Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “April 5, 2011”

3 Nasihat Untuk Orang Alim

‘Abdullah ibn Mas’ud r.a. berkata,

“Sesiapa yang ingin agamanya terpelihara, maka janganlah ia masuk kepada pemerintah, jangan sesekali ia bersendirian dengan perempuan dan janganlah ia berdebat dengn ahli bid’ah (as-hab al-ahwa’; sesat) sama sekali.”

Dikatakan, “3 perkara, sesiapa yang melakukannya, ia diazab dalam kubur dengan ular sehingga Hari Qiyamat;

1.tidak mendatangi solat jamaah apabila mendengar azan

2.tidak menunaikan zakat

3.enggan mendegar nasihat ulama’. “

Alim Menurut Malik ibn Dinar

Berkata al-Imam Malik ibn Dinar rahm,

“Orang alim itu, apabila kamu datang ke rumahnya sedang ia tiada di rumah, rumahnya menceritakan tentang dirinya; kamu melihat tempat wudhu’nya dan tempat solatnya, dan mushafnya…kamu lihat kesan2 Akhirat.” Lihat al-Hilyah al-Hafiz Abu Nuaym al-Asfahani.

Malik berkata, “Sekiranya seorang alim tidak beramal dengan ilmunya, maka nasihatnya mengalir seperti air hujan mengalir di atas batu licin.”

Berkata Sulayman al-Taimi, “Tidak saya lihat orang yg lbh zuhud dari Malik.” al-Nasa’ei berkata, Malik thiqah. Beliau mengambil hadith dari Anas, al-Hasan, Ibn Sirin, al-Qasim dan lain-lain, wafat pada tahun 127H.

Post Navigation