Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “June, 2011”

Berbinkan Abdullah bid’ah mufti melayu

Nama asalnya Ravi A/L Chandran. Ditukar kepada Saiful Islam Bin Abdullah, Saiful pergi ke rumah bapanya lalu menunjukkan kad yang membuktikan ia telah masuk Islam, ayahnya menerima keputusan itu dengan baik, tetapi, ayahnya berkata kepada Saiful, aku tidak pernah menghalang kamu untuk menerima Islam, tetapi, apabila kamu menerima Islam, kamu buang namaku, adakah Islam sebegitu kejam membuang ibu bapa ?

Penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullahhanya berlaku di negara Malaysia. Dan tidak berlaku di negara-negara besar seperti Indonesia dan Arab Saudi.


Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya kesemuannya pasti ber “bin” yang sama “Abdullah”.

Tidak Berlaku Pada Zaman Sahabat

Pada zaman Nabi S.A.W jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabat akan ber “bin” kan “Abdullah”. Maka tidak adalah lagi disebut Umar bin al-Khattab, sebaliknya Umar bin Abdullah, tidaklah Uthman Bin Affan sebaliknya Uthman Bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi Ali Bin Abi Talib, sebaliknya Ali bin Abdullah. Hal ini kerana kesemua bapa-bapa mereka tidak menganut Islam. Adakah Rasulullah S.A.W menyuruh mereka-mereka ini menukar nama bapa mereka kepada Abdullah ? tidak sama sekali.

Orang Arab amat menjaga salasilah keterunan mereka sehingga ke beberapa peringkat. Merujuk dalam kitab “Riyadh as-salihin, karangan Imam An-Nawawi, menyebutkan : “Amir al-Mukminin Umar Al-Khattab bin Nufail Bin Abd al-Uzza. Abd al-Uzza bermaksud ” hamba sembahan berhala”. Jika dilihat nama datuk Nabi….bin Kilab. Kilab bermaksud anjing. Adakah Islam mengubah nama-nama ini kepada ‘Abdullah” ? tidak sama sekali.

Patung Al-Uzza di Kuil Manatu, Petra

Dalil-dalilnya :

Firman Allah S.W.T :Maksudnya : 

“Panggilan anak-anak angkat itu ( dengan ber “bin” kan ) kepada bapa-bapa mereke sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai maula-maula kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani 
( Surah AL-AHZAB : 5 )

Al-Imam At-Tabari dalam tafsirnya mengatakan, ayat di atas, adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan sesorang kepada bukan bapanya. Islam amat menjaga keterunan.Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : “Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya.” 
( Riwayat Al-Bukhari )

Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : 

” Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya” 
( Riwayat Al-Bukhari )

Dr Wahbah Az-Zuhaili

Kata Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam karyanya al-fiqh al-islami wa adillatuhu : “Keadilan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan, sesiapa yang ada bapa yang dketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Ini semua demi mencegah perubahan hakikat sebenar.

“Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar at-Tafasir menyebut : “Wajib mem “bin” kan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor keldai.

“Nabi Muhammad S.A.W hanya mengubah nama individu yang menganut Islam jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak menukar nama bapanya. Umpamanya baginda mengubah sahabat Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan.

Ini jelas Islam tidak pernah melarang umatnya mengekalkan nama asal bapa dan ibu asal.
 

Perlu ber ‘Bin’ kan Abdullah Abila Memeluk Islam?Sumber

JPN perlu bertindak positif, banyak mengkaji, membetulkan yg salah, mengikut syariah dan sunnah, bukan tunduk kepada mufti2 muqallid yang sepeerti himar,…inilah akibat melantik mufti-muftidr kalngan yang tidak layak!

 

Imam Menurut Sunnah

IMAM2 JAHIL

1.Sentiasalah, imam2 masjid dan surau dipilih dr kalangan awamm yang juhhal, walau telah diketahui imam mestilah yang paling aalim dalam ilmu2 agama, ((…aqra’uhum li kitabillah…a’lamuhum bissunnah…)) Sahih. Sabda Nabi saw, ((Yang mengimami kamu ialah yang paling qari (alim) dalam kitabullah…))

mengapa kita meninggalkan sunnah ini, dan menyalahinya? krn hawa nafsu, jahil? degil, takabbur? Sdgkn berdegar2 bercakap ttg sunnah dan syariah?!!

Mgp jururawat, guru bahasa Melayu yg bacaannya spt mualap tamak mjd imam? Bagaimana hendak menarik masyarakat kpd jamaah sekiranya begini keadaannya? bagaimana hendak menarik gol profesional kalau para kuli2 yg mjd imam?

Mgp stp jawatan diserahkan kpd yang bukan ahlinya??

Imam2 wajib mengetahui bahasa Arab dgn segala selok beloknya, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya…Yg menmbh parah ialah majlis2 agama dhirar enggan orang2 yang layak dan alim, mrk tetap mahu kutu2 jalanan dan sampah sarap, agar masyarakat bertambah jahil, sesat dan bingung!!

2. ‘Ulama’  salaf telah mengatakan bhw,… ” Sekiranya kamu mahu solat kamu diterima maka solalah di belakang alim ‘ulama’.

3.Ibn ‘Umar r.a. berkata, “Sesiapa yang mjd imam sedangkan ada yang lbh utama dan lebih alim darinya, ia akan sentiasa ditimpa kehinaan hingga Hari Qiyamat.” Hr al-‘Uqayli, Kitab Irshad al-‘Ibad.

JAWATAN PENGERUSI.
Bukan semudah itu meletakkan jawatan Pengerusi Masjid al-Siddiq kerana :-
Belum ditemui faqih, hafiz, alim utk mjd pengerusi
Belum ditemui yang layak, tawadhu’ tidak meminta2 jawatan
Masih banyak projek2 telah dirancang yg ingin dijayakan sedng bejalan dan akan berjalan
Kamilah yang memakmurkan masjid dengan solat jamaah, Jumaat, masjlis2 ilmu, korban, ceramah2, tahfiz dan lain2
Kamilah yang mendapatkan masjid
Kamilah yang mengumpul, mencari duit membesarkan masjid
Kami dilarang mengkhianati amanah dgn meletak jawatan spt pesanan Nabi saw kpd ‘Uthman ibn ‘Affan agar jangan mencabut baju (khilafah) yang dipakaikan Allah kepadanya

عنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَا عُثْمَانُ إِنْ وَلَّاكَ اللَّهُ هَذَا الْأَمْرَ يَوْمًا ، فَأَرَادَكَ الْمُنَافِقُونَ أَنْ تَخْلَعَ قَمِيصَكَ الَّذِي قَمَّصَكَ اللَّهُ ، فَلَا تَخْلَعْهُ ” ، يَقُولُ : ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
Dari Aishah ranha berkata, Rasulullah saw bersabda, “Wahai Uthman, sekiranya Allah melantik kamu memegang urusan ini (khilafah) suatu hari nanti, lalu org2 munafiq hendak agar kamu mencabut bajumu yang Allah pakaikan kepada kamu, maka janganlah kamu menanggalkannya. 3x”
SAHIH. Ibn Majah, no 109.
Yang meminta2 jawatan ini hanyalah juhala’ , fussaq, ruwaybidah, sekuler, munafiqun, dan orang2 yg tidak sedar diri ! (solat jamaah sekali dalam 5 tahun, kemudian meminta2 jadi pengerusi).
Jelas dalam hadith bahawa yang meminta agar pemimpin yang layak meletakkan jawatan ialah golongan munafiqun khawarij!

HARAM MEMINTA JAWATAN
Nabi saw bersabda, “Wahai Abd rahman ibn Samurah, jangan kamu meminta jawatan ketua…”SAHIH !
يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ ” لَا تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ ، فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا ، وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا ، وَإِذَا حَلَفْتَ عَلَى يَمِينٍ ، فَرَأَيْتَ غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا ، فَأْتِ الَّذِي هُوَ خَيْرٌ ، وَكَفِّرْ عَنْ يَمِينِكَ

Khutbah Nabi saw

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي خُطْبَةٍ : ” أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ لِكُمْ مَعَالِمَ فَانْتَهُوا إِلَى مَعَالِمِكُمْ ، وَإِنَّ لَكُمْ نِهَايَةً فَانْتَهُوا إِلَى نِهَايَتِكُمْ ، إِنَّ الْمُؤْمِنَ بَيْنَ مَخَافَتَيْنِ : بَيْنَ أَجَلٍ قَدْ مَضَى لا يَدْرِي مَا اللَّهُ صَانِعٌ فِيهِ ، وَبَيْنَ أَجَلٍ قَدْ بَقِيَ لا يَدْرِي مَا اللَّهُ قَاضٍ فِيهِ ، فَلْيَأْخُذِ الْعَبْدُ مِنْ نَفْسِهِ لِنَفْسِهِ ، وَمِنْ دُنْيَاهُ لآخِرَتِهِ ، وَمِنَ الشَّبِيبَةِ قَبْلَ الْهَرَمِ ، وَمِنَ الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَوْتِ ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ مَا بَعْدَ الْمَوْتِ مِنْ مُسْتَعْتَبٍ ، وَمَا بَعْدَ الدُّنْيَا دَارٌ إِلا الْجَنَّةَ أَوِ النَّارَ

Wahai, manusia, sesungguhnya kamu mempunyai ma’alim (tanda2 dan sifat2 keislaman, hudud, syari’ah), maka berhentilah kepada ma’alim kamu. (agar kamu dikenali dengannya, bukan dgn sifat ahli batil, nifaq dan binatang)…

Sesungguhnya bagi kamu penamat (kematian, kubur dan Akhirat), maka berhentilah kepada penamat kamu. Sesungguhnya serang hamba mu’min antara 2 ketakutan, antara dosa yang berlalu, ia tidak tahu apa yang dilakukan Allah terhadapnya…antara masa yang akan datang, ia tidak tahu apakah yang akan ditentukan Allah ke atasnya…

sesungguhnya dunia diciptakan utk kamu, sedangkan kamu diciptakan utk akhirat..

Hendaklah setiap hamba beramal utk dirinya sendiri, dari dunia nya utk Akhiratnya, masa mudanya utk masa tua., hidupnya seblum mati,..Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, tiada lagi selpas mati sebarang peluang untuk meminta ampun dan kembali, tiada sebarang alasan dan uzur, tiada selepas mati melainkan syurga atau neraka!!

beruntunglah orang yg sibuk dengan aibnya sendiri,,dari mencari orang lain..

Kenduri Arwah Batil

Kenduri arwah ialah kenduri makan-makan setelah pengkebumian mayat. Ianya munkar, maksiat dan termasuk dosa besar bahkan salah satu bentuk kufur asghar. Kenduri arwah tidak sunnah bahkan dilarang mengadakannya dan menghadirinya. Perbuatan bid’ah ini termasuk ghuluww dalam agama. Pengharamannya sabit dengan

i) hadith,

ii) ijma’ Sahabat Nabi,

iii) ijma’ 4 mazhab dan

iv) akal yang waras. Akal tidak dapat menerima pesta makan ketika kematian.
Dari ‘Abdullah ibn Ja’far r.a. berkata: Ketika Ja’far ibn Abi Talib terbunuh syahid di Mu’tah, Nabi saw mengalirkan airmata baginda yang mulia lalu bersabda: (( Isna’uu li Aali Ja’far ta’ama…))

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ ، قَالَ : لَمَّا جَاءَ نَعْي جَعْفَرٍ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا ، فَقَدْ أَتَاهُمْ مَا شَغَلَهُمْ ” ، أَوْ ” أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ

((Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far, kerana mereka telah ditimpa perkara yang menyedihkan mereka…)) SAHIH. HR Ahmad, al-Humaydi, Ibn Abi Shaybah, Abu Dawud, Ibn Majah, Abu Ya’la al-Mawsili dan lain-lain dari Ibn ‘Umar, ‘Abdullah ibn Ja’far dan Asma’ binti Umays.

PENGAJARAN.

1.Ahli Qaryah, AJK masjid, kaum kerabat dan jiran-jiranlah yang sepatutnya membuat makanan, mendesak keluarga si mati agar makan, sehari semalam. Bukan keluarga si mati yg bersusah payah memasak, membuat kenduri, kononnya untuk bersedekah utk si mati,..(pahalanya untuk si mati).

Amalan masyarakat Melayu kini adalah bid’ah, membazir, batil, sia-sia, menyalahi sunnah, makruh kerana sebenarnya kenduri-kendara hanya ketika kesyukuran dan kegembiraan. al-Imam Ahmad berkata, kenduri arwah termasuk amalan jahiliyyah. Kemudian beliau membaca hadith Jabir;

كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعة الطعام بعد دفنه من النياحة

“Kami menganggap bahawa berkumpul bersama keluarga mayat dan membuat makanan selepas pengkebumiannya termasuk niyahah (ratapan jahiliyyah).” HR Ibn Majah, al-Sunan, Kitab al-Jana’iz, 1601. Sanadnya sahih.

2. Kenduri arwah termasuk niyahah (ratapan) yang diharamkan, termasuk amalan jahiliyyah,..yang balasannya menjadi anjing menggonggong di tengah-tengah Neraka, dipakaikan baju tar api neraka..! Ahli bid’ah itu ditakuti amal ibadah mereka tidak diangkat ke langit…

وقال النووي في شرح المهذب : وأما الجلوس للتعزية فنص الشافعي والمصنف وسائر الأصحاب على كراهته ونقله أبو حامد في التعليق وآخرون عن نص الشافعي قالوا : يعني بالجلوس لها أن يجتمع أهل الميت في بيت فيقصدهم من أراد التعزية قالوا : بل ينبغي أن ينصرفوا في حوائجهم فمن صادفهم عزاهم اهـ .

Berkata al-Imam al-Nawawi tokoh besar mazhab Shafiei, “Adapun duduk-duduk menta’ziyah, maka al-Imam al-Shafiei menasskan begitu juga musannif (Abu Ishaq al-Shirazi) dan lain-lain ulama Shafi’iyyah bahawa ia makruh. Yakni ta’ziyah patut dilakukan apabila bertemu kebetulan.” Dalam banyak keadaan, makruh di sisi salaf maknanya haram.
al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam al-Mughni, jld 3, ms 496-497 (tahqiq ‘Abdullah ibn ‘Abd al-Muhsin al-Turki) menyatakan,

فَأَمَّا صُنْعُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِلنَّاسِ فَمَكْرُوْهٌ، لِأَنَّ فِيْهِ زِيَادَةً عَلَى مُصِيْبَتِهِمْ وَشُغْلًا لَهُمْ إِلَى شُغْلِهِمْ، وَتَشَبُّهًا بِصَنِيْعِ أَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ. وَرُوِيَ أَنَّ جِرِيْرًا وَفَدَ عَلَى عُمَرَ فَقَالَ: هَلْ يُنَاحُ عَلَى مَيِّتِكُمْ؟ قَالَ: لَا. قَالَ: فَهَلْ يَجْتَمِعُوْنَ عِنْدَ أَهْلِ الْمَيِّتِ وَيَجْعَلُوْنَ الطَّعَامَ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: ذَاكَ النَّوْحُ.

“Adapun ahli keluarga si mati membuatkan makanan untuk orang ramai maka itu satu hal yang dibenci (haram) kerana akan menambah (kesusahan) di atas musibah mereka dan menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka dan menyerupai perbuatan jahiliyyah. Dan telah diriwayatkan bahawa Jarir pernah bertemu kepada ‘Umar. Lalu ‘Umar bertanya, “Apakah mayat kamu diratapi?” Jawab Jarir: “Tidak!” ‘Umar bertanya lagi: “Apakah mereka berkumpul di rumah si mati dan mereka membuat makanan?” Jawab Jarir: “Ya!” Berkata ‘Umar: “Itulah ratapan!.”

al-Imam al-Shafi’ei rahimahullah, imam mujtahid dan ikutan majoriti umat Islam di negara ini berfatwa di dalam kitabnya, al-Umm, jilid 1, ms 318 mengenai perbuatan mengadakan majlis kenduri arwah di mana beliau berkata:

وَاَكْرَهُ الْمَأْتَمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ، فَإِنَّ ذَلِكَ يُجَدِّدُ الْحُزْنَ.

“Saya membenci al-ma’tam iaitu berkumpul-kumpul di rumah ahli (keluarga) mayat (si mati) walaupun tiada tangisan kerana sesungguhnya yang demikian itu memperbaharui kesedihan.”
al-Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab, jld 5, ms 305-306,

وَيُكْرَهُ الْجُلُوْسُ لِلتَّعْزِيَةِ لِأَنَّ ذَلِكَ مُحْدَثٌ، وَالْمُحْدَثُ بِدْعَةٌ.

“Tidak disukai (dibenci) duduk-duduk (di tempat si mati) untuk ta’ziyah kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah muhdath (perkara baru dalam agama) sedangkan muhdath adalah bid’ah.”

3.Tujuan makanan adalah untuk ta’ziyah (menghiburkan) keluarga si mati. Kenduri arwah pula seperti pesta riang ria dan ceria! Kononnya untuk memberi pahala kepada si mati! Cara TA’ZIYAH IALAH:

لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى ،  فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ
Milik Allah apa yang DIA ambil, miliknya juga apa yang DIA berikan. Setiap sesuatu di sisiNYA mempunyai tempoh tertentu. Maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala.

4.Sekiranya disyariatkan kenduri arwah, pasti Nabi saw, sahabat dan tabi’in telah melakukannya. Ini bukan fahaman salafi (atau Wahhabi), tetapi masalah sunnah atau bid’ah! Selain itu, kaum perempuan keluarga si mati perlu berkabung (al-ihdad) selama 3 hari, meninggalkan perbuatan berhibur-hibur dan berhias-hias dalam tempoh tersebut.

Bid’ah yang berleluasa juga ialah menyimen kubur….meninggikan kubur lebih dari sejengkal…

KENDURI2 YANG DISYARIATKAN

1.al-Qira ; makanan untuk tetamu

2.al-Tuhfah; makanan untuk pelawat

3.al-khars ; makanan kerana wiladah

4.al-ma’dubah; makanan jemputan kesyukuran

5. al-‘urs ; makanan kenduri kahwin

6.al-‘aqiqah: jamuan untuk anak lahir hari ke-7

7.al-ghadirah; jamuan kerana khitan

8.al-wadhimah; jamuan untuk keluarga si mati untuk menenangkan mereka disediakan oleh jiran-jirannya dan kerabatnya.

9.al-naqi’ah; jamuan kerana pulang dari musafir (haji atau umrah)

10. al-wakirah; jamuan setelah selesai membina rumah. Cukup dengan kenduri-kenduri sunnah ini dan pahalanya dihadiahkan kepada si mati.

5. Terdapat perbezaan antara
i. bersedekah untuk mayat dengan
ii. berkumpul meratapi mayat (kenduri arwah: niyahah dan ma’tam). Pertama disepakati dan digalakkan, yang kedua batil lagi bid’ah, sangat dikeji oleh salaf. Jangan keliru.
روى الإمام أحمد وأصحاب السنن عن سعد بن عبادة رضي الله عنه قال: قلت: يا رسول الله إن أمي ماتت أفأتصدق عنها؟ قال: نعم، قلت: فأي الصدقة أفضل؟ قال: سقي الماء.

al-Imam Ahmad dan Ashab al-Sunan meriwayatkan dari Sa’d ibn ‘Ubadah r.a. berkata, Saya bertanya “Wahai Rasulallah, ibu saya telah meninggal dunia, bolehkan saya bersedekah untuknya?” Rasulullah saw bersabda, “Ya.” Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah saw bersabda, “Memberi air.” Jelas, sekadar memberi atau mengagihkan air, bukan dalam bentuk kenduri.
Adapun riwayat al-Bukhari yang menyatakan Rasulullah saw menyembelih kambing dan menghadiahkannya kepada kawan-kawan Khadijah, maka itu adalah dalil sadaqah ‘an al-mayyit, bukan dalil keharusan kenduri arwah (niyahah dan ma’tam). al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, 3557.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” مَا غِرْتُ عَلَى امْرَأَةٍ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيجَةَ هَلَكَتْ قَبْلَ أَنْ يَتَزَوَّجَنِي لِمَا كُنْتُ أَسْمَعُهُ يَذْكُرُهَا وَأَمَرَهُ اللَّهُ أَنْ يُبَشِّرَهَا بِبَيْتٍ مِنْ قَصَبٍ ، وَإِنْ كَانَ لَيَذْبَحُ الشَّاةَ فَيُهْدِي فِي خَلَائِلِهَا مِنْهَا مَا يَسَعُهُنَّ ” .

Saya tidak pernah cemburu kepada mana-mana isteri Nabi seperti cemburu saya kepada Khadijah yang meninggal sebelum Baginda menghawini saya. baginda selalu menyebut-nyebutnya dan ALLAH memerintahkan baginda menggembiarakannya dengan sebuah rumah dalam syurga. baginda menyembelih kambing lalu menghadihaknnya kepada kawan-kawan baik Khadijah.
Wajib dibezakan antara sadaqah ‘an al-mayyit dengan al-ijtima’ ila al-mayyit (berkenduri dan berkumpul bersama keluarga si mati). Yang dilakukan oleh Rasulullah SAW jelas bukan dalam bentuk kenduri.
PENGAJARAN: Tidak cukup mempelajari hadith sekiranya tidak sekali dengan ilmu dalalat al-alfaaz dan ilmu qawa’id istinbat al-ahkam. Tidak cukup membaca hadith (talaqqi) tetapi perlu mendalami ilmu-ilmu syariah di universiti sekiranya hendak menjadi faqih. Tidak cukup menjadi muhaddith tetapi hendaklah juga menjadi faqih usuli. wa ma ubarri’u nafsi.

4 Mazhab Menolak Kenduri Arwah.
Kenduri arwah munkar dan tidak disyariatkan.

Pendapat Ulama’ Shafi’iyyah

al-Imam An-Nawawi al-Shafi’i berkata :

وإما إصلاح أهل الميت طعاما ويجمع الناس عليه فلم ينقل فيه شيء غير مستحبة وهو بدعة.

“Adapun hidangan makanan oleh keluarga mayat dan mengumpul orang ramai dalam acara tersebut tiada dinukilkan dalil sahih, dan hal tersebut merupakan perbuatan yang tidak disukai. Perbuatan itu adalah bid’ah.” (al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab 5/186 Daarul-Fikr, Beirut, 1417).
al-Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi’i berkata :
وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه بدعة منكرة مكروهة لما صح عن جرير بن عبد الله
“Dan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dari penghidangan makanan oleh keluarga mayat dengan tujuan untuk mengundang masyarakat, hukumnya bid’ah munkarah (dilarang) lagi dibenci, berdasarkan hadith sahih dari Jarir bin ‘Abdillah.” (Tuhfatul-Muhtaj 1/577, Dar al-Fikr, tanpa tahun).
Shaykh An-Nawawi al-Bantani berkata :
أما الطعام الذي ويتجمع عليه الناس ليلة دفن الميت – المسمى بالوحشة – فهو مكروه ما لم يكن من مال الأيتام وإلا فيحرم.

“Adapun menghidangkan makanan yang ditujukan bagi orang-orang yang berkumpul di malam selepas disemadikan jenazah – yang biasa disebut al-wahshah – adalah dibenci, bahkan diharamkan (dengan sangat) apabila biayanya diambil daripada harta-harta anak yatim.” (Nihayat az-Zayn fi Irshad al-Mubtadi’in halaman 281, Dar al-Fikr, Beirut, tanpa tahun). Yang sahih bukan sekadar makruh tetapi haram dan munkar.
AL-HANAFIYYAH
Imam Ibnu ‘Abidin al-Hanafi berkata :

ويكره اتخاذ الضيافة من الطعام و من أهل الميت لأنه شرع في السرور لا في الشرور وهي بدعة مستقبحة.

“Dimakruhkan hukumnya (yakni haram) menghidangkan makanan oleh keluarga mayat, kerana hidangan hanya disyariatkan untuk waktu gembira bahagia, bukan dalam waktu-waktu musibah. Dan hal itu merupakan bid’ah yang hodoh.” (Hashiyat Ibn ‘Abidin 2/240, Dar al-Fikr, 1386).
Kenduri arwah ini diambil dari agama kafir hindu.
Umat Islam wajib berilmu dan sedia berubah dan tidak jumud dengan tradisi nenek moyang yang bercanggah dengan Islam dan Sunnah. Berbelit2 mempertahankan amalam ini menunjukkan kejahilan, kejumudan dan bid’ah.

Jama’ Solat Ketika Sibuk

Harus menjama’ solat ketika hadar (bermukim) , ketika haraj dan mashaqqah dengan syarat tidak menjadikannya sbg adat kebiasaan yang berterusan. Ini pendpaat ulama’ besar Shafi’iyyah spt Ibn al-Munzir,  al-Shashi al-Kabir, al-Qaffal, al-Nawawi, al-Subki, al-Balqini, al-Isnawi dan al-Suyuti,…

Ianya pendapat Ibn Sirin. Shaykh Ahmad Shakir memilih pendapat ini krn lebih ringan dan melegakan umat. Hamish Sunan al-Tirmidhi, 1/358.

Blh juga jama’ ketika hujan menurut al-Imam al-Shafiei r.a..

Jama’ 5solat sekaligus Munkar Besar!

Menjama’  5Solat sekaligus menurut Ahl Sunnah (ahli syurga Insha Allah) adalah dosa besar dan kemunkaran yang melampau batas.

Ini dibuat berdasarkan hawanafsu dan akal yang dangkal serta kerana terpengaruh oleh hasutan syaitan.

Sekiranya solat 3 kali sehari (subuh, zuhur+asar dan maghrib+isya’), maka itu masih terdapat dalam sunnah. Tetapi menjama’ semua solat sekaligus, ini batil, sesat, munkar dan bid’ah!! Blh kufur kerana mensyariatkan agama tanpa izin Allah SWT! ini solat golongan bid’ah (Syiah ghulat).

Ikutilah sunnah dan mazhab Ahl Sunnah ya ikhwan wa ya jamaah, nescaya kamu selamat dunia Akhirat. Jauhilah ahli bid’ah dan amalan mereka yg sesat lg menyesatkan.

 

Doa Ketika Muslim Muslimah diQazaf

ADAB2 DAN TIP MENDENGAR QAZAf

bacalah :-

1.Law la jaa’uu alayhi bi arba’ati shuhada’ (mgp mrk tidak membawa dtg 4 saksi yg salih?)

2.subhanaka haza buhtanun ‘aziim (maha suci Engkau ya Allah, ini tuduhan yang sangat besar!)

3.Haza ifkun mubin (ini rekaan yang sangat jelas!!)

4.tahsabunahu hayyinan , wa huwa  ‘indallahi  ‘azim (kamu sangka ; qazaf itu; remeh, sdgkan ia di sisi Allah sgt besar!!

org2 beriman x akan memfitnah atau qazaf, ia hanya dilakukan oleh para munafiq yg celaka penipu2 besar…!!

Ingatlah, org2 yg membuat qazaf diazab di dunai dan di akhirat berdasrkn nas al-Quran. (al-Quran; surah al-Nur: ayat 19; juz 18). Dalam hadith disebutkan , “Qazaf itu meruntuhkan amalan 100 tahun!!”

Kami berlindung dgn Allah dr jenayah fitnah dan qazaf…

Post Navigation