Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Kedatangan Ramadan

1. Ramadan Bulan Keampunan Dosa

Wajib bersungguh-sungguh mencari keampunan dosa pada bulan keampunan ini, anataranya dengan solat jamaah di awal waktu dengan mendapat takbiratul uula bersmsa imam, berpuasa dengan iman, dan bangun malam.

Dari Anas ibn Malik r.a. berkata, saya mendengar Rasulullah saw berasabda, “Ramadan telah tiba, dibukakan pada bulan ini pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu Api Neraka, dirantai syaitan-syaitan. Celalakalah bagi seseorang yang bertemu bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan. apabila ia tidak diampunkan, maka bilakah lagi?!!

HR al-Tabarani dalam al-Awsat, hadith 7625.

2. Awas Dari Sifat Nifaq

Rasulullah saw berasabda, “Sesungguhnya Allah swt mengampunkan padamalam pertama Ramdan semua ahli qiblat (muslim). Seorang leleki berkata,  “alangkah untungnya!! tetapi saya ingat kepaada orang munafiq.”

Rasul saw bersabda.,  “Orang munafiq adalah kafir, orang kafir tidak mendapat sebarang keampunan.” Hadith riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat, hadith 4933.

Antara cara mendapat keampunan ialah membanyakkan zikir dan istighfar. Rasulullah saw bersabda, “Orang yang mengingati Allah dalam bulan Ramadhan diampunkan dosanya, dan orang yang berdoa tidak akan kecewa.” HR al-Tabarani, al-Awsat.

3. Antara Fadilat Puasa Ramadhan

Mendapat rumah dari emas merah.

Dari Ibn ‘Umar r.a., RAsulullah saw bersabda, ” Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Ramadan dalam keadaan insot (diam dari bercakap2 kosong) dan sukun (tenang, memelihara mata dan hukum Allah), dibina baginya sebuha rumah di dalam syurga yaqut merah atau zabarjad hijau.”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: