Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “January, 2010”

Bahasa Arab Sekolah Kerajaan Memualkan

Bahasa Arab sekolah kebangsaan dan menengah agama kebangsaan sangat lemah dan cukup tidak menarik, (bebal) kerana

1. dipisah dari agama secara terancang iaitu pada thn 90-an dibuat silibus arab yg bersifat sekular

2.dialog2 yg ada berselerak, bersepah2, tidak tersusun secara bernombor, tidak ilmiah,. Byk dialog2 yg x penting

3.latihan2 tidak ada numbering, bahagian kementrian pula bodoh sombong x mahu mendengar cadangan2 guru yg mengajar

4.Tidak bermula dgn kalimah, tetapi bermula dgn dialog2 sampah

Ko-KURIKULUM sia-sia.

Sekolah kebangsaan ibarat sekolah sukan kerana ingin hebat meniru barat sdgkan solat belum ditegakkan dalam kalangan pelajar dan guru. Ditambahkan beban2 guru yg siang malam menanda buku2 latihan, buku2 aktiviti, ujian2 dan peperiksaan, merekodkan markah2 dalam buku rekod, dan data wizarah sekular.(?). Guru2 wanita yang bersuami terpaksa pulang hampir malam kerana menyembah koku, guru ko-ku dan sekolah…bersuamikan sekolah, pihak pentadbir bingung (nifaq?) dan pejabat fawdha sekular!

Bilakah anak2 hendak belajar membaca al-Quran dan menghafaz al-Quran , membaca hadith2 Nabi saw? Bilakah mereka hendak bersolat?

aktiviti2 ko-ku terlampau banyak, seolah2 kelihatan spt sekolah ko-ku, pelampau ko-ku? sekolah sukan.

Wali Menjadi Suami

Dalam Fiqh al-Sunnah

Menyapu Atas Stokin

SOALAN

Akm, bolehkah menyapu anggota wudhu’ iaitu kaki yg berstokin spt amalan kebanyakan orang Arab? Adakah dalil bg amalan ini?

Haneef, Nilai.

JAWAPAN

HARUS menyapu di atas stokin apabila telah berwudhu’ sblm memakainya selama sehari semalam bagi yang bermukim dan 3 hari 3 malam bg yang bermusafir. Hukumnya sama dgn hukum khuff.

Amalan ini diamalakn oleh 12 org sahabat, kibar tabiin spt Said al-Musayyab, al-Hasan, Sa`id Jubayr, Atha’, Nakhaei, al-A’mash. Antara imam mujtahid ialah al-Thawri, Hasan ibn Salih, Ibn al-Mubarak, Zufar, Ahmad, Ishaq, Abu Thawr, Abu Yusuf, dan Muhammad.

Dari Mughirah ibn Shu`bah r.a., Sesungguhnya Nabi saw menyapu di atas dua stokin dan selipar.

Sunan Abi Dawud, al-Taharah, hadith 159, al-Tirmidhi, hadith 99.

Dari Abu Musa r.a., “Bahawa Rasulullah saw menyapu atas dua stokin.” ABu Dawud.

Kesalahan2 Guru dan Ibubapa Yang Wajib Diperbetulkan

1.Tidak tegas mengajar anak bercakap benar. Wajib mengajar anak-anak dan pelajar2 bercakap benar, tidak menipu sama sekali. Berkata benar dan jelas, “tahu atau tidak tahu.” solat atau tidak. Ajarkan bahawa menipu adalah nifaq dan merosak iman. Menipu adalah sifat fasiq dan membawa ke Neraka Jahannam.
2.Tidak mengajar anak masuk kelas atau rumah dengan salam dan izin. Wajib menurut sunnah, menyuruh anak atau pelajar keluar semula apabila masuk tanpa salam dan izin. Begitu juga keluar rumah atau kelas. Nabi saw pernah berkata kpd seorg lelaki, “keluarlah dan berilah salam dan katakanlah, boleh saya masuk?”

Umar al-Khattab r.a. pernah mengetuk pintu Rasul saw, lalu berkata, “Adakah boleh Umar masuk wahai RasullaLLAh?”

3.Terdapat guru dan ibubapa yang tidak solat bersama anak2 dan pelajar2, bermakna tidak menekankan kewujudan Allah yang istiwa’ di atas Arsy, seolah2 pendidikan itu hanya dengan lidah

4.Ramai ibubapa dan guru yang tidak solat di awal waktu

5.Lebih mementingkan muzik, senaman, koku, mesyuarat, dan sampah2 dari solat fardu, yg merupakan garis pemisah antara iman dan kufur, sadiq dan munafiq, tauhid dan syirik.

6.Tidak serius mengajarkan al-Quran. Ajarkanlah anak2 al-Quran sehari 3 kali sekurang2nya.

7.Tidak menegur anak2 dan pelajar mengambil atau memberi barang dengan tangan kiri, makan minum dgn tangan kiri, sdgkan ia adalah kesalahan serius menurut sunnah dan perbuatan syaitan.

8.Tidak mengajarkan anak2 perbuatan2 solat dan bacaan solat yang betul-betul menepati sunnah. Tidak menyurh anak2 dan pelajar2  solat apabila telah mumayyiz (atau berumur 7 tahun), tidak merotan apabila mereka berdegil setelah berumur 10 tahun.

9.Membiarkan anak2 tidur di bilik yang sama dengan ibubapa. Ini kesalahan besar. Anak2 wajib meminta izin stp kali ingin memasuki bilik ibubapa.

bersambung…

Kalam Ahli Bid`ah Ahli Neraka

Antara pemikiran ahli neraka dan kata2 ahli bid`ah yang menyesatkan;-

1. “tak payah susah2 cegah munkar, cukup dengan ajak manusia kpd solat.” Ahl Sunnah: Ini adalah batil. Sekiranya cukup mengajak kpd solat, maka tidak perlu Nabi saw dan para sahabat berperang dan membina Negara Islam Madinah. Mencegah munkar adalah wajib spt mana kewajipan mengajak kepada solat.Sesiapa saja yang melihat munkar, maka ia wajib mencegah, mengingkarinya dan menghalangnya.

2. “tak payah daulah-daulah, cukup dengan dakwah.” Jawapan Ahl Sunnah: Ini bid`ah. Daulah wajib untuk menegakkan segala hukum Allah. Dakwah hanya diterima beberapa orang, daulah dapat mengawal semua manusia dgn izin Allah. daulah lebih dapat menegakkan syariah dan mengislamkan manusia.

3.“Tak payah ilmu-ilmu, nak ilmu apa lagi?!!, terus saja berdakwah!!”

Ahl Sunnah: Menghina ilmu dan ulama temsuk tanda munafiq ahli bid`ah. Dakwah terbaik lagi benar ialah dakwah oleh ahli ilmu. Allah telah memuliakan ilu dan ulama’, melatakkan ulama setaraf dengan malaikat, bahkan Nabi saw yang telah penuh dgn ilmu disuruh berdoa ditambahkn ilmu, dan memuliakan ahli ilmu. Adakah kita patut melarang org mempalajari tafsir dan hadith cthnya?

bersambung…


2 Tanda Ulama Hadith

Menurut al-Imam Ahmad ibn Hanbal, syarat ahli hadith ialah:-
1. mempelajari lebih 300,000 hadith (setelah menghafaz al-Quran)
2. mengamalkan setiap hadith, berakhlak dengan akhlak ahli hadith (mesti diamalkan hadith yg menunjukkan hukum sunat walau sekali)

Lihat al-Imam Abu Bakr al-Khatib al-Baghdadi, al-Jami` li Akhlaq al-Rawi

Hadith Adalah Solat

al-Imam Hannad ibn al-Sariyy dalam al-Zuhd, Mu`az ibn Jabal r.a., berkata, “Sesiapa  yang memasuki masjid lalu menyangka tiada yang bersolat melainkan dengan berdiri solat, maka ia tidak faham hadith (sunnah).”

Hadith 955.

Post Navigation