Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 15, 2010”

Hadith Adalah Solat

al-Imam Hannad ibn al-Sariyy dalam al-Zuhd, Mu`az ibn Jabal r.a., berkata, “Sesiapa  yang memasuki masjid lalu menyangka tiada yang bersolat melainkan dengan berdiri solat, maka ia tidak faham hadith (sunnah).”

Hadith 955.

Siapakah Wali Muqarrab

Menurut seorang tabi`i bernama ‘Uthman ibn Abi Sawdah r.a., Wali yang disebut al-sabiqun al-muqarrabun  (yg disebut dlm surah al-Waqi`ah: ayat 10-11) ialah “orang yang paling awal ke masjid untuk solat dan paling awal keluar berjihad di jalan Allah.”

al-Hafiz Hannad, al-Zuhd, Hadith 956.

رقم الحديث: 956
(حديث مقطوع) حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ ، عَنِ الأَوْزَاعِيِّ ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي سَوْدَةَ وَتَلا هَذِهِ الآيَةَ : وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ سورة الواقعة آية 10 – 11 , قَالَ : ” هُمْ أَوَّلُهُمْ رَوَاحًا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَأَوَّلُهُمْ خُرُوجًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ” .

Mengingati Negara Akhirat

al-Imam Hannad ibn al-Sariyy mengisnadkan dalam al-Zuhd dengan sanad sahih, dari Abu Musa r.a. berkata, “Matahari berada di atas kepala manusia pada Hari Qiyamat, hanya amalan mereka yang menaungi dan menemani mereka.”

al-Zuhd, Sahih menurut syarat al-Imam Muslim. Hadith 327.

Amalan2 yg menyelamatkan dari bakaran matahari Mahsyar dijelaskan dalam hadith 7 golongan dan beberapa hadith lain. Lihat lebih terperinci dalam al-Fath.

Kemajuan Agama atau Akademik?

Sabda Nabi saw, “Pemisah antara seseorang hamba dengan syirik dan kufur adalah meninggalkan solat.” Berkata al-Tirimdhi, ini hadith sahih.

Masih lagi kedapatan di mana2, di sekolah-sekolah, kolej2 dan universiti-universiti, para pentadbirnya hanya mementingkan kejayaan akademik. Ini menunjukkan fahaman sekular yang amat tebal dan kerosakan aqidah yang serius.

Asas kemajuan umat ini berbeza dengan kemajuan kaum kuffar musyrikin. Kemajuan bangsa melayu bermula dengan agama. Kemunduran mereka apabila mengabaikan al-Quran dan al-Sunnah. Ini disepakati seluruh ‘ulama’ muslimin.

Di sekolah2 kebangsaan, rendah dan menengah, solat 5 waktu masih belum tertegak. Bahkan surau2 yang memuatkan semua pelajar masih belum dibina. Ada juga dibina surau, tetapi sekadar melepas batuk ditangga, kecil dan semata hiasan.

Ini suatu perlecehan dan penghinaan terhadap solat fardhu. Hakikatnya, satu usaha halus menanamkan syirik dan kufur dalam hati para pelajar.! Bukankah dalam hadith sahih Nabi saw menyatakan bhw meninggalkan solat adalah kufur dan syirk (murtad)!!? Bukankah ini usaha terancang menanam aqidah yang rosak?!

sOLAT dulu, bukan UPSR, PMR atau SPM.! Dapatkah 1000 gred A melepaskan manusia dari Api Neraka Jahannam? Di mana agama? Di mana iman?!

Mmg ada segelintir yang solat, tetapi bukan diprogramkan, hanya inisatif sendiri. Tidak meliputi semua murid dan guru. Ini bukan suatu yang betul.

Ingatlah. Ketika menjelang wafatnya Nabi saw, baginda saw tidak berkata melainkan, “solat! solat!”

CADANGAN

1. Membina surau dgn saiz yang sesuai dengan jumlah pelajar di semua sekolah (bkn kecil spt yg dikatakan oleh Mahathir)

2. Mewajibkan solat jamaah zuhur dan asar dalam semua program yang diadakan meliputi semua guru dan pelajar

3. Melantik pentadbir dr kalangan orang alim dan warak

Awas! Kalam Sesat Ahli Bid`ah!

Hanya Ahl Sunnah menjalani jalan syurga, sementara firqah2 bid`ah adalah sesat dan menyesatkan, semuanya ke Neraka Jahannam. Antara kata2 ahli bid`ah dan pemikiran sesat ialah (mrk menyangka mrk betul)

1. jihad bukan maksud (tujuan Islam), jihad qitali tidak sesuai sekarang ini, jihad tidak penting . Aqidah Ahl Sunnah: Jihad adalah kekal berjalan hingga hari Qiyamat. Pemerintah Islam wajib melancarkan jihad sekali atau 2 kali setahun, membuka negara2 kafir dan membebaskan negara2 islam yang dirampas. Sejengkal saja tanah islam dirampas , maka jihad adalah wajib. Seorang sahaja muslimah dirogol, maka wajib pemerintah melancarkan jihad. Inilah aqidah yang diajarkan oleh Nabi saw.

2. dating antara pemuda pemudi perkara biasa, tidak perlu marah2. Menurut Ahl Sunnah: dating adalah haram, kecuali setelah aqad yang sah.!

3. fahaman sekular kebangsaan tidak menyalahi islam, tidak sesat. Menurut Sunnah: fahaman sekular adalah agama baru dan ideologi sesat yang tidak diizinkan Allah. Islam telah sempurna dan tidak perlu kpd ideologi lain.! Fahaman kebangsaan sama saja dgn komunis, kapitalis, atheis, sosialis, liberal.

4. iman ialah semata2 kepercayaan di dalam hati. Aqidah Sunnah: Iman bukan semata keyakinan dalam hati, atau lafaz 2 syahadah dgn lidah, tetapi juga amal. Menurut al-Imam al-Shafi`i, tidak sah iman melainkan dgn 3 perkara, niyyat (aqidah dlm hati), qawl (iqrar dgn lidah) dan amal.

5. tidak perlu solat jamaah (walau rumah berdekatan masjid, walau berjiran dengan masjid: jarak 40 buah rumah, walau tanpa uzur). Ini batil. Menurut Ahl Sunnah, solat jamaah adalah fadhu ain, hanya sunat muakkadah@ kifayah bg orang yang berjauhan atau mempunyai uzur mashaqqah.

bersambung…

Kewajipan PM dalam al-Quran

Dalam al-Quran , surah al-Hajj, juz 17, Allah telah mewajibkan setiap pemerintah agar menegakkan agamaNya

1. menegakkan solat 5 waktu, dan solat2 yang lain, yakni pemimpin itulah yg mjd imam. PM hendaklah memastikan setiap individu rakyat menegakkan solat. Seorang sahaja rakyat YAB PM meninggalkan solat, maka pemimpin akan diazab dalam Neraka selama 80 tahun.

2. memungut zakat dan mengaihkannya kepada 8 golongan yang berhak. Sekiranya tidak, maka akan dibelit dengan ular di Bumi Mahsyar.!

3. menyuruh kepada makruf, yakni dakwah kpd Islam, bukan mencegah para pendakwah dengan pelbagai syarat dan akta.

4. mencegah munkar, menangkap dan menghukum ahli maksiat, bukan menghukum orang solih yang mencegah maksiat

Wassalam.

Post Navigation