Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “December, 2010”

Karya-karya Ust Hareez Faqiir Abu ‘Azzam

MASTER of Shari’ah

Bachelor of Shariah The Islamic Law

Ijazah of Hadith (Sahih al-Bukhari)

Ijazah of Hadith Musalsal bi al-Awwaliyyah wa al-Musalsal bi al-Mahabbah (from Dr Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki) 2003.

Ijazah Hadith (‘Aammah) Shaykh Waleed ibn Idris al-Maneesi al-Sulami 13Safar 1433H.

Ijazah Hadith Wajabat Mahhabati

Memorize the Quran by age 18 years old. Studied the Tafsir since 13, al-Asas fi al-Tafsir and Tafsir al-Qurtubi. Speaking arabic since 13 years old.

write:-

1. Tafsir Surah Yasin Kefahaman dan Pengiktibaran 2001 (sold out)
2.Tafsir Surah al-Sajdah (sold out)
3.Tafsir Surah al-Mulk (sold out)
4. Tafsir al-Waqi’ah (sold out)
5.Surah al-Muzzammil (sold out)
6.Tafsir Mawdhu`ei Taqwa Dalam al-Quran
7.Kayf li Nayl al-Shahadah wa Takhfif Sakarat al-Mawt (arab)
8.Kewajipan Solat Jamaah.

9.Tafsir Surah al-Fatihah

10.Tafsir Surah Muhammad Surah Jihad

11.Aqidah Salaf Ahl Sunnah

12.Tafsir Surah al-Kahfi

13.Niza’  al-Shaykh Muhammad al-Ghazali

14.Tafsir Surah Yasin al-Imam Ibn Jarir al-Tabari

15.Minhaj al-Huffaz al-Muhaddithin

16.Tahqiq Kitab Buzugh al-Hilal fi al-Khisal al-Mujibah li al-Zilal oleh al-Imam al-Suyuti.

Tuan Guru Yg Dikasihi Shaykh Dr Muhammad Alawi al-Maliki

PROGRAM TAHFIZ AL-QURAN

Tempat  :

1.  Masjid al-Siddiq, Bdr Seri Iskandar, Perak.

2. No 2, Lakeville, Bdr Universiti, Seri Iskandar.

3.No 6, Pkliling Iskandar Perdana (SIDEC), Seri Iskandar.

Tafsir al-Quran 8.00mlm- 9.00 mlm

Talaqqi Hadith 9.30mlm-1030mlm

Fiqh al-Imam al-Shafi’ei

Tasawwuf al-Hikam

Aqidah Salaf

Sirah Nur al-Yaqin

Tahfiz al-Quran.

Tilawah al-Quran & Tajwid & Tafsir
Masa       :    830pg-1130pg
Tarikh    :
Tempoh:
Pengajar:   Ust Hareez b Muhammad Noor b Shakur al-Urduni
Yuran:        RM00.00

10 Kunci Rezeki

Buku karangan Dr Fadhl Ilahi memuatkan 10 cara dan amalan agar pintu-pintu rezeki terbuka luas yang diambil dari al-Quran dan hadith-hadith sahih. Judul asal dalam bahasa Arab Mafatih al-Rizq Fi Dhaw’ al-Qur’an wa al-Sunnah
Antara cara yang disebutkan ialah
1.Sentiasa banyak istighfar dan bertaubat
2.Taqwa meninggalkan segala maksiat dan syubuhat
3.Tawakkal iaitu yaqin di dalam hati bahawa rezeki hanya dari Allah serta berusaha
4.Menyusuli Haji dgn umrah
5.Silaturrahim
6.Beribadah sepenuhnya kepada Allah
7.Infaq di jalan Allah
8.Memberi Nafaqah kepada Penuntut Ilmu Syariah (agama)
9.Berbuat baik kepada orang2 lemah
10.Hijrah di Jalan Allah kerana Allah
Selamat Membaca!

Kenapa Tidak Dirogol


Kenapa tak rogol saya?
Hilmi Halim

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Fadilat Surah al-Mulk.

1.Selamat dari Azab Kubur

al-Hafiz Abu ‘Isa al-Tirmidhi  meriwayatkan dengan sandanya, dari Ibnu ‘Abbas r.’anhuma berkata, ” Seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seseorang sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Lalu Nabi SAW bersabda, “(Surah) itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tirmizi)

Azab kubur ialah : soalan Munkar dan Nakir, pukulan besi dari neraka, ular-ular, cacing2, ulat2, kalajengking2, kegelapannya, kesempitannya, kesunyiannya, dan kepanasannya.

Bagi orang kafir, munafiq dan zalim, didatangkan kepada mereka tilam dari Api Neraka, baju dari Neraka dan selimut dari Naraka Jahannam! Dilepaskan kepada mereka ular besar yang mempunyai 99 kepala. Sekiranya satu bisanya disemburkan ke muka bumi nescaya tidak tumbuh tumbuhan hijua di bumi.

2.Memberikan syafaat sehingga diampunkan segala dosa

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, “Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat satu Surah yang mengandungi 30 ayat yang memberi syafaat (kepada penghafaznya dan pembacanya pada setiap malam) sehingga ia diampunkan (dosa2nya semua: dosa2 kecil yang menggunung).” (Perlu diingat, dosa2 kecil yang banyak sudah cukup untuk memasukkan seseorang ke dalam api neraka Jahannam).

3.Wirid Nabi saw setiap malam.

Dari Jabir r.a. berkata, “Biasanya Rasulullah saw tidak tidur sehinggalah baginda saw membaca surah al-Mulk dan al-Sajdah.”HR al-Nasaei dan al-Tirmidhi.

4.Memperolehi pahala yang sangat banyak.

Diriwayatkan Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang membaca surah al-Mulk pada suatu malam, maka ia telah banyak beribadat dan telah melakukan kebaikan.” Ini kerana dalam beberapa riwayat hadith, disebutkan pahala surah al-Mulk diganda dari surah2 lain 70 kali ganda.

Ringkasan Tafsir

1.Tanzih (kesucian dan keagungan Allah). Menurut al-Imam al-Nasafi dalam al-Madarik , (( Tabarak…)) bermakna ta’ala dan ta’azama ‘an sifat al-makhluqin iaitu Allah itu maha tinggi dari sifat2 makhluk.  (al-Mulk: ayat 1)

2.Tangan Allah, ((…Bi Yadihi al-mulk…)), : yang di TanganNya kerajaan (langit dan bumi, dunia dan Akhirat), dan Dia atas segala sesuatu amat-amat berkuasa.

3. Ketinggian Allah. Surah ini juga menegaskan sifat ‘Uluww dan Fawqiyyah Allah yang tidak sama dengan serang makhluk. Dia duduk bersemayam di atas Arash yang maha agung, indah dan hebat.

Adakah kamu merasa selamat,  tidak takut kepada Allah di atas langit itu, menggegarkan bumi dan membelahnya, lalu kamu meninbus kamu di dalamnya…Adakah kamu tidak takut kepada Allah yang berada di atas langit mengutus ke atas kamu batu-batu yang menimpa kamu, maka kamu akan tahu betapa beratnya peringatanKu!!

 

Mahasiswa Kahwin Muda

Bismillah,

Kahwin muda lebih baik dari zina. Berbeza dengan pemikiran golongan sekular yang menentang kahwin muda, tetapi membisu dengan jenayah zina seolah-olah meredhainya.

Zina yang berleluasa di kalangan pelajar sekolah menengah dan universiti boleh diselesaikan.

Antara caranya ialah dengan kahwin muda mengikut mazhab al-Imam al-Shafi’ei, atau sekurang2nya dengan nikah hanafi tanpa mengandung terlalu awal yakni merancang dengan teliti.

Nikah hanafi lebih baik dari zina dan dating haram di rumah2 sewa kalian wahai pemuda-pemudi. Nikah termasuk nikah yang diiktiraf dalam mazhab AhlusSunnah. Ini lebih baik dari mengadung secara haram, pengguguran haram dan pembunuhan bayi secara kejam dan zalim.

Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, apabila seseorang bernikah hanafi, perlu ditashihkan aqad iaitu aqad semula dengan wali mengikut mazhab jumhur. Sekiranya telah beranak pinak, maka katakan “Saya mengikut Imam Abu Hanifah”.Dengan itu nikah mereka sah dan anak-anak mereka adalah yang sah.
Adalah patut bagi bagi mufti2 memfatwakan kesahihan aqad seorang wanita yang baligh lagi matang (zawwajtuka nafsi : qabiltu) dan JPN hendaklah memudahkan pendaftaran perkahwinan mereka dan anak2 mereka demi maslahah umat.

Post Navigation