Iktikaf 10 Ramadan Terakhir
Rasulullah saw bersabda, “Carilah laylatul qadar pada 10 malam terakhir.” Sahih riwayat Ashab al-Sunan dan Abi Ya’la. Oleh kerana baginda terlalu sibuk mencintai Allah dan mencari ridhaNya, baginda tidak berbuka melainkan pada waktu sahur. HR Ahmad dan al-Tabarani.
Adapun saya (Huzaifah r.a.), maka saya telah ketahui bahawa tiada iktikaf melainkan di masjid jamaah (yang didirikan solat jamaah 5 waktu). Hadith riwayat al-Tabarani.
Iktikaf penyebab kejayaan meraih Malam Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang beriktikaf sehari kerana mencari ridha Allah Ta’ala, ia dijauhkan dari Api Neraka Jahannam sejauh 3 parit, setiap parit lebih jauh dari timur dan barat. HR al-Hafiz al-Tabarani dgn sanad jayyid.
Iktikaf sehari bermula selepas waktu subuh dan dikira sehari apabila terbenam matahari.