Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Tawhid Nama2 dan Sifat2 Allah serta zaatNya

TAWHID AL-ASMA’  WA  AL-SIFAT

Tauhid adalah terlalu agung krn ia adalah kewajipan terawal, terbesar dan asas amal. Tidak diterima sbrg amal, dan tidak diangkat ke langit melainkan dgn kesahihan aqidah. keimanan terhadap asma’ dan sifat Allah mestilah secara mutlaq dan jazm tanpa

(i).tahrif (ta’wil),    (ii)ta’til,    (ii)tashbih dan   (iv)takyif. seperti keyakinan golongan salaf. Sifat2 Allah adalah haqiqi, bukan majazi. sepertimana ijma’ salaf, “Terimalah sifat2 Allah sebagaimana datangnya tanpa kayf (tanpa bertanya rupabentuk dan haqiatnya).”

Terdapat 99 Nama2 Allah  yg wajib diketahui dan dipelajari, walau ada nama2 selain itu yg Dia sendiri menamakan diriNya dgnnya, atau yg Ia turunkan dalam kitabNya, dan sunnah NabiNya, atau yang Dia ajarkan kepada mana-mana waliNya, dan nama2 yg Dia rahsiakan dalam diriNya dalam ilmu ghaib disisiNya…antaranya AL-A’LA, AL-‘ALIYY dan AL-MUTA’AL.

SIFAT2 THUBUTIYYAH ALLAH

Sifat2 Allah SWt sangat banyak tidak terhingga, lebih dr 20,…iaitu :-

i)        sifat zaatiyyah spt wujud, sam’ dan basar, ‘uluww, fawqiyyah,  ‘azamah, ‘izz, kibriya’, ilmuNya, hakimiyyahNya…yad, uluww sha’n (‘azamah wa jalal), uluww zat (fawqiyyah) , uluww qahr, ‘ayn, wajh, rijl qadam, saq, asobi’, nafs, zat dan

ii)      sifat fi’liyyah spt istiwa’  atas Arasy, nuzul, ridha, dahik, ghadab, farah, imsak,qabdhah, … Ini adalah sifat2 thubutiyyah.

SIFAT2 SALBIYYAH DAN THUBUTIYYAH.

sifat2 salbiyyah dan thubutiyyah (iaitu zatiyyah dan fi’liyyah).

sifat salbiyyah ialah sifat2 kesempurnaan yg mempunyai penafian terhadap lawannya spt sifat hayatNya dan qayyumiyyahNya menafikan sinat dan nawm.

ithbat kesempurnaan IlmuNya, menafikan kejahilan terhadap sesuatu, atau terlepas sesuatu dr ilmuNya

ithbat keadilanNya, menafikan sifat kezaliman

kamal quwwahNya dan iqtidarNya, nafi lemahNya dan kepenatanNya.

MULAHAZAH

Kebanyakan org Melayu masih lagi mempelajari ilmu tauhid mengikut method falsafah mu’tazilah, jahmiyyah dan murji’ah yg kuno atau method ahli kalam, bukan mengikut manhaj ahl sunnah tulen. Sudah sampai masanya, stp muslim mempelajari tauhid dari ayat2 al-Quran dan hadith2 sahih yg lbh mudah difahami, menarik dan mempunyai ruh!! Mempelajari dan mengimani 99 Sifat yang sabit dalam Kitab dan Sunnah.

ARasy Allah

ialah makhuk terbesar ciptaan Allah, tempat istiwa’ atau bersemayamnya Allah, di atas langit ke 7, arasy Allah di atas air. Sifatnya ‘Azim, Majid (luas,hebat)  mempunyai tiang-tiang, dipikul oleh 8 malaikat gergasi, (al-Haaqqah: 17), “malaikat2 ang memikul arasy dan yang di sekelilingnya bertasbih memuji2 Tuhan mereka…” . Ghafir ayat 7

Kursiyy Allah

Ibnu Mas’ud dan Ibn ‘Abbas r.a. berkata, Kursiyy ialah tempat letak dua kaki Allah Yang Agung, yang berjuta2 kali lebih besar dari alam ini. Firman Allah dalam ayat al-Kursiyy, “KursiNya lebih luas dari 7petala dan 7 petala bumi…”.   Dan dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.”  al-Baqarah 255.

Tawhid Uluhiyyah

Mengimani ketuhanan Allah pemilik syariat dan ibadat, mengikhlaskan ‘ubudiyyah dan ibadah semuanya hanya untukNya, bukan kepada mana-mana makhluk. Yaqin bahawa bertahkim kepadaNya  dlm setiap urusan dan masalah adalah wajib dan iman. Cinta, takut dan harap kepadaNya, tawakkal hanya kepadaNya.
Tawhid haakimiyyah bermakna mengimani sifat hakimiyyah Allah (iaitu sifat ketuanan Allah dan kedaulatan syariatNya), talaqqi dariNya semua masalaah dunia dan AKhirat, dalam segenap aspek kehidupan, merujuk kepadaNya dalam semua masalah yang muncul. Menolak hakimiyyah para taghut dan undang2 ciptaan taghut.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: