Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Siswa Nikah Koboi Dikira Zina?

Para siswa yang bernikah sesama sendiri dengan aqad, jurunikah, saksi dari kalangan mereka tidak patut dianggap zina. Khasnya sekiranya mereka mempunyai mahar mithl. Sekiranya nikah mut`ah, nikah hanafi, nikah siam tidak patut dianggap zina kerana shubhat al-khilaf, maka begitu juga nikah para siswa tersebut. La inkar fi al-khilaf.

Oleh itu, menjatuhkan hukuman zina terhadap mereka adalah salah. Mereka tidak patut disamakan dengan para penzina, kerana wujudnya aqad dan saksi, jurunikah (walau tidak bertauliah) dan mahar (sekiranya ada). Jelas, mereka tidak berniat untuk berzina, tetapi berniat nikah (walau tidak tepat dan niat mrk boleh diragui) dan tidak menepati enakmen majlis agama.

Persetubuhan mereka boleh disebut sebagai wati’ shubhah (persetubuhan yang mengelirukan) dan tersalah. Pernikahan mereka boleh dikira termasuk dalam nikah-nikah batil, yang patut dibatalkan dan diaqadkan semula (tashih al-‘aqd) tanpa memanjangkan lagi cerita dan kes. Ingat! Nikah yang batil bukan bermakna zina. Sekiranya mengandung, maka anak dinasabkan kepada bapanya mengikut ittifaq 4 mazhab. Benar, mereka boleh dikenakan hukum ta’zir kerana menyalahi imam (pemerintah dan enakmen negeri).

Tetapi untuk menyamakan perbuatan mereka dengan zina, itu amat bahaya dan melampaui batas! Hanya mufti gila dan bodoh yang sangat cepat menghukum (qazf) sedemikian seolah2 tidak pernah mempelajari khilaf 4 mazhab atau fiqh 13 mazhab Islam atau seolah tidak tahu menghormati dan meraikan khilaf. Dalam hadith riwayat al-Imam al-Tirmidhi, Rasulullah saw bersabda, “Mana-mana nikah tanpa izin wali, maka nikahnya batil. Sekiranya ia (pengantin lelaki) telah menyetubuhinya, maka baginya (pengantin perempuan) mahr kerana ia telah menghalalkan farajnya.”

Jelas, bahawa Nabi mewajibkan mahr bagi nikah batil (bukan zina) dan baginda saw tidak mengatakan “ini ZINA!”…

Perkara ini perlu diselesaikan dengan berhemah, segera dan secara halus. Berhati-hatilah dari tuduhan zina (qazf). Tuduhan zina amatlah berat, yakni pensabitan mesti jelas tanpa sebarang syubhah.! Ingatlah Hadith “Idra’u al-hudud bi al-shubuhat.”

“Pemerintah sekiranya tersalah dalam memaafkan pesalah, lebih baik dari menghukum orang yang tidak sabit bersalah.” HR al-Tirmidhi.

Siswa tersebut tidak patut didakwa di bawah kesalahan Persetubuhan Haram sebagaimana yang dikenakan terhadap tiga pesalah wanita (Genting Highland) yang dihukum sebat pada 9 Feb 2010, mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah.

Majlis agama dan mahkamah sebolehnya melepaskan muslimin muslimat dari disabitkan bersalah, selagi ada jalan untuk mereka dilepaskan.

Kami berdoa Semoga umat sentiasa berada dalam Sunnah dan mengikuti ijtihad para imam mujtahid yang mu`tabar serta menghormati khilaf. Wassalam.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: