Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “June 3, 2011”

Khutbah Jumaat 3 Jun2011

KHUTBAH JUMAAT 3 JUN 2011.

Khatib: Ust Hareez (master of Shari’ah)

Tajuk :Masuk syurga tanpa hisab

Khutbah Pertama

Muslimin yang dirahmati Allah, Allah swt berfirman dlm surah Fatir; ayat 31 hingga ayat 37.

  • وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ
  • ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
  • جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ
  • وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ
  • الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِن فَضْلِهِ لا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ

Dan apa yang kami wahyukan kepadamu dari al-kitab, itulah yang benar (ya’ni selainnya adalah batil), ia membenarkan kitab2 terdahulu, sessungghnya Allah terhadap hamba2Nya maha mengetahui, lagi maha melihat. 31.

Kemudian, kami wariskan al-kitab (ya’ni al-Quran) kepada org2 yang Kami pilih dari hamba2 Kami, (agar difahami dan diamalkn). Maka dari kalngn mereka ada yang menzalimi dirinya sendiri, dri kalngan mereka ada yang muqtasid (ya’ni sederhana dalam amal solih), dan dari kalangan mereka ada yang sangat cepat melakukan pelbagi kebaikan dgn izin Allah, sgt bersungguh2, mendahului orang lain, (dlm segala yg fardhu dan sunat), dgn izin Allah. Itu adalah kurniaan yang sangat besar. 32.

Mrk memasuki syurga tanpa hisab, kerana mempalajari kitabullah dan beraml dengannya ketika manusia yang lain dihisab dgn azab dan kemurkaan yang tiada tolok bandingnya, selama 50,000 tahun bg setiap dosa besar yang dilakukan. Maka bagaimanakah panjangnya hisab keatas org2 yg meninggalkan solat?!
Maka sesiapa yang ingin selamat dari Hisab, hendklah ia
mempalajari Kitabullah dan hadith lalu beramal dengannya
قال ابن عباس :
(( من تعلم كتاب الله ثم اتبع ما فيه : هداه الله من الضلالة في الدنيا ، ووقاه يوم الحساب سوء الحساب )).
رواه رزين – كما في مشكاة المصابيح – (
Ibn ‘Abbas berkata, “Sesiapa yang mempelajari kitabullah kemudian beramal isi kandungannya, Allah menyelamatkannya dari kesesatan di dunia dan memeliharanya dari kejahatan hisab pada hari Hisab.” HR RAzin.
Mrk Memasuki taman2 syurga, mereka diberikan gelang2 perhiasan dr emas, tubuh dan baju mereka dihiasiai dgn mutiara, dan pakaian mrk di dlmnya dari sutera hiaju yang tebal dan nipis.

Ketika sempurna nikmat dan kelazatan mereka, mrk  berkata, Sgl puji dan syukur bg Allah yang menghilngkn dr kami sgl kesedihan. Sesungguhnya Tuhan kami sangat pengampun akan segala dosa, lagi amat mensyukuri amalan kami yang sedikit lagi banyak kecacatan, dgn balasan yang besar, bergnada2 lagi kekal selama-lamnya.

Tuhan yng telah menempatkan kami selamanya2 di Negara abadi, yg didamny terdapat nikmat2 yang abadi, dgn kurnnaiaanNya, bukan dgn dgn amalan kami yg penuh aib, cacat dan rosak.

Tidak menyentuh kami di dalamnya akan sebarang kepenatan, pada tubuh badan, hati, dan kekuatan, lantaran banyak bernikmat2, tiada juga kembibngan dan kesdihan. (surah Fatir ayat 31 hingga 35)

  • وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلا يُخَفَّفُ عَنْهُم مِّنْ عَذَابِهَا كَذَلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُورٍ
  • وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Adapun org2 kafir ingkar (akan ayat2 Allah dan pertemuan dgnNya), bagi mrk neraka Jahannam, mrk diazab didalamnya dgn seberat2 azab, merka tidak dimatikan agar dpt berehat, tidak diringankan dari mereka azabnya, bahkan berpanjangan stp saat dan detik, selama-lamanya. Bgtulah Kami bals setiap org yang sangat kufur ingkar

Mrk menjerit2 sekuatny2 didlamnya, mrk berkata wahai tuhan kami, keluarkalnh kami dr api nereka ini, nescaya pasti kmai akan beramal, tidak spt kejahatan dan kekufuran yang telah kami lekukan dhaulu…Allah berfirman Buknkah Kami telah memanjngkn umr kamu, agar kamu dpt mengambil pengjaran dan beramal? Dan telah dtg kpd kamu sekalian peringatan2, yakni nabi dan al-Quran, dan telajh kami uji kamu dgn kesenagan dan kesusahan agar kamu kembali kpd kami, ttp tidak berkesan pd kamu sebarang peringatan, tidak bermnaaft untuk kamu sbrg nasihat, telah kami tangguhkan azab dan hukuman agar kamu bertaubat, tetapi kamu tidak bertaubat, beriman dan beramal salih, sehingga kamu mati dalam seburuk2 keadaan..keudian skrg kamu meminta kembali ke dunia? Tidak sekali-kali, pelung telah terlpeas, kini ahli syurga telah melupakan kamu,

maka rasakanlah azab api Neraka Jahannam selama-lamanya, dan tiadalah bagi org2 zalim (yakni  musyrik), sebarang pertolongan,  yg dpt membantu mrk dan mengeluarkan mrk, atau mengurangkan azab Neraka Jahannam dr mrk sedikitpun.!! (37)

Fatir, juz 22. Tafsir al-Sa’di.

 

Khutbah kedua.

Al-Hafiz Abu ‘Isa at-Tirmizi mentakhrij dari Abu Umamah r.a. berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tuhanku telah berjanji kepadaku untuk memasukkan ke dalam syurga sebanyak 70,000 orang dari kalangan umatku, tiada hisab ke atas mereka dan tiada azab.  Bersama setiap 1000 orang, 70, 000 lagi, dan 3 genggaman dari genggaman-genggaman Tuhanku.”

Mereka (yang memasuki syurga tanpa hisab itu) ialah yang tidak menggunakan kayy (membakar tubuh yang sakit dengan api), tidak meminta dijampikan, tidak pernah mencuri, tidak percaya kepada tatayyur (sial), dan mereka bertawakkal kepada Tuhan mereka.” (Antaranya ‘Ukkashah ibn Mihson al-Asadi r.a.).  HR al-Tirmizi, hadith 2446.

Al-Imam ‘Abdullah ibnu al-Mubarak berkata, “Sesiapa yang mengambil satu sen dari yang haram, maka dia bukan orang bertawakkal.”

 

Berkata Bishr al-Hafi, “Sekiranya seseorang itu benar-benar bertawakkal kepada Allah, nescaya ia ridha terhadap apa yang Allah perbuat terhadap dirinya.”

 

Al-Imam Ibnu al-Mubarak, ibn AbidDunya dan Ibn Abi Hatim meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a., dan Asma’ binti Yazid r.anha, Rasulullah s.a.w bersabda, “Semua orang akan tahu hari ini siapakah yang paling mulia (Ahl al-Karam yang masuk  ke dalm syurga tanpa hisab dan azab) iaitu:-

  1. Orang-orang yang memuji Allah Taala dalam setiap keadaan,
  2. Orang-orang yang jauh lambung mereka dari tempat tidur, krn beribadat kepada Tuhan mereka dalam keadaan takut dan harap, dan dari apa yang kami rezekikan kepada mereka infaqkan… di jalan Allah utk meninggikan agama Allah (al-Sajdah:16)
  3. Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah, menegakkan solat jamaah, memberikan zakat serta mereka takut kepada satu hari yang di bakar padanya hati dan mata (dengan byk berpuasa).”

Smoga Allah memberikan taufiq agar kita mengikuti jejak langkah dan amalan mrk itu.

 

إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما ، اللهم اجعل صلواتك ورحمتك وبركاتك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ، كما جعلتها على إبراهيم ، إنك حميد مجيد ، اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي ، وعلى آله وصحبه وسلم تسليما، عدد…اللهم صل عى سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد،  اللهم  أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة ،

اللهم اغفر لنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا، ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، برحمتك يا أرحم الراحمين ،  اللهم أصلح سلطاننا وسادتنا وكبرائنا وولاة أمورنا ، ووفقهم لما تحب وترضى ، اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرنا، وأصلح لنا دنيانا التي …

عباد الله ، إن الله يأمر بالعدل إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (النحل:90) فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، وسلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ! والله يعلم ما تصنعون ، وأقيموا الصلاة

 

 

 

Khutbah Jumaat 29Apr 2011

KHUTBAH JUMAAT 29 APRIL 2011

Khatib: Ustaz Hareez Abid Nur Shakur

Tajuk:Sifat2 Org bertaqwa yg masuk syurga tanpa hisab

Khutbah 1

أيها الناس ، اتقوا الله ، أوصيكم وإياي بتقوى الله ، فقد فاز المتقون

قال الله تعالى،

Surah Ali ‘Imran: ayat 133-136, (juz 4).

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Allah swt telah memerintahkan dn mewajibkan ke atas orang-orang beriman agar berlumba2, bersegera mendapat maghfirah dgn melakukan amal2 salih agar, spt segera menegakkan solat dan  dan menunaikan zakat., bersegera mendapatkan satu syurga yang lebarnya ialah selebar 7 kali ganda langit dan 7 petala bumi, disediakan bg org2 yg bertaqwa.

Iaitu org2 yg mendermakan hartanya di jalan Allah ketika senang dan susah, utk menegakkan Islam, juga kepada kaum kerabat dan selain mrk. Mereka menahan marah kerana Allah, yakni kerana mencari ridha Allah, dan memaafkan kejahatan manusia yg dilakukan terhadapnya, (yakni mrk tidak menyimpan dendam) Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Qur’an menyatakan, betapa ramai org menahan marah tetapi dalam masa yg sama ia menyimpan dendam,. Org2 bertaqwa itu juga adalah org2 yang bersifat dengan sifat ihsan iaitu berbuat baik kpd org berbuat jahat kpd mrk., berjihad di jalan, takut kpd Allah seolah2 melihatNya., sentiasa selalu menyedari pengawasanNya.

Antara sifat mrk jg ialah apabil mrk melakukan fahishah (kejahatan atau dosa besar), atau menzalimi diri mrk sendiri, mrk terus teringat kpd Allah, lalu mrk meminta keampunan dan bertaubat kpdNya, Dan mrk meyakini bhw tiada yang dapat mengampunkan dosa2 melainkan Allah, mereka tidak mengulangi dosa2 yg mereka lakukan, mrk juga mengetahui bahawa Allah menrima taubat org2 yg bertaaubat kepadaNya dengan taubat nasuha. Khasnya dgn berwudhu’ dan melkaukan solat taubat 2 rakaat atau 4 rakaat spt yg diajarkan dalam sunnah Nabi saw.

Mrk itu, balsan mrk ialaah keampunan dr Allah atas segala dosa mrk, taman2 syurga, yg mengalir di bawah nya sungai2 minuman, mereka kekal di dalamnya selamanya2, dan itu adalah sebaik2 balasan yang org2 yg beramal salih.

Alngkah besarnya kejayaan org2 bertaqwa, yg merupakan wali2 Allah, krn diberitakan mrk akan selamat dr azab kubur, selamat dari kepanasan sengsara yg amat dahsyat di bumi Mahsyar serta, masuk syurga tanpa hisab dan azab!

Dikatakan kpd mereka di dalam syurga, hiduplah kamu, bernikmat2lah kamu, mudalah kamu, sihatlah kamu…!!

بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم ، وتقبل مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم ،

Khutbah 2

Muslimin yg dirahmati Allah,

Dunia ini akan habis dan dihancurkan. Segala harta dan anak2 akan binasa.!! Kematian akan dtg secara tiba2!

قال الله تعالى: إنا جعلنا ما على الأرض زينة لها لنبلوهم أيهم أحسن عملا، وإنا لجاعلون ما عليها صعيدا جرزا

Sesungguhnya Kami jadikan segala yang ada di atas muka bumi sbg perhiasan utk bumi, utk Kami menguji mrk , siapakah antara mrk yg lbh baik amalannya, (7)

Dan sesungguhnya Kami benar2 mjdkn segala yang ada di atasnya, mjd tanah yang tandus.! Iaitu dgn menghncurkannya, ketika berlakunya Hari Qiyamat.! (8).

Surah al-Kahf: ayat 7-8

Rasulullah saw bersabda, “Org yang cerdik (alim) ialah  orangyg mengitung dirinya (yakni dosa2nya) dan beramal mempersiapkan bekalan slps mati. Org yg lemah ialah tunduk kepada keinginan hawanafsunya dan berangan2 utk mendapat keampunan dan syurgaNya.”

إن الله وملائكته يصلون على النبي ، …اللهم صل …، اللهم انزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة

الدعاء: اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا، …اللهم أصلح سلطاننا وسادتنا وكبراءنا وولاة أمورنا ، ووفقهم لما تحب وترضى ، برحمتك يا أرحم الراحمين . اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو

عباد الله!، إن الله يأمر بالعدل والإحسان ،

KHUTBAH JUMAAT 25 MAC 2011

Khutbah Jumaat 25 Mac 2011.
Khatib : Ust Hareez Nur Shakur al-Urduni

Tajuk: Kewajipan Solat Jumaat dan Solat Jamaah

Khutbah 1
Muslimin yg dirahmti Allah,
Allah swt telah mewajibkan solat Jumaat dan jamaah ke atas setiap muslim kecuali ke atas orang2 yang uzur. Firman Allah Taala,
وَأْمُرْ أَهلَكَ بِالصَّلاةِ وَاصطَبِرْ عَلَيهَا لا نَسأَلُكَ رِزقًا نحنُ نَرزُقُكَ وَالعَاقِبَةُ لِلتَّقوَى
Dan suruhlah keluarga kamu bersolat dan bersungguh-sungguhlah menunaikannya serta memeliharanya, Kami tidak meminta dari kamu rezeki, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kpd kamu, dan akibat yg baik (di dunia dan akhirat) adalah bagi orang2 bertaqwa. (Surah Taha: ayat 132)
Allah swt berfirman
يا أيها الذين امنوا إذا نودي للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا إلى ذكر الله وذروا البيع ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون، فإذا قضيت الصلوة فانتشروا في الأرض وابتغوا من فضل الله واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون
Wahai org2 beriman, apabila diserukan untuk solat Jumaat pada Hari Jumaaat, maka bersegeralah mengingati Allah (dengan mendengar khutbah Jumaat), dan tinggalkanlah jual beli. Itu adalah lebih baik sekiranya kamu sekalian mengetahui. (surah al-Jumuah: ayat 9).
Tiada yang membesarkan syiar Allah melainkan hati yang bertaqwa.
Dan menjadi kewajipan ke atas ibu bapa bersolat dan menyruuh anak-anak menunaikan solat, bermula 7 tahun atau ketika anak2 sudah mumayyiz. Sekiranya tidak, anak-anak akan terbiasa sejak kecil meninggalkan solat Jumaat, seperti yang disaksikan pada zaman ini. Pelajar2 sekolah menengah jarang dilihat menunaikan solat Jumaat, apalagi solat jamaah.
Al-Imam Abu Dawud meriwayatkan dr ‘Abdullah ibn ‘Amru r.anhuma berkata, Rasulullah saw bersabda,
مُرُوا أَولادَكُم بِالصَّلاةِ وَهُم أَبنَاءُ سَبعِ سِنِينَ، وَاضرِبُوهُم عَلَيهَا وَهُم أَبنَاءُ عَشرِ سِنِينَ ” الحَدِيثَ رَوَاهُ أَحمَدُ وَأَبُو دَاوُدَ وَحَسَّنَهُ الأَلبَانيُّ
“Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka agar bersolat ketika mereka berumur 10 tahun. Dan pisahkanlah antara mereka di tempat tempat tidur.”
Dalam hadith lain, diriwayatkan dari seorang sahabat Nabi berkata, Rasulullah saw ditanya, “Bilakah kanak-kanak disuruh bersolat?” Baginda saw menjawab,
إِذَا عَرَفَ يَمِينَهُ مِنْ شِمَالِهِ ، فَمُرُوهُ بِالصَّلَاةِ
“Apabila ia telah mengenal (yakni membezakan) tangan kanan dari tangan kirinya , maka suruhlah ia bersolat.”
Wajib ke atas pemerintah agar menyuruh rakyat menunaikan solat Jumaat, dan solat jamaah, hanya dengan itu mereka dikira menunaikan amanah agama Allah dan mendapat nusrah dariNya. Firman Allah, dalam surah al-Hajj,
ولينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز (40) الذين إن مكناهم في الأرض الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلاة وآتوا الزكاة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر …،(41)
“Demi sesungguhnya Allah akan membantu orang yang membantuNya (agamaNya). Sesungguhnya Allah sangat-sangat kuat lagi maha perkasa. iaitu orang-orang yang apabila Kami berikan mereka kekuasaan di muka bumi mereka menegakkan solat dan memberikan zakat, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah munkar…” Surah al-Hajj ayat 40-41.
Sekiranya tidak, mereka tidak akan mencium bau syurga. Muttafaq ‘alayh.
Kelebihan Jumaat
1.Pahala yang sangat besar
أَحْمَدُ صَحِيحٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ (( مَنْ غَسَّلَ وَاغْتَسَلَ وَغَدَا وَابْتَكَرَ ، وَدَنَا فَاقْتَرَبَ ، وَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا أَجْرُ قِيَامِ سَنَةٍ وَصِيَامِهَا )) عبد الرزاق ، ط الكبير، الحارث ،البيهقي في الكبرى،والخطيب ، وابن عساكر تاريخ دمشق
Al-Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad sahih dari ‘Abdullah ibn ‘Amr r.a., dari Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang bersetubuh dan mandi, pergi awal, mendekat dengan imam, mendengar dan diam, baginya untuk setiap langkah yang ia langkahi pahala bersolat malam dan berpuasa setahun.” Itu untuk selangkah, bagaimana dengan beratus-ratus langkah.

2.Nusrah dari Allah, sunnah para nabi, asas amr m’aruf munkar, mencegah fahsya’ dan munkar.
3.Mendapat rezeki yang berkat, menghilangkan kesusahan dan kesempitan hidup.
4.Mendapat pahala haji dan umrah
5.Pahala jihad
6.Ia adalah islah; beramal dgn kitab Allah dan menegakkan solat.
7.Berjaya melintasi titian Sirat.
8.Menyelamatkan dari sambaran APi Neraka

AKIBAT MENINGGALKAN JUMAAT. Antara akibat meninggalkan solat jumaat ialah
1.Dikuasai dan Dirasuk syaitan
د عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ ، فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ ، فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ)) الصلاة ، باب التشديد في ترك الجماعة
Dari Abu al-Darda’ r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tiada 3 orang pun dalam sebuah bandar atau kampung yang tidak ditegakkan dalam kalangan mereka solat (jumaat dan jamaah) melainkan syaitan telah menguasai mereka. Maka hendaklah kamu mendatangi jamaah, kerana serigala itu memakan kambing yang jauh dari kumpulannya.”
2.Segala amal tidak diterima Allah
رَوَى الْحَافِظُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الْأَوْسَطِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : خَطَبَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ ، فَقَالَ (( إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَيْكُمُ الْجُمُعَةَ فِي مَقَامِي هَذَا ، فِي سَاعَتِي هَذِهِ ، فِي يَوْمِي هَذَا ، فِي شَهْرِي هَذَا ، فِي عَامِي هَذَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ، مَنْ تَرَكَهَا مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ مَعَ إِمَامٍ عَادِلٍ أَوْ إِمَامٍ جَائِرٍ فَلَا جُمِعَ لَهُ شَمْلُهُ وَلَا بُورِكَ لَهُ فِي أَمْرِهِ ، أَلَا وَلَا صَلَاةَ لَهُ ، أَلَا وَلَا حَجَّ لَهُ ، أَلَا وَلَا بِرَّ لَهُ ، أَلَا وَلَا صَدَقَةَ لَهُ )).
Al-Hafiz al-Tabarani meriwayatkan dalam al-Awsat dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. berkata, Nabi saw berkhutbah kepada kami pada satu hari, lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas kalian solat Jumaat di tempat berdiri saya ini, di saat saya ini, pada hari saya ini, pada bulan saya ini, pada tahun saya ini, hingga hari Qiyamat. Sesiapa yang meninggalkannya tanpa uzur bersama imam yang adil atau imam yang zalim, maka tidak dikumpulkan kesatuannya, tidak diberkati segala urusannya. Ketahuilah tiada solat baginya, tiada haji baginya, tiada kebajikan baginya dan tiada sedekah baginya.”

3.Menjadi munafiq, hati tertutup dan terkunci mati, mjd lalai dan akhirnya mjd ahli neraka.
مسلم أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ وَأَبَا هُرَيْرَةَ حَدَّثَاهُ ، أَنَّهُمَا سَمِعَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ عَلَى أَعْوَادِ مِنْبَرِهِ (( لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ ، عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ ، أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ، ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ )) الجمعة، باب التغليظ في ترك الجمعة، احد الدارمي ، ق
4.Persediaan Menemui Allah
Menjadi kewajipan muslim dan muslimah mempersiapkan persiapan untuk bertemu Allah, dengan iman yang sahih dan amal yang salih. Sesiapa melupakan hari pertemuan nya dengan Tuhan di AKhirat, ia akan diazab dengan azab yang kekal abadi, ia ditinggalkan dlm azab kerana melupakan akhirat. Firman Allah SWT,
بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم ، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم،
Khutbah 2
Utk menegakkan solat, tidak cukup dgn mengejutkn anak2 di tidur mrk, atau menasihati mrk sambil lewa , bahkan mestilah dipaksa dgn lembut, keras dan tegas, serta dibwa ke masjid2.

إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما ، اللهم اجعل صلواتك ورحمتك وبركاتك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ، كما جعلتها على إبراهيم ، إنك حميد مجيد
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي ، وعلى آله وصحبه وسلم تسليما، عدد…اللهم صل عى سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، اللهم أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة ،
اللهم اغفر لنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا، ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، برحمتك يا أرحم الراحمين ، اللهم أصلح سلطاننا وسادتنا وكبرائنا وولاة أمورنا ، ووفقهم لما تحب وترضى ، اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرنا، وأصلح لنا دنيانا التي …عباد الله ، إن الله يأمر بالعدل إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (النحل:90)
فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، وسلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ! والله يعلم ما تصنعون ، وأقيموا الصلاة

Post Navigation