Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “May, 2010”

Membunuh Sesuka Hati

1. Apabila solat diabaikan, zina dan pembunuhan akan berleluasa. al-Quran al-Sunnah tidak lagi dipedulikan kerana manusia menyembah syahawat. Ini sabit dalam al-Quran kecuali bagi terkunci hatinya.

Ibn ‘Abbas r.a. telah memfatwakan bahawa membunuh dengan sengaja adalah kafir murtad dan tidak diterima taubatnya berdasarkan zahir ayat al-Quran al-Nisa’ ayat 93, juz 5.

2. al-Imam Ahmad mengisnadkan dengan sanad hasan sahih. Rasulullah saw ditanya tentang pembunuh dan yang menyuruh membunuh. Rasul saw bersabda, “Dibahagikan api Neraka Jahannam 70 bahagian (bagi dosa pembunuhan), bagi yang menyuruh 69 bahagian dan pembunuh satu bahagian, itu pun sudah cukup berat.”

al-Majma’, al-Haythami, Kitab al-Fitan, Bab Fiman Qatal Musliman aw Amara bi Qatlih.

3. Betapa ramai yang mengucapkan kalimah tauhid sedangkan hatinya kufur.

al-Hafiz al-Bazzar dengan sanad hasan, dari Anas, Rasulullah saw bersabda, “La ilaha illaLLAh, menghalang dari kebencian Allah selagi mereka tidak mengutamakan dunia mereka melebihi agama mereka. Apabila mereka berbuat demikian, kemudian mereka menyebut La ilaha illaLLAh, Allah berfirman, “Kamu menipu!!”

al-Majma’, hadith 12188.

Bahaya Zina

Bahaya Jenayah Zina

Zina termasuk dosa besar yang mengundang kemurkaan dan azab Allah.

1.Zina mencabut iman. Al-Imam Abu Dawud, al-Tirmidhi dan al-Baihaqi meriwayatkan Rasulullah saw bersabda,

“Apabila seseorang berzina maka keluarlah iman daripadanya seupama payung diatas kepalanya. Dan apabila ia berhenti berzina maka kembalilah iman kepadanya.”

Bagaimana sekiranya hatinya tidak mengiktiraf pengharaman zina?!

Ibn ‘Ali al-Ma’bari, (t.t.), Kitab Irshad al-‘Ibad Ila Sabil al-Rashad, Dar al-Saqqaf, ms 724.

Malangnya, pemerintah taghut hanya menyebarkan cerita2 zina di akhbar untuk melariskan jualan akhbar, tidak bertindak menghapuskan zina.!

2.Zina membatalkan pahala ibadah 60 tahun. Al-Hafiz Ibn Hibban, bahawa Nabi saw bersabda, “Seorang abid bani isra’il beribadat salaam 60 tahun sehingga subur bumi di sekitarnya dengan hujan dan tumbuhan2 hijau. Suatu hari ia keluar dari biaranya dan berkata sekiranya saya keluar untuk berzikir kepada Allah pasti bertambah barakah….”

3.Penzina seperti musyrik penyembah patung berhala. al-Hafiz Abu Bakr al-Khara’iti mengisnadkan dengan sanadnya, Rasul saw bersabda, “Orang kekal berzina seumpama penyembah berhala!!.”

Tidak syak lagi penyembah berhala di dalam Neraka.

Al-Hafiz Ibn Abi al Dun-ya, Nabi saw bersabda, “Tiada dosa di sisi Allah yang lebih besar selepas syirik dari mani yang diletak oleh seorang lelaki dalam rahim yang tidak halal baginya.”

4.Penzina dilaknat seluruh alam. al-Bazzar merwiayatkan, Nbai saw bersabda, “Sesungguhnya tujuh petala langit dan 7 petala bumi mengutuk orang yang selalu berzina. Dan bau kemaluan penzina di dalam Api neraka sangat mengganggu ahli neraka kerana sangat basinya.”

5.al-Imam al-bukhari, Nabi saw bersabda, “Semalam saya telah melihat…saya melihat lubang tannur yang sempit atasnya dan besar bawahnya (spt labu sayung) dengan api menyala-nyala,… di dalam lubang itu ada orang lelaki dan perempuan telanjang. Mereka itu ialah para penzina dan pelacur.”

6.Penzina adalah tentera iblis.

7.Penzina digigit ular2 dan kalajengking.

Lihat Irshad al-‘Ibaad ila Sabil al-Rashad, Dar al-Saqqaf.

Bahana Meninggalkan Undang2 Allah

Bahana Meninggalkan Syariah Allah

Telah menjadi sunnatullah bahawa setiap yang meninggalkan syariat Allah dan bermati-matian memakai syariat syaitan dan undang2 ciptaan manusia akan dibalakan dengan ribuan bala dan kehinaan di dunia. (al-Kahfi; 27). Antaranya

1.Berlaku kelaparan, kefakiran dan kecewaan kehampaan. Kurang barakat dari langit dan bumi. (Al-Maidah:66) Sekiranya bukan kerana binatang-binatang, nescaya Allah tidak akan menurunkan hujan. Hadith Ibn ‘Umar disahihkan oleh al-Albani riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak.
antara bentuk penolakan terhadap syariah Allah ialah pemerintah tidak memberikan zakat kepada golongan yang berhak (asnaf) dn tidak mengambilnya dari orang2 kaya.

2. Berlaku permusuhan dan benci membenci hasil perabaian syariah Tuhan pencipta alam. Al-Maidah: 14).

3. Berlaku perselisihan dan perpecahan. Al ‘Imran: 103. Ulama’ dan pendakwah mengajak kpd kesatuan, golongan sekularlah yang mengajak kepada perpecahan.

4.Musuh memegang kuasa dan Berjaya merampas harta. Hadith. “Dan tidaklah pemimpin2 mereka menghukum dengan selain hokum Allah melainkan Allah menjadikan musuh2 mrk berkuasa…” Sahih lighayrih.

5.Dayus dan kekerasan hati. Al-Ma’idah: 13.

6. Hilang keamanan dan keselamatan. Ini keraan keamanan hanya diberikan kepada golongan yg tidak mencampurkan iman dengan kezaliman dan syirik (al-An’am: 82). Termasuk kezaliman ialah meninggalkan perlaksanaan syariah Allah yang agung. (al-Ma’idah: 45).

7.Kerosakan yang luas dan besar. Betapa banyak jenayah dan maksiat yang berlaku sehingga tidak terbendung lagi. Ibubapa jahiliyyah umpama binatang ternakan. Pemuda pemudi hancur akhlak adab mjd spt beruk2 dan binatang buas.! Masyarakat menyembah pemimpin2 taghut.

8.Azab dunia dan Akhirat yag berganda-ganda. (al-Isra’ 73-75). Allah menamakan pengabaian syariah walau sedikit dengan kalimah (fitnah) yang lebih berat dr pembunuhan.

9.Kehancuran dan mendapat azab dari langit. Lihat Sahih al-Bukhari ttg syafat Usamah dalam hudud. Al-Baqarah 59.

10. Zalim dan fasiq, tidak mukmin. Tiada agama walau sedkitpun walau sebesar zarah. Lihat tafsir al-Imam Sayyid Qutb dan al-Hafiz Ibn Kathir ttg tafsir al-Ma’idah ayat 68

” ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الظالمون “(المائدة:45) , وقال الله تعالى :” وَكَيْفَ يُحَكِّمُونَكَ وَعِنْدَهُمُ التَّوْرَاةُ فِيهَا حُكْمُ اللَّهِ ثُمَّ يَتَوَلَّوْنَ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ وَمَا أُولَئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ “(المائدة:43

11. Hilang kuasa dan keruntuhan kerajaan. Akibat fanatik kepada undng2 makhluk, mereka akan menerima padahnya yg sgt menghinakan. Mereka dilaknat spt dilaknat bani isra’il.

Abu Yunus al-‘Abbasi,
Gaza, Palestin.

Syair Yazid al-Raqashi

Berkata Yazid ibn Abaan al-Raqashi, dalam syairnya sambil menangis (beliau berpuasa dan bersolat malam selama 60 tahun);.

“Sesungguhnya kita sangat gembira dengan hari-hari yang dilalui, sedangkan setiap hari yang berlalu , mendekatkan kepada ajal.!”

Hikmah Abu Bakr al-Shibli

Dari Abu Hatim al-Tabari, Abu Bakr al-Shibli berkata,

“Sekiranya kamu ingin melihat dunia dan seisinya, maka lihatlah kepada lubang sampah, itulah sebenarnya dunia.”

al-Shibli berguru dengan al-Junayd dan ulama sezamannya, mendalami fiqh mazhab Malik, dan menulis hadith yang sangat banyak. Antara riwayat hadith beliau ialah

dari Bilal r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda, “Bertemulah dengan Allah sebagai seorang faqir, jangan menemuinya sebagai seorang kaya…,

Bilal bertanya, Wahai Rasulallah bagaimanakah saya dapat menjadi seperti itu?

Rasul saw bersabda, “Bila saja kamu diminta maka janganlah kamu tahan (hartamu), bila saja kamu direzekikan maka jangan disimpan.”

Bilal: “Wahai Rasulallah, bagaimana …”

Rasul berkata, “hanya itu (untuk kamu), kalau tidak maka Api Neraka Jahannam !.”

Hadith ini khas untuk Bilal dan orang2 yang abid zahid sepertinya.

al-Shibli wafat pada tahun 334H ketika berumur 87 tahun. Semoga Allah merahmati beliau r.a.

Lihat al-Haythami, Majma’; al-Imam Ibn al-Jawzi, Sifat al-Safwah, jld 2, ms 296-297.

al-Imam Abu Hazim al-Madani

Dari Muhammad ibn Mutarrif, berkata, Saya mendengar Abu Hazim berkata, “Tiada sesuatu pun di dunia yang menggembirakan kamu, melainkan telah dilekatkan padanya sesuatu yang menyedihkanmu.”

Dari Sa’id ibn ‘Amir, Abu Hazim berkata, “Nikmat Allah yang tidak diberikan kepadaku lebih baik dari yang Ia berikan kepadaku.”

“Sekiranya kita dipelihara dalam harta yang diberikan (dari dosa dan maksiat), kita tidak peduli dengan apa yang tiada.”

Ibn al-Jawzi, 2002, Sifat Safwah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jld 2, ms 108-110.

Iman itu I`tiqad dan Amal

al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Sahih, Kitab al-Iman, Bab 41 Ada’ al-Khumus Min al-Iman, hadith 52, Beirut: Dar al-Arqam, jld 1, ms 91,

dari ABu Jamrah al-Dhabu’ei, saya duduk berdekatan Ibn ‘Abbas r.a. lalu beliau mempersilaakan saya duduk di atas katilnya (tilam khas utuk tuan rumah atau tetamu kehormat). Ibn ‘Abbas r.a. berkata: Ketika utusan dari ‘Abdul-Qais datang kepada Nabi saw. ditanya: Utusan siapakah kalian? Jawab mereka: Rabi’ah. Maka disambut oleh Nabi saw.: Selamat datang rombongan utusan yang tidak kecewa dan tidak menyesal.

Lalu mereka bertanya: Wahai Rasulallah, kami tidak dapat datang kepadamu kecuali dalam bulan haram (Rajab, Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah, Muharram), sebab diantara kami dengan tuan ada suku kafir dari Mudhar (yang selalu merompak di jalanan), kerana itu ajarkan pada kami ajaran yang jelas terperinci untuk kami beritakan pada orang-orang yang di belakang kami, dan dapat memasukkan kami ke syurga, mereka juga menanyakan tentang minuman.

Maka Nabi saw. menyuruh mereka empat perkara dan mencegah dari empat perkara: Menyuruh beriman kepada Allah satu-satunYa. Lalu ditanya: Apakah kalian mengerti apakah iman kepada Allah Yang Satu itu? Jawab mereka: Allah dan Rasulullah yang lebih mengetahui.

Maka sabda Nabi saw. :  Percaya bahwa tiada Tuhan kecuali Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah,  mendirikan salat, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan, dan memberikan seperlima dari hasil ghanimah,

dan melarang mereka membuat minuman dalam gentong, atau dibuat dalam labu, atau melubangi batang pohon, atau bejana yang dicat dengan tir.  Kemudian Nabi saw. bersabda: Ingatlah semua itu dan sampaikan pada orang-orang yang dibelakangmu. (Bukhari, Muslim). Lihat al-Bukhari, 2000, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tawhid, 7756, jld 13, ms 647. Dimashq: Dar al-Fayha’.

PENGAJARAN HADITH.

1. Bertanya tentang kabilah tetamu adalah sunnah. begitu juga dengan mengalu2kan kedatangan mereka spt kata Nabi saw “marhaba”, dan layanan Ibn ‘ABbas

2.Rihlah dari tempat yang jauh untuk mendapat ilmu dan menemui ahli ilmu termasuk sunnah.

3.Masuk syurga itu ialah dengan iman dan amal, bukan dengan angan2.

4. Sunnah bertanya ttg iman dan amal, bukan perkara2 remeh temeh.

5. Iman bukan i`tiqad dalam hati semata2, bahkan qawl dan amal!!Iman ialah amal! Ini lah aqidah Ahl Sunnah bersalahan dgn i`tiqad sesat golongan murji’ah yg mengatakan IMAN hanyalah i`tiqad dalam hati atau lafaz syahadah!!.Iman ialah syahadah iqrar bahwa tiada Tuhan kecuali Allah, dan Nabi Muhammad utusan Allah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan, dan memberikan seperlima dari hasil ghanimah,. Iman menurut pemimpin sekular dan golongan artis2 fasiq hanyalah percaya dalam hati!

6.Mestilah menyatakan larangan selepas suruhan. Dalam hadih ini baginda saw melarang membuat minuman memabukkan.

7.Sunnah menghafaz ilmu dan menyampaikan kepada org lain. “Hafazlah ia dan beritakan kepada org2 dibelakang kamu (kaum kamu).” HR al-Bukhari dan Ahmad.

Post Navigation