Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

KEWAJIPAN SOLAT JAMAAH

KEWAJIPAN SOLAT JAMAAH

al-Imam al-Shafi`ei r.a. telah menegaskan tentang kewajipan solat jamaah sebanyak 3 kali dalam 3 tempat dalam kitab al-Umm. Antara ulama’ shafi’iyyah yg mengatakan kewajipannya ialah Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dan Ibn al-Munzir.

Dalil2 kewajipan solat jamaah
Al-Quran.
1.al-Baqarah: ayat 43, “Dan wajib kamu dirikan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا) الأحزاب : آية ( 36 )
2.al-Ma’idah; 57-58. “Dan apabila kamu mengajak mereka kepada solat mereka mengambilnya sebagai maninan dan gurau senda. Itu kerana mereka adalah kaum yang tidak berfikir.”
3.al-Nisa’; 102, “Dan apabila kamu berada di kalangan mereka (dalam perang), lalu kamu menegakkan bagi mereka solat, maka hendaklah berdiri segkumpulan yang lain…”. Mafhumnya apabila disuruh solat jamaah ketika perang , maka ketika aman lebih utama.!
4.iqamat al-solah dalam al-Qur’an semuanya bermaksud bermakna solat jamaah
5.muhafazah ‘ala al-solah bermakna memelihara jamaah di awal waktu (al-An’am; al-Mu’minun:, al-Ma`arij)
6.al-Qalam: ayat 42-43.
7.Solat mencegah fahsya’ dan munkar. Al-‘Ankabut: 45. Mencegah fahsya’ dan munkar ialah melalui solat jamaah. Oleh itu solat jamaah adalah wajib.
8.Satu rukun islah manusia. (al-A’raf:170)
9.Solat jamaah Syiar Allah. Mengagungkan syiar Allah adalah taqwa. Taqwa adalah wajib kerana tidak akan masuk syurga melainkan dgn taqwa. Al-Hajj: 32.
(إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ) ( التوبة آية 18)
10. Mengabakan solat jamaah punca mengikuti syahawat, meninggalkan al-Quran dan Sunnah, membawa ke Neraka Jahannam. Maryam: ayat 59.
(فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ? فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا) ( مريم : آية 59)
11.Iltizam solat jamaah mendatangkan rezeki. Taha: 65.
12.Tahanlah diri kamu bersama orang2 yg beribadah kpd Tuhan mereka pd waktu pg dan ptg..Kahf:28.
13.Meninggalkan jamaah boleh menyebabkan fitnah (kesesatan) dan azab yg sgt pedih.
(فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ )النور : آية (63) . قال الإمام أحمد رحمه الله عجبت لقوم عرفوا الإسناد وصحته يذهبون إلى رأي سفيان والله تعالى يقول : (فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ) ( النور : آية 63 )

Hadith
1. Hadith keazaman baginda saw untuk membakar rumah orang-orang yang meninggalkan solat jamaah menunjukkan kewajipan solat jamaah. HR al-Imam al-Shafiei, Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tidaklah baginda saw melintasi seseorg melainkan baginda mengajak kpd solat atau mengejutkan ia dengan kakinya. ‘Umar dan ‘Ali bersungguh2 mengejutkan org ramai agar solat subuh berjamaah. Oleh itu wajib stp pemimpin tafaqqud org ramai agar dpt mengelpasti siapa yg meninggalkan jamaah, atau melantik wakil.
2. Dari ‘Abdullah ibn ‘Amr r.a., Rasulullah saw bersabda,
مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا وَبُرْهَانًا وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلَا بُرْهَانٌ وَلَا نَجَاةٌ ، وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ ، وَفِرْعَوْنَ ، وَهَامَانَ ، وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ
“Sesiapa yang memeliharanya, nescaya solat itu menjadi nur (cahaya), burhan dan najat pada hari Qiyamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya maka akan dihimpun bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubayy ibn Khalaf.” Ini menunjukkan wajib memelihara solat yakni solat jamaah kerana mengusahakan najat pada Hari Qiyamat adalah wajib, menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan dan dikumpulkan bersama para taghut adalah haram. HR al-Imam Ahmad, sahih. Hadith 6288; al-Darimi, al-Sunan dalam al-Riqaq 2605.
3. Hadith Ibn Ummi Maktum r.a. Nabi bersabda kepadanya, “Maka wajib kamu hadir jamaah.” Sekiranya orang buta wajib hadir jamaah, maka org celik lebih wajib.
4. Hadith sahih al-Tabarani yang menunjukkan kejayaan melintas Sirat ialah dengan menjadikan masjid sebgai rumah (melazimi solat jamaah). Mencari kejayaan melintasi Sirat adalah wajib iaitu dengan solat jamaah, maka solat jamaah adalah wajib.
5. Solat jamaah salah satu tanda iman. Mengusahkan iman adalah wajib, lawannya adalah kufur, maka solat jamaah yang menghasilkan iman adalah wajib. Dari Abu Sa`id al-Khudri r.a, dari Nabi saw bersabda, “Apabila kamu melihat seseorang itu berulang alik ke masjid, maka saksikanlah baginya keimanan.”…HR al-Tirmidhi, Ibn Majah, al-Darimi, Ahmad.
6. Dengan solat jamaah subuh, Allah memelihara seseorang dari dihumbankan mukanya kedalam Api Neraka Jahannam, dan org yg mengganggunya akan dihumbankan dgn muka mereka ke dm neraka Jahannam. HR Muslim dan al-tabarani. Maka solat jamaah yg mjd sebab kpada keselamatan d neraka adalah wajib.
مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى ، كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ ، بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ ، وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ
7. Apabila bermusafir 3 org maka wajib solat jamaaah yg mjd imam yg paling byk hafazan al-Quran. Darimi, Sunan, Kitab al-Solah, hadith 1226.
8. Hadith larangan mendahului imam. Al-Darimi, 1283. Sekiranya jamaah tidak wajib, maka hadith ini tiada maknanya.
9. Hadith Abu Hurairah ra, ttg solat ibadat pertama dihisab dan syarat diterima segala amal, syarat berjaya dan selamat di Akhirat. Ini menunjukkan solat jamaah adalah wajib kerana solat tidak akan sempurna melainkan dgn jamaah.
روى الطبراني بسنده عَنْ أَنَسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” أَوَلُ مَا يُحَاسَبُ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلاةُ ، فَإِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ سَائِرُ عَمَلِهِ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ
10. Hadith yg menunjukkan berjalan kaki menuju solat jamaah pada malam gelap akan mdpt cahaya sempurna di kegelapan Qiyamat. Dari Buraidah al-Aslami r.a., Rasulullah saw bersabda, “Gembirakanlah orang yang …”. Abu Dawud Solah, hadith 474; Tir, hadith 207; Ibn Majah, al-Masajid wa al-Jama`at, 773.
11. Solat jamaah mjd keampunan dosa. Mencari keampunan dosa adalah wajib, membasuh daki-daki dosa adalah wajib, maka solat jamaah adalah wajib.
12. Hadith pahala Solat jamaah spt pahala berhaji dan berihram. Mencari pahala yg besar sedemikian adalah wajib.
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ ، وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لَا يَنْصِبُهُ إِلَّا إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ ، وَصَلَاةٌ عَلَى أَثَرِ صَلَاةٍ لَا لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ فِي عِلِّيِّينَ ” .
13. Melepaskan dari satu sifat nifaq menjamin iman “Tidaklah ada seseorang yg memelihara solat melainkan mukmin.” HR al-Tabarani dalam al-Kabir. Mencari kelepasan dr nifaq adaah wajib, maka jamaah wajib.
14. Masjid adalah tempat yg paling dicintai Allah, maka solat di tempat yg paling dicintai Allah adalah wajib, kerana mencari cinta Allah adalah wajib. HR Muslim 1076.
15. Pergi ke masjid mdpt nuzul (diyafah). Mengusahakan agar mdpt difayah di syurga adalah wajib bg sesiapa yg inginkan Akhirat. Abu Hurairah ra. HR Al-Bukhari, Muslim.
16. Subuh jamaah seumpama solat sepanjang malam. Mengusahakan solat spjg malam adalah wajib agar selamat di Akhirat. HR Muslim dari ‘Uthman ibn ‘Affan.
17. hadith Abu Dawud, memelihara solat 5 watu bersama iman, dijamin syurga, mengusahakan syurga adalah wajib. Abu Dawud, al-Solah, 365.
18. Abai isya’ dan subuh jamaah adalah sifat munafiq, keduanya adalah solat yang paling berat atas munafiqin. Membersihkan diri dari sifat nifaq adalah wajib, salah satu caranya hadir jamaah. Dari Abu Hurairah, “Sesungguh solat yg paling berat ke atas org2 munafiq ialah solat isya’ dan suabuh berjamaah…,”. Muslim, hadith 1041.
19. Abai solat jamaah tanda cinta dunia, benci mati, atau benci perang. Maka mengusahakan agar tidak cinta dunia dgn iltizam jamaah adalah wajib.
20. Hadith Abu Darda’ r.a. “Tiadalah sebuah qaryah atau kampong pedalaman yg tidak didirikan dikalangan mereka solat jamaah…Wajib atas mu solat jamaah, tidak jamaah dikuasai syaitan….” Mengelakkan rasukan dan penguasaan syaitan adalah wajib. Abu Dawud, 460.
21. Menyempurnakan wudhu’, membanyakkan langkah untuk Solat Jamaah, dan menunggu solat selepas solat adalah Ribat dan mengangkat darajat dan kaffarah. Dari Abu Hurairah Rasuullah saw bersabda, HR al-Imam Malik, Ahmad, 4, Nasaei, hadith 143.

IJMA’   SAHABAT

Para sahabat Nabi telah ijma’ bhaawa solat jamaah adalah wajib (kecuali uzur) spt sabit dari Ibn Mas’ud, ABu Darda’, Ibn ‘Abbas dan lain-lain.

AQAL DAN FITRAH

Akal mengatakan bahawa meninggalkan solat jamaah adalah sebab bid’ah dan terabainya tersia-sianya (terlewat tanpa uzur) solat fardhu itu sendiri. Fitrah menjadi tenang dengan sunnah dan resah dengan bid’ah meninggalkan jamaaah tanpa uzur.

al-Imam al-Shafi’ei telah diberi taufiq apabila memfatwakan solat jamaah adalah wajib kecuali ketika uzur. Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkannya bersama para Nabi a.s.. Wassalam.
Berkata al-Imam al-Nawawi dlm Rawdat al-Talibin wa ‘Umdat al-Muftiin,
فصل لا رخصة في ترك الجماعة
سواء قلنا سنة أو فرض كفاية إلا من عذر عام أو خاص
Fasl: Tiada Keringanan untuk Meninggalkan Solat Jama’ah sama ada kita katakan ia sunat atau fardhu kifayah melainkan kerana uzur ‘aam atau khaass.

AQIDAH AL-imam al-Shafiei r.a.

Dalam mentakrifkan iman beliau berkata,

أخرج ابن عبد البر عن الربيع قال : ( سمعت الشافعي يقول : (( الإيمان قول وعمل واعتقاد بالقلب ألا ترى قول الله عز وجل : [ وما كان الله ليضيع إيمانكم ] يعني صلاتكم إلى بيت المقدس فسمى الصلاة إيمانا وهي قول وعمل وعقد ))

Iman ialah kata-kata (lafaz), amal dan i’tiqad dalam hati. Tidakkah kamu lihat firman Allah ‘azza wa jall, “…dan tidaklah ALlah mennsia-siakan iman kamu (al-Baqarah)  iaitu solat mengadap Bayt al-Maqdis. Maka Dia menamakan solat sebagai iman iaitu qawl, amal dan aqidah.

Aqidah dan Ma’rifat Allah

وأورد ابن القيم في اجتماع الجيوش عن الشافعي أنه قال : (( القول في السنة التي أنا عليها ورأيت أصحابنا عليها أهل الحديث الذين رأيتهم وأخذت عنهم مثل سفيان ومالك وغيرهما الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وأن الله تعالى على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء ))

al-Imam al-Shafi’ei r.a. berkata, “Aqidah sunnah yang saya pegang dan yang saya lihat dipegang oleh Ahli Hadith yang saya ambil ilmu dari mereka spt Sufyan dan Malik dan selain keduanya ialah: iqrar dengan  syahadah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad saw Rasul Allah dan Allah Ta’ala di atas ArasyNya di atas langitnya, Dia datang dekat kepada mahlukNya sebagaimana yang Dia kehendaki.”

Terdapat 1000 dalil mensabitkan ketinggian Allah SWT di atas Arasy.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: