Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 17, 2010”

Kalam Ahli Bid`ah Ahli Neraka

Antara pemikiran ahli neraka dan kata2 ahli bid`ah yang menyesatkan;-

1. “tak payah susah2 cegah munkar, cukup dengan ajak manusia kpd solat.” Ahl Sunnah: Ini adalah batil. Sekiranya cukup mengajak kpd solat, maka tidak perlu Nabi saw dan para sahabat berperang dan membina Negara Islam Madinah. Mencegah munkar adalah wajib spt mana kewajipan mengajak kepada solat.Sesiapa saja yang melihat munkar, maka ia wajib mencegah, mengingkarinya dan menghalangnya.

2. “tak payah daulah-daulah, cukup dengan dakwah.” Jawapan Ahl Sunnah: Ini bid`ah. Daulah wajib untuk menegakkan segala hukum Allah. Dakwah hanya diterima beberapa orang, daulah dapat mengawal semua manusia dgn izin Allah. daulah lebih dapat menegakkan syariah dan mengislamkan manusia.

3.“Tak payah ilmu-ilmu, nak ilmu apa lagi?!!, terus saja berdakwah!!”

Ahl Sunnah: Menghina ilmu dan ulama temsuk tanda munafiq ahli bid`ah. Dakwah terbaik lagi benar ialah dakwah oleh ahli ilmu. Allah telah memuliakan ilu dan ulama’, melatakkan ulama setaraf dengan malaikat, bahkan Nabi saw yang telah penuh dgn ilmu disuruh berdoa ditambahkn ilmu, dan memuliakan ahli ilmu. Adakah kita patut melarang org mempalajari tafsir dan hadith cthnya?

bersambung…


2 Tanda Ulama Hadith

Menurut al-Imam Ahmad ibn Hanbal, syarat ahli hadith ialah:-
1. mempelajari lebih 300,000 hadith (setelah menghafaz al-Quran)
2. mengamalkan setiap hadith, berakhlak dengan akhlak ahli hadith (mesti diamalkan hadith yg menunjukkan hukum sunat walau sekali)

Lihat al-Imam Abu Bakr al-Khatib al-Baghdadi, al-Jami` li Akhlaq al-Rawi

Post Navigation