Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “April, 2011”

al-Qasim ibn Muhd ibn Abi Bakr al-Siddiq

Imam besar, mufti, faqih lagi wara’. Salah seorg fuqaha’ 7. Belaiu masih dlam kandungan ketika ayahnya meninggala dunia. Terdidik bwh didikan ‘Aishah r.ha. Mengambil ilmu hadith dan fiqh dr Aishah, Ibn ‘Abbas, ‘Urwah,

Mengambil ilmu dan wara’ dr Ibn ‘Umar. Mengambil ilmu hadith dr Abu Hurairah.

Wafat 108H.

ABAN IBN  ‘UTHMAN IBN  ‘AFFAN

Faqih, mufti dan hafiz hadith. Dilantik sebagai gabenor Madinah pd zaman Abdul Malik. Dipecat thn 83H. Pd akhir hayatnya ia menumpu pd ilmu, ditimpa lumpuh, juling, pekak, buta. Ia tetap dtg solat jamaah menaiki kereta roda sambil berbaring. Beliau wafat tahun 105H.

‘Urwah ibn al-Zubayr

Salah seorang imam 7 di Madinah. Tabii yang paling alim tentang hadith ‘Aishah r.ha. hafiz yang thiqah lagi wara’.

Beliau membaca 1/4  al-Quran pada stp hari dan membacanya sekali lagi pd waktu mlm. Ketika solat, beliau memanjangkan sujud dan membanyakkan doa dalam sujud.

‘Urwah berdoa kepada Allah agar menjadi orang alim dan manusia mengambil ilmu darinya. Doa beliau dimakbulkan sehingga para sahabat Nabi bertanya kepada beliau.

Beliau pernah berkata kpd org ramai, “Ambillah hadith dari saya…ambillah hadith dr saya…” sambil memberikan duit kepada pelajar yang belajar dengannya.

Antara nasihat beliau kpd para pemuda;

“Ada apa dengan kalian ini, kenapa kalian tidak menuntut ilmu. Kalau sekarang ini kalian masih kecil, nescaya nantinya kalian akan menjadi para pembesar di kalangan kaum kalian. Dan tidak ada kebaikan pada seorang yang sudah tua sementara ia adalah seorang yang bodoh. Sungguh aku telah melihat pada diriku sendiri 4 tahun sebelum meninggalnya ‘Aisyah iaitu aku berkata pada diriku sendiri: Kalau seandainya dia (’Aisyah) meninggal pada hari ini maka tidaklah aku menyesali dan bersedih terhadap hadith (ilmu) yang ada pada dirinya disebabkan aku telah mengambil semuanya. Dan sungguh telah sampai kepadaku adanya sebuah hadith dari salah seorang shahabat maka akupun berusaha untuk mendatanginya. Maka ternyata aku dapati majlisnya telah selesai, akupun pergi ke rumahnya dan duduk di depan pintu rumahnya kemudian aku bertanya kepadanya tentang hadith tersebut.”

Beliau wafat pada tahun 93 Hijriyyah ketika berusia 70 tahun dalam keadaan sedang berpuasa. Hisyam bin ‘Urwah mengatakan: Ayah saya berpuasa terus-menerus (banyak berpuasa) dan meninggal dalam keadaan berpuasa.

3 Nasihat Untuk Orang Alim

‘Abdullah ibn Mas’ud r.a. berkata,

“Sesiapa yang ingin agamanya terpelihara, maka janganlah ia masuk kepada pemerintah, jangan sesekali ia bersendirian dengan perempuan dan janganlah ia berdebat dengn ahli bid’ah (as-hab al-ahwa’; sesat) sama sekali.”

Dikatakan, “3 perkara, sesiapa yang melakukannya, ia diazab dalam kubur dengan ular sehingga Hari Qiyamat;

1.tidak mendatangi solat jamaah apabila mendengar azan

2.tidak menunaikan zakat

3.enggan mendegar nasihat ulama’. “

Alim Menurut Malik ibn Dinar

Berkata al-Imam Malik ibn Dinar rahm,

“Orang alim itu, apabila kamu datang ke rumahnya sedang ia tiada di rumah, rumahnya menceritakan tentang dirinya; kamu melihat tempat wudhu’nya dan tempat solatnya, dan mushafnya…kamu lihat kesan2 Akhirat.” Lihat al-Hilyah al-Hafiz Abu Nuaym al-Asfahani.

Malik berkata, “Sekiranya seorang alim tidak beramal dengan ilmunya, maka nasihatnya mengalir seperti air hujan mengalir di atas batu licin.”

Berkata Sulayman al-Taimi, “Tidak saya lihat orang yg lbh zuhud dari Malik.” al-Nasa’ei berkata, Malik thiqah. Beliau mengambil hadith dari Anas, al-Hasan, Ibn Sirin, al-Qasim dan lain-lain, wafat pada tahun 127H.

Post Navigation