Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “October, 2010”

Gambaran Azab Dalam Api Neraka Jahannam

Antara bentuk azab yang akan diterima di Akhirat (wal’iyazubillah) ialah:-
1. Hukuman azab bagi orang yang menyembunyikan hukum-hukum Allah, dan enggan melaksanakan syariat Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan hukum-hukum , ayat-ayat yang diturunkan Allah dari al-Kitab, dan membeli dengannya harga yang murah, mereka itu tidak makan dalam perut mereka melainkan api Neraka…! dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari Qiyamat, tidak membersihkan mereka (dari dosa2 mereka) dan bagi mereka azab yang sangat pedihh!!”(Surah al-Baqarah: ayat 174-176)

  • Pada hari itu (Hari azab) Dalam neraka Jahannam, dia (yang tidak berzakat dan tidak menderma di jalan agama Allah), dipanggang, lalu dibakar diseterika dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka.”  dikatakan kepada mereka, Inilah yang kamu timbun-timbunkan, maka rasalah azab  akibat harta yang kamu timbunkan!! ( Surah At-Taubah [9]: ayat 35).
  • “Ketika belenggu2 dan rantai2 dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret, ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api…!!!” (Surah Ghafir Al-Mu’min [40]: ayat 71-72).
  • “Tangkaplah dia !!, kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka Jahiimm!!. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia.” (Ad-Dukhan [44]:47-49).
  • “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.” (Al-Haqqah [69]:30-32).
  • “Maka orang-orang kafir, dibuatkan dan dipotong untuk mereka pakaian dari api neraka,!!… disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Dan pemukul-pemukul cambuk-cambuk dari besi. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, maka mereka dikembalikan ke dalamnya, (serta dikatakan kepada mereka): “Rasailah azab yang membakar ini.” (Al-Hajj [22]:19-22).

2. Siksaan yang memakan harta yang haram.

“Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak2 yatim secara zalim sebenarnya mereka hanyalah memakan di dalam perut mereka Api Neraka, dan mereka pasti akan masuk ke dalam Api Neraka Sa’iir yang panas membakar.” .(Surah an-Nisa’ : ayat 10).

3. Siksaan Meninggalkan Solat

Ditanya kepada Ahli Neraka Saqar, “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka Saqar?”.  Mereka menjawab, Kami (di dunia dahulu) tidak bersolat dan tidak memberi makan kepada orang miskin…(Surah al-Muddaththir : ayat 42-47)

Siksaan di dalam neraka yang paling ringan ialah orang yang diberikan sandal api yang membuatkan otak mereka mendidih menggelegak!!.

“Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya kerana panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorangpun yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat siksaan paling ringan.” (HR. al-Bukhari daMuslim).

Yahya ibn Abi Kathir

Yahya ibn Abi Kathir

Al-Imam Yahya ibn Abi Kathir (w130H),  guru kepada al-Imam al-Awza`ei r.a.

Antara kata-kata beliau;

  1. “Tidak diperolehi ilmu dengan kerehatan tubuh.” Mengambil ilmu lebih baik dari memperolehi emas.
  2. Mempelajari fiqh adalah solat. Membaca al-Quran dan mempelajari tafsirnya adalah solat.
  3. “Dikatakan fulan itu abid, tiada abid sebenarnya melainkan seorang yang warak.” Yunus ibn ‘Ubayd berkata, “warak itu dapat dilihat sekurangnya dengan 2 perkara, memelihara solat dan memelihara lidah.”

Yahya mengisnadkan hadith dari Anas dan Ibn Abi Awfa ra.

Rujukan: Ibn al-Jawzi, 2002, Sifat al-Safwah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-Imam Ayyub al-Sakhtiyani

Al-Imam Ayyub ibn Kaysan al-Sakhtiyani.

Abu Bakr al-Basri. Thiqah hujjah dan thabt, ‘abid dan faqih besar. Dari Hammad ibn Zayd, Ayyub berkata, “Apabila manusia mahu menangkat diri mereka Allah enggan melainkan menghinakan mereka, ada manusia yang bersifat tawadhu’ merendah diri tetapi Allah enggan melainkan mengangkat kedudukan mereka.”

Hammad ibn Zayd berkata saya pernah berjalan bersama Ayyub. Ia melalui banyak jalan kerana melarikan diri dari manusia agar tidak dikatakan “Ini Ayyub!” (imam besar yang solih).

Maymun al-Ghazal berkata, Kami duduk di majlis al-Hasan al-Basri, lalu datang Ayyub mengucapkan salam kepadanya. Setelah Ayyub berlalu pergi Al-Hasan al-Basri berkata “Ini pemimpin para pemuda (ahli hadith Basrah).”

Shu`bah berkata, Ayyub sentiasa melarikan diri apabila berjalan supaya tidak dikenali. Ayyub berkata, “Saya disebut-sebut, sedangkan saya tidak suka disebut orang. Ayyub berkata, “Tidak jujur kepada Allah orang yang mencintai kemasyhuran.”

Al-Humaydi berkata, Sufyan ibn ‘Uyaynah (guru al-Imam al-Shafi`ei) telah menemui 86 orang tabi`in dan berkata tidak saya lihat yang serupa seperti Ayyub ra.

Salih ibn Abi Akhdar berkata kepada Ayyub, Berilah wasiat untuk saya. Ayyub berkata, “Sedikitkanlah berkata-kata.”

Ayyub tidak memakai pakaian ‘abid dan orang ‘alim. Sekiranya ia meminta sedikit air tidak akan diberi orang (kerana penampilan zahirnya seperti orang awam).

Ayyub berkata, “Apabila tidak berlaku apa yang kamu mahu, mahulah (redhalah) dengan apa yang berlaku.”

Ayyub berkata, “Tidak salih seseorang melainkan dengan ada 2 perkara, ‘iffah dari apa yang di  tangan manusia, dan memaafkan kejahatan yang mereka lakukan kepada kamu.”

Tidak bertambah kuat ahli bid`ah beribadah melainkan bertambah jauh dari Allah swt.

Apabila mati seorang ahli sunnah, seolah-olah tercabut satu anggota tubuhku.!

Malik ibn Anas berkata, kami masuk menemui Ayyub al-Sakhtiyani, apabila kami menyebut hadith Rasulullah saw kepadanya, ia menangis sehingga kami merasa kasihan kepadanya.

Hammad ibn zayd, apabila dibacakan hadith Nabi saw kepada Ayyub, ia menangis dan memalingkan mukanya lalu berkata, “Alangkah teruknya selsema.”

Ayyub mengisnadkan hadith dari Anas, ‘Amru al-Jarmi, al-Nahdi, Abu Raja’ al-‘Utoridi, Abu al-‘Aaliyah, al-Hasan, Ibn Sirin dan Abu Qilabah. Riwayat beliau terdapat dalam Sunan Sittah. Ayyub wafat ketika wabak taun di Basrah tahun 131H ketika berumur 63 tahun. Rahimahullah.

‘Asim al-Ahwal

‘Asim ibn Sulayman al-Ahwal

Kun-yahnya (panggilannya) Abu ‘Abd al-Rahman al-Basri , anak angkat kepada bani Tamim. Beliau pernah menjadi qadhi dalam kerajaan Khalifah Abu Ja`far al-Mansur. Ia bertugas sebagai pegawai hisbah pemeriksa timbangan dan sukatan di Kufah.

‘Abbad berkata, Biasanya ‘Asim dilihat berpuasa dan setelah berbuka ia solat. Selepas solat ‘Isya’ beliau bersolat sepanjang malam sehingga subuh.

‘Asim adalah ahli hadith yang thiqah dan riwayatnya terdapat dalam 6 Kitab Sunan. ‘Asim mengisnadkan hadith dari Anas ibn Malik ra, ‘Abdullah ibn Sarjas, Abu ‘Uthman al-Nahdi, Ibn Sirin dan lain-lain. Beliau wafat pada tahun 142 H.  Semoga Allah Ta’ala mengasihi beliau.

Jauhi 4 Jenis Manusia Beragama

4 Golongan Berbahaya

Berkata al Imam Malik ibn Anas, “Tidak diambil ilmu dari 4 jenis manusia,

1.safih (bodoh),

2.ahli bid`ah yang mengajak kepada bid`ahnya,

3.penipu,

4.shaykh yang fadhil, abid solih yang lemah sekiranya ia tidak tahu apa yang ia riwayatkan dan sampaikan, (ilmu hadith riwayah dan dirayah).”

Ilmu hadith mestilah diambil hanya dari seorang alim ahli hadith lagi faqih sahaja.

Fadilat2 Selawat ke Atas Nabi dari Hadith2 Sahih

Antara hadith2 sahih berkaitan solawat ke atas Nabi ialah:-

بعض الأحاديث الصحيحة بإذن الله :

أن عبد الحميد بن عبد الرحمن دعا موسى بن طلحة حين عرس على ابنه فقال : يا أبا عيسى كيف بلغك في الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم فقال موسى : سألت زيد بن خارجة عن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم فقال زيد : إني سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم نفسي كيف الصلاة عليك قال : صلوا واجتهدوا ثم قولوا : اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم إنك حميد مجيد الراوي: خالد بن سلمة المخزومي المحدث: أحمد شاكر – المصدر: مسند أحمد – الصفحة أو الرقم: 3/162
خلاصة الدرجة: إسناده صحيح

Dari Khalid ibn Salamah r.a., Rasulullah saaw bersabda, “Berselawatlah dan bersungguhlah, katakalah allahumma barik  ‘ala Muhammad

* ما جلس قوم مجلسا لم يذكروا الله فيه ولم يصلوا على نبيهم إلا كان عليهم ترة فإن شاء عذبهم وإن شاء غفر لهم الراوي: أبو هريرة المحدث: الترمذي – المصدر: سنن الترمذي – الصفحة أو الرقم: 3380
خلاصة الدرجة: حسن صحيح

al-Hafiz al-Tirmidhi, dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah duduksatu kaum dalam satu majlis dimana mereka tidak mengingati Allah dan tidak berselawat Nabi mereka saw, melainkan akan menjadi penyesalan yang besar pada hari Qiyamat…

* رغم أنف رجل ذكرت عنده فلم يصل علي ورغم أنف رجل دخل عليه رمضان ثم انسلخ قبل أن يغفر له ورغم أنف رجل أدرك عنده أبواه الكبر فلم يدخلاه الجنة . الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني – المصدر: صحيح الترمذي – الصفحة أو الرقم: 3545
خلاصة الدرجة: حسن صحيح

Tirmdhi, dari Abu Hurairah, r.a., Rasulullah saw bersabda, “.Romponglah hidung seseorang apabila disebutkan namaku disisinya, lalu ia tidak berselawat ke atasku !!…” Hadith sahih.


* من صلى علي واحدة ، صلى الله عليه عشرا الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم – المصدر: المسند الصحيح – الصفحة أو الرقم: 408
خلاصة الدرجة: صحيح

al-Imam Muslim, Rasul saw bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali , Allah bersealawat ke atasnya 10 kali.”
* إذا دخل أحدكم المسجد فليسلم على النبي صلى الله عليه وسلم ثم ليقل اللهم افتح لي أبواب رحمتك وإذا خرج فليقل اللهم إني أسألك من فضلك
الراوي: أبو حميد الساعدي المحدث: الألباني – المصدر: صحيح ابن ماجه – الصفحة أو الرقم: 633
خلاصة الدرجة: صحيح

al-Hafiz Ibn Majah al-Qazwini, mentakhrij dari Abu Humayd al-Sa’idi r.a., Rasulullah saw bersabda, “Apabila seseorang memasuki masjid, maka ucaplah salaam kepada Nabi saw kemudian katakanlah, Ya Allah,..bukalah untukku pintu-pintu rahmatMu…”


* لا تجعلوا بيوتكم قبورا ولا تجعلوا قبري عيدا وصلوا علي فإن صلاتكم تبلغني حيث كنتم الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني – المصدر: صحيح أبي داود – الصفحة أو الرقم: 2042
خلاصة الدرجة: صحيح

Abu Dawud meng-isnadkan, dari abu Hurairah r.a., Rasul saw bersabda, “Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kubur….berselawatlah ke atasku,  kerana sesungguhnya selawatmu sampai kepadaku di mana saja kamu berada.”

* ما من مسلم يسلم علي إلا رد الله إلي روحي حتى أرد إليه السلام الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن القيم – المصدر: جلاء الأفهام – الصفحة أو الرقم: 108
خلاصة الدرجة: إسناده صحيح

Tidaklah seorang muslim mengucapkan salam kepadaku,

* لا صلاة لمن لا وضوء له ولا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه ولا صلاة لمن لا يصلي على النبي ولا صلاة لمن لا يحب الأنصار الراوي: سهل بن سعد الساعدي المحدث: الألباني – المصدر: صحيح ابن ماجه – الصفحة أو الرقم: 326
خلاصة الدرجة: صحيح

dari Sahl ibn Sa’d, Rasul saw bersabda, “….Tiada solat bagi orang tidak berselawat ke atasku, tiada solat bagi yang tidak mencintai ansar.”

Tangisan Ahli Neraka

وعن عبد الله بن قيس – وهو أبو موسى الأشعري رضي الله عنه -: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا يوجد تخريج لهذا المتن إن أهل النار ليبكون، حتى لو أجريت السفن في دموعهم؛ لجرت، وإنهم ليبكون الدم (يعني: مكان الدمع) .

رواه الحاكم في “مستدركه”، وقال: “صحيح الإسناد ولم يخرجاه”، ووافقه الذهبي في “تلخيصه”.
al-Haakim mentakrij dalam al-Mustadrak, dari Abu Musa al-Ash’ari r.a., Rasulullah saw bersabda, “Wahai manusia! Menangislah!!
Sesungguhnya ahli neraka menangis sehingga menjadi lautan airmata, kemudian mereka menangis airmata darah!
sekiranya kapal-kapal besar dilayarkan nescaya dapat berlayar!!”

Post Navigation