yang berkumpul di malam selepas disemadikan jenazah – yang biasa disebut al-wahshah – adalah dibenci, bahkan diharamkan (dengan sangat) apabila biayanya diambil daripada harta-harta anak yatim.” (Nihayat az-Zayn fi Irshad al-Mubtadi’in halaman 281, Dar al-Fikr, Beirut, tanpa tahun). Yang sahih bukan sekadar makruh tetapi haram dan munkar.
AL-HANAFIYYAH
Imam Ibnu ‘Abidin al-Hanafi berkata :
ويكره اتخاذ الضيافة من الطعام و من أهل الميت لأنه شرع في السرور لا في الشرور وهي بدعة مستقبحة.
“Dimakruhkan hukumnya (yakni haram) menghidangkan makanan oleh keluarga mayat, kerana hidangan hanya disyariatkan untuk waktu gembira bahagia, bukan dalam waktu-waktu musibah. Dan hal itu merupakan bid’ah yang hodoh.” (Hashiyat Ibn ‘Abidin 2/240, Dar al-Fikr, 1386).
Kenduri arwah ini diambil dari agama kafir hindu.
Umat Islam wajib berilmu dan sedia berubah dan tidak jumud dengan tradisi nenek moyang yang bercanggah dengan Islam dan Sunnah. Berbelit2 mempertahankan amalam ini menunjukkan kejahilan, kejumudan dan bid’ah.