Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “February 5, 2010”

Awas ! Agama Bahai Di Perak

Agama bahai adalah agama palsu, sesat dan kafir. Ahmad Baha’ullah adalah Nabi palsu. Berasal dari Parsi, Iran, muncul pada abad ke -19.

Zahirnya spt Islam, spt ada solat Maghrib dan mempunyai masjid. Agama ini dicipta oleh Yahudi dan terdapat Markaz Bahai di Israel.

Bagaimana Menyebut Nama Rakan

SOALAN

Bagaimana menyebut dan memanggil nama seseorang? Adakah dengan menyebut nama asalnya, nama glamornya, atau nama timangannya atau bagaimana? Apa pandangan Islam dalam perkara ini.

Sajidah, Desa Iskandar.

JAWAPAN

Memanggil seseorang ialah dengan memanggil nama yang paling disukainya, bukan dengan nama asal atau gelaran yang tidak disukainya. Boleh jadi nama asalnya yg diberi oleh bapanya tidak ia sukai, maka haram memanggil dengan nama yang tidak disukainya.

Nama panggilan yang disukai itu juga mestilah mempunyai makna yang baik.

Dalam sirah, ramai para sahabat yang mempunyai lebih dari satu nama, dan Nabi saw bertanya kpd para sahabat apakah nama yang paling disukainya, lalu Baginda saw menggunakan nama tersebut.

Dalam hadith, “3 perkara yg menambahkan kasihsayang saudaramu, kamu memberi salam kpdnya apabila bertemu, menyambutnya dalam stp majlis (memberikan tempat duduk yg sesuai), dan kamu memanggilnya dengan nama yang ia paling sukai.”

Hadith Sahih, al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad.

Antara Pengurus dan Pemilik

Antara pengurus dan pemilik.

Ramai yang terkeliru antara pemilik dan pengurus. Kebanyakan pengurus dan pentadbir kerajaan perasan bahawa mereka ‘pemilik’ dan ini adalah kesilapan besar. Sebagaimana kebanyakan manusia tersilap apabila menganggap dirinya hamba kerajaaan (gov servant), bukan pekerja kerajaan (gov worker).

Pengurus hanyalah pemegang amanah, dan wakil (proxy), disebut dalam al-Quran dengan kalimah mustakhlaf (pengganti atau penyewa), bukan pemilik.

“Believe in God and His apostle, and spend (in charity) out of the (substance) whereof He has made you heirs. For, those of you who believe and spend (in charity),- for them is a great Reward.” (Surah al-Hadid: 57; ayat 07)

Timbul banyak masalah di dunia kerana kebanyakan pengurus menganggap dirinya pemilik mutlak lalu memperhambakan pekerja2nya, memarahi, mengherdik, menghina dan memperbodohkan mereka. Ini berpunca dari kesilapan tasawwur dan aqidah. Pengurus menganggap dirinya Tuhan (God) dan memakai sifat2 Tuhan yang dilarang dan diharamkan spt takabbur, membesarkan diri, angkuh, tidak menerima pandangan pekerja2, menganggap semua cadangan dan idea sbg melawan, menentang dan membangkang. Mencipta undang2dan peraturan2 sesuka hati mrk tanpa merujuk kpd Allah dan rasul (al-Quran dan al-Hadith). Ia meminta dari para pekerjanya ketaatan mutlak, seolah ia Allah atau Rasul.

Lebih menyedihkan ada pentadbir menganggap pekerja2 sebagai hamba, kuli, anjing, bukan manusia. Sahabat2 tidak dianggap sbg ‘rakan sekerja’ kerana mrk  ‘anjing2 suruhan.’ Terutama pentadbir yang telah tua, perempuan, bermentaliti rendah dan kurang ilmu agama. Ego mrk terlalu besar! Prejudice, berat sebelah, tiada timbang rasa, kasih sayang, lemah lembut, toleransi, dan tiada budibicara!!  Dalam Hadith, “Semoga Allah mengasihi orang yang bertimbangrasa ketika menjual, membeli dan menuntut hak.”

Oleh itu, mrk keluar dari ‘ubudiyyah (kehambaan), menaiki batas dan tahap uluhiyyah (ketuhanan). Ini adalah syirik yg amat bahaya , mengakibatkan kekal selama-lamanya dalam Api Neraka Jahannam.!!

Ingat hadith Nabi, “Setiap pemimpin yang menekan orang bawahannya adalah ahli Neraka Jahannam.”

Hatta harta yang dimiliki bukan milik mutlak manusia, bahkan milik Allah dan wajib diinfaq dijalanNya dan dizakatkan dengan nama Allah.

Ada pentadbir munafiq dan lebih kafir dari yahudi yang menghalang cuti rehat para pekerja. Sedangkan cuti rehat diiktiraf Allah, dan diperakui PBB.

Ingat! Pejabat, sekolah, university, kolej… bukan milik kamu dan bukan milik bapa kamu. Kamu bukan pemilik dan bukan tuhan. Kamu hanya pemegang amanah.

Awas! Agama Qadyani di Seri Iskandar

Awas! agama Qadyaniyyah di Seri Iskandar
Diasaskan oleh celaka Hindu Ghulam Ahmad Qadyani, berasal dari Qadyan, India. Di Malaysia, terdapat ramai juga orang Melayu menganut Qadyaniyyah. Antara prinsip qadyaniyyah sesat dan kafir ini ialah
1. Ahl Sunnah adalah kafir (kununnya).
2. Tidak ada jihad dalam Islam.
3. Tuhan itu berbangsa Inggeris
4. Syariah Islam tidak perlu, bahkan wajib dibuang. Solat 5 waktu tidak wujud. (Agama bahai ada satu solat iaitu solat maghrib).
5. Zina adalah halal, makan babi adalah halal.

2 Anugerah Yang Dikufuri

Dua Anugerah Allah Yang Tidak Disyukuri

Dari Mahmud ibn Labid ra, Nabi saw bersabda, “Dua perkara yang dibenci oleh anak Adam. Pertama kematian sedangkan kematian itu lebih baik dari fitnah (terjatuh ke dalam maksiat dan kekafiran). Kedua,   sedikit harta sedangkan sedikit harta lbh sedikit hisab di Akhirat.” Riwayaat al-Imam Ahmad dgn dua sanad, salah satu sanad adalah sanad sahih. Lihat al-Hafiz Nuruddin al-Haythami, Majma`al-Zawa’id, jld 10, ms 453.

Betapa ramai ulama yg terjatuh ke dlm fitnah hingga rosak agamanya, apalagi golongan awwam yang jahil. Ramai terjatuh ke daalam kekafiran, syrik khafiyy dan jaliyy, terpengaruh pemikiran2 bid`ah, mazhab2 sesat (spt mazhab fanatic perkauman secular), terikut pendakwah2 yg bodoh, abid2 jahil, ulama jahat, para dajjal dan pemimpin zalim, kafir atau munafiq. Betapa ramai manusia yg menjual agamanya demi mengejar dunia.

Fitnah juga bermakna murtad, huruhara perang, pembunuhan yang berleluasa dan maksiat yang berleluasa. Mati lebih baik dari terjatuh dalam kerosakan tersbut.

Hisab di Akhirat ialah selama 40 tahun iaitu sehari bersamaan 50,000 tahun di dunia, di tebing api Neraka Jahannam, berdiri di atas jari kaki, di bawah terik panas matahari 10 tahun, dalam keadaan telanjng, faqir, kulup, dan berkaki ayam. Hanya mukmin kamil (yg sempurna) dihisab pendek, iaitu yg melakukan semua perintah, meninggalkan semua larangan, hisabnya ringan seperti solat 2 atau 4 rakaat shj.

Hanya Allah tempat meminta pertolngan, hanya Dia shj dapat menyelamatkan.

Sedikit harta mengajar zuhud di dunia, lbh membantu utk beribadah, dan mengingati Akhirat. Sedikit harta mengajarkan bahawa dunia adalah untuk musuh2Nya, org2 bodoh dan jahat. (Dunia penjara mukmin dan syurga si kafir). Sedikit harta menyelamatkan di atas Titian Sirat!

Post Navigation