Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Kesalahan2 Guru dan Ibubapa Yang Wajib Diperbetulkan

1.Tidak tegas mengajar anak bercakap benar. Wajib mengajar anak-anak dan pelajar2 bercakap benar, tidak menipu sama sekali. Berkata benar dan jelas, “tahu atau tidak tahu.” solat atau tidak. Ajarkan bahawa menipu adalah nifaq dan merosak iman. Menipu adalah sifat fasiq dan membawa ke Neraka Jahannam.
2.Tidak mengajar anak masuk kelas atau rumah dengan salam dan izin. Wajib menurut sunnah, menyuruh anak atau pelajar keluar semula apabila masuk tanpa salam dan izin. Begitu juga keluar rumah atau kelas. Nabi saw pernah berkata kpd seorg lelaki, “keluarlah dan berilah salam dan katakanlah, boleh saya masuk?”

Umar al-Khattab r.a. pernah mengetuk pintu Rasul saw, lalu berkata, “Adakah boleh Umar masuk wahai RasullaLLAh?”

3.Terdapat guru dan ibubapa yang tidak solat bersama anak2 dan pelajar2, bermakna tidak menekankan kewujudan Allah yang istiwa’ di atas Arsy, seolah2 pendidikan itu hanya dengan lidah

4.Ramai ibubapa dan guru yang tidak solat di awal waktu

5.Lebih mementingkan muzik, senaman, koku, mesyuarat, dan sampah2 dari solat fardu, yg merupakan garis pemisah antara iman dan kufur, sadiq dan munafiq, tauhid dan syirik.

6.Tidak serius mengajarkan al-Quran. Ajarkanlah anak2 al-Quran sehari 3 kali sekurang2nya.

7.Tidak menegur anak2 dan pelajar mengambil atau memberi barang dengan tangan kiri, makan minum dgn tangan kiri, sdgkan ia adalah kesalahan serius menurut sunnah dan perbuatan syaitan.

8.Tidak mengajarkan anak2 perbuatan2 solat dan bacaan solat yang betul-betul menepati sunnah. Tidak menyurh anak2 dan pelajar2  solat apabila telah mumayyiz (atau berumur 7 tahun), tidak merotan apabila mereka berdegil setelah berumur 10 tahun.

9.Membiarkan anak2 tidur di bilik yang sama dengan ibubapa. Ini kesalahan besar. Anak2 wajib meminta izin stp kali ingin memasuki bilik ibubapa.

bersambung…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: