Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Nikah Dengan Niat Cerai

SOALAN
Akm wbt,

Saya berumur 35thn, beristeri dan 2 org anak.
2 thn lepas saya berkenalan dgn gadis (skrg 30 thn), dinamakan miss k. setelah
beberapa kali mencuba, miss k mula menyukai saya, walaupun dia tahu dah
berkeluarga. pada mulanya bertanya samada saya serius dgn dia (berniat
utk kawin) dan saya menjawab “ya”, walaupun di dlm hati sebenarnya tidak.
saya sangka hanya bergurau dan dia sebnarnya hanya suka2 berkawan rapat
. hubungan kami semakin intim, sehingga telah menghampiri bahaya
(nauzubillah) .

mengenai ms k:
– anak sulung, harapan keluarga
– sgt bijak, pandai, hati baik, cantik walaupun luaran nampak agak sosial
– dakwa dirinya rosak sbb saya
– dia mahu saya kawini dia . dia rasa dirinya dah
tak boleh terima orang lain dalam hidup
– ada lelaki suami orang ajak kawin (direstui isteri), tetapi menolak
kerana rasa diri dah terlalu cinta
– tak akan maafkan saya selamanya, ugut doakan kemusnahan diri saya,
dan semua perempuan yang hadir dlm hidup (adik, anak, dsb)
– tak akan kawin dgn org lain selain saya
– sgt cintakan dan sayang saya, walaupun selalu dimarahi oleh saya.
. selalu
ingin berjumpa sekali seminggu
– ia tau ia salah, tapi tak boleh lawan perasaan.
– agak mustahil dpt izin utk kawin dgn suami org

mengenai fikiran & hati saya, mr.X:
– seblm dan selepas kawin, saya suka mencari keseronokan di luar, tapi
tidak sapai ke tahap zina
– sekarang pressure miss.k ajak kawin, isteri saya pun dah tahu hubungan ini
– saya teruskan hubungan dgn miss k kerana sangka dia hanya suka2, kerana
miss k pernah menjalinkan hubungan dgn lelaki lain semasa masih bersama
saya. saya x pasti sejauh mana hubungan itu. bila hubungan gagal, miss k
fokus pada saya sahaja
– isteri x tahu saya x terlanjur dgn miss.k (tapi ms.k dakwa
kami telah terlanjur)
– isteri minta saya tinggalkan miss.k, sbb tak mahu bermadu. if bercerai,
isteri mahukan semua anak
– rasa kesian sgt kat isteri. mulai insaf akan diri sendiri, bila
pikir pasal anak & isteri.
– sbb itu ambik keputusan nak lari dari ms.k
– terpikir utk kawin dgn ms.k, kemudian ceraikan dia, ataupun layan
dia dgn buruk
– dulu doakan pintu hati ms.k tertutup utk saya. pernah jumpa beberapa
org bomoh berasaskan agama supaya ms.k lupakan saya, demi keluarga saya
– sekarang berdoa agak Allah beri petunjuk. tetapi apakah doa akan
dimakbulkan selagi saya tak bertaubat?

saya
terpaksa ceritakan untuk mendapat pandangan sebelum keputusan muktamad
saya perlu buat secepat mungkin. ia juga sebagai pengajaran kepada
kaum lelaki terutama suami supaya jangan lakukan seperti saya. saya
telah hancurkan hati seorang gadis, keluarganya, isteri saya, dan
orang sekeling kami bertiga

saya sedar, dan insaf. saya telah hancurkan hati seorang gadis, dan
hati isteri & anak2

persolannya:
1- wajibkah saya mengawini ms k?
2- jika kawin, apa hukum jika saya berniat nak ceraikan dia secepat mungkin?
3- jika isteri mintak cerai kerana tidak mahu dimadukan, dari sudut
agama, siapa perlu saya pilih antara ms. k & isteri? saya sayangkan
anak2 dan isteri
4-perlukah ceritakan segalanya kepada isteri? sbb isteri tak paham
kenapa saya nak kawin 2, padahal kerana terpaksa

sekian,
salam.

JAWAPAN

Bismillah, amma ba`d. Perkara ini amat rumit dan sgt kerap berlaku. Kami telah melihat perkara spt ini dengan mata kepala.
1.Pertama bertaubat. Wajib bertanggungkawab terhadap miss k, tidak semestinya dengan mengahwininya, sekurg2nya dgn membayar harga mahar atau separuh mahar kerana beberapa ketelanjuran yg berlaku., serta meminta maaf. Rujuk kisah sahabat penjual tamar yang menodai pelanggan wanitanya (memeluk, mencium dan meraba seluruh tubuh), tetapi Nabi saw tidak mewajibkannya mengahwini wanita itu (Allahu a’lam).

2.Nikah saudara sekiranya mengahwininya adalah sah menurut ittifaq 4 mazhab (sesetgh Ulama Hanabilah mengatakan nikah dgn niat cerai tidak sah), tetapi berdosa kerana niat cerai satu bentuk tadlis (penyembunyian aib), khida’ (perdaya) dan ghish (tipu), serta zalim. (lihat Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, jld 2, Lubnan: Dar al-Fikr). Sesetgh ulama’ spt al-Imam al-Awza’ei mengatakan nikah dgn niat cerai adalah mut`ah yg diharamkan. Ia adalah satu kezaliman yg haram (walau sah). Sebaiknya kahwini ia dgn niat membina keluarga (niat kekal spjng hayat) sekiranya mampu dari segi seksual dan keadilan. Sekiranya ‘kuasa kuda’ hanya sekali sebulan atau hanya untuk ‘melepaskan geram’, maka itu seumpama nikah batil atau mut’ah, lebih baik tidak diteruskan.

3. Isteri tidak halal meminta cerai (kecuali apabila suami sabit berzina). Pilihlah isteri dan anak2 kalau tidak mampu berlaku adil kepada dua isteri.

4.Maksiat tidak harus diceritakan menurut hukum asal. Isteri tidak perlu tahu mengapa suaminya ingin berkawin lagi.

5. Yang kami pilih bagi saudara yg bertanya ialah, TIDAK berkahwin dengan kekasih itu kerana hakikat nikah itu BATIL, dan tidak memenuhi maqasid perkahwinan meliputi keadilan, kasih sayang, pergaulan yang ma`ruf, membina keluarga (dengan niat kekal niyyat al-ta’bid), melahirkan zuriat dan pendidikan anak2.
Nikah itu hakikatnya batil, buktinya kata2 saudara ,.”saya menjawab “ya”, walaupun di dlm hati sebenarnya tidak.”, “sbb isteri tak paham
kenapa saya nak kawin 2, padahal kerana terpaksa…”, “terpikir utk kawin dgn miss.k, kemudian ceraikan dia, ataupun layan
dia dgn buruk…”, (!?), “…sgt cintakan dan sayang saya, walaupun selalu dimarahi & pernah
dipukul oleh saya. dia rasakan dia dah jadi hamba saya kerana apa yg
telah saya buat kat dia..”

Sekiranya berkahwin, maka diyakini lebih banyak kerosakan berlaku dari kebaikan. Ini hampir pasti kerana nikah itu tiada keikhlasan. Ada pun rasa takut si kekasih mjd ‘gila’ (kononnya), itu hanyalah khayalan dan ilusi yg tidak mjd asas dan hujah dalam syariah. (Zahir ayat saudara menunjukkan tidak yaqin dapat berlaku adil – ini bukti haram-,. Selain itu mampukah melayan isteri dara itu nanti 7 malam berturut2? walau tidak wajib jima’ 7 malam berturut-turut, tetap sunat jima’ 7 malam berturut2)

Yg patut dan sesuai berkahwin dgn wanita itu hanyalah lelaki yang mengahwininya dengan ikhlas membina keluarga (bukan terpaksa) dengan niat ta’bid (kekal). Dari Ibn ‘Abbas r.a., Rasulullah saw bersabda, “Tiada sah nikah melainkan nikah kerana suka (nikah raghbah), bukan dilsah (tipu, niat cerai).” HR ABu Ishaq al-Jawjazani.
Oleh itu, jelas, nikah (dalam keadaan spt ini) adalah haram atau makruh, batil, rosak dan berdosa.

wassalam

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: