Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

al-Imam Ayyub al-Sakhtiyani

Al-Imam Ayyub ibn Kaysan al-Sakhtiyani.

Abu Bakr al-Basri. Thiqah hujjah dan thabt, ‘abid dan faqih besar. Dari Hammad ibn Zayd, Ayyub berkata, “Apabila manusia mahu menangkat diri mereka Allah enggan melainkan menghinakan mereka, ada manusia yang bersifat tawadhu’ merendah diri tetapi Allah enggan melainkan mengangkat kedudukan mereka.”

Hammad ibn Zayd berkata saya pernah berjalan bersama Ayyub. Ia melalui banyak jalan kerana melarikan diri dari manusia agar tidak dikatakan “Ini Ayyub!” (imam besar yang solih).

Maymun al-Ghazal berkata, Kami duduk di majlis al-Hasan al-Basri, lalu datang Ayyub mengucapkan salam kepadanya. Setelah Ayyub berlalu pergi Al-Hasan al-Basri berkata “Ini pemimpin para pemuda (ahli hadith Basrah).”

Shu`bah berkata, Ayyub sentiasa melarikan diri apabila berjalan supaya tidak dikenali. Ayyub berkata, “Saya disebut-sebut, sedangkan saya tidak suka disebut orang. Ayyub berkata, “Tidak jujur kepada Allah orang yang mencintai kemasyhuran.”

Al-Humaydi berkata, Sufyan ibn ‘Uyaynah (guru al-Imam al-Shafi`ei) telah menemui 86 orang tabi`in dan berkata tidak saya lihat yang serupa seperti Ayyub ra.

Salih ibn Abi Akhdar berkata kepada Ayyub, Berilah wasiat untuk saya. Ayyub berkata, “Sedikitkanlah berkata-kata.”

Ayyub tidak memakai pakaian ‘abid dan orang ‘alim. Sekiranya ia meminta sedikit air tidak akan diberi orang (kerana penampilan zahirnya seperti orang awam).

Ayyub berkata, “Apabila tidak berlaku apa yang kamu mahu, mahulah (redhalah) dengan apa yang berlaku.”

Ayyub berkata, “Tidak salih seseorang melainkan dengan ada 2 perkara, ‘iffah dari apa yang di  tangan manusia, dan memaafkan kejahatan yang mereka lakukan kepada kamu.”

Tidak bertambah kuat ahli bid`ah beribadah melainkan bertambah jauh dari Allah swt.

Apabila mati seorang ahli sunnah, seolah-olah tercabut satu anggota tubuhku.!

Malik ibn Anas berkata, kami masuk menemui Ayyub al-Sakhtiyani, apabila kami menyebut hadith Rasulullah saw kepadanya, ia menangis sehingga kami merasa kasihan kepadanya.

Hammad ibn zayd, apabila dibacakan hadith Nabi saw kepada Ayyub, ia menangis dan memalingkan mukanya lalu berkata, “Alangkah teruknya selsema.”

Ayyub mengisnadkan hadith dari Anas, ‘Amru al-Jarmi, al-Nahdi, Abu Raja’ al-‘Utoridi, Abu al-‘Aaliyah, al-Hasan, Ibn Sirin dan Abu Qilabah. Riwayat beliau terdapat dalam Sunan Sittah. Ayyub wafat ketika wabak taun di Basrah tahun 131H ketika berumur 63 tahun. Rahimahullah.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: