Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Siapakah ‘Alim dan Ustaz

1.            Ulama’ adalah pilihan Allah yang diberi ilmu al-Quran spt dalam firmanNya , “Kemudian Kami wariskan kitab kpd orang2 yg Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami…(Surah Fatir: 32).

Mereka memahami kitabullah, bukan sekadar menghafaz dan membacanya. Firman Allah, “…tidak memahaminya (al-Quran dan amthalnya) melainkan orang-orang alim. (al-‘Ankabut: 43). Berkata al-Hafiz Ibn Kathir dalam mentafsirkan ayat ini,  mereka itu al-rasikhun fi al-‘ilm al mutadalli’un minh iaitu mantap dan mendalam ilmunya lagi berhabisan terhadapnya.

2.            Mereka rabbaniyyun yg memikul tugas2 kenabian, sentiasa berdamping dgn kitabullah, sentiasa mengkajinya dan mengajarkannya, “…jadilah kalian rabbani dengan mengajarkan al-kitab dan dengan sentiasa mempelajarinya (Ali ‘Imran:79). Berkata Said Jubayr, “Mereka alim selagi mrk sentiasa belajar walau dari murid2nya. Apabila ia merasa sudah alim maka ia adalah jahil.” Dalam hadith, Mrk ibarat mujahid di jalan Allah.

3.                    al-Imam Ahmad ibn Hanbal meriwayatkan dgn sanad hasan, al-Bazzar, Muhammad ibn Nasr dlm Qiyamullail, al-Firayabi dan Ibn Dhurays dlm Fadha’il, dari ‘Aishah r.a.ha berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang menghafaz (menguasai) 7 surah terawal (al-Baqarah hingga Yunus), maka ia adalah habr (‘alim).”

Ini termasuklah menguasai ilmu tafsir, bahasa Arab, hadith yang berkaitan dgn tafsiran ayat2, bg 7 surah tersebut.

4.                  Ia mestilah mampu berbahasa Arab, memahami kitab2 tafsir Arab dan boleh bertutur dalam bahasa Arab. Makruh org alim bertutur dgn bahasa selain Arab. Ia mesti tahu dan mendalami ilmu Usul al-Fiqh dan Fiqh 4 Mazhab.

Ringkasnya, apaabila saja ia membuka al-Quran, ia terus memahami isi kandungannya satu persatu, ayat demi ayat. Ia memahaminya dan boleh mengajarkannya secara spontan.

5.                   Mereka mendalami ilmu hadith sanad dan matan. Utk sampai ke tahap fatwa, ia mesti mempelajari higga 70,000 sanad. Mu’awiyah ibn Qurrah berkata, “Sesiapa yang tidak mencari, mempelajari dan menghafaz hadith, maka di bukanlah alim.”

Inilah yang dikatakan ‘alim dan ustaz. Selain itu tidak boleh dipanggil ‘alim, walau ia seorang warak, abid dan salih. Tidak halal sama sekali!!
al-Imam Ahmad dan Ishaq berkata “Sesungguhnya (seseorang yang dianggap) ‘alim itu apabila tidak mengetahui yang sahih dan saqim (dha’if), nasikh dan mansukh daripada hadith, maka ia tidak dinamakan ‘alim. (al-Hakim, Ma’rifat ‘Ulum al-Hadith, ms 60)

Lucunya, ada lepasan pondok muktazilah jahmiyyah murji’ah menganggap diri (al-‘alim al-ustaz al-shaykh kunun) walau tidak tahu bahasa arab dan ilmu Usul Fiqh!! Baru mngikut tabligh secara taqlid ,..sudah merasa diri imam, ulama’ dakwah?!!

6.      Terdapat 6  SYARAT  untuk mjd alim menurut al-Imam al-Shafi’ei r.a.

Akhi lan tanala al-ilma illa bi sittatin , saunbika ‘an tafsiliha bi bayan

1.Zaka’ (kecerdikan, tangkas faham, cerdas)

2.Hirs tamassuk (menghafaz ilmu; rakus)

3.Ijtihad (bersungguh2)

4.Bulghah (harta yang cukup)

5.Suhbatu ustaz (berguru)

6.Tul al-zaman iaitu masa yang panjang spt 10 tahun ke atas. (Diwan al-Shafiei, ms 198)

Hayat al-fata wallahi bil ‘ilmi wa al-tuqa iza lam yakuna la I’tibara li zatihi

DAKWAH

Kalam dakwah adalah sebaik2 kalam, kerja dakwah adalah sebaik2 kerja dan kewajipan. Dakwah ialah kerja para Nabi dan kerana nya lah diutuskan Nabi-nabi dan org2 yg mengikuti para Nabi. Tidak mengikuti nabi bg org yg tidak berdakwah spt dakwah para nabi.

Antara langkah praktikal untuk berdakwah ialah dengan menyertai ikhwan tabligh untuk mempelajari ikhlas dan tawadhu’, kehidupan simple, menghidupkan dakwah Nabi saw yang datang ke rumah demi rumah, ke tempat2 perhimpunan ramai, …Dgn syarat memahami aqidah salaf ahl sunnah terlebih dahulu.

wassalam

Hadith Nikah riwayat al-Tabarani dlm Musnad al-Shamiyyin dari Anas, hadith no. 9 dan al-Awsat 2400. Sesetengah penulis menulis HR al-Bukhari.!! Di dalamnya ada seorang lelaki bernama Abdussalam Abdul Quddus, banyak meriwayatkan hadith2 palsu. al-haythami dan iBn al-Munzir memaandang sanad hadith ini daif jiddan. Ibn al-Jawzi, Ibn ‘Iraq, al-Shawkani dan al-Albani memasukkannya dalam Kitab2 Himpunan Hadith Palsu.
Lihat al-‘Ajluni dlm Kashf al-Khafa’, (mawdhu’) 2, 312, no 2431; Ibn Hibban dlm al-Majruhin 2/151 mawdhu’, al-Shawkani dlm al-Fawa’id al-Majmu’ah berkata mawdhu’, ms 121.

Sesiapa mengahwini seorang wanita kerana memandang kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan. Sesiapa mengahwini wanita kerana memandang harta-bendanya maka Allah akan menambah baginya kemelaratan. Sesiapa mengawininya kerana memandang keturunannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan. Tetapi sesiapa mengahwini seorang wanita kerana bermaksud ingin meredam gejolak mata dan menjaga kesucian seksualnya atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan (silaturrahim) maka Allah akan memberkahinya bagi isterinya dan memberkahi isterinya baginya. (HR. Bukhari). Hadith ini batil, tidak wujud dalam Sahih al-Bukhari.!
Bertentangan dengan hadith sahih.
Dalam hadith sahih, “Wanita dinikahi kerana empat faktor, kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama agar berkah kedua tanganmu. (HR Muslim)

Sekiranya sahih, boleh dita’wilkan dengan, “Sesiapa yang mengahwini seorang wanita kerana memandang kedudukannya (semata2 tanpa melihat kepada agama…). Tetapi xmungkin ia sahih, kerana sanadnya palsu!

Single Post Navigation

3 thoughts on “Siapakah ‘Alim dan Ustaz

  1. Adeeb Harson on said:

    ana minta izin untuk share post ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: