Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Siapakah ‘Ulama’?

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

REALITI SESAT

Hari ini, semua org mengaku ulama, mengaku ustaz, title yang sepatutnya hanya dipakai oleh ahlinya yang memiliki Master dalam Shariah dan ilmu2 agama. Master maksudnya (‘alim) iaitu ahli ilmu. Martabat alim tidak dipakaikan kepada al-asaghir (pemuda dan ahli bid’ah) walau tidak mustahil, kerana untuk mjd alim memerlukan masa yang panjang dan kematangan spt para Nabi yg dilantik sbg nabi melainkan selepas berumur 40 tahun. Selain itu, seorang alim ialah seorang yg tidak berhenti dari menuntut ilmu sepanjang hayatnya.
Menurut seorang mujtahid al-Imam al-‘Izz, antara kitab2 yg perlu dimiliki, ditelitinya dan dihadam ialah al-Muhalla Ibn Hazm, Sunan Kubra al-Bayhaqi
al-Mughni Ibn Qudamah, al-Tamhid Ibn ‘Abdil Barr, al-Jami’ oleh al-Qurtubi.
قَالَ الشَّيْخُ عزّ الدِّيْنِ بنُ عَبْدِ السَّلاَم-وَكَانَ أَحَدَ المُجْتَهِدين-:مَا رَأَيْتُ فِي كُتُبِ الإِسْلاَم فِي العِلْمِ مِثْل(المحلَّى)لابْنِ حَزْم، وَكِتَاب(المُغنِي)لِلشَّيْخِ مُوَفَّق الدِّيْنِ.
قُلْتُ:لَقَدْ صَدَقَ الشَّيْخُ عزّ الدِّيْنِ.
وَثَالِثهُمَا:(السُّنَن الكَبِيْر)لِلبيهقِي.
وَرَابعهَا:(التّمهيد)لابْنِ عبدِ البر.
فَمَنْ حصَّل هَذِهِ الدَّوَاوِيْن، وَكَانَ مِنْ أَذكيَاء المفتين، وَأَدمنَ المُطَالعَة فِيْهَا، فَهُوَ العَالِم حَقّاً.(18/194)
Hari ini, polis pencen, askar pencen mengaku ustaz, lebai, dukun, bomoh, pak haji, tabligh, guru bahasa Melayu, mengaku ulama dan ustaz. Jurutera dan arkitek mengaku ustaz, membahasakan dirinya ustaz tanpa malu.
Benar, tidak mustahil mereka mjd alim, tetapi amat jarang dan amat sukar sekali.

PUNCA

Puncanya, YG EMPUNYA diri itu ujub, rasa diri hebat, munafiq, ingin nama, gelaran, populariti, pujian, penghormatan dan kedudukan dalam masyarakat. Kembang kempis apabila dipanggil USTAZ.

Yg tidak tahu bahasa Arab dan tajwid jg mengaku ustaz.

Puncanya ialah diri yg punya badan itu sendiri, memakai title ustaz tanpa malu, lalu memakai kopiah, janggut, serban atau jubah yg hebat dr segi penampilan zahir. Ia mengangkat dirinya, tanpa sedar siapa dirinya. Ia syirik, bid’ah dan munafiq.

Kedua, masyarakat jahiliyyah itu sendiri sgt mudah memberikan gelaran ustaz kpd seseorang. Yakni masyarakat yang telah sebati dengan kekeliruan, bid’ah atau kejahilan, memberikan title kpd seseorg dgn semberono hanya kerana seseorg itu  zahirnya hebat, sedikit berusia, blh menjadi imam dan membaca doa serta mengepalai majlis tahlil.!!

HARAM hukumnya memberikan nama ini kepada yang bukan ahlinya, mengangkat gol jahil sebagai imam, ust dan alim, sptmana haram memanggil orang munafiq itu sayyid (tuan; bos).

Ketiga, orang ‘alim itu sendiri tidak memakai pakaian ulama’, terlalu merendah diri, dgn hanya memakai baju pagoda, atau baju melayu lusuh, tidak berkopiah, atau tidak bersifat dgn sifat2 ulama’. ..atau sgt berlebihan dalam uzlah memencilkan diri. Org alim harus kerap memakai jubah, jgn lupa berkopiah selalu agar masyarakat percaya kpdnya dan mengambil ilmu dan fatwanya. Wassalam.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: