Ustazah Nikah Lelaki Penzina
SOALAN
Akm, saya ada seorang sepupu perempuan, lepasan tahfiz (juga ijazah usuluddin) dan telah bertunang dengan seorang lelaki pilihan keluarga. Keduanya telah saling menyayangi. Setelah setahun bertunang, dia mendapat tahu tunangnya pernah berzina. Sekarang dia bingung samada ingin meneruskan pertunangan atau membatalkan. Apa pandangan ustaz?
Nada
Pontianak, Johor.
JAWAPAN.
Antara syarat nikah yang berkat ialah nikah dengan pasangan yang sekufu. Seorang lelaki zina tidaklah sekufu dengan seorang hafizah al-Quran dan pemegang Ijazah Usuluddin. Perlu difikirkan, bagaimana anak yg dingini kelak. Bolehkah anak-anak menjadi solih dan hafiz sekiranya bapanya seorang penzina.
Setengah ulama’ mengatakan perempuan salihah ‘afifah (suci) sekiranya berkahwin dengan lelaki zina (fasiq), maka nikah itu tidak sah berdasarkan zahir ayat 3, surah al-Nur, juz 18
“Penzina lelaki tidak (halal dan tidak sah) bernikah melainkan dengan seorang penzina wanita atau seorang musyrikah…dan penzina wanita tidak boleh bernikah dengannya melainkan penzina lelaki atau musyrik. Dan diharamkan itu ke atas orang2 beriman.” (Surah al-Nur :3)
Berkahwin dengan orang fasiq bermakna memutuskan silaturrahim dan memutuskan hubungan dengan Allah. Oleh itu, hendaklah pertunangan itu diputuskan dan mencari lelaki yang salih dan sekufu.
Sekiranya seorang suami atau isteri berzina, maka aqad nikah menjadi batal dan pasangan itu akan tercerai dengan sendirinya. Wassalam.