Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Sila Iktiraf Bayi-bayi Ini

Bismillah,

Jabatan Pendaftran Negara semakin zalim, fasiq dan jahil apabila menyusahkan pendaftaran anak-anak yg lahir walau sbg anak yang sah, apalagi anak yang syubhah. Birokrasi dan cerewet melampau JPN amat menyusahkan umat Muhammad saw.

1. Sepakat 4 mazhab Islam Ahl Sunnah, bahwa anak nikah mut’ah adalah halal dan sah. Dibinkan kepada bapa mut’ahnya dan mewarisi harta bapanya. Oleh itu JPN , mufti dan Kabinet mestilah menyedari perkara ini. Mengapa anak2 tersebut dizalimi? tanpa ditulis nama bapa mereka di dalam surat lahir mereka?

2. Sepakat 4 mazhab bahawa anak2 yg lahir dari pernikahan mazhab hanafi adalah sah (dibinkan kepada bapanya) dan mewarisi harta ayahnya. (Begitu juga anak hasil nikah siam). Mufti2 jgn terlalu sempit, jumud, lembab, fanatik, kuno, kolot dan mundur.

3.Begitu juga apabila lahir anak dari nikah tahkim Imam Shafiei, atau nikah mengikut mazhab Maliki. Apa masalahnya wahai kaum? Mengapa enakmen majlis agama (spt Kelantan) menolak al-Imam al-Shafiei dan berimamkan  al-Sharbini?!! (Siapa Shabini berbanding al-Imam al-Mujtahid al-Shafiei al-Mutlaq al-Muttalibi?) Mgp terlalu sempit? sehingga menolak Imam Shafiei , apalagi hendak menerima 4 mazhab!!?

4.Anak2 tidak sah taraf dibinkan kpd ibunya, atau mana2 nama Allah, bukan dengan nama Abdullah! Mengapa perlu memburukkan nama bapa nabi dan orang2 yang bernama Abdullah?! Apa perasaan anak2 yg memang bapanya bernama Abdullah?? Menteri-menteri kabinet, Raja-raja dan para mufti perlu sedar ini, patut melakukan tajdid dan penyelesaian masalah umat ini.

Allah!Allah! ittaquLLAh ayyuhal qawm.!!.wassalam

Single Post Navigation

2 thoughts on “Sila Iktiraf Bayi-bayi Ini

  1. satano on said:

    Assalamualaikum..

    Saya amat menyetujui pandangan Ustaz. Sudah lama saya mencari ruang untuk member komen kepada isu anak yang tidak boleh dibin/bintikan nama bapa yang sebenar akibat peraturan yang ditetapkan oleh JPN.

    Kebanyakan perkara ini berlaku kepada pasangan yang berkahwin di Thailand. Satu daripada kes ini berlaku kepada kawan saya yang telah berkahwin semenjak 10 tahun dahulu dan telah mempunyai 4 orang anak. Tiga orang anak mereka yang dahulu tidak ada masalah dengan JPN, dan semua anak-anak mereka boleh di daftarkan dengan berbinkan bapa mereka. Walaupun mereka telah memperolehi surat penghakiman pada tahun 2008 tetapi anak mereka yang lahir pada tahun 2009 tidak boleh didaftarkan dengan berbinkan nama bapa yang sebenar, sebab sijil nikah mereka belum diluluskan oleh Mahkamah Syariah. Apabila diajukan pertanyaan kenapa tidak boleh didaftarkan nama bapa, mereka kata ini adalah peraturan dan bila ditanya kenapa anak-anak terdhaulu daripada ini boleh dibinkan nama bapa mereka kata pegawai dulu terlepas pandang. Saya amat mushkil sama ada apakah benar ada arahan tetap dkeluarkan oleh ibu pejabat JPN sebab pegawai di JPN gagal menunjukkan surat arahan tersebut. Saya juga hairan kenapa anak-anak kawan saya yang dilahirkan di Selangor pada tahun 2005 dan 2007 boleh didaftarkan dengan nama bapa mereka.

    Kenapakah peraturan ini tidak selaras antara satu negeri dengan satu negeri. Janganlah anak-anak ini yang memang sah bukan anak luar nikah diperlakukan sedemikian dan menjadi mangsa undang-undang dan peraturan ciptaan manusia. Ingatlah Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.

    Pihak pemerintah dan semua mufti perlu memikir semula perkara ini dan membenarkan semula anak-anak yang syubahah ini didaftarkan dengan berbinkan nama bapa mereka yang sebenar. Soal sama ada anak itu anak luar nikah atau tidak adalah antara mereka denga Allah Taala.

    Janganlah sekali-kali kita menidakkan hukum Allah. Fikirkanlah apa akan berlaku kepada masa depan anak-anak ini yang tidak berdosa dan bersalah yang menjadi mangsa undang-undang duniawi.

    Saya juga masih ragu adakah ini semua arahan mufti dan mahkamah syariah supaya semua pasangan yang berkahwin di luar Negara perlu mendaftarkan pernikahan mereka terlebih dahulu. Adakah dengan cara berbuat demikian Mahkamah Syariah dapat mengaut duit yang banyak hasil denda yang dikenakan kepada pasangan yang mendaftar pernikahan mereka, tanpa memikirkan nasib anak yang dilahirkan walaupun ibu bapa mereka belum mendaftarkan perkahwinan mereka. Nampaknya JPN hanya mengikut telunjuk pihak-pihak yang berkenaan sahaja dan tidak mempunyai pendirian yang tersendiri. Ingatlah selagi JPN tidak mengubah sebarang pendirian berapa ramai anak bangsa kita terutama yang berugama Islam akan mempunyai anak yang tidak ada nama bapa mereka. Oh sungguh malang nasib bangsaku dan agamaku kerana imej kita telah tercemar dek oleh umat yang seagama denganku. Malulah kita dan imej kita dengan masyarakat beragama lain. Mereka akan ketawa kepada kita sepanjang masa. Kita sendiri yang membuat bangsa kita yang seagama menjadi malu dan merendahkan sendiri martabat bangsa kita. Satu tindakan yang amat bodoh. Allah tidak menyuruh kita menyusahkan umatnya dengan perkara-perkara yang remeh temeh ini. Bilalah lagi kerajaan kita nak buka mata dan kaji perkara ini dari segi jjangka panjang dan maruah bangsa dan agama Islam?

    Satu lagi yang tak kena ialah sekiranya anak-anak kita yang bapanya adalah dari keturunan Sheikh, Syed, Wan, Nik, Megat, Tengku dan sebagainya. Semasa membuat pendaftaran anak yang dibinkan Abdullah, bukan sahaja nama bapa yang sebenar tak boleh di daftarkan, tetapi kalau bapanya adalah dari keturunan seperti yang dinyatakan tadi, nama anak itu seperti Syed atau Sheikh atau Tengku juga tidak boleh dipakai. Ini lagi karut. Bila ditanya JPN semuanya akan jawab: Ini peraturan. Janganlah menganggap kami semua orang kampong yang tak tahu apa-apa. Apakah salahnya dengan nama keturunan itu dengan soal nikah yang belum daftar atau tidak. Di harap JPN dan pihak-pihak yang berkenaan harus membuat kajian semula yang mendalam supaya ketidak-tentuan ini sebelum merebak menjadi kudis kepada masyarakat kita, eloklah diberi perhatian yang serius dan segera membetulkan perkara yang tidak betul dan janggal ini. Sanggupkah anda turut menanggung dosa dan masuk neraka akibat anda cuba menegakkkan undang-undang yang salah dan bertentangan dengan hukum Allah.

    Sekain.

  2. sesamakita on said:

    Mengikut JPN pasangan yang berkahwin diluar negara khususnya di Siam perlu mendaftar pernikahan mereka dalam masa 6 bulan. Apa akan jadi sekiranya proses mahkamah syariah untuk mengesahkan sijil nikah pasangan tidak dapat dibuat dalam tempoh masa tersebut dan isteri pasangan tersebut melahirkan anak. Nampaknya anak tersebut tidak boleh dibinkan kepada bapanya yang sebenar, sebab peraturan menyatakan kena berbin/bintikan nama ABDULLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: