Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Amalan2 Yg Menyelamatkan Dari Azab Kubur

Kubur penentu syurga atau neraka

Berkata al-Imam Sufyan ibn Sa`id al-Thawri, “Sesiapa yang selalu mengingati kuburnya, maka kuburnya adalah sebuah taman dari taman2 syurga.Sesiapa yang melupakan kuburnya,  maka kuburnya ialah sebuah lubang dari lubang2 Api Neraka Jahannam.”

Kubur adalah penentu kesudahan nasib seseorang samada ke syurga atau ke neraka. Sesiapa yang selamat dari azab kubur, maka nasib seterusnya adalah baik dan bahagia. Sesiapa yang menerima azab di kubur maka  keadaan seterusnya adalah lebih berat, lebih buruk dan sengsara.

Lantaran itulah Rasulullah saw dan para sahabat r.’anhum menangisi diri mereka apabila menziarahi kubur. Suatu hari Rasulullah saw selesai mengebumikan salah seorang sahabat baginda, lalu baginda menangis dan bersabda, “Untuk hari seperti ini, hendaklah kalian bersedia.” Lalu para sahabat menangis teresak-esak. HR Ibn Majah.

Al-Hafiz al-Imam Abu ‘Isa al-Tirmidhi mengisnadkan, dari Hani’ pembantu ‘Uthman, bahawa ‘Uthman ibn ‘Affan r.a., apabila mendatangi kubur menangis2 sehingga basah janggutnya. Sahabat berkata, disebutkan tentang syurga dan neraka tetapi tuan tidak menangis. Apabila menziarahi kubur tuan menangis?”

‘Uthman berkata, Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya kubur adalah tempat penahanan pertama. Sesiapa yang selamat dari azabnya, maka azab selepasnya adalah lebih mudah. Sekiranya tidak selamat darinya, maka azab selepasnya lebih berat.!!” Rasulullah saw juga bersabda, “Tidak pernah saya lihat azab siksa yang lebih mengerikan dari azab kubur.!” (Takhrij al-Tirmidhi, al-Sunan, Bab Kengerian Azab Kubur, hadith 2308).

Oleh itu, wajib mengusahakan keselamatan dari azab kubur bg stp yg ingin kejayaan di Akhirat dan keselamatan dari azab Api Neraka Jahannam.

Antaranya ialah dengan:-

1.Membaca al-Quran sepenuhnya dengan faham. Dalam hadith Abu Dawud dengan sanad sahih, dari Bara’ ibn ‘Azib, Malaikat Munkar dan nakiir menyoal, “Siapakah lelaki yang diutuskan kepada kamu ini?” Mukmin menjawab, “Dia adalah Rasul Allah.” Keduanya bertanya, “Bagaimanakah kamu tahu?!!”
Mukmin menjawab, “Saya telah membaca al-Quran (memahaminya), beriman kepadanya (dengan hati) dan mentasdiqnya (dengan amaalan).” Lalu berteriak penyeru dari langit, “Telah berkata benar hambaKu!.sediakan baginya pakaian dari syurga, …”.  HR al-Imam Abu Dawud, Bab Soalan Kubur, hadith 4753. Untuk ini, perlu kepada hafazan al-Quran dan ilmu tafsir secara serius, serta menekuni terjemahan al-Quran dan penguasaan bahasa Arab.
2.Sentiasa membanyakkan zikrullah pagi petang, siang dan malam, yakni zikir2 yang sabit ma’thur dari Nabi saw. Dalam hadith, “Tiada sesuatu pun yang dapat menyelamatkan dari azab kubur seperti zikrullah.” Termasuk zikir ialah selawat, istighfar, dan hawqalah , zikir2 di tempat2 tertentu dan masa2 tertentu.
3.Ribat

4.Jihad perang di jalan Allah
4.Mengelakkan diri dari mengumpat, namimah (menyebar fitnah, report, mengadu domba).Sekiranya tidak meninggalkannya, maka wajib uzlah dan tafarrud, memelihara lidah menangisi dosa-dosa.
5.Bersih ketika istinja’ (kencing dan berak)

6.Membaca surah al-Mulk dan al-Sajdah setiap malam

7.Mati malam Jumaat atau hari Jumaat (yakni berdoalah agar mati pada hari Jumaat)

8.Sentiasa memelihara wudhu’ walau ketika susah, spt sebelum tidur, ketika malas, sejuk dan mengantuk, ketika waktu pagi waktu sahur, berjalan kaki ke masjid2, iktikaf menunggu solat.

9.Memelihara solat jamaah

10. Melazimkan membaca surah al-Baqarah dan Ali ‘Imran (lihat Ibn Kathir jld 1, ms 30, dan Tazkirah al-Qurtubi).

11. Berdoa agar dapat mati syahid dengan jujur atau mati kerana sakit perut.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: