Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “April 5, 2010”

Sila Iktiraf Bayi-bayi Ini

Bismillah,

Jabatan Pendaftran Negara semakin zalim, fasiq dan jahil apabila menyusahkan pendaftaran anak-anak yg lahir walau sbg anak yang sah, apalagi anak yang syubhah. Birokrasi dan cerewet melampau JPN amat menyusahkan umat Muhammad saw.

1. Sepakat 4 mazhab Islam Ahl Sunnah, bahwa anak nikah mut’ah adalah halal dan sah. Dibinkan kepada bapa mut’ahnya dan mewarisi harta bapanya. Oleh itu JPN , mufti dan Kabinet mestilah menyedari perkara ini. Mengapa anak2 tersebut dizalimi? tanpa ditulis nama bapa mereka di dalam surat lahir mereka?

2. Sepakat 4 mazhab bahawa anak2 yg lahir dari pernikahan mazhab hanafi adalah sah (dibinkan kepada bapanya) dan mewarisi harta ayahnya. (Begitu juga anak hasil nikah siam). Mufti2 jgn terlalu sempit, jumud, lembab, fanatik, kuno, kolot dan mundur.

3.Begitu juga apabila lahir anak dari nikah tahkim Imam Shafiei, atau nikah mengikut mazhab Maliki. Apa masalahnya wahai kaum? Mengapa enakmen majlis agama (spt Kelantan) menolak al-Imam al-Shafiei dan berimamkan  al-Sharbini?!! (Siapa Shabini berbanding al-Imam al-Mujtahid al-Shafiei al-Mutlaq al-Muttalibi?) Mgp terlalu sempit? sehingga menolak Imam Shafiei , apalagi hendak menerima 4 mazhab!!?

4.Anak2 tidak sah taraf dibinkan kpd ibunya, atau mana2 nama Allah, bukan dengan nama Abdullah! Mengapa perlu memburukkan nama bapa nabi dan orang2 yang bernama Abdullah?! Apa perasaan anak2 yg memang bapanya bernama Abdullah?? Menteri-menteri kabinet, Raja-raja dan para mufti perlu sedar ini, patut melakukan tajdid dan penyelesaian masalah umat ini.

Allah!Allah! ittaquLLAh ayyuhal qawm.!!.wassalam

Post Navigation