Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “March, 2011”

Mengajar Ilmu di Masjid

‘ALi al-Razi bertanya tentang jihad kepada Ibn ‘Abbas r.a. lalu beliau berkata, “Hendakkah kamu saya beritahukan yang lebih besar dari jihad (fadhu kifayah)?

Kamu bina masjid, kemudian mengajar al-Quran, fara’id, hadith dan fiqh.” HR Ibn ‘ABdil Barr dalam Jami’ Bayn al-‘Ilm, 138.

Siapakah ‘Alim dan Ustaz

1.            Ulama’ adalah pilihan Allah yang diberi ilmu al-Quran spt dalam firmanNya , “Kemudian Kami wariskan kitab kpd orang2 yg Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami…(Surah Fatir: 32).

Mereka memahami kitabullah, bukan sekadar menghafaz dan membacanya. Firman Allah, “…tidak memahaminya (al-Quran dan amthalnya) melainkan orang-orang alim. (al-‘Ankabut: 43). Berkata al-Hafiz Ibn Kathir dalam mentafsirkan ayat ini,  mereka itu al-rasikhun fi al-‘ilm al mutadalli’un minh iaitu mantap dan mendalam ilmunya lagi berhabisan terhadapnya.

Adapun penceramah penglipur lara, penyebar hadith2 palsu dan fatwa2 batil, itu bukan ustaz alim ulama. Bukan tuanguru baba abuya shaykh maulana habib. Itu disebut dalam hadith sebagai munafiq ‘aliim al-lisan iaitu hipokrit yang petah berbicara, sedangkan hatinya jahil dan perbuatannya perbuatan munafiq lagi bid’ah. Juga disebut dajjal, kazzab dan ruwaybidah.

2.            Ulama adalah rabbaniyyun yg memikul tugas2 kenabian, sentiasa berdamping dgn kitabullah, sentiasa mengkajinya dan mengajarkannya, “…jadilah kalian rabbani dengan mengajarkan al-kitab dan dengan sentiasa mempelajarinya (Ali ‘Imran:79). Berkata Said Jubayr, “Mereka alim selagi mrk sentiasa belajar walau dari murid2nya. Apabila ia merasa sudah alim maka ia adalah jahil.” Dalam hadith, Mrk ibarat mujahid di jalan Allah. Mereka mengajar aqidah sahih kepad umat, bukan aqidah ilmul kalam yang bingung dan menyesatkan. Bukan bertaqlid kepada kekufuran. Telah ijma’ bahawa ahl kalam bukanlah ulama.

3.         Ulama adalah wali-wali dan insan-insan pilihan Allah yang menguasai al-Quran.           al-Imam Ahmad ibn Hanbal meriwayatkan dgn sanad hasan, al-Bazzar, Muhammad ibn Nasr dlm Qiyamullail, al-Firyabi dan Ibn Dhurays dlm Fadha’il, dari ‘Aishah r.a.ha berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang menghafaz (menguasai) 7 surah terawal (al-Baqarah hingga Yunus), maka ia adalah habr (‘alim).”

Ini termasuklah menguasai ilmu tafsir, bahasa Arab, hadith-hadith yang berkaitan dgn tafsiran ayat2, bg 7 surah tersebut. Iaitu mengetahui tafsiran salaf bukan tafsiran ahli bid’ah.

4.                  Ia mestilah mampu berbahasa Arab, mengetahui nahw, sarf, balaghah, memahami kitab2 tafsir Arab dan boleh bertutur dalam bahasa Arab. Makruh org alim bertutur dgn bahasa selain Arab. Ia mesti tahu dan mendalami ilmu Usul al-Fiqh dan Fiqh 4 Mazhab.

Ringkasnya, apaabila saja ia membuka al-Quran, ia terus memahami isi kandungannya satu persatu, ayat demi ayat. Ia memahaminya dan boleh mengajarkannya secara spontan.

5.                   Mereka mendalami ilmu hadith sanad dan matan. Ada pendapat mengatakan , Utk sampai ke tahap fatwa dan ijtihad, ia mesti mempelajari hingga 70,000 sanad. Mu’awiyah ibn Qurrah berkata, “Sesiapa yang tidak mencari, mempelajari dan menghafaz hadith, maka di bukanlah alim.”

Inilah yang dikatakan ‘alim dan ustaz. Selain itu tidak boleh dipanggil ‘alim ustaz, walau ia seorang warak, abid dan salih. Tidak halal sama sekali!
al-Imam Ahmad dan Ishaq berkata “Sesungguhnya (seseorang yang dianggap) ‘alim itu apabila tidak mengetahui yang sahih dan saqim (dha’if), nasikh dan mansukh daripada hadith, maka ia tidak dinamakan ‘alim. (al-Hakim, Ma’rifat ‘Ulum al-Hadith, ms 60)

Lucunya, ada lepasan pondok muktazilah jahmiyyah murji’ah menganggap diri (al-‘alim al-ustaz al-shaykh kununnya) walau tidak tahu bahasa arab dan ilmu Usul Fiqh!! Baru mngikut tabligh secara taqlid ,..sudah merasa diri imam, ulama’ dakwah?!!

6.      Terdapat 6  SYARAT  untuk mjd alim menurut al-Imam al-Shafi’ei r.a.

Akhi lan tanala al-ilma illa bi sittatin , saunbika ‘an tafsiliha bi bayan

1.Zaka’ (kecerdikan, tangkas faham, cerdas)

2.Hirs tamassuk (menghafaz ilmu; rakus)

3.Ijtihad (bersungguh2)

4.Bulghah (harta yang cukup)

5.Suhbatu ustaz (berguru)

6.Tul al-zaman iaitu masa yang panjang spt 10 tahun ke atas. (Diwan al-Shafiei, ms 198)

Hayat al-fata wallahi bil ‘ilmi wa al-tuqa iza lam yakuna la I’tibara li zatihi

DAKWAH

Kalam dakwah adalah sebaik2 kalam, kerja dakwah adalah sebaik2 kerja dan kewajipan. Dakwah ialah kerja para Nabi dan kerana nya lah diutuskan Nabi-nabi dan org2 yg mengikuti para Nabi. Tidak mengikuti nabi bg org yg tidak berdakwah spt dakwah para nabi. Alim yang tidak berdkawh, menyamapikan hadith2 Nabi belumlh dikatakan alim pewaris nabi. Dakwah terawal para Nabi adalah dakwah tawhid dan mengajak meninggalkan segala syirik dan bid’ah. Bukan dengan nyanyian, qasidah atau nasyid2 atau politik.

Antara langkah praktikal untuk berdakwah (Allahu a’lam) ialah dengan menyertai ikhwan tabligh untuk mempelajari ikhlas dan tawadhu’, kehidupan simple, menghidupkan dakwah Nabi saw yang datang ke rumah demi rumah, ke tempat2 perhimpunan ramai, …Ini Dgn syarat memahami aqidah salaf ahl sunnah terlebih dahulu.

wassalam

Hadith Nikah riwayat al-Tabarani dlm Musnad al-Shamiyyin dari Anas, hadith no. 9 dan al-Awsat 2400. Sesetengah penulis menulis HR al-Bukhari.!! Di dalamnya ada seorang lelaki bernama Abdussalam Abdul Quddus, banyak meriwayatkan hadith2 palsu. al-haythami dan iBn al-Munzir memaandang sanad hadith ini daif jiddan. Ibn al-Jawzi, Ibn ‘Iraq, al-Shawkani dan al-Albani memasukkannya dalam Kitab2 Himpunan Hadith Palsu.
Lihat al-‘Ajluni dlm Kashf al-Khafa’, (mawdhu’) 2, 312, no 2431; Ibn Hibban dlm al-Majruhin 2/151 mawdhu’, al-Shawkani dlm al-Fawa’id al-Majmu’ah berkata mawdhu’, ms 121.

Sesiapa mengahwini seorang wanita kerana memandang kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan. Sesiapa mengahwini wanita kerana memandang harta-bendanya maka Allah akan menambah baginya kemelaratan. Sesiapa mengawininya kerana memandang keturunannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan. Tetapi sesiapa mengahwini seorang wanita kerana bermaksud ingin meredam gejolak mata dan menjaga kesucian seksualnya atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan (silaturrahim) maka Allah akan memberkahinya bagi isterinya dan memberkahi isterinya baginya. (HR. Bukhari). Hadith ini batil, tidak wujud dalam Sahih al-Bukhari.!
Bertentangan dengan hadith sahih.
Dalam hadith sahih, “Wanita dinikahi kerana empat faktor, kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama agar berkah kedua tanganmu. (HR Muslim)

Sekiranya sahih, boleh dita’wilkan dengan, “Sesiapa yang mengahwini seorang wanita kerana memandang kedudukannya (semata2 tanpa melihat kepada agama…). Tetapi xmungkin ia sahih, kerana sanadnya palsu!

10 Syarat Menjadi ‘Alim Faqih Mujtahid

Menjadi kewajipan ke atas setiap penuntut ilmu mengenali ulama’ dan dukhala’ (alim palsu) agar tidak tertipu dan tersesat dalam perjalanan ilmunya.

Dalam kitab2 Usul al-Fiqh al-Islami, disebutkan 10 syarat atau lebih untuk seseorang menjadi alim atau faqih.

Pertama, Seorang alim mestilah bertaqwa (beragama), sentiasa memelihara solat, warak, dan adil iaitu tidak melakukan dosa besar, dan tidak mengulangi dosa2 kecil. Ia mestilah mempunyai malakah (bakat) dan persediaan fitri untuk mjd alim faqih (Dr ‘Abd al-Karim Zaydan; al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh). Ia mestilah menghormati orang yang lebih alim dan tidak memandang rendah kpd penuntut ilmu. Zahid terhadap dunia, cinta kpd Akhirat, amat mementingkan agama dan sentiasa memelihara ibadah.

Apabila ia muhasabah akan dirinya, ia menangisi dosa-dosanya. (al-Isra’: 107-109)

إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ

سُجَّدًا (107) وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا (108) وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا ۩ (109)

Kedua, penguasaan Ilmu2 Islam

1.Penguasaan ilmu al-Quran. Menghafaz seluruh al-Quran atau sebahagian besar dari al-Quran.; mempelajari ‘Ulum al-Quran spt ilmu tajwid, tafsir, qira’at, ayat-ayat hukum, ilmu nasikh mansukh, Asbab Nuzul. Utk itu ia mestilah menguasai kitab2 tafsir spt Tafsir al-Qurtubi, Tafsir Ibn Jarir, al-Baghawi, Tafsir al-Jassas, Tafsir Ibn al-Arabi al-Maliki, Ahkam al-Quran al-Shafi’ei dan lain2 tafsir ahkam. Abu Zarr r.a. berkata, “Kamu tidak akan mjd faqih sehinggalah kamu melihat banyak wajah (tafsiran) terhdp ayat-ayat al-Quran.”

Ia mestilah mengetahui tafsiran semua ayat al-Quran secara umum, dan tafsir ayat2 Hukum secara tafsil. Kini terdpt kitab2 moden spt Tafsir Taysir al-Imam ‘Abd al-Rahman al-Sa’di, Sofwat dan Tafsir Ayat al-Ahkam oleh Shaykh Muhammad ‘Ali al-Sabuni sbg cth. Cuma Sofwat perlu diperhati dan dijauhi kesilapan2 yang ada di dalamnya.

2.Ilmu Hadith; meliputi hadith2 hukum, ilmu sanad dan rijal (Usul dan Mustalah al-Hadith), meliputi hadith mutawatir, sahih, hasan daif dan mawdhu’. Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil. Antara kitab2 hadith yg perlu dibaca dan dikuasai ialah Kutub Sihah spt Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, al-Mustadrak, Sahih Ibn Khuzaimah, Sahih Ibn Hibban, Sunan2 yg Empat, Musnad2, spt Musnad Ahmad, Musnad al-Bazzar, Musnad Abi Ya’la, Musnad ‘Abd Humayd, Musnad Ibn Abi Shaybah, dll. Hadith2 ini semestinya dihafaz. Cukup dengan mengetahui sahih daif (ilmu riwayah) dan syarah2nya (ilmu dirayah). Mu’awiyah ibn Qurrah berkata, “Sesiapa yg tidak mencari hadith, maka dia bukanlah alim.” al-Imam Ahmad dan Ishaq berkata, “Seseorang yang tidak tahu membezakan sahih dan daif maka ia bukanlah seorang alim.”

Utk hadith Ahkam mesti merujuk kpd al-Umm, al-Majmu’, Ihkam al-AHkam oleh al-Imam Ibn Daqiq al-‘Id, Bulugh al-Maram Min Adillat al-Ahkam al-‘Asqalani, Nayl al-Awtar al-Imam al-Shawkani, ‘Umdatul Ahkam dll. Atau Ma’alim al-Sunan oleh al-Khattabi.

Antara Kitab Asbab Wurud al-Hadith ialah karangan Ibn Hamzah al-Dimasqi.

3.Ilmu Lughah iaitu bahasa Arab fus-ha; termasuk nahw, balaghah dan sarf. Sepakat ulama mengatakan bahawa orang yang tidak mengetahui bahasa Arab yg merupakan bahasa al-Quran dan al-Hadith, bukanlah orang alim. Wajib mempelajari bahasa arab utk mjd alim. Utk balaghah qur’aniyyah, baik merujuk Safwat al-Tafasir oleh al-Sabuni, tafsir al-Zamakhshari dan Tafsir al-Nasafi dan al-Qurtubi.

4.Ilmu Usul al-Fiqh kaedah2 istinbat hukum dr dalil2 tafsili, meliputi Dalalat al-Alfaz, ‘amm, khass, mujmal, mubayyan, mutlaq muqayyad, nasikh mansukh…Ia mencapai tahap ‘alimiyyah iaitu master dalam ilmu Usul al-Fiqh.Antara kitab yg bagus ringkas padat ialah karangan al-Risalah oleh al-Imam al-Shafi’ei, Mustasfa al-Ghazali, Muhd Abu Zahrah, al-Khudari, Dr Zaydan, Wahbah al-Zuhayli, …dll

5.Ilmu Ijma’ dan Ilmu Khilaf, ilmu Qiyas (Ijtihad), masalih dan maqasid. Ia mestilah membaca kitab fiqh 4 mazhab. Antara bacaan terbaik ialah Bidayat al-Mujtahid oleh Ibn Rushd al-Qurtubi dan al-Ijma’ oleh Ibn al-Munzir. Qatadah dan Ibn Abi ‘Arubah berkata, “Sesiapa yang tidak mengetahui khilaf, maka jangan kamu menganggapnya alim.”

Seorang alim mestilah memelihara solat jamaah sekiranya tiada sebarang uzur, memelihara lidah dari kata2 dosa, bersifat warak dan memelihara maruahnya.

KITAB2 LAIN.

1.Subul al-Salaam al-San’ani.

2.al-Fiqh al-Islami Dr Wahbah

3.Mughni Ibn Qudamah al-Maqdisi

4.Mazahib Arba’ah al-Jaziri al-Azhari.

5.Asbab Nuzul oleh  al-Wahidi, al-Suyuti, al-Nahhas,

6.Nawasikh al-Qur’an, Ibn al-Jawzi

7.Tafsir Ibn Kathir,

8.al-Nasikh Ibn Hazm,

9. al-Muhalla

10. al-Sunan al-Kubra

11. al-Tamhid dan al-Istizkar oleh al-Imam Ibn ‘Abdil Barr.

Oleh itu, jgn sesekali memberikan gelaran USTAZ  kpd org sebarangan. Adapun ustaz2 lepasan SPM di skolah rendah dan menengah, hatta univ, mrk bukan alim atau ustaz kpd umat islam, mereka hanya ustaz kpd murid2 mereka. Tidak dinafikan mereka hebat dalam bidang mereka mendidik kanak2 , usaha mrk amat disyukuri dan disanjung, tetapi mereka bukan alim, ahli fatwa atau ulama’ muslimin.

Ramai org solih, ahli ibadah dan pendakwah tetapi mereka bukanlah alim dan tidak boleh disebut alim (ustaz).

Kedapatan org awam yg baru setahun memondok sudah memakai title ustaz, berfatwa dan membicarakan ttg hukum hakam, halal dan haram, melakukan kedustaan terhadap Allah dan agama, menyesatkan umat.

6 syarat untuk mjd alim menurut al-Imam al-Shafi’ei r.a.

Akhi lan tanala al-ilma illa bi sittatin , saunbika ‘an tafsiliha bi bayan

1.Zaka’ (kecerdikan, tangkas faham, cerdas)

2.Hirs tamassuk (menghafaz ilmu; rakus)

3.Ijtihad (bersungguh2)

4.Bulghah (harta yang cukup)

5.Suhbatu ustaz (berguru, bukan hanya dengan membaca buku)

6.Tul al-zaman iaitu masa yang panjang cth 15 thn (Diwan al-Shafiei, ms 198)

Hayat al-fata wallahi bil ‘ilmi wa al-tuqa iza lam yakuna la I’tibara li zatihi

AWAS!! KINI RAMAI MUNAFIQ DAN JAHIL BERLAGAK ALIM USTAZ!!

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّاب، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي ، كُلُّ مُنَافِقٍ عَلِيمِ اللِّسَانِ

al-Imam Ahmad mentakhrij dgn sanad hasan sahih, dr ‘Umar al-Khattab r.a., bhw Rasulullah saw mengingatkan kami ttg munafiq yg pandai berkata2 (berceramah), bersabda, “Sesungguhnya antara yg amat saaya takuti ke atas umatku ialah stp munafiq yg alim lidahnya!!”

Betapa ramai kini, org yg khinaat, kuat menipu, munkir janji, tidk memelihara solat, BERCERAMAH! menyambung lidah syaitan!! menyesatkan masyarakat!! Allah! Allah!

Siapakah ‘Ulama’?

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

REALITI SESAT

Hari ini, semua org mengaku ulama, mengaku ustaz, title yang sepatutnya hanya dipakai oleh ahlinya yang memiliki Master dalam Shariah dan ilmu2 agama. Master maksudnya (‘alim) iaitu ahli ilmu. Martabat alim tidak dipakaikan kepada al-asaghir (pemuda dan ahli bid’ah) walau tidak mustahil, kerana untuk mjd alim memerlukan masa yang panjang dan kematangan spt para Nabi yg dilantik sbg nabi melainkan selepas berumur 40 tahun. Selain itu, seorang alim ialah seorang yg tidak berhenti dari menuntut ilmu sepanjang hayatnya.
Menurut seorang mujtahid al-Imam al-‘Izz, antara kitab2 yg perlu dimiliki, ditelitinya dan dihadam ialah al-Muhalla Ibn Hazm, Sunan Kubra al-Bayhaqi
al-Mughni Ibn Qudamah, al-Tamhid Ibn ‘Abdil Barr, al-Jami’ oleh al-Qurtubi.
قَالَ الشَّيْخُ عزّ الدِّيْنِ بنُ عَبْدِ السَّلاَم-وَكَانَ أَحَدَ المُجْتَهِدين-:مَا رَأَيْتُ فِي كُتُبِ الإِسْلاَم فِي العِلْمِ مِثْل(المحلَّى)لابْنِ حَزْم، وَكِتَاب(المُغنِي)لِلشَّيْخِ مُوَفَّق الدِّيْنِ.
قُلْتُ:لَقَدْ صَدَقَ الشَّيْخُ عزّ الدِّيْنِ.
وَثَالِثهُمَا:(السُّنَن الكَبِيْر)لِلبيهقِي.
وَرَابعهَا:(التّمهيد)لابْنِ عبدِ البر.
فَمَنْ حصَّل هَذِهِ الدَّوَاوِيْن، وَكَانَ مِنْ أَذكيَاء المفتين، وَأَدمنَ المُطَالعَة فِيْهَا، فَهُوَ العَالِم حَقّاً.(18/194)
Hari ini, polis pencen, askar pencen mengaku ustaz, lebai, dukun, bomoh, pak haji, tabligh, guru bahasa Melayu, mengaku ulama dan ustaz. Jurutera dan arkitek mengaku ustaz, membahasakan dirinya ustaz tanpa malu.
Benar, tidak mustahil mereka mjd alim, tetapi amat jarang dan amat sukar sekali.

PUNCA

Puncanya, YG EMPUNYA diri itu ujub, rasa diri hebat, munafiq, ingin nama, gelaran, populariti, pujian, penghormatan dan kedudukan dalam masyarakat. Kembang kempis apabila dipanggil USTAZ.

Yg tidak tahu bahasa Arab dan tajwid jg mengaku ustaz.

Puncanya ialah diri yg punya badan itu sendiri, memakai title ustaz tanpa malu, lalu memakai kopiah, janggut, serban atau jubah yg hebat dr segi penampilan zahir. Ia mengangkat dirinya, tanpa sedar siapa dirinya. Ia syirik, bid’ah dan munafiq.

Kedua, masyarakat jahiliyyah itu sendiri sgt mudah memberikan gelaran ustaz kpd seseorang. Yakni masyarakat yang telah sebati dengan kekeliruan, bid’ah atau kejahilan, memberikan title kpd seseorg dgn semberono hanya kerana seseorg itu  zahirnya hebat, sedikit berusia, blh menjadi imam dan membaca doa serta mengepalai majlis tahlil.!!

HARAM hukumnya memberikan nama ini kepada yang bukan ahlinya, mengangkat gol jahil sebagai imam, ust dan alim, sptmana haram memanggil orang munafiq itu sayyid (tuan; bos).

Ketiga, orang ‘alim itu sendiri tidak memakai pakaian ulama’, terlalu merendah diri, dgn hanya memakai baju pagoda, atau baju melayu lusuh, tidak berkopiah, atau tidak bersifat dgn sifat2 ulama’. ..atau sgt berlebihan dalam uzlah memencilkan diri. Org alim harus kerap memakai jubah, jgn lupa berkopiah selalu agar masyarakat percaya kpdnya dan mengambil ilmu dan fatwanya. Wassalam.

Post Navigation