Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Al-Hafiz al-kabir al A’mash

Nama, Sulayman ibn Mihran al-Asadi al-A`mash al-Kufi, seorang tabi`ei, abid, hafiz dunia, zahid dan wara’.

Seorang ‘afif, zahid, abid dan wara’

‘Isa ibn Yunus berkata, Tidak kami lihat pada zaman ini seperti al-A’mash (dari segi hafazan hadith, zuhud dan wara’). Walau al-A`mash hidup faqir memerlukan dirham, beliau tidak pernah mempedulikan orang2 kaya dan para pemerintah di dalam majlisnya. Mereka dihinakan, tidak dilayan, tidak dibenarkan masuk ke dalam rumahnya dan hanya mendengar hadith dari jauh.!

Ini kerana bersikap lunak dan tawadhu’ kepada orang-orang kaya termasuk perbuatan keji. Ada ulama tafsir mentafsirkan ayat dalam al-Kahfi, 28, “…dan jangan kamu taati orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari zikr Kami (mengingati Kami dan Kitab Kami) dan mengikuti hawanafsunya…”, maksudnya ialah orang2 kaya, yakni ; jangan kamu taati orang2 kaya.

Pemerintah dan org2 kaya biasanya sombong, bakhil, tidak beragama, tiada sifat wara’, memakan dan memperolehi harta dengan jalan haram dan syubhah. Cenderung kepada mereka itu membawa ke neraka Jahannam. Berkata al-Imam al-Hasan al-Basri, “Bersikap keras dan tegas terhadap orang fasiq adalah ibadah.!”

Ahli hadith mengatakan bahawa tawadhu’ kepada orang kaya menghancurkan 2/3 agama. Al-Imam Ibn al-Mubarak ditanya, “Apa itu sifat tawadhu’?”. Ibn al-Mubarak menjawab, “Takabbur terhadap orang2 kaya.!”
Sufayn al-Thawri berkata, “Sekiranya lamu melihat orang alim mendatangi pemerintah atau orang kaya, maka raguilah agamanya.” Subhanallah!

Ini benar. Merendah diri kepada orgkaya dan berpangkat bermakna menghambakan diri kepada mereka, meminta2 dari mereka, mengharapkan wang mereka, mengakui kezaliman mereka, diam dari kemungkaran mereka. Apa lagi yang berbaki dari agama seseorang itu kalau beginilah sikapnya. Di mana sifat zuhud terhadap dunia dan zuhud terhadap harta orang lain. Mati agama dan kebenaran. Astaghfirullah.

Seorang alim sedang makan roti kering dengan air sejuk dan garam. Datang seorang pegawai raja kepadanya lalu berkata, “Sekiranya tuan menjadi hamba raja (bekerja dengan raja : pemerintah), tidak perlu makan seperti ini.” Alim menjawab, “Sekiranya redha makan seperti ini, tidak perlu menjadi hamba raja.!”
Inilah alim yang bebas merdeka, lidahnya lancar menegur munkar, berani memperkatakan kebenaran, tidak pengecut dan dayus seperti ulama su’ di kalangan ulama’ dunia.

Berkata Sufyan al-Thawri, Sekiranya kamu melihat al-A’mash, kamu akan berkata, kasihan, ini orang miskin.

Wara’, ‘alim dan ‘abid

Berkata Waki’ ibn al-Jarrah, “Selama 70 tahun Al-A`mash hampir-hampir tidak pernah terlepas dari takbir pertama. Saya belajar darinya selama hamper 70 tahun, tidak pernah saya lihat beliau mengqadha’ walau satu rakaat.

Yahya ibn Sa`id al-Qattan berkata, “al-A’mash termasuk dari kalangan nussak (orang yg sangat kuat beribadat), memelihara solat jamaah di saff pertama. Beliau adalah ‘allamah al-Islam.”

Pengajaran bagi Murid yang Degil dan Biadab

Al-Imam al-A’mash pernah marah kepada ahli-ahli hadith yang biadab lalu menutup pintu rumahnya selama sebulan sebagai pengajaran kepada mereka. Adakalanya sikap seperti ini memang patut kerana sifat degil, bodoh dan biadab para penuntut ilmu. Ada yang dataang untuk tidur, kerap ponteng, tidak mahu khidmat, suka bertanya umur guru, memanggil nama guru dengan sebutan (kau; kamu; anta), tidak memberi salam ketika berjumpa guru (apalagi menjabat tangan guru dan mencium), buruksangka kepada guru, mengumpat guru, mencela guru di depan khalayak, menyindir, membandingkan guru lain dihadapannya dan lain-lain. Inilah yang kerap berlaku. Bahkan ada yang belajar tafsir al-Quran selama 5 tahun dari seorang alim, tetapi tidak pernah mengucapkan terima kasih! Sebaliknya mengkritik dan memburuk2kan guru tafsirnya itu! Penuntut ilmu seperti itu lebih buruk dari anjing dan keldai.

Antara sifat tawadhu’nya ia berkata, “Apabila aku mati , aku hanya layak dikebumikan di lubang tahi. Apabila aku mati, janganlah diumumkan. Segeralah letak aku di dalam lahadku.”

Al-A’mash sempat melihat beberapa orang sahabat r.a. Beliau sempat melihat Anas ibn Malik r.a. dan mendengar Anas membaca al-Quran tetapi tidak sempat meriwayatkan hadith darinya. Beliau mengirsalkan hadith dari Ibn Abi Awfa r.a.

Antara imam-imam mujtahid yang mengambil hadith dari beliau ialah Shu`bah ibn al-Hajjaj, Sufyan al-Thawri, Waki’, Abu Hanifah dan ramai lagi.

Al-A’mash dilahirkan pada tahun al-Husayn ibn ‘Ali r.a. dibunuh iaitu pada ‘Ashura’ tahun 60H. wafat pada tahun 148H ketika berumur 88 tahun.

Lihat: Al-Imam Ibn al-Jawzi, Sifat al-Safwah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jld 3, ms 77.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: