Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

10 Syarat Menjadi ‘Alim Faqih Mujtahid

Dalam kitab2 Usul al-Fiqh al-Islami, disebutkan 10 syarat atau lebih untuk seseorang menjadi alim atau faqih.

Pertama, Seorang alim mestilah beragama, sentiasa memelihara solat, warak, dan adil iaitu tidak mengulangi dosa2 kecil. Ia mestilah mempunyai malakah (bakat) dan persediaan fitri unuk mjd faqih (Dr ‘Abd al-Karim Zaydan; al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh). Ia mestilah menghormati orang yang lebih alim dan tidak memandang rendah kpd penuntut ilmu. Zahid terhadap dunia, cinta kpd Akhirat, amat mementingkan agama dan sentiasa memelihara ibadah. Apabila ia muhasabah akan dirinya, ia menangisi dosa-dosanya. (al-Isra’: 107-109)

Kedua, penguasaan Ilmu2 Islam

1.Penguasaan ilmu al-Quran. Menghafaz seluruh al-Quran atau sebahagian besar dari al-Quran.; mempelajari ‘Ulum al-Quran spt ilmu tajwid, tafsir, qira’at, ayat-ayat hukum, ilmu nasikh mansukh, Asbab Nuzul. Utk itu ia mestilah menguasai kitab2 tafsir spt Tafsir al-Qurtubi, Tafsir Ibn Jarir, Tafsir al-Jassas, Tafsir Ibn al-Arabi al-Maliki, Ahkam al-Quran al-Shafi’ei dan lain2 tafsir ahkam. Abu Zarr r.a. berkata, “Kamu tidak akan mjd faqih sehinggalah kamu melihat banyak wajah (tafsiran) terhdp ayat-ayat al-Quran.”

Ia mestilah mengetahui tafsiran semua ayat al-Quran secara umum, dan tafsir ayat2 Hukum secara tafsil. Kini terdpt kitab2 moden spt Tafsir Ayat al-Ahkam oleh Shyakh Muhammad ‘Ali al-Sabuni sbg cth.

2.Ilmu Hadith; meliputi hadith2 hukum, ilmu sanad dan rijal (Usul dan Mustalah al-Hadith), meliputi hadith mutawatir, sahih, hasan daif dan mawdhu’. Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil. Antara kitab2 hadith yg perlu dikuasai ialah Kutub Sihah spt Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, al-Mustadrak, Sahih Ibn Khuzaimah, Sahih Ibn Hibban, Sunan2 yg Empat, Musnad2, spt Musnad Ahmad, Musnad al-Bazzar, Musnad Abi Ya’la, Musnad ‘Abd Humayd, Musnad Ibn Abi Shaybah, dll. Mu’awiyah ibn Qurrah berkata, “Sesiapa yg tidak mencari hadith, maka dia bukanlah alim.”

Utk hadith Ahkam mesti merujuk kpd al-Umm, al-Majmu’, Ihkam al-AHkam oleh al-Imam Ibn Daqiq al-‘Id, Bulugh al-Maram Min Adillat al-Ahkam al-‘Asqalani, Nayl al-Awtar al-Imam al-Shawkani,

Antara Kitab Asbab Wurud al-Hadith ialah karangan Ibn Hamzah al-Dimasqi.

3.Ilmu Lughah iaitu bahasa Arab fus-ha; termasuk nahw, balaghah dan sarf. Sepakat ulama mengatakan bahawa orang yang tidak mengetahui bahasa Arab yg merupakan bahasa al-Quran dan al-Hadith, bukanlah orang alim. Wajib mempelajari bahasa arab utk mjd alim. Utk balaghah qur’aniyyah, baik merujuk Safwat al-Tafasir oleh al-Sabuni, tafsir al-Zamakhshari dan Tafsir al-Nasafi dan al-Qurtubi.

4.Ilmu Usul al-Fiqh kaedah2 istinbat hukum dr dalil2 tafsili, meliputi Dalalat al-Alfaz, ‘amm, khass, mujmal, mubayyan, mutlaq muqayyad, nasikh mansukh…Ia mencapai tahap ‘alimiyyah iaitu master dalam ilmu Usul al-Fiqh.Antara kitab yg bagus ringkas padat ialah karangan al-Risalah al-Imam al-Shafi’ei, Mustasfa al-Ghazali, Muhd Abu Zahrah, al-Khudari, Dr Zaydan, Wahbah al-Zuhayli, …dll

5.Ilmu Ijma’ dan Ilmu Khilaf, ilmu Qiyas (Ijtihad), masalih dan maqasid. Ia mestilah membaca kitab fiqh 4 mazhab. Antara bacaan terbaik ialah Bidayat al-Mujtahid oleh Ibn Rushd al-Qurtubi dan al-Ijma’ oleh Ibn al-Munzir. Qatadah dan Ibn Abi ‘Arubah berkata, “Sesiapa yang tidak mengetahui khilaf, maka jangan kamu menganggapnya alim.”

Seorg alim mestilah memelihara solat jamaah sekiranya tiada sebarang uzur, memelihara lidah dari kata2 dosa, bersifat warak dan memelihara maruahnya.

KITAB2 LAIN.

1.Subul al-Salaam al-San’ani.

2.al-Fiqh al-Islami Dr Wahbah

3.Mughni Ibn Qudamah al-Maqdisi

4.Mazahib Arba’ah al-Jaziri al-Azhari.

5.Asbab Nuzul oleh  al-Wahidi, al-Suyuti, al-Nahhas,

6.Nawasikh al-Qur’an, Ibn al-Jawzi

7.Tafsir Ibn Kathir,

8.al-Nasikh Ibn Hazm,

Oleh itu, jgn sesekali memberikan gelaran USTAZ  kpd org sebarangan. Adapun ustaz2 lepasan SPM di skolah rendah dan menengah, hatta univ, mrk bukan alim atau ustaz kpd umat islam, mereka hanya ustaz kpd murid2 mereka. Tidak dinafikan mereka hebat dalam bidang mereka mendidik kanak2 , usaha mrk amat disyukuri dan disanjung, tetapi mereka bukan alim, ahli fatwa atau ulama’ muslimin.

Ramai org solih, ahli ibadah dan pendakwah tetapi mereka bukanlah alim dan tidak boleh disebut alim (ustaz).

Kedapatan org awam yg baru setahun memondok sudah memakai title ustaz, berfatwa dan membicarakan ttg hukum hakam, halal dan haram, melakukan kedustaan terhadap Allah dan agama, menyesatkan umat.

6 syarat untuk mjd alim menurut al-Imam al-Shafi’ei r.a.

Akhi lan tanala al-ilma illa bi sittatin , saunbika ‘an tafsiliha bi bayan

1.Zaka’ (kecerdikan, tangkas faham, cerdas)

2.Hirs tamassuk (menghafaz ilmu; rakus)

3.Ijtihad (bersungguh2)

4.Bulghah (harta yang cukup)

5.Suhbatu ustaz (berguru, bukan hanya dengan membaca buku)

6.Tul al-zaman iaitu masa yang panjang cth 15 thn (Diwan al-Shafiei, ms 198)

Hayat al-fata wallahi bil ‘ilmi wa al-tuqa iza lam yakuna la I’tibara li zatihi

AWAS!! KINI RAMAI MUNAFIQ DAN JAHIL BERLAGAK ALIM USTAZ!!

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّاب، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي ، كُلُّ مُنَافِقٍ عَلِيمِ اللِّسَانِ

al-Imam Ahmad mentakhrij dgn sanad hasan sahih, dr ‘Umar al-Khattab r.a., bhw Rasulullah saw mengingatkan kami ttg munafiq yg pandai berkata2 (berceramah), bersabda, “Sesungguhnya antara yg amat saaya takuti ke atas umatku ialah stp munafiq yg alim lidahnya!!”

Betapa ramai kini, org yg khinaat, kuat menipu, munkir janji, tidk memelihara solat, BERCERAMAH! menyambung lidah syaitan!! menyesatkan masyarakat!! Allah! Allah!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: