Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “February 20, 2010”

Siswa Nikah Koboi Dikira Zina?

Para siswa siswi yang bernikah sesama sendiri dengan aqad, jurunikah, saksi dari kalangan mereka tidak patut dianggap zina. Khasnya sekiranya mereka mempunyai mahar mithl. Sekiranya nikah mut`ah, nikah hanafi, nikah siam tidak patut dianggap zina kerana shubhat al-khlaf, maka begitu juga nikah para siswa tersebut.

Oleh itu, hukuman zina terhadap mereka adalah salah.
Sekiranya dilaksanakan hukum hudud, mereka tidak dihudud, bahkan dita’zir sahaja.

Kahwin lari.
SOALAN
akmwbt, Saya dan pasangan adalan student IPTA..kami mmpunyai keinginan yg besar untuk berkahwin utk mngelakkan zina..kami saling mencintai antara satu sama lain.bolehkah kami bernikah di thailand tanpa wali?dan jika pernikahan kami telah didaftarkan di malaysia,kemudian apabila kami sudah bekerja dan mahu bernikah semula untuk memberitahu keluarga dan rakan2 adakah boleh untuk bernikah sekali lagi?
JAWAPAN
Tiada dalil membenarkan kahwin lari. Tiada dalil menujukkan kahwin lari adalah sah. Adapun Nikah Tahkim dalam mazhab shafiei adalah nikah menggunakan alim yan salih sebagai wali bg perempuan yang berjauhan dgn walinya melebihi 2 marhalah (lebih kurg 91 km), bukan bermaksud kahwin lari.
Kamu mesti bekerja kemudian meminta tangan kekasih kamu dari ayahnya atau abangnya. Kedua2 pihak isi borang dan kemudian berkahwin. Mudah. Tidak perlu ke thailand.
Berbeza dengan situasi sekiranya telah meminang lalu ditolak tanpa alasan munasabah, ketika itu sekirany kahwin di thai, kamu akan kembali ke malaysia dgn menghadapi bermacam2 masalah undang2.

Siswa Nikah Koboi Dikira Zina?

Para siswa yang bernikah sesama sendiri dengan aqad, jurunikah, saksi dari kalangan mereka tidak patut dianggap zina. Khasnya sekiranya mereka mempunyai mahar mithl. Sekiranya nikah mut`ah, nikah hanafi, nikah siam tidak patut dianggap zina kerana shubhat al-khilaf, maka begitu juga nikah para siswa tersebut. La inkar fi al-khilaf.

Oleh itu, menjatuhkan hukuman zina terhadap mereka adalah salah. Mereka tidak patut disamakan dengan para penzina, kerana wujudnya aqad dan saksi, jurunikah (walau tidak bertauliah) dan mahar (sekiranya ada). Jelas, mereka tidak berniat untuk berzina, tetapi berniat nikah (walau tidak tepat dan niat mrk boleh diragui) dan tidak menepati enakmen majlis agama.

Persetubuhan mereka boleh disebut sebagai wati’ shubhah (persetubuhan yang mengelirukan) dan tersalah. Pernikahan mereka boleh dikira termasuk dalam nikah-nikah batil, yang patut dibatalkan dan diaqadkan semula (tashih al-‘aqd) tanpa memanjangkan lagi cerita dan kes. Ingat! Nikah yang batil bukan bermakna zina. Sekiranya mengandung, maka anak dinasabkan kepada bapanya mengikut ittifaq 4 mazhab. Benar, mereka boleh dikenakan hukum ta’zir kerana menyalahi imam (pemerintah dan enakmen negeri).

Tetapi untuk menyamakan perbuatan mereka dengan zina, itu amat bahaya dan melampaui batas! Hanya mufti gila dan bodoh yang sangat cepat menghukum (qazf) sedemikian seolah2 tidak pernah mempelajari khilaf 4 mazhab atau fiqh 13 mazhab Islam atau seolah tidak tahu menghormati dan meraikan khilaf. Dalam hadith riwayat al-Imam al-Tirmidhi, Rasulullah saw bersabda, “Mana-mana nikah tanpa izin wali, maka nikahnya batil. Sekiranya ia (pengantin lelaki) telah menyetubuhinya, maka baginya (pengantin perempuan) mahr kerana ia telah menghalalkan farajnya.”

Jelas, bahawa Nabi mewajibkan mahr bagi nikah batil (bukan zina) dan baginda saw tidak mengatakan “ini ZINA!”…

Perkara ini perlu diselesaikan dengan berhemah, segera dan secara halus. Berhati-hatilah dari tuduhan zina (qazf). Tuduhan zina amatlah berat, yakni pensabitan mesti jelas tanpa sebarang syubhah.! Ingatlah Hadith “Idra’u al-hudud bi al-shubuhat.”

“Pemerintah sekiranya tersalah dalam memaafkan pesalah, lebih baik dari menghukum orang yang tidak sabit bersalah.” HR al-Tirmidhi.

Siswa tersebut tidak patut didakwa di bawah kesalahan Persetubuhan Haram sebagaimana yang dikenakan terhadap tiga pesalah wanita (Genting Highland) yang dihukum sebat pada 9 Feb 2010, mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah.

Majlis agama dan mahkamah sebolehnya melepaskan muslimin muslimat dari disabitkan bersalah, selagi ada jalan untuk mereka dilepaskan.

Kami berdoa Semoga umat sentiasa berada dalam Sunnah dan mengikuti ijtihad para imam mujtahid yang mu`tabar serta menghormati khilaf. Wassalam.

Al-Hafiz al-kabir al A’mash

Nama, Sulayman ibn Mihran al-Asadi al-A`mash al-Kufi, seorang tabi`ei, abid, hafiz dunia, zahid dan wara’.

Seorang ‘afif, zahid, abid dan wara’

‘Isa ibn Yunus berkata, Tidak kami lihat pada zaman ini seperti al-A’mash (dari segi hafazan hadith, zuhud dan wara’). Walau al-A`mash hidup faqir memerlukan dirham, beliau tidak pernah mempedulikan orang2 kaya dan para pemerintah di dalam majlisnya. Mereka dihinakan, tidak dilayan, tidak dibenarkan masuk ke dalam rumahnya dan hanya mendengar hadith dari jauh.!

Ini kerana bersikap lunak dan tawadhu’ kepada orang-orang kaya termasuk perbuatan keji. Ada ulama tafsir mentafsirkan ayat dalam al-Kahfi, 28, “…dan jangan kamu taati orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari zikr Kami (mengingati Kami dan Kitab Kami) dan mengikuti hawanafsunya…”, maksudnya ialah orang2 kaya, yakni ; jangan kamu taati orang2 kaya.

Pemerintah dan org2 kaya biasanya sombong, bakhil, tidak beragama, tiada sifat wara’, memakan dan memperolehi harta dengan jalan haram dan syubhah. Cenderung kepada mereka itu membawa ke neraka Jahannam. Berkata al-Imam al-Hasan al-Basri, “Bersikap keras dan tegas terhadap orang fasiq adalah ibadah.!”

Ahli hadith mengatakan bahawa tawadhu’ kepada orang kaya menghancurkan 2/3 agama. Al-Imam Ibn al-Mubarak ditanya, “Apa itu sifat tawadhu’?”. Ibn al-Mubarak menjawab, “Takabbur terhadap orang2 kaya.!”
Sufayn al-Thawri berkata, “Sekiranya lamu melihat orang alim mendatangi pemerintah atau orang kaya, maka raguilah agamanya.” Subhanallah!

Ini benar. Merendah diri kepada orgkaya dan berpangkat bermakna menghambakan diri kepada mereka, meminta2 dari mereka, mengharapkan wang mereka, mengakui kezaliman mereka, diam dari kemungkaran mereka. Apa lagi yang berbaki dari agama seseorang itu kalau beginilah sikapnya. Di mana sifat zuhud terhadap dunia dan zuhud terhadap harta orang lain. Mati agama dan kebenaran. Astaghfirullah.

Seorang alim sedang makan roti kering dengan air sejuk dan garam. Datang seorang pegawai raja kepadanya lalu berkata, “Sekiranya tuan menjadi hamba raja (bekerja dengan raja : pemerintah), tidak perlu makan seperti ini.” Alim menjawab, “Sekiranya redha makan seperti ini, tidak perlu menjadi hamba raja.!”
Inilah alim yang bebas merdeka, lidahnya lancar menegur munkar, berani memperkatakan kebenaran, tidak pengecut dan dayus seperti ulama su’ di kalangan ulama’ dunia.

Berkata Sufyan al-Thawri, Sekiranya kamu melihat al-A’mash, kamu akan berkata, kasihan, ini orang miskin.

Wara’, ‘alim dan ‘abid

Berkata Waki’ ibn al-Jarrah, “Selama 70 tahun Al-A`mash hampir-hampir tidak pernah terlepas dari takbir pertama. Saya belajar darinya selama hamper 70 tahun, tidak pernah saya lihat beliau mengqadha’ walau satu rakaat.

Yahya ibn Sa`id al-Qattan berkata, “al-A’mash termasuk dari kalangan nussak (orang yg sangat kuat beribadat), memelihara solat jamaah di saff pertama. Beliau adalah ‘allamah al-Islam.”

Pengajaran bagi Murid yang Degil dan Biadab

Al-Imam al-A’mash pernah marah kepada ahli-ahli hadith yang biadab lalu menutup pintu rumahnya selama sebulan sebagai pengajaran kepada mereka. Adakalanya sikap seperti ini memang patut kerana sifat degil, bodoh dan biadab para penuntut ilmu. Ada yang dataang untuk tidur, kerap ponteng, tidak mahu khidmat, suka bertanya umur guru, memanggil nama guru dengan sebutan (kau; kamu; anta), tidak memberi salam ketika berjumpa guru (apalagi menjabat tangan guru dan mencium), buruksangka kepada guru, mengumpat guru, mencela guru di depan khalayak, menyindir, membandingkan guru lain dihadapannya dan lain-lain. Inilah yang kerap berlaku. Bahkan ada yang belajar tafsir al-Quran selama 5 tahun dari seorang alim, tetapi tidak pernah mengucapkan terima kasih! Sebaliknya mengkritik dan memburuk2kan guru tafsirnya itu! Penuntut ilmu seperti itu lebih buruk dari anjing dan keldai.

Antara sifat tawadhu’nya ia berkata, “Apabila aku mati , aku hanya layak dikebumikan di lubang tahi. Apabila aku mati, janganlah diumumkan. Segeralah letak aku di dalam lahadku.”

Al-A’mash sempat melihat beberapa orang sahabat r.a. Beliau sempat melihat Anas ibn Malik r.a. dan mendengar Anas membaca al-Quran tetapi tidak sempat meriwayatkan hadith darinya. Beliau mengirsalkan hadith dari Ibn Abi Awfa r.a.

Antara imam-imam mujtahid yang mengambil hadith dari beliau ialah Shu`bah ibn al-Hajjaj, Sufyan al-Thawri, Waki’, Abu Hanifah dan ramai lagi.

Al-A’mash dilahirkan pada tahun al-Husayn ibn ‘Ali r.a. dibunuh iaitu pada ‘Ashura’ tahun 60H. wafat pada tahun 148H ketika berumur 88 tahun.

Lihat: Al-Imam Ibn al-Jawzi, Sifat al-Safwah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jld 3, ms 77.

al-A`mash Hafiz al-Dunya

Al-Hafiz al-Kabir al-Imam Sulayman al A’mash

Nama: Sulayman ibn Mihran al-Asadi al-A`mash al-Kufi (w148H), seorang tabi`ei, abid, qari’, mufassir, hafiz dunia, zahid dan wara’.

al-A’mash adalah tokoh hafiz al-Quran dan salah seorang imam qiraat (al-muqri’).

‘Isa ibn Yunus berkata, Tidak kami lihat pada zaman ini seperti al-A’mash (dari segi hafazan hadith, zuhud dan wara’). Walau al-A`mash hidup faqir memerlukan dirham, beliau tidak pernah mempedulikan orang2 kaya dan para pemerintah di dalam majlisnya. Mereka dihinakan, tidak dilayan, tidak dibenarkan masuk ke dalam rumahnya dan hanya mendengar hadith dari jauh.!

Ini kerana bersikap lunak dan tawadhu’ kepada orang-orang kaya termasuk perbuatan keji. Ada ulama tafsir mentafsirkan ayat dalam al-Kahfi, ayat 28,  “…dan jangan kamu taati orang yang telah kami lalaikan hatinya dari zikr Kami (mengingati Kami dan Kitab Kami) dan mengikuti hawanafsunya…”, maksudnya ialah orang2 kaya, yakni ; jangan kamu taati orang2 kaya.

Pemerintah dan org2 kaya biasanya sombong, tidak beragama, tiada sifat wara’, memakan dan memperolehi harta dengan jalan haram dan syubhah. Cenderung kepada mereka itu membawa ke neraka Jahannam. (Surah Hud: 113). Berkata al-Imam al-Hasan al-Basri, “Bersikap keras dan tegas terhadap orang fasiq adalah ibadah.!”

Ahli hadith mengatakan bahawa tawadhu’ kepada orang kaya menghancurkan 2/3 agama. Al-Imam Ibn al-Mubarak ditanya, “Apa itu sifat tawadhu’ ?”. Ibn al-Mubarak menjawab, “Takabbur terhadap orang2 kaya.!” (berpangkat).

al-Imam Sufyan al-Thawri berkata, “Sekiranya lamu melihat orang alim mendatangi pemerintah atau orang kaya, maka raguilah agamanya.” Subhanallah!

Ini benar. Merendah diri kepada org kaya dan berpangkat bermakna menghambakan kepada mereka, meminta2 dari mereka, mengharapkan wang mereka, mengakui kezaliman mereka, diam dari kemungkaran mereka. Apa lagi yang berbaki dari agama seseorang itu kalau beginilah sikapnya. Di mana sifat zuhud terhadap dunia dan zuhud terhadap harta orang lain. Mati agama dan kebenaran. Astaghfirullah.

Seorang alim sedang makan roti kering dengan air sejuk dan garam. Datang seorang pegawai raja kepadanya lalu berkata, “Sekiranya tuan menjadi hamba raja (bekerja dengan raja : pemerintah), tidak perlu makan seperti ini.” Alim menjawab, “Sekiranya redha makan seperti ini, tidak perlu menjadi hamba raja.!”

Inilah alim yang bebas merdeka, nasihatnya tepat lagi jujur, lidahnya lancar menegur munkar, berani memperkatakan kebenaran, tidak pengecut dan dayus seperti ulama su’ di kalangan ulama’ dunia.

Berkata Sufyan al-Thawri, “Sekiranya kamu melihat al-A’mash, kamu akan berkata, kasihan, ini orang miskin.”

Berkata Waki’ ibn al-Jarrah, “Selama 70 tahun Al-A`mash hampir-hampir tidak pernah terlepas dari takbir pertama. Saya belajar darinya selama hampir 70 tahun, tidak pernah saya lihat beliau mengqadha’ walau satu rakaat.”

Yahya ibn Sa`id al-Qattan berkata, “al-A’mash termasuk dari kalangan nussak (orang yg sangat kuat beribadat), memelihara solat jamaah di saff pertama. Beliau adalah ‘allamah al-Islam.”

Pengajaran untuk Murid yang Biadab.

Al-Imam al-A’mash pernah marah kepada ahli-ahli hadith yang biadab lalu menutup pintu rumahnya selama sebulan sebagai pengajaran kepada mereka. Adakalanya sikap seperti ini memang patut kerana sifat degil, bodoh dan biadab para penuntut ilmu. Ada yang dataang untuk tidur, kerap ponteng, tidak mahu khidmat, suka bertanya umur guru, memanggil nama guru dengan sebutan (kau; kamu; anta), tidak memberi salam ketika berjumpa guru (apalagi menjabat tangan guru dan mencium), buruksangka kepada guru, mengumpat guru, mencela guru di depan khalayak, menyindir, membandingkan guru lain dihadapannya dan lain-lain. Inilah yang kerap berlaku. Bahkan ada yang belajar tafsir al-Quran selama 5 tahun dari seorang alim, tetapi tidak pernah mengucapkan terima kasih! Sebaliknya mengkritik dan memburuk2kan guru tafsirnya itu! Penuntut ilmu seperti itu lebih buruk dari anjing dan keldai.

Antara sifat tawadhu’nya ia berkata, “Apabila aku mati , aku hanya layak dikebumikan di lubang tahi. Apabila aku mati, janganlah diumumkan.  Segeralah letak aku di dalam lahadku.”

Al-A’mash sempat melihat beberapa orang sahabat r.a. Beliau sempat melihat Anas ibn Malik r.a. dan mendengar Anas membaca al-Quran tetapi tidak sempat meriwayatkan hadith darinya. Beliau mengirsalkan hadith dari Ibn Abi Awfa r.a.

Antara imam-imam mujtahid yang mengambil hadith dari beliau ialah Shu`bah ibn al-Hajjaj, Sufyan al-Thawri, Waki’, Abu Hanifah dan ramai lagi.

Al-A’mash dilahirkan pada tahun al-Husayn ibn ‘Ali r.a. dibunuh iaitu pada ‘Ashura’ tahun 60H. wafat pada tahun 148H ketika berumur 88 tahun.

Lihat: Al-Imam Ibn al-Jawzi, Sifat al-Safwah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jld 3, ms 77.

Post Navigation